Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…
Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?
TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”
Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?
Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja.
Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja.
Bagaimana hendak menangani ini?
Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke KL… (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang Johor kecik hati pula :))
Ok, anda dari Johor ke KL, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampakย 100 kilometer di hadapan? Adakah anda nampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?
Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurangย 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?
Tetapi, adakah anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10km… 100km akan datang?
Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda akan sampai KL juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yangย 100 meter pertama itu terlebih dahulu, danย 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!
Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan lagkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari ๐ Zoom!
*** Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan, apa kata ambil langkah pertama anda bersama kami di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia. Saya dan juga pelatih-pelatih bertauliah IKSB ingin sangat langkah bersama anda di alam perniagaan online! Klik di sini untuk maklumat lanjut.ย
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Iyaaaaa…betul sekali dong! rasa terkena plak hehe.
Satu tips yang benar-benar diperlukan newbie. Saya bermula dengan perniagaan internet dulu macam tu juga. Risau dengan banyak perkara seperti ilmu masih tak cukup lagi, pandangan orang, modal yang tak seberapa, pengalaman tak ada dan macam-macam lagi..
Akhirnya saya membaca satu temuramah dengan Founder Youtube dan mereka kongsikan bagaimana mereka bermula dengan keadaan sama seperti saya. Apa yang mereka lakukan adalah, JUST DO IT!
Selagi kita tak mula, selahi itu kita tak akan rasa pengalaman yang kita timba. Selagi kita tak mula, selagi itu juga kita tak tahu pahit manis bidang yang kita terjun itu.
JUST DO IT, dan jangan putus asa, itulah kunci dalam apa-apa perniagaan pun. Termasuklah perniagaan internet.. ๐
p/s:saya suka baca artikel bagaimana Irfan Khairi Sdn Bhd tertubuh.. Sangat inspire! ๐
Betul, just do it. saya mulakan perniagaan bukan internet iaitu pusat tuisyen . tanpa sebarang pengalaman, tentunya banyak masalah yang dihadapi , tetapi sebenarnya terlalu banyak ilmu dan pengalaman yang dipelajari. semoga tahum kedua saya semakin success perniagaan tersebut disamping perniagaan internet.
Kegagalan langkah pertama kebiasaannya yang membuat seseorang tersungkur sebelum bertempur, ia kadang kala seperti satu penyakit yang kita perasan ada pada orang lain tetapi sebenarnya ada pada diri sendiri, Terima kasih saudara
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
setuju bangat! hehehe…belajar dari perbuatan, pengalaman dan persekitaran.
Jangan tangguh-tangguhkan kerja,nanti ketinggalan,semoga semua sucess dalam perniagaan
Bertangguh ini akan menjadi bersegera apabila kita nampak kepentingan sangat kuat.
Satu lagi, orang bertangguh ini salah satu cirinya hendak buat kerja 200% sempurna pada hasil pertama. Maka jadilah penangguhan yang sempurna
ZAMRI MOHAMAD
http://www.zamrimohamad.com/kerjayawanita
setuju benar dgn tuan IK,mulakan dgn langkah yg pertama,kemudian teruskan melangkah,dlm perjalanan kalau x tahu,tanya,insyaallah berjaya..
saya ingin meminta emel saudara irfan untuk melakukan satu project kolej. saya harap saudara dapat membatu saya dalam hal ini
Dapat update dari Twitter…bergegas saya ke sini..hehe
Yalah saya rasa procrastination kills the cat.. Ada ramai orang yang boleh bantu…hanya nak bersabar dan mulakan langkah satu persatu..ada orang tu dia nak semua complete dan selesaikan dalam satu masa ..Saya rasa kalau macam gitu tak start langsung ah..
Dari logo, ke layout, ke satu paragraph..akhirnya complete juga tu website kan..baru boleh fikirkan pasal transactions, traffic dan selanjutnya..
Orang Singapore sini…
http://www.fadzuli.com
Yang pasti kita kenalah cuba dulu dengan langkah pertama…kalau tak cuba mana nak tau apa masalah yang bakal dihadapi. Dah cuba laggkah pertama barulah ada pengalaman. Dari pengalaman kita belajar…semuanya kena bermula dengan langkah pertama…mesti mula!!!
tak install email follow ups? Mudah sikit untuk terima updates?
