Baca… jangan tak baca

Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…

Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta) ๐Ÿ™‚

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

64 thoughts on “Baca… jangan tak baca

  1. Dalam era IT sekarang ni kalau baca e-book pun ok jugak.Sekarang banyak koleksi e-book yang berguna terutama yang percuma.Kalau hendak seribu daya ๐Ÿ˜‰

  2. baca, amal dan sampaikan adalah amat berkesan sekali.Satu tips yang bagus dari pagi ni.Sebenarnya terlalu banyak ilmu kita akan dapat daripada membaca. Sikap membaca ini kita kena pupuk dari hari ke hari, untuk perkembangan minda kita sekaligus boleh mendorong kearah kejayaan kita.

  3. Lakukan perkara yang anda suka..

    Saya membaca apa sahaja yang saya rasa saya minati termasuk geografi, motivasi dan kewangan..

    Saya seorang pelajar kejuruteraan. Boleh ke macam tu ?

  4. Terima kasih tips hari inie..
    Memang pun saya antara peminat buku ilmiah esp mengenai kesihatan, kecantikan semulajadi dan kewangan serta bahan2 berfaedah yang lain..
    Saya sependapat dgn kerana seingat saya tak pernah saya habiskan membaca novel cinta walaupun 1 buku krn TIADA UNSUR PEMBANGUNAN DIRI apatah sbg org Islam, novel cinta yg berkisar kisah luar perkahwinan TIDAK DAPAT DIJADIKAN RUJUKAN ATAU PANDUAN..
    Kecuali kisah rumahtangga utk dijadikan pedoman..
    Maaf kalau menyinggung mana2 pihak, kerana itu pendapat masing2..

  5. Ada juga soalan, kalau baca buku ilmiah, tetapi tidak ada kena mengena dengan bidang kita bagaimana pula? Contoh, saya dalam bidang perniagaan. Tetapi, suka baca buku Travelling.

    Kalau boleh, perbanyakkan buku yang berkaitan dengan bidang anda oleh kerana buku2 tersebut yang akan memperbaiki nilai diri anda dan membangunkan keadaan kewangan anda.

    Buku yang tidak ada kena mengena dengan bidang anda (buku travelling dalam kes saya), hanya untuk bacaan suka2 dan untuk ilmu sampingan. Walaubagaimanapun, ia tidak banyak membantu dalam meningkatkan nilai diri sendiri.

    On the other hand, jangan pula tidak baca buku-buku lain… oleh kerana kadang2, idea dan strategi dapat di ambil dari industri lain yang anda boleh aplikasikan kepada industri anda! ๐Ÿ™‚

  6. Assalamualaikum.

    Hmm…saya rajin jugak baca buku terutama komik.
    Ish, lain pulak ngan yg disarankan oleh Irfan.

    Kalau buku ilmiah tu, tgk buku lah. punya buku, sehari jek saya habiskan semua. Pastu baca lagi sampai lah skrg.

    Ada lagi lah buku yang menarik minat saya yang beli hari tu, hari tu jugak habiskan membacanya.

    Tapi ada juga buku yang dah lama beli, sampai hari ni pon tak habis-habis lagi baca. Bosannn..

    Wassalam.

  7. Betullah Irfan,

    Saya sejak degree suka benar baca ‘datasheet’ & ‘application note’ cip (ini kes bidang electronic) dan mmg kecil minat electronic sampai la terbawa2 hingga da berjanggut ni. dah tiga tahun kerja, rasa mudah dan ada pelbagai idea utk design gadget electronic nih. ramai juga yg consult dgn saya.

    mmg betul, ada banyak buku di luar sana yang ada pelbagai maklumat, khasnya yang bahasa inggeris. kalau nak jd jutawan dunia, kena mahir bahasa inggeris la. Nak jadi jutawan akhirat kena start belajar bahasa arab la. ๐Ÿ™‚

  8. Untuk tambahkan nilai2 romantik dlm diri anda, bacalah buku2 novel…

    Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan kewangan, bacalah buku2 perniagaan…

    Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan pendidikan, bacalah buku2 pembelajaran…

    Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan keimanan, bacalah2 buku2 keagamaan…

    Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan perniagaan internet, bacalah buku2 yang ditulis oleh Irfan…

    Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan pembelajaran bahasa arab, bacalah ebook yang ditulis oleh Ustaz Abd Rahman…

    Baca jangan tak baca… ร˜ยงร™โ€žร™โ€šร˜ยฑร˜ยงร˜ยกร˜ยฉ ร™โ€ฆร™ยร˜ยชร˜ยงร˜ยญ ร˜ยงร™โ€žร˜ยนร™โ€žร™โ€ฆ

  9. Penemuan yang bagus tuh.. 100 buku dalam bidang yang specifik. Thanks doc. Saya tgh giler saham nih. Baru baca 3 buku pasal stock analysis. 97 lagi kene baca.. heh.. Apapun terima ksih byk. Satu matlamat baru perlu dibuat..

