Terfikir saya untuk menulis sedikit mengenai kemerdekaan, tetapi, tidak datang idea pula. Kemudian, teringat saya pada satu artikel saya yang baru-baru ini keluar dalam majalah Maskulin.
Bagi yang tidak tahu, saya merupakan penulis tetap untuk majalah Maskulin (Motivasi Dr.Irfan) dan juga NUR terbitan Karangkraf (Ruang Bisnes). Artikel ini teringat saya mengenai kemerdekaan- walaupun tidak secara langsung. Terfikir tentang pemimpin-pemimpin yang memeperjuangkan kemerdekaan 50 tahun lalu sudah pasti menerima pelbagai tentangan pihak penjajah!
Artikel mengenai kejayaan dan apa yang datang bersama kejayaan bertajuk “Tidak semuanya indah apabila berjaya”.
Dalam artikel ini saya menyebut tentang konsep “Inverse Paranoid”. Iaitu tip terakhir saya ingin kongsikan dengan anda yang saya kongsikan juga di Gerak Usahawan 2007!
Klik di sini untuk artikel sepenuhnya
Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan ke-50 🙂
Tidak Semuanya Indah Apabila Berjaya
Oleh: Dr Irfan Khairi
Ada pepatah mengatakan bahawa, untuk berjaya adalah sukar. Tetapi, untuk terus menahan kejayaan di pucak adalah jauh lebih sukar.
Kita sedia ketahui pelbagai rintangan dan halangan akan mengundang kita dalam perjalanan mencapai apa sahaja kejayaan yang dibanggakan. Ianya adalah lumrah hidup untuk menembusi segala halangan dan rintangan sebelum mencapai sebarang kejayaan. Namun, apabila sampai ke puncak kejayaan, bukan semuanya menjadi mudah.
Adakalanya ianya menjadi semakin sukar untuk menahan posisi kita di puncak kejayaan!Mungkin anda pernah dengar kisah seperti apabila seseorang itu berjaya, nanti, ada pula pihak yang akan iri hati dan cuba menjatuhkan orang tersebut. Hendaknya, kita dijauhkan daripada musibah seperti ini, namun, pada hakikat, ada kalanya dan sering kali juga ia berlaku.Apabila mencapai kejayaan, seseorang itu pasti akan menarik tumpuan orang ramai. Kebanyakannya akan menyokong dan merestui kejayaannya. Ramai juga akan jadikan kejayaannya sebagai model kejayaan mereka.
Tetapi, ada juga segelintir yang akan tidak senang dengan pencapaian tersebut.Sejarah silam menunjukkan perkara sebegini berlaku. Beratus ribu rakyat India mencintai Gandhi, beribu juga yang membencinya. Beratus ribu rakyat menyukai seseorang pemerintah, beribu juga pembangkang yang membencinya. Seorang penyanyi yang mempunyai beratus ribu peminat setia, pasti sahaja mempunyai beribu yang tidak menyukainya.
Apabila anda berjaya, pasti ada segelintir yang tidak senang dengan kejayaan anda. Di sinilah rintangan dan halangan yang lebih besar perlu anda tempuhi.Berita baiknya adalah, dalam perjalanan mencapai kejayaan, pelbagai rintangan yang kita lalui akan kita harungi dengan semangat yang kuat.
Ilmu dan pengalaman kita dalam mengharungi rintangan dan halangan ini akan menguatkan diri kita dalam menangani halangan dan rintangan apabila berjaya kelak. Sebab itu, perjalanan mencapai kejayaan adalah perjalanan memantapkan lagi diri kita untuk halangan yang menunggu di mercu kejayaan.Ada masanya kita akan bertemu golongan yang iri hati dengan kejayaan kita.
Nasihat saya adalah untuk bersyukur sekiranya ini terjadi. Bersyukur? Dr Irfan sudah buang tebiat ke?
Pertama sekali, ketahui bahawa, sekiranya ada orang iri hati dengan kita, ia adalah tanda-tanda awal bahawa kita sudah keluar dari kepompong kesederhanaan. Di dunia, hanya 5% sahaja masyarakat yang berusaha keluar daripada kepompong kesederhanaan. 95% akan berasa selesa dengan keadaan sementara.
