Bayangkan pendapatan anda berganda 10x

Pernah tak anda bayangkan pendapatan anda berganda 10x. Sekiranya pendapatan anda RM3,000 sebulan, bayangkan keadaan anda sekiranya anda mendapat RM30,000 sebulan.

Pernahkah anda bayangkan keadaan ini? Bagaimanakah perasaan anda dan keadaan anda sekiranya pendapatan anda adalah 10x ganda kini?

Mustahil? Sudah tentu tidak. Tetapi pernahkah anda terfikir, untuk anda berpendapatan 10x ganda sekarang, adakah anda perlu bekerja 10x ganda lebih banyak? atau 10x ganda lebih keras?

Berbanyak berfikir dan bayangkan bagaimana caranya untuk anda gandakan pendapatan anda 10x ganda.

What ever the mind conceive, it can acheive! Sekiranya anda boleh bayangkan bagaimana caranya untuk anda gandakan pendapatan anda 10x ganda, ia bermakna langkah pertama anda sudah selesai! 🙂

Apakah langkah kedua? Mudah…

Ketahui siapakah yang berpendapatan 10x ganda dalam industri anda, dan gunakan strategi dan prinsip yang digunakannya!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

46 thoughts on “Bayangkan pendapatan anda berganda 10x

  1. Hehhehe!!

    Hari-hari dok fikir pasal nie… Kadang-kadang tu sampai jauh benar perginya…

    Fikir satu hal, untuk melaksanakannya tu yg berat… Tapi rasanya, kalau dah ada momntum tu, insya-allah akan terlaksana juga kan?

    Salam ..

  2. Mmmmm…sebenarnya boleh nak buat.x semestinya perlu harapkan gaji bulanan semata-mata.Yang rm2000 jadi rm20,000.kalau nak macam tu kena tunggu jadi senior manager atau CEO baru dapat gaji banyak tu.
    tapi ada alternatif lain.contohnya buat business online -jual produk.kalau 1 produk boleh untung rm1,000 sebulan,maknanya insyaallah kita ada potensi untuk jual 2-3 produk dengan keuntungan yang sama.
    boleh juga untung melalui progran Adsense yang mudah!
    semua business online tambah income offline=Kita akan dapat jumlah pendapatan yang berganda! 🙂

  3. Nak pendapatan lebih 10X…

    You can do anything in life, provided you use the right set of strategies.

    Rasa rasanya mcm mana yer nak tambahkan pendapatan kita secara astik?

    1) Laburkan duit kita di Electronic Transfer Fund (Makin lama makin naik, tak perlu pantau)

    2) Buat kawan dengan ramai internet marketer yang mempunyai list yang ramai. Satu kali produk launch, buat JV dan duit rolling.
    (mcm patric chan gitu)

    3) Kalau berniaga pisang goreng, boleh “set up” kedai di tempat lain juga. Gajikan pekerja supaya jaga.

    hehehe…buntu lak…teman2 sambungla mcm maner kita boleh menggandakan income kita sebanyak 10X 🙂

  4. saya gunakan kedua-dua cara yang Irfan kongsikan, step pertama dah pass sekarang berada di step kedua .. setiap kali membayangkannya saya jadi sungguh gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih rajin lagi, serajin yang mungkin dan takkan berhenti selagi matlamat saya tak tercapai.

    Halangan pada ramai orang, mereka tidak yakin dengan imaginasi dan hati mereka menghalang apa yang diimaginaksikan oleh minda, ini saya panggil logical barrier dan intuitive barrier..

    ada juga yang langsung tak percaya, ragu dan sangsi dengan keupayaan imaginasi, minda separa sedar dan law of attraction. Bahkan, calling it as ‘crap’ .. mereka telah mempersiakan anugerah yang paling berharga iaitu minda kita ..