  10. Baru baru ini saya ada pergi seminar keusahawanan.Saya masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh jutawan Malaysia En Azizi Ali.
    1)Baca sebiji buku,anda menjadi pakar untuk satu tingkat klcc.
    2)Baca 10 biji buku,anda pakar di klcc.
    3)Baca 100 biji buku,anda pakar di selangor
    4)Baca 700 biji buku anda akan jadi pakar yang terbaik..
    sebab saya(Azizi Ali)membaca sebanyak itu untuk menjadi pakar hartanah…
    jadi,pk pk kan lah

  11. Memang betul, kebanyakan tokoh-tokoh di malaysia yang terkenal memang banyak membaca antaranya Tun Mahathir, Dato Seri Annuar Ibrahim dan Prof Diraja Ungku Aziz, kesemua mereka memiliki library sendiri di rumah.Kebanyakan kita memang suka membaca tetapi apa yang dibaca hanyalah komik & novel cinta terutamanya golongan remaja.Sampaikan kalau kita ke kedai buku misalnya ada bahagian yang tertera ‘Malay Reader Section’ apa yang terkilan sikit disini semua buku2 bahagian ini adalah novel cinta.Adakah novel cinta sudah senonim dengan orang melayu?.Syukurlah setakat sekarang saya membeli sebuah buku setiap bulan dan tak pernah langsung membeli novel cinta walaupun belum kawin..ehem..ehem..
    Bak kata perpatah…
    “Bagi menilai seseorang itu bukan dari berapa banyak yang dibacanya tetapi dari apa yang dibacanya”

  12. Ermm.. macam posting saye sebelum nie, setiap bulan beli buku. Kengkadang tuh memang tak kene ngan bidang saye, tapi saye suke mengasimilasikan agar ia berguna dalam industri saye.

  13. membaca adalah satu amalan yg murni dalam msrkt kita,oleh sekiranya kita semua mengetahui akan faedahnya………….apa tggu lagi!!!!terapkan nilai suka membaca dlm diri skrg.tk nk jd jutawan ka?????????????????

  14. buat masa ini saya pastikan setiap hari saya membaca…insyAllah.

    …dah 3 hari tak baca tip satu minit. hari ini melepaskan ketagih baca tip irfan ini dengan membaca KESEMUA yang terlepas sampai paham.
    semua tip irfan menarik!!!!!

  15. a’kum semua.
    ni saya n kberkongsi kisah benar yg berlaku pada diri saya sendiri.

    Dulu masa tahun akhir universiti, saya amat suka membaca majalah berkaitan kecantikan dan motivasi. sebelum tu, saya tak pernah berminat membaca apa2 buku pun.

    Bermula dari minat saya itu, saya mula ‘terminat’ dalam bidang kecantikan, keusahawanan dan self development. Saya terus membeli dan membaca buku2 dan artikel2 dari internet yang berkaitan ke tiga2 bidang ini, sehinggalah saya berjumpa dengan laman web rahsiainternet.com dan seterusnya blog irfan khairi ini. Lama-kelamaan saya jatuh cinta dalam bidang internet business dan sekarang sedang berusaha ke arah merealisasikan impian saya untuk bekerja dari rumah dalam bidang internt business.
    Alhamdulillah, banyak lagi e-book, laman web dan blog yg saya jumpa dalam proses mencari ilmu ini terutamanya ilmu berkaitan internet business.
    Saya berasa amat bersyukur kerana Allah telah memberikan saya ilham dan menanamkan minat membaca kepada saya. Kalaulah saya tak pernah langsung minat kepada membaca, kemungkinan besar saya tak akan pernah mengetahui mengenai pelunag perniagaan internet ini.

    Itulah, orang tua2 pernah berkata, MEMBACA JAMBATAN ILMU, ILMU ITU PENYULUH DAN sebagainya.