Tiada masalah sekrianya anda selesa dengan keadaan sementara anda, tetapi, yang menjadi masalah adalah golongan yang tidak selesa dengan mereka yang 5% tersebut.
Kedua, tuhan Maha Adil. Lebih banyak dugaan yang perlu anda lalui, lebih banyak pahala dan pulangan yang anda akan terima sekiranya anda dapat menangani segala dugaan tersebut dengan penuh kesabaran. Segala dugaan adalah untuk anda memperkuatkan lagi rohani anda untuk dunia dan juga akhirat.
Ketiga, ketahui bahawa, manusia mempunyai sistem motivasi automatik yang dikenali sebagai “survival instinct”. Maksudnya seperti sekiranya seseorang itu di campak ke pulau yang tidak mempunyai penduduk, “survival instinct”nya akan berusaha mencari makanan dari buah-buahan, mencari makanan melalui ikan di laut, menadah air hujan untuk minuman, membina tempat berteduh daripada ranting-ranting dan daun-daun. Kita sedia maklum melalui filem-filem layer perak keadaan ini.
Konsep “Survival Instict” berkesan apabila keadaan kita menjadi tertekan. Apabila ada pihak yang iri hati dan cuba untuk menjatuhkan kejayaan kita, “survival instinct” akan bermula dan fikiran kita akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menangani apa sahaja rintangan. Semangat kita akan menjadi lebih membara dalam mengharungi apa sahaja rintangan. Jiwa kita akan di sentuh dan memberi semangat untuk membuktikan kejayaan kita dan menunjukkan kepada mereka yang ingin melihat kita gagal bahawa mereka adalah salah. Bak pepatah Melayu, “Pantang di cabar!”
Sebab itu juga, sering kita mendengar kisah-kisah kejayaan mereka yang kaya-raya bermula daripada kemiskinan. Mereka pada asalnya hidup dengan susah dan kemudian berusaha untuk memperbaiki diri keluar dari kesusahan itu. Survival instinct memainkan peranan dalam keadaan tertekan!
Apabila anda di dalam perjalanan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang, ketahui rintangan-rintangan sebegini di hadapan. Bukan untuk menakut-nakutkan anda mengenai kejayaan, tetapi, sekadar memesan supaya anda bersedia menanganinya.Kini, anda mengetahui keadaan ini, terdapat satu konsep kejayaan yang sering digunakan oleh mereka yang berjaya.
Konsep tersebut digelar “Inverse Paranoid”.Paranoid, bermaksud kita sering gelisah dan risau tentang keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kita risau untuk berjaya oleh kerana takut nanti ada pula pihak yang akan menjatuhkan kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut pula ada yang akan mengkhianati kita. Kita risau untuk berjaya kerana takut kita akan rebah dan jatuh semula.Tetapi, konsep “Inverse Paranoid” pula bermaksud, untuk kita sering fikirkan bahawa orang ramai mahu kita berjaya, orang ramai akan membantu kita untuk berjaya dan orang ramai akan sedaya upaya menyokong kita untuk berjaya.
Dalam mencapai kejayaan, tanamkan konsep Inverse Paranoid dalam hidup anda. Walaupun mungkin sebilangan kecil tidak akan menyebelahi kejayaan anda, tetapi penuhi fikiran anda bahawa seluruh dunia ingin melihat anda berjaya dan bersedia membantu anda mencapai puncak kejayaan!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Didalam pekerjaan juga apabila kita telah di jawatan yang tinggi ada manusia tidak suka kita di atas. Politik kerja terlalu kuat kadang-kadang kita rasa hendak menangis. Saya perlu kuat menghadapi segala dugaan ini. Terima Kasih memberi saya semangat untuk meneruskan karier saya.
slmt pagi ,
pokok yang besar, mesti kena ditiup angin yang kuat berbanding pokok yang kecil…
han
saya dapat simpulkan dari artikel Irfan hari ni bahawa, setiap kejayaan mesti ada saja tangan2 yang nak baling batu ke arah kita. Tak semua orang suka dengan kita!
