Walaupun selalu kita dengar berfikiran positif dimestikan untuk berjaya, adakalanya, berfikiran negatif juga dapat membantu dalam kejayaan. Seperti…
- Berfikiran negatif dapat memberi amaran kepada kita tentang bahaya
- Berfikiran negatif dapat membantu kita mengenali apa yang kita tidak mahu, sesuatu yang kita tidak inginkan dan sesuatu yang tidak memberi kegembiraan kepada kita
- Berfikiran negatif dapat memberi kita cara memulihkan sesuatu dengan langkah-langkah positif yang menjadi suatu refleks apablia membuat keputusan.
Anggap berfikiran negatif sebagai amaran untuk mengelakkan daripada sesuatu berlaku. Sebagai contoh, untuk menjalankan perniagaan, terdapat risiko seperti tiada permintaan atas produk anda (berfikiran negatif). Namun, sebagai usahawan yang berjaya, fikiran ini dapat membantu dalam memberi cara pemikiran yang lebih kritikal dalam mencari niche permintaan anda sendiri (berfikiran positif yang akan dapat memberi keuntungan).
Sama juga keadaan di mana menyertai sebarang skim cepat kaya atau pelaburan yang meragukan. Pastinya terasa was-was dan mempunyai perasaan negatif terhadap “peluang-peluang” sebegini. Perasaan negatif tersebut semestinya adalah benar.
Sememangnya sebagai usahawan, kita perlu mengambil risiko. Namun, bukan risiko sebarangan ataupun melakukan sesuatu membuta sahaja dengan alasan “berfikir positif”. Risiko yang perlu diambil adalah “calculated risk” – risiko yang telah diselidik sedalam-dalamnya kebaikan dan keburukan.
PS: Ingin menjadi usahawan Internet? Dapatkan bantuan dan bimbingan melalui Program Intensif 6 bulan Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Irfan Khairi. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
T/kasih info saudara ‘fikir negative ADAKALANYA baik’seandainya membawa kepada kejayaan…saya kira membawa ‘AMARAN’ utk lebih berhati2…saya amat bersetuju…INFO INI JARANG SAYA PRAKTIKKAN…mudah2an dgn info saudara ini ,saya pandai menyesuaikan keadaan utk membawa saya ke ‘PUNCAK KEJAYAAN’…Zamri Azran Alam
berfikiran negatif banyak membantu untuk terdorong kearah positif…mungkin alternatifnya saja berbeza…
Memang kadang2 berfikir negatif akan datang dalam idup kite bile kita menghadapi sedikit kesukaran……biasanya..bila rasa negatif..saya baca tips ..posiitf balik..
ya tht right.dalam kehidupan diri kita sebenarnya kita memerlukan kaedah berfikir secara positif dan juga secara negatif.pemikiran negatif amay perlu dalam diri jika tidak kita tak pernah elert terhadap sesuatu perkara,ini yang akan menjadikan kita kurang berjaya.tapi ingat jagan terlalu berfikiran negatif ia juga akan memusnahkan impian kita secara tidak langsung.conclutionnya kedua-dua pemikiran ini perlu ada dan seimbang dalam diri…..
konsep positif dan negatif memang perlu supaya keduanya dapat diseimbangkan dalam diri kita
Hai Geng,
Mmg betul apa yg dinyatakan oleh Tuan IK, tetapi bg saya pula jika kita terlalu kerap berfikiran Negatif terlalu bahaya kepada diri kita dan perniagaan.. Oleh itu kita harus seimbangkan sifat positif dan negatif nie..
Tq
kongsep begini memang jarang sangat di ketengahkan, walaupun kita sebenarnya sering mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.. sedar @ tak… negatif & posifit memang tak boleh di pisahkan.. bergantung pada kita lah untuk menggunakan sifat ni.. jika kita bijak maka dgn kedua2 sifat ini kita boleh maju dah sentiasa kehadapan..
*Jom Sertai Program Affiliate Multi-Tier Terbaik Di Malaysia.Dengan 100% Komisyen.
tak sangka banyak jugak kelebihan fikiran negatif ni
Memang dalam fikiran manusia ada positif dan negatif tetapi manusia tidak pandai mengaplikasikan atau menggunakan fikiran tadi ke arah sesuatu yang bermanfaat dan memajukan diri sendiri tetapi sebaliknya ke arah kemusnahan diri sendiri.
Cuma nak kena RASIONAL dalam menentukan fikiran negatif yang boleh membantu kita.
Bimbang kita menggunakan fikiran negatif hanya sebagai alasan untuk kita tidak membuat sesuatu perkara
Thanks Dr for sharing.
Salam,
Ya benar, ada masanya kita perlu pemikiran negatif ini supaya kita lebih berhati-hati terhadap kesan dan akibat terhadap cadangan atau tindakan yang kita buat berdasarkan pengalaman terdahulu
TQ 🙂
Reverse thinking