    Kini , saya seorang yg amat cintakan ilmu. Marilah kita sama2 menjadikan membaca itu sabgai hobi teristimewa dalam kehidupan seharian kita

  16. Adapun ilmu yang Allah beri tersangatlah luasnya.. 100 buah buku yang kita baca belum banyak yang kita tahu sebenarnya…kalau 700 buah buku pun saya rasa masih ada yang kurang.

    Sekali, saya terbaca sebuah kitab karangan tahun 700 hijrah di dalam Bahasa Arab..terpegun saya dengan isi kandungannya yang sangat menarik dan luas sekali berkaitan dengan falsafah disebalik pemilihan huruf, ayat dan ungkapan di dalam Al-Quran. Kenapa Allah pilih perkataan ini, tidak perkataan itu…dsb. Malangnya kitab tersebut belum diterjemah ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

    Apa yang saya ingin utarakan ialah sebenarnya ilmu kita masih cetek…( malanglah bagi orang yang rasakan memadai fahami Al-Quran sekadar membaca terjemahan tafsir BM @ BI tanpa berguru)

    So, rentetan daripada tip .. jom kita rajin membaca..untuk jadi jutawan, untuk jadi ilmuan, untuk jadi budiman, untuk jadi angkasawan ๐Ÿ™‚

    Alhamdulillah, setiap bulan saya pasti membeli paling kurang 1 buah buku.. sehingga sekarang, jumlah buku di rumah saya yang dibeli berjumlah ribuan ringgit.

    Dan antara buku yang saya minat ialah berkaitan perkembangan diri dan motivasi kejutawanan.

    p/s : saya ada banyak bahan2 mutiara kata dan tazkirah yang disimpan dalam notebook saya ni. Jika nak, email: ustaz@pengetahuanislam.com

  17. Assalamualaikum w.b.t
    thanks to Irfan and guys cz sudi baca comment saya..

    emm, ttg tajuk ari nie ok gak… saya pun minat gak baca buku.. tapi tgk gak la kalau buku tu best utk di baca, saya akan baca..tapi, kalau buku tu tak best, mintak maaf je lah..saya suka baca majalah esp maskulin,novel & rencana kat newspaper…tapi, kalau baca buku ttg pelajaran….’sedih’ sikit la….

    ‘terlanjur’ saya menghantar comment ni, say nak mintak sikit pandangan dari irfan and ur’ll.. boleh tak!!!

    saya ada lawati satu laman web ttg penjadi kaya hanya menjual prepaid h/p..saya amat teruja untuk join. tapi, saya takut coz manalah tau if mrk tipu… sekianya sy join, at least, saya dapat menampung pengajian saya di kolej..famili saya pun bukan org yg berduit..since saya lawati laman , web tu, saya asik fikir pasal benda ni.. saya harap irfan dan membr lain dapat membantu saya..kalau u’ll nak tahu ngan lebih lanjut berkenaan dag laman web tu, u/ll blh layari [www.hotsms2u.com]…

    saya amat berharap agar dpt memberi pandangan….

    thanks..

  18. Alhamdulillah, dari sehari ke sehari saya sentiase cuba membaca buku…cume nak tambahkan masa membaca..sebelum tido, saya akan repeat apa yang saya baca..sebelum merancang untuk hari esok..Tips yang lepas…Thanks

  19. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan Ilmu Allah umpama setitik air dilautan… Kalau dijadikan air lautan sebagai dakwat untuk menulis ilmu-ilmu Allah, maka sesungguhnya ia tidak akan cukup, kerana ilmu Allah itu teramatlah luas… sebab itulah salah satu sifat yang wajib bagi Allah ialah MAHA BERILMU ( ร˜ยนร™โ€žร™โ€ฆ )

  20. petang semua…. sy la ni memang tgh membaca buka en irfan kita. semangat tgh berkobar ni tapi…. tak tau apa benda saya nak jual dalam internet ni, macam semuanya dah ada. kalau dapat en irfan bg la ideaa sikit kat saya ni.