Yup…setuju dengan semua.
Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama.
Masa pergi workshop Rahsia Jutawan, IK banyak kali ulang2 basal tie batik sekaligus memberi aspirasi pada saya so lepas 2 bulan baru lar siap laman web tie batik.Kalau terus menerus saya dok fikir jer mungkin apa yg IK cadangkan tu hanya tinggal angan2 sahaja
http://www.rossnughaffar.com
~Hand Drawn Batik Tie~
betul tuย saya sokong 100%.
betul ape yang ik kata tu..sebelum ni sy mmg takot nk buat bisnes..keje mkn gaji..tp bile dh masuk bisnes plak mcm mcm pk..tp mmg betol lah ..kalau x mula mmg sampai ble2 la x dpt..dlm perniagaan sy dok tgk siapa cepat dia dapt sape lambat hanya melopong la..–penah tejadi ngan sy,..tp semua ni pengalaman utk kite lebih matang
Suka sangat dengan analogi ini!
Analogi inilah yang banyak membantu saya setiap kali ‘stuck’ kerana ‘fear’ atau kerana ‘analysis paralysis’.
Alhamdullilah, setelah beberapa tahun berniaga, saya semakin arif menggunakan konsep ‘memulakan langkah pertama’.
Terima kasih sentiasa kepada IK yang sering mengingatkan saya dengan tip2 hebat begini.
Ramadhan Mubarak!
Naziehah
http://naziehah.wordpress.com
langkah permata itulah yang akan merencanakan langkah yang seterusnya……….
pas tu sume nampak tersusun je……..
thank IK mengingatkan kami sume…….
Setuju, buat dulu kalau gagal buat lagi sampai berjaya.
topik ni memang benar2 manfaat atas diri sy sbb selalu & terlalu jauh fikir higher level sedangkan lower level masih belum tertib tersusun rapi lagi. thks IK ๐
Belajar dan buat dalam masa yang sama.Belajar dan praktik akan lebih berkesan.
http://syokbeb.com
Ya! Sebelum saya hadiri workshop yang terhangat lepas raya ni, saya harap plan B dah selesai.
Betul2 beri inspirasi… Terima kasih IK!
tima kasih untuk tips hari ini IK.
Give me a lot of motivation.
Relax jap..tenangkan fikiran.. cari idea lain untuk selangkah lagi maju ke hadapan.. ๐
Entri Tuan IK ini mengingatkan saya kepada satu cerita. Dua tahun dahulu, ada seorang pemilik konsultan ini bercerita.
“Jika belum ada bisnes, tetapi ada cadangan nak bisnes. Langkah pertama, dapatkan lesen perniagaan di SSM. Meskipun kita tidak ada bisnes bergerak dua tahun pun, setiap kali kita hidupkan lesen, kita sendiri terpukul dengan tindakan kita. Kurang daripada 2 tahun mesti bergerak bisnes itu…Percayalah.”
Bagi saya itu pengaruh psikologi kepada diri. Beza orang bisnes tanpa lesen dengan tiada lesen ini ada yang kata, tanpa lesen kalau berhenti bisnes tak rasa bersalah kerana tak ada apa menghantui.
Kalau ada lesen, kalau nak berhenti macam mengecewakan harapan diri yang terpampang nama pada sijil perniagaan itu.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.kerjayawanita.zamrimohamad.com
Act…..dalam menjalankan pernigaan, Fokus pling pentig. Yang jadi mslh apa terlalu banyak ilmu sehingga seseorang individu menjadi hilang fokus kerana ada keinginan mencuba kesemuanya walauun di luar kemampuan. Jadi, perancangn strategi perniagaan AMAT, AMAT perlu dititikberatkan
Bisnes TDTone
ya, memang tepat sekali,IK ni memang prihatin ..beliau tahu peserta nya masih belum start menjual..dan seperti saya,mungkin betul kata IK, saya terlalu pandang jauh kedepan sehingga tak pandang depan langkah…itulah yang sebenarnya..memang sepatutnya kita kena pandang depan mata dulu, baru ia akan membawa kita sehingga ke K.L (bak kata IK ler..)