    – Shueqry –

  5. tak pernah terfikir pun pasal 10x punya income…
    yang selalu duk fikir adalah apa yang nak dibuat pada masa akan datang… seperti esok,lusa,minggu dpn, tahun depan, 5 tahun lagi!!!

    dalam hidup kita mesti kena ada objektif, misi dan visi seperti syarikat yang besar-besar tu …untuk mencapai matlamat kita…

    untuk income 10x ni, bila kita targetkan misi atau visi kita 10x punya income,sudah tentu kita dah mencapainya…

    -han

  6. Tak pernah terfikir pun sampai 10X ganda. banyak tu. Terima kasih Irfan … saya patut bermula untuk berfikir menggandakan pendapatan 10X ganda. wow

  7. Teknik bayangkan apa yang ingin anda capai adalah satu kaedah yang berkesan dan boleh direalisasikan.

    “Minda separuh sedar” anda akan aktif apabila kita bayangkan selalu apa yang ingin anda capai tak kira berapa X ganda pun.. 😀

    Lagi kuat bayangan anda lagi mudah dan cepat untuk kita capai kerana ia akan menjadikan anda lebih kreatif bagaimana caranya untuk anda gandakan pendapatan anda 10x ganda.. 🙂

    Hisham;
    “Percaya dan cuba sendiri tip hari ini” TQ Doc. 😉
    P2..DotCom Founder

  8. Menggunakan kemahiran dalam bidang kita juga mampu menambahkan pendapatan …
    Mungkin idea dan pengetahuan tentang pekerjaan kita boleh digunakan sebagai produk…
    Dan ini seterusnya menjana pendapatan yang lebih.. Selain itu kaji kelebihan diri untuk mendapat tambahan pendapatan…

  9. Assalamualaikum

    10x ganda!Saya paling risau perbelanjaan saya akan menjadi 50x ganda dan hutang tak perlu menjadi 70x ganda.Entahlah ini semua benda yang tiada titik nokhtah.Waulahua’lam.

    Wassalamualaikum.

  10. betul tu, takde yang mustahil..hendak seribu daya.. cuma mestilah kena terima hakikat yang bukan sekelip mata je boleh berjaya, perlukan usaha untuk mencapai apa yang diimpikan 🙂

  11. Bayangkan = berangan – angan ? 🙂
    Berangan kemudian plan perancangan dan laksanakan di samping selalu berdoa dengan sabar kepada Allah S.W.T. Insyaallah… baru berjaya.

    Betul tak doktor?

  12. Saya amat bersetuju dengan isu yang kali ini (yang lain pun saya setuju juga). Hingga kini setelah 2 tahun 6 bulan saya menjalankan perniagaan saya sekarang ini pendapatan saya sudahpun 4X daripada pendapatan saya sebagai guru siswazah (7 tahun jadi guru). Bukan untuk menunjuk ye! Saya berasa berlapang dada untuk untuk berkongsikan sesuatu yang benar.

    Seperti kata ikutlah jejak langkah orang yang telah berjaya dalam industri anda. Saya tidak membuat sesuatu yang baru. Saya hanya mengikut apa yang telah dilakukan oleh orang yang telah berjaya dalam industri saya sebelum ini.

    http://geocities.com/alihanafiah76

  13. kalau sebut bab bayangkan, slalu bayangkan…cuma tak tahu mcm mana nak mulakan dan juga mcm mana nak dapatkan target tu…

    bila lah masa tu akan sampai untuk….mencapai impian tu…

  14. Yang mungkin berpendapatan lebih 10x ganda di dalam industri saya… may be Irfan 😉 ?

  15. Salam. Apa khabar semua! Saya mempunyai pendapat berkenaan bagaimana ingin dapatkan pendapatan berganda!
    Perlu perihatin terutama kepada berita-berita berkenaan orang yang memiliki pendapatan yang hebat ini.
    Hanya ikut sahaja langkah mereka, atau anda perlu berusaha menjadi manusia yang kreatif dalam apa jua jenis cara memperoleh pendapatan.
    Berangan-angan dan berfikir bagaimana untuk menjadikan impian menjadi kenyataan.
    Buat perancangan dan strategi.
    Berusaha, tanpa usaha tak menjadi jugak kan?
    o.k jumpa lagi!

