AWAS! Rintangan di hadapan anda

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah semestinya akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu. Ingin menjadi jutawan? Maka, didepan anda akan ada SEJUTA rintangan! Betul… saya telah melaluinya 😉

Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.

Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

9 thoughts on “AWAS! Rintangan di hadapan anda

  1. Malas & Malu… itu rintangan yang ada dalam diri kita. Sebahagian lagi rintangan datang dari faktor luaran. Mereka yang punya sepenuh kekuatan, akan berupaya menempuh segala rintangan, dan mereka ini berpotensi menjadi jutawan. Yang punya separuh kekuatan, jatuh dan bangun meredah dugaan, berhempas pulas untuk meneruskan kehidupan. Dan yang bakinya, yang tiada daya ketahanan, akan menjadikan rintangan sebagai alasan, untuk terus ketinggalan dan ditinggalkan…

  2. Memang betul sangat-2 ler nie.
    bagi ambo, MALU tuh yg jadik rintangan paling besar sekarang nie.Tambah plak dengan tak berapa pandai sangat english,macam-2 rintangan yg rasa ada dlm kepala otak, tak buat lagi pun dah pikir takut MALU.
    nampaknya byk lagi kena belajaq…ilmu tak cukup lagi ambo nie.

  3. Bolehkah kita menyenaraikan ritangan yang bakal kita hadapi yang mana kita tak mengetahui apakah rintangan yang bakal kita lalui.

  4. time is running out.. saya ada 17hari lagi tempoh utk all out effort..

    any tips utk rintangan tekanan family ?
    saya memerlukan idea2 warga blog semua 🙂

  5. Rintangan keluarga… ia ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tak mahu putus, tepung tak mahu berselerak. Keluarga adalah segalanya utk kita, hadapinya dengan teliti dan tenang. Cuba jelaskan segalanya pada mereka. Tunjukkan halatuju kita, jelaskan matlamat kita. Mohon mereka beri kita sedikit ruang dan peluang. Berikan sedikit masa untuk membuktikan kejayaan. Restu mereka pasti boleh memberi ‘push’ yg bukan sedikit utk kita. Di mana mungkin kita cuba ikut rentak mereka, tapi di samping itu kita terus berusaha menggapai impian. Di pertengahan jalan nanti, akan ada satu titik di mana kita dan keluarga akan bertemu, bersama restu dan kegembiraan, bersama mengecap kegembiraan. Tiada yang tidak mungkin…

  6. aku telah lalui beberapa laluan dan banyak lagi laluan yang aku kira ada didepan!
    tawakatul-Allalah sajalah

  7. Salam

    Kita semua sedar dan tahu dalam dunia perniagaan berjuta-juta rintangan pasti kita akan hadapi.
    Makin besar satu perniagaan makin besar risikonya tapi bagaimana nak “up” kan diri, supaya sentiasa cool..dalam hadapi rintangan tak rasa goyah tak rasa rapuh..
    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Leave a Reply

Your email address will not be published.