Termasuk Rasulullah pun. Walaupun terkenal dengan kebaikan dan sifatnya yang mulia, tapi ada jugak yang benci dengannya..
Assalamualaikum Irfan & semua..
Tq atas info tu, baru sy tahu ada artikel kat mag maskulin & nur. Insyaallah sy akan dptkannya. Sy dah beli apperantice semlm. Tq for all the tips in it.
Tip 1 minit hari ni amat berguna. Tq Sy merasa sedih dan gerun juga bila mendengarnya. Kenapalah ada orang yang tak suka dgn kejayaan kita.. Tapi takpe saya akan gunakan konsep inverse paranoid & survival instinct yg nyatakan.
Tq Irfan.
alhamdulillah… saya rasa ini diantara success key yg sy cari selama ni… tq doc
Inverse Paranoid! 🙂
saya suka cr ini!
Assalamualaikum Irfan, apa khabar? Shueqry di sini.
selain Fadzli Yusof, Amin Idris, Fadzilah Kamsah, Fazley Yaakob dan Tuah Iskandar, artikel Irfan Khairi dan tips satu minit memberi semangat kepada saya.
Tq! 🙂
Saya dah kongsikan artikel ini dengan kawan-kawan, seberapa ramai yang mungkin, sejauh yang mungkin agar ia dapat memberi penyuntik motivasi yang meresap dalam diri mereka, sedalam yang mungkin!
– Shueqry –
bagus tip hari ni..
bila dah berjaya makin tinggi dugaan yang datang.Kesabaran dan iman yang tinggi sahaja yang dapat membantu
2 tip yg menarik dan bagus untuk smua org untuk menghadapi segala rintangan! Sudah menjadi lumrah alam, setiap kejayaan yang dikecapi pasti ada yg iri hati…. 🙁 mintak laa bende-bende camni akan hilang 1 hari nanti… 🙂
Dari dulu sampai sekarang memang macam tu sifat manusia, ada certain golongan yang tidak senang bila orang lain berjaya…rasanya tak mungkin hilang dari umat manusia…tapi yang penting minta dijauhkan dari diri kita…..
saya baru berusia 16 tahun dan mula bergiat dalam perniagaan internet sejak 15 tahun..masih tidak terlalu awal bukan?:)
orang kata kalau kita memburuk orang yang telah berjaya seolah-olah kita memakai jerut ke leher sendiri…ada betulnya. bahaya tu.
(mintak maaf jika terkasar bahaya)
Satu tip yang menarik. Umpama Jeneral di medan perang strategi dan cabaran yang dihadapi untuk memenangi pertempuran adalah satu kepuasan dan kejayaan.
saya cukup bersetuju dengan apa yang dibincangkan…
kita mungkin selalu dengar frasa” bukan senang nak senang” tapi hakikatnya untuk mengekalkan kesenangan atau kejayaan itulah yang susah…
ye lah, bila kita berada di puncak, ada sahaja oarang yang akan menjatuhkan kita.. mungkin ada yang melihatnya sebagai persaingan tapi bila fitnah ditaburkan itu bukan lagi persaingan..
namun harus diingatakn juga, kadang-kadang apabila individu yang senang itu tadi mudah untuk lupa diri. mana tidaknya apabila sudah berada di puncak, tentu sahaja orang lain dilihatnya kerdil sahaja..itulah juga faktor kejatuhan individu itu…
namun, dengan izin tuhan, mintalah kita dijauhkan daripada semua ini.
Inverse Paranoid…sesuatu yg baru didengar..mudah ke utk diamalkan?
Saya sangat tertarik dengan komen yang dilontarkan oleh Irfan
mohon sekiranya Irfan dapat berkongsi untuk apa dan bagaimana sesorang itu perlu keluar dari kelompok 95% (sederhana) kepada kelompok 5%.
yeah merdeka!!!!