“Be a giver and not a taker” kata pepatah Mat Salleh.
Maksudnya untuk anda memberi sebelum anda fikirkan untuk menerima. Ianya hukum alam, apa yang anda beri dan taburkan, anda akan menerima.
Salah satu cara anda pasti akan dapat ramai orang menolong anda untuk berjaya, adalah dengan anda membantu orang lain untuk berjaya.
Sebagai contoh, sekiranya anda menemui seorang kenalan baru. Dan kenalan tersebut mengenalkan dirinya kepada anda sebagai seorang businessman/women dan memberi kad bisnesnya kepada anda, anda boleh tanya,
“Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapat pelanggan?”
Selepas anda mendapat jawapannya, cuba fikirkan dalam contact list anda, ada tak sesiapa yang memenuhi ciri-ciri sebagai prospek untuk kenalan baru anda tadi. Dan anda boleh perkenalkan contact anda kepada kenalan baru anda ini.
Satu teknik ini sahaja akan dapat impress kenalan baru anda tadi dan mendapatkan anda lebih ramai pelanggan (dan kenalan-kenalan lain) melalui referal kenalan baru anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Adalah hukum karma bila kita memberi satu, pulangannya akan kembli kepada kita 10, bagai pokok bila dicantas, maka naik pula tunas baru yang mungkin lebih baik.
what u give.. u get back… – scorpion rock band 🙂
Dalam islam pun suruh kita memberi iaitu sedekah dan zakat. Kerana ia memberi banyak barakah.
http://tembesuonestop.blogspot.com
Apabila kita menjalankan perniagaan, niat kita untuk membantu orang lain insyallah dengan sendirinya keuntungan akan datang.
selmt pagi saudara irfan…t/kasih tip hari ni yg mana saya panggil ‘KONSEP CERMIN ‘bagi saya…’the more u give..the more u get’…’kita bagi dulu pasti dapat balasannya’..’baik bagi..baik dapat’..’buruk bagi..buruk dapat’..’positive attitude..positive result’…’think big…get big’…’ramai kita tolong…ramai pulak org tolong kita’…itulah yg saya amalkan…insyaAllah kita sama2 lakukan..Zamri Azran Alam
Salam buat semua… mata ini melihat sendiri, mereka yang banyak memberi lebih berjaya, lebih selesa, lebih bahagia kehidupan mereka… yang kedekut, yang berkira sangat, ‘berjimat’ tidak mengira tempat… hidup mereka tidaklah sehebat mereka yang banyak memberi… sama-samalah kita pratikkannya… kerana ini salah satu formula untuk berjaya… insyallah…
Bile kite memberi..kite akan mendapat lebih banyak…Thanks ..ilmu juga perlu dikongsi
Be careful on what you give…if what you give is good, you gonna get the good, but if you give the bad, the bad will return…
btl tu…. kalu kita jadi pemberi, kita akan lebih selasa ,lebih berjaya berbanding jadi penerima…
jadilah pemberi yang iklas..
patut la, pekerjaan perguruan dan kedoktoran adalah mulia.
“selalu memberi kebaikan kpd org”
betul ka ?
I agree.. this is a good one..
betul tu. thanx for your advise