Dan soalan tu memang yang kakak ipar dan husband saya tanya… apa nak jual di Internet.. dan itulah jawapan saya.. belum tau lagi.. dan Alhamdulillah.. Husband saya selalu ingatkan saya supaya dapatkan balik modal pergi kursus hari tu, RM 840.00 supaya tak sia sia…dan InsyaAllah.. saya bersama tekad yang baru, saya akan mulakan juga langkah pertama…t.kasih IK…
Betul tu kalo nak banding saya dengan 1 tahun lepas rasanya dah banyak yg improve…just keep driving sbb perjalanan masih jauh
Salam Sejahtera semua…
Tapi kawan2 semua…macammana kalo tak de langkah pertama tu?
Maksud saya…Takde idea untuk buat biznes apa?
Walaupuun ada la sedikit RM untuk mulakan..
Cth: Nk g workshop Jutawan Internet IKSB..Tp still takde idea biznes apa nak buat…
Bg sy kalo ada idea senang…TERDORONG JALAN TU..
Kepada semua tolong bg nasihat pada sy..
Tiada yang LEBIH BERNILAI DPD NASIHAT KE ARAH KEBAIKAN..
Wallahualam..
wah ….boleh ganti dato fazilah kamsah ni…betul sangat kata saudara IK…kadang2 kita terlalu pikir apa yang terjadi mase depan, sehingga kita lupe ape sepatutnya jadi pada mase sekarang..
bak kata pepatah “perjalanan yang jauh di mulakan dengan langkah pertama”
tak gitu abg IK?
That right! Everything in life we need to start with no. 1. Nak masuk U pon 1st step kite kene isi borang.. btul tak IK?
ha-ha.. ๐ teringat zaman dulu-dulu.. betullah kata tips ni.
betul kata kawan2, kalau jadi keadaan macam ni, just buat je mana yg tahu..yg penting, START! Lepas dah start, buat slow-slow pun takpe..
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit ๐
Good Luck!
Salam IK…
Wah cam perli je topic nie..itulah masalah terbesar saya,menangguh kerja..So selepas baca topic ni saya kena ‘memandu malam hari’.. ๐
Walaupun saya ni rabun ๐
Salam IK dan salam semua…
Betul tu, berfikir jauh ke depan tak de masalah.. cuma jangan terlalu asyik fikir tanpa sebarang langkah mula..
Jangan jadi macam kisah angan-angan Mat Jenin sebab dia terlalu asyik fikir dan berangan.. sampai terjatuh pokok.. ๐
P/S : IK, preview bisnes telco di Boulevard Hotel Midvalley malam Selasa ni IK join tak?
Semoga dpt jumpa di sana
Salam IK!
Yup! Memang kerja bertangguh tak akan menjadi. Fikir punya fikir punya fikir… terus lupa atau tak tahu akhirnya nak buat apa.
Walau bagaimana pun, perlu ada matlamat, tulis dan tampalkan matlamat yang betul-betul spesifik untuk dapat mencapainya. Barulah kerja tidak akan bertangguh dan akan menjadi lebih teratur apabila ada matlamat yang jelas.
http://www.glowglokal.com
Mmmm…Sukar untuk capai cita-cita jika tidak nampak atau tidak tahu langkah yang pertama.
Perlu senaraikan langkah-langkah tersebut, kemudian baru mulakan langkah dari langkah pertama yang telah di senaraikan itu.
http://www.glowglokal.com
Kadang-kadang kita berada dalam keadaan terlalu selesa itu yang menyebabkan kita tak memulakan walau satu langkah pun.Maybe bulan-bulan ada duit gaji dalam akaun yang boleh support hidup kita,boleh beli barang yang kita nak n terus boleh survive sampai gaji seterusnya.
kadang-kadang desakan hidup seperti ingin menambahkan pendapatan yg xcukup tiap2 bulan baru membuatkan kita bukan setakat melangkah tetapi berlari laju dalam memenuhi impian.
*Seperti tajuk filem Berlari Ke Langit.
http://www.rossnughaffar.com
~Hand Drawn Batik Tie~
renungkan lah kata ini….
“setiap perjalanan yg jauh berkilometer bermula dengan satu tapak yg pertama”
renungkan dan fikirkan
Salam IK,
Point yang sangat bagus dan analogi yang sangat tepat.