  16. memang betul n menarik idea tu. if kita fikirkan yg besar, kita akan dapat yang besar.. begitulah sebaliknya.. sbg cth if kita target nak dapat gunung, if tak dpt gunung at least bukit… ok gak kan..

    emm… ada sesape yg dah mula meng”online” kan businessnya n dah berhasil tak?

    leh tak if free berkongsi cara n emelkan kt saya : irza76_ibrahim@yahoo.com.my

    anyway ten chiu….

  17. Salam. & Kawan2.

    Tips hari sangat mengujakan. Gandingan tips “Bayangkan pendapatan anda berganda 10x” dan “Peluang seumur sekali dalam Hidup” saling kait mengait. Cuba kawan2 bayangkan, anda telah ada website yang menawarkan sesuatu produk, tiba-tiba ada seorang prospek (Saudagar) menawarkan bagi memasarkan produk anda di luar negara! Wow. Macam mana anda hendak buat? Bukan setakat 10x tapi 20x. Heh-heh-heh.

  18. Mmg saya slalu mengimpikan dan berdoa tiap2 hari utk mencapai kebebasan kewangan, tapi tak pernah pulak spesifik brp kali ganda. 10x ganda is a lot!!!

    Bagaimana nak menggandakan pendapatan sehingga 10x ganda?
    1) Aktifkan minda separuh sedar kita utk mencapai matlamat tersebut.
    2) Tulis matlamat anda agar sentiasa dpt dilihat. Bukan sekadar difikirkan…
    3) Doa mestilah spesifik. Klu nak pendapatan RM 10,000 sebulan, sebutkan dlm doa tu. Jgn takat kata “Ya Allah, bagilah aku rezeki lebih…” Nanti Allah bagi lebih RM 50 je… tak puas hati gak. Mulalah kata doa tak makbul 😉
    4)Bagi yg dah ada perniagaan, fikirkan strategi utk menawan pasaran baru
    5) Boleh juga memperkenalkan produk baru semasa ke semasa. Pilih produk yg mendapat sambutan dan up to date dgn keadaan semasa
    6) Bagi yg buat bisnes internet, tak mustahil utk membuka cabang2 perniagaan yg seterusnya krn modal yg minima, dan boleh diautomasikan sepenuhnya

    Err… tu antara apa yg boleh saya fikirkan. Tapi just terpk, bagi yg makan gaji kerja 10x lebih kuat pun gaji takkan naik 10x ganda kan? Yg untung kompeni, dan keuntungan tu mungkin dpt kita rasa melalui kenaikan gaji an bonus etc. Tapi klu swasta, naik gaji pun dlm kurang 10% je… So bersyukur la bagi sesiapa yg dah mengorak langkah menjalankan perniagaan sendiri, tak kiralah online atau offline

  19. memang tiada apa yang mustahil dalam dunia ni.apa yang kita nak pasti dapat cuma bergantung kepada lambat atau cepat +++ usaha yang kuat! 

  20. income 10X??? Fuyoh bak kata DG,fuyoooh50x kagum ako sndri..heeheh..waa,,aku da pk mende ne lm da..ari2 ako tbca psl ne smpaikn seme org ckp ako gyle nk jd millionaire.anyway,lntak p diorunk tuh..ako akn jdkan tips Irfan sbg inspirasi ako..chayo kat korunk sme!

  21. Sememangnya memerlukan usaha yang berganda. Siapa yang berpendapatan 10X kali ganda dalam industri saya? Jika irfan mayb 100X kali ganda. Hoho.

  22. Pendek kata. Kene pandai meniru dan amalkan. Kalau pikir je tapi tak start2 engine, susah gak. Camana nak pergi Arau tapi isi minyak kereta 20 ringgit je..Camtu la jugak business nih..

  23. Salam,sebernarnya langkah dan cara pelaksanaan begitu jelas bila,Dr irfan menerangkan tentang perniagaan online,malah saya begitu tertarik dengan corak perniagaannya,saya berharap sangat satu hari saya dapat berjumpa dengan irfan,saya memerlukan bimbingan irfan kerana saya ingin memulakan perniagaan ini tetapi tiada modal untuk sertai woksyop irfan malah saya begitu berminat dengan perniagaan online irfan,pelaksanaan masih kurang jelas…………….pada saya,saya berharap dapat diberi pendedahan oleh irfan sendiri.