  21. Errr.. benar ke nak tambah nilai2 romantik, perlu baca novel..?
    Saya pun over romantic jugak tapi tengok aje tajuk novel cinta memang TAK BOLEH NGAM dgn jiwa saya.. alergic agaknya.. atau mungkin saya bertanggapan yang kisah romantik dalam novel bukanlah neutral kerana kebanyakannya melanggar hukum alam..
    Jadi mudah2an kita banyak membaca, kalau baca buku mengenai PERNIAGAAN jgn lupa baca juga mgn UNDANG2 PERNIAGAAN/AKTA PERNIAGAAN sebagai perisai atau pendinding bagi ‘perjalanan yg masih panjang’…

  22. Saya memang minat membaca , tatkala dilanda kekecewaan yang amat teruk pun saya mengambil pendekatan dengan membaca buku bercorak motivasi dari buku H.M Tuah dan Fadzilah dan ianya begitu banyak membantu dalam keadaan diri yang telah kecundang. Saya juga memiliki buku Irfan dan sekarang dalam keadaan begitu teruja untuk mempratikkan panduannya . Biarlah kita bersahabat karib dengan buku dah tentu ianya memberi manafaat buat kita.

  23. Betul tu, membaca akan menambah ilmu… saya yakin semua orang pernah dengan ” membaca jambatan ilmu ” . ayat yg mula sekali diturunkan dalam Al-Quran juga adalan berkaitan membaca ( Iqraq = bacalah ) . so memang comfirm membaca menambah ilmu.

  24. akum semua..
    menarikla…peliknya, dah dekat setahun, nih kali pertama terpanggil masuk blog nih..
    topik pun menarik..tip hebat!
    tq :>

  25. kepada ustat…. ustat tau tak mengenai huruf 19 dalam Al-Quran???? itu tandanya Al-quran mempunyai sistem yang indah…bukan ciptaan manusia.

  26. Assalammualaikum Irfan…
    Apa Khabar?

    “Membaca menambahkan ilmu pengetahuan. Tetapi tidak cukup sekadar itu… Apa yang lebih penting,terus mengamalkan ilmu yang baik-baik setelah membaca. Kita akan memperolehi manfaatnya..” ๐Ÿ™‚

    ok,jumpa lagi.
    caucincau

  27. memang best la tips nie….
    mcm mana plak kalau kita tak ada duit nak beli buku?
    duit yang ada just cukup mkn jer…
    buku ilmiah plak sumernyer mahal2 belaka. nak pinjam dkt perpustakaan plak tak boleh pinjam lama2.. sedih so cuba bg tips yang lebih untuk saya… ok terima kasih….

  28. saya setuju sangatlah dgn idea saudara irfan nie sebab utk kebaikan ramai orang…menjana pendapatan mungkin adalah fokus utama…banyak cerita usahawan internet yg berjaya telah digembar gemburkan…TAPI biar logik jugak lah kot…takkan semuanya berjaya dalam bidang ni..cerita sikit jugalah kegagalan pengusha(tak perlulah sebut nama..nanti kena saman pulak dan bagi statistik or peratus mereka yg gagal ni)bukan apa tapi ada baiknya sebagai pengajaran kepada mereka yg baru memulakan perniagaan internet ni…mungkin dpd cerita tu mereka boleh mengelakkan dpd kesilapan atau apa juapun puncanya.betul tak? bunyi kegagalan tu mungkin menakutkan pelanggan tapi itu adalah fakta..lagipun kalau yg tak berjaya tu taklah salahkan sesiapa setelah belajar dari kursus saudara irfan tu….sebab saya terfikir juga apa hal kalau semua orang di dunia ni jadi berjaya dan kaya???siapa nak kutip sampah…nak jadi kerani…nak jadi jaga…robot? atau kena buat sendiri ker?sebabtu lah ada yg tak berjaya dalam bidang ni..atau bidang lain juga…tapi cerita le please….tentu menarik juga kan..dan pastinya ramai orang akan lebih percaya dan atas dasar ikhlas…

  29. Buat macam saya, kalau x nak beli buku (tapi semua buku saudara Azizi Ali dan Irfan saya beli)pegi aje kat kedai buku macam kinikuniya klcc atau popular(ikano damansara favorite saya)baca je buku yang korang suka sampai abis. Saya buat camtu lepas balik keje, singgah jap kedai camtu.Baca sehari sikit lama-lama abis satu buku.
    Saya tengok ramai anak Melayu sekarang suka baca `junk magazine` yg serupa macam `junk food` yg x memberi faedah macam majalah hiburan, dsb.Benda2 camni patut dihentikan dahlah x memberi pekdah, dosa lagi dapat.Lagi satu jenis suka modified kete / baca majalah kereta modified. Duit abis hasilnya xde.