Saya suka analogi lampu kereta tu… jelas maksudnya.
terima kasih… ia memotivasi.
Saya bersetuju dgn IK……
Emm…HEBAT.
Selalu balik Melaka…lalu jln kampung gelap gelita berpandukan lampu kereta..ttp still drv thru gak.
Dat’s wat i like abt this forum…very motivating.
Hope to see u & the rest of the participants on 25 & 26 Oct di KL nanti.
Tips kali ni… terkena bantang hidung sendiri.. apa pun Tq IK atas nasihat yang diberikan.
Saya baru mengenali IK dalam 2 tahun kebelakangan ini….apa yang saya rasa…ialah TERUJA…”kalau boleh aku pun nak jadi macam dia…”..Anda membuka banyak mata yang hampir tertutup…well done
Need Some Advice >idea memang banyak dan yang paling penting sebenarnya kena rajin dan kena fokus..
first kena ada matlamat>kenapa nak berniaga internet?
mcm saya, saya nak jd “Home working parent”, nak tgk anak membesar depan mata .. jadi matlamat tu akan buat kita kembali nak berusaha untuk memulakan perniagaan internet..
dan memang tak dinafikan memang agak sukar sebenarnya.. tapi itulah kakikat…
“bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah..”
jadi nak hidup senang ni memang kena azam dan nekad serta komitment yang tinggi..
kalau nak susah tu, senang jer..pagi siap p keja,tak payah fikir lain dah.. buat jer kerja yang disuruh oleh bos..
tapi 5 tahun akan datang pun dekat situlah kita.. tetap di takuk yang lama..
tapi nak senang ni, nak jadi bos sndiri, kena komitment yang tinggi, kena perah otak sikit, lihat la contoh Idol kita IK, 3 tahun yang pertama, terpaksa berkorbankn masa remajanya dan duduk rumah mengadap komputer..dan dah terbukti berjaya..pengorbanannya tidak sia sia..
dah jadi jutawan dah!
jadi kita sama sama kembali tanam matlamat dan berusaha bersungguh2..
apa yang penting skrg, u pergi wokshop internet dulu, dan yang pasti IK akan membuka mata kita yang selama ni tertutup, jalan terbentang luas dihadapan kita, Ik siap bagi banyak IDEA untuk kita..dan jgn risau IK krew akan banyak membimbing kita, just email dan krew akan tolong…dan kalau ada modal, invest skit bli buku ttg perniagaan internet atau product ik..memang banyak membantu, dan memotivasikan diri kita..
kena berani melabur..kalau nak berjaya..
bak kata IK, ilmu yang berharga bukan buku yang kita beli,tetapi ILmu yang dipraktikkan dalam bisnes kita..
(betul tak IK? ๐ )
Ya….sgt bersetuju,,,tu yang sedang saya lakukan untuk membina networking…..so far so good…
emmm.. sebijik terkena kat saya.. sy ni spesies cepat motivate dan sangat la juga cepat cool down.. maknanya mula2 semangat gile, pastu emmm hampeh.. cepat down la maksudnye nih..
sy dah bermula dgn langkah pertama iaitu buat website sendri – http://www.dcljutawan.com
– langkah pertama bisnes MLM menerusi online run dgn adek beradek.
maksalahnya langkah kedua tak jln2…
pastu semangat plak nak buat adsense, langkah pertama dah beli ebook, baca pon udah. pastu hmmm hampeh juga.. langkah ke2 tak jln2
erkkhh tolong la saya..
yer, sangat bersetuju, kalau ada idea tapi tak bertindak, jadilah idea tu angan2 kosong
Kadang perjalanan rasa makin sukar sebenarnya kejayaan makin dekat
macam daki bukit makin naik makin rasa tinggi makin letih padahal nak dekat dah puncak
Benar, don’t worry, ๐ as long as ????? with us (always actually), the most greatest, Al KHALIQ, Al MALIK, Al RAZIQ, โฆโฆ
#Hidayah #Taufiq #Syukur #Sabar #Usaha #Tawakkal #Istiqomah #Ikhlas #Muhasabah #InshaAllah :-)โฆ