  24. Salam.. kalau nak gandakan income 10x, 20x atau berapa byk pun, mmg ada tekniknya.. tapi kena cari la teknik tu.. Salah satu teknik boleh amik teknik yang diajar oleh Chef Li melalui bukunya yang bertajuk “JUTAWAN SENYAP”. Kalau nak tau detail, Iqra’..

  25. Askum semua especially Irfan,

    Saya nak kongsi pengalaman dgn u all tntg business saya melalui online….
    Perniagaan saya baru nak bermula, br nak create my own website…
    I have my own payment gateway tp masih dlm proses ke arah itu.
    Saya kagum dgn, muda2 dah berjaya, syabas ya.
    insyaallah thn ni saya pulak ambil tmpt ya….
    Kwn2 semua pun blh buat………
    Bumiputera bangunlah cepat…jgn tidur lg nanti dah mlm susah nak jln gelap gelita..
    Fikir2kanlah.

    Wassalam

  26. Salam sejahtera Tuan IK.

    Perkongsian tips yang ringkas tetapi padat khususnya pada langkah yang kedua. Walaupun ringkas, ia jelas boleh membawa kepada kejayaan jika dilaksanakan dengan betul

    Terima kasih IK. 😉

  27. Memang cara berfikir begitu mempunyai kekuatan yang luarbiasa. Adalah tidak mustahil untuk menjana pendapatan 10 x ganda asalkan bisnes yang dijalankan halal.

    Terima kasih Dr. IK.

  28. AlhamdulilLah.. terima kasih Tuan..

    “Ketahui siapakah yang berpendapatan 10x ganda dalam industri anda, dan gunakan strategi dan prinsip yang digunakannya!”

    Hmm, macam mana tu Tuan..??? Minta tunjuk ajar..

  29. Bila kita berkerja benda yang kita suka, Insyallah kita kan berusaha untuk melipatgandakan usaha kita.

    Kita adalah CEO bisnes kita. CEO berperanan untuk menambahkan keuntungan company tersebut.

    Bila kita berfikir untuk kejayaan, sebelah kaki dah melangkah.Sebelah lagi adalah usaha kita. Insyallah

  30. Tapi harus diingat untuk mengandakan pendapatan rintangan dan halangan juga 10x akan menanti.usaha dan kesabaran akan membawa kepada kejayaan….syukur dari 2002 hingga 2010 10x ganda pendapatan telah saya perolehi..kini mahu gandakan lagi…

  31. hi.. sy dpt bayangkan 😉

    tp sy ubah sket cara mentor sy dengan buat MLM secara online pula! harap2 bjaya juga tp blog sy perlu byk penambahbaikan lg..masih jauh lg utk berupaya convert visitors..

  32. Salam, salam…

    Saya pun penah jugak bayangkan.
    Tapi waktu tgh syok dok bayang, siap ngan atur dia punya plan, back-up plan suma skali, tiba-tiba…

    Krohh..krohh..krohhhh…

    Terus gelap suasana… 🙂

  33. Memang semua orang mahukan pendapatan yang berganda setiap bulan malah mereka pasti mahukan duit mereka sentiasa berganda namun sejauhmana kesanggupan kita untuk menggandakan usaha itu yang menjadi masalah dan ianya sesuatu yang sukar bagi mereka yang masih lagi berada di zon selesa.

    Perkara pertama perlu ada matlamat yang jelas iaitu berapa banyak nak dicapai.

    Kedua mempunyai keinginan yang kuat pada matlamat tadi

    Ketiga mempunyai pelan perancangan dan pelan tindakan untuk memulakan dan meneruskan usaha melipatkali gandakan usaha anda tadi.

    Keempat jangan berputus asa dan sentiasa memperbaiki kelemahan dan kesilapan.

  34. Hmm, ghaso-ghaso den, step ketigo kono just do it. Hehehhe..

    ghayo-ghayo.. pikir duit nak ghayo boley botak kepala..

Leave a Reply

Your email address will not be published.