  30. benar apa yg dikatakan oleh saudara irfan…..
    sebelum ni saya banyak membaca buku2 yg tidak berfaedah.sebenarnya ianya banyak menbuang masa kita.namun sejak kebelakangan ni saya sudah mula berubah dengan membaca buku2 ilmiah yg berbentuk motivasi….setidak2nya saya tahu arah tujuan hidup asya selepas membaca bahan bacaan yg berbentuk ilmiha ini…

  31. Hai Irfan,
    terima kasih atas workshop 18/11/06 yg hebat.
    saya setuju dgn Irfan. hm, saya juga sgt suka membaca. ada 2 buah buku yg mengubah cara saya berfikir.. 1. THINK AND GROW RICH author Napoleon Hill.. 2. RICH DAD POOR DAD author Robert Kiyosaki. Saya cadangkan kwn2 baca 2 buah buku yg hebat ni.
    Pagi tadi saya berjumpa dgn sahabat En. Azizi Ali, di pejabatnya atas urusan business partnership. dia juga seorang yg sgt byk membaca. dia juga millionaire coach mcm orgnya kecil,tapi hebat. membaca menjadikan kita berilmu, sekaligus membezakan kita dgn org lain.

    seperkara lagi, cuba baca buku2 yg terlaris di pasaran. ada sebab ia laris, sebab ia hebat.selamat membaca kawan2..

  32. Salam,

    I agreed about reading books. Yes, I have lots of books, from business, science, psychology, arts, literature, history, motivational etc. I read them all and I love them all. Well I do have a mini library in my house. And like most of you, i also wanted to have abundance and achieve wealth, but my problem is…I dont know what to do. I’m pretty much intersted in business, but again what business should I run.. how should I start. Any advice dude?

  33. Assalamualaikum..first time join blog nih..ekceli saye bleh dikatekan baru setaun jagung utk join bisnes internet..baru abis spm..but instinct nak wat bisnes internet membuak-buak..cewah..bleh tak IK khairi bagi tips or ape2 view on how to start bisnes internet n bisnes ape yg sesuai saya jalankn..

  34. Setelah 2 bulan saya menjalankan perniagaan internet, saya dapat banyak ilmu perniagaan secara online. Kita terpaksa membaca buku-buku berkaitan utk. memajukan perniagaan dan secara tidak langsung, ia meningkatkan pengetahuan kita. Dengan membaca, diri kita maju dan mungkin Insya Allah perniagaan internet kita juga maju. Aminnnnn…..

    http://www.jomwebtemplate.com

  35. saya memang minat membaca. sesuai dengan bidang, saya banyak membaca buku kimia. boleh ke buat duit dengan kimia ni. kalau bat ebook boleh success ke. ada cadangan atau pandangan?

  36. Membaca? memang syok kalau kita membaca benda yang kita minat. tetapi benda yang kita minat tu selalunya benda yang kurang nilai. Contohnya komik dan majalah hiburan. Saya dulu macam tu.. suka baca bahan bacaan ni tapi sekarang dah tak berapa minat. Dah jarang nak baca komik atau majalah hiburan. mungkin sebab sibuk dengan tugasan atau mungkin juga sebab faktor umur.. dah dewasa lah katakan.. tapi satu yang masih tak berubah.. asal jak baca buku berbentuk ilmiah, confirm lelap.

  37. erm..bagusss..
    membaca adalah amalan yang mulia…
    erm.. saya kena wat assmt membaca sebagai satu budaya…
    erm, bagus sgt la tu kan…
    baca, jgn tak baca..
    jadikan membaca sebagai satu budaya hidup anda semua..

  38. E-book memang bagus tetapi saya tak dapat nak installkan adobe reader kerana tak tahu cara2 nak installkan. Boleh tunjukkan cara2 yang betul satu persatu

  39. membacalah! dengan membaca menjadikan kita adalah manusia paling kaya! tak percaya? cubalah dan anda akan rasainya.

  40. membaca amat penting tetapi kita sebagai seorang student tak payah la baca buku-buku yang tak berfaedah,,bacalah buku yang mendatangkan faedah……..

  41. Baca memang patut baca,saya daripada tak tahu buat website dalam masa 3 bulan saya ada 3 website untuk cari duit. Ilmu senang didapati
    sekarang,pakai Google apa knowledge pun kebanyan free pula tuk. Business Online memang menguntungkan untuk jangka panjang. Tapi kena ada knowledgelah how to go about your business. Semuga berjaya

    Abdul Rahim Suhailie> Internet Newbie

    http://www.OnlineCashLink.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.