Apa yang memotivasikan anda?

Sedikit survey…

Beberapa minggu lepas, saya ada menulis “Lain orang, lain cara motivasi”

…Bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivasi… 

Soalan: “Apa yang memotivasikan anda?”

Apakah yang memotivasikan anda? Apa yang memberi anda semangat untuk mencapai cita-cita? Bagaimanakah cara terbaik untuk memotivasikan diri anda sendiri? Apa yang membuat anda bermotivasi?

Jawab, jangan tak jawab 😉 Dengan menjawab persoalanan ini, anda dapat lihat sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri. Boleh jawab? 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Apa yang memotivasikan anda?

  1. Assalamualaikum

    Bila orang gembira dengan produk saya yang mudah dan murah untuk di perolehi.Orang gembira dan menjadi pelanggan tetap serta menjadi free advertiser kepada syarikat saya.
    Waulahua’lam.

  2. Motivasi saya untuk terus berusaha dan tidak mudah putus asa ialah melihat kejayaan org lain… dengan melihat dan membaca kisah2 kejayaan serta pahit maung mereka akan menguatkan lagi semangat saya untuk berusaha… 😉

  3. ehmm,dah tentulah wang jadi motivasi jika kita terlibat dalam keusahawanan.Dapat memenuhi keinginan yang belum tercapai.

    Macam katakan, jika orang tak makan 2-3 hari. tentulah makanan menjadi motivasi. Saya teringat teori yang dikemukakan oleh seorang ahli psikologi iaitu Maslow. keperluan hidup kita bermula daripada keperluan fisiologi iaitu makanan, kselamatan..dan seterusnya keperingkat tertinggi iaitu kepuasan diri ( self actualization)..

  4. Pada pendapat saya yang paling memotivasikan saya ialah ada wang banyak-banyak,dapat jadi jutawan, nanti of courselah financial free kan.Sebab dalam kehidupan sekarang, wang sangat-sangat penting.Bila tak ada masalah kewangan lagi,banyak impian akan menjadi kenyataan.Disamping itu saya juga minat nak jadi motivator kewangan macam Irfan tau

  5. Apa yang memotivasikan saya adalah duit yang saya dapat dari perniagaan internet.Setiap kali saya dapat pelanggan, saya begitu excited untuk meneruskan perniagaan internet saya dan juga mengembangkan perniagaan dalam bidang lain pula.

  6. Salam kasih sayang,
    Saya sedang berusaha sedaya mungkin utk mengikhlaskan diri menjadikan “LILAHITA’ALA” sebagai motivasi terbaik utk menjadi sihat, kaya dan bahagia. Saya berusaha utk menjadi jutawan dgn cara membantu org lain menjadi jutawan sama….Amin…

  7. Banyak perkara yang boleh memotivasikan saya..Antaranya..

    MATLAMAT hidup saya: memperoleh kebebasan kewangan & boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama orang-orang tersayang.

    motivasi yang JARANG diperoleh, tetapi sekali dapat meluap-luap lah semangat saya:

    apabila dapat bertukar2 fikiran dengan orang2 yang telah berjaya dalam bidang perniagaan atau orang yang sedang berusaha keras untuk bersara lebih awal.

    Namun begitu, dgn adanya TIP 1 MINIT IRFAN ni, setiap hari saya dapat motivasi daripada dan kawan2 di sini 🙂 Terima kasih banyak-banyak!

    Selain di atas, sumber motivasi yang selalu berada di depan mata dan sangat POWER:

    apabila saya melihat ANAK 🙂 Saya akan teringat kembali matlamat saya, dan menyebabkan saya sanggup berjaga malam , mengorbankan masa rehat..semata-mata untuk membahagiakan anak tersayang, kini dan selamanya…

  8. slmt ptg ,
    apa yang buat saya bermotivasi ialah menjadi orang yang berjaya kerana saya selalu dipandang rendah oleh keluarga saya sendiri…

    han

  9. Asmkm Irfan, apa khabar. Shueqry here.

    Irfan Khairi, Anthony Robbins dan Corey Rudl adalah faktor motivasi dan inspirasi utama pada saya.

    Mengecapi hidup yang terbaik memberi semangat pada saya untuk bekerja serajin mungkin. Cita-cita utama saya, untuk menjadi orang yang berguna pada masyarakat, to inspire and to motivate.

    Dari zaman remaja saya takde cita-cita khusus mcm nak jadi Peguam ke, Cikgu ke, saya cuma nak jadi orang yang berguna. Tapi, untuk menjadi orang berguna, i have to be the best first, the best that i can, dalam kewangan dan kerjaya.

    Bila saya dah mencapai matlamat tu, saya akan mengajar orang lain sehabis daya supaya mereka juga boleh mengecap taraf hidup yang lebih baik seperti saya dan seperti orang-orang yang berjaya sebelum saya ..

    Cara yang terbaik untuk memotivasikan diri saya, dengan memanjatkan rasa syukur dan melihat hasil pencapaian orang-orang yang telah berjaya. Selain tu, saya baca buku Anthony Robbins tiap hari, tajuknya Notes From A Friend. Sebab tiap kali habis membaca buku tu timbul motivasi dan inspirasi, feels like the joy of helping people runs deeply through me.

    Apa yang membuat saya bermotivasi? Satu saja, blog Irfan Khairi. Saya ke sini tiap hari, bahkan berkali-kali dalam sehari berbanding blog lain. Saya juga ke blog Ahmad Fadzli Yusof, Amin Idris, Ainon Mohd, Tuah Iskandar, Fazley Yaakob dan menjadikan gambar Irfan sebagai desktop background pc saya, tiap kali melihatnya saya jadi bersemangat dan rajin bekerja, bagaikan Irfan benar-benar ada di depan saya.

    Saya bekerja sendiri kerana mahu ada masa untuk membuat apa yang saya minat, berenang, menulis artikel motivasi dan enjoy life bersama keluarga dan kawan-kawan.

    Itulah jawapan saya. Panjang, tapi straight from the heart 🙂

    – shueqry –

  10. Apa yang memotivasikan saya terutama dalam perniagaan internet ialah apabila orang mengetahui tentang kewujudan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. 🙂
    Apabila laman web kita sering dikunjungi pelawat, ia merupakan satu kepuasan walaupun mereka tidak melanggan atau membeli. Dengan motivasi dan usaha yang berterusan, insyallah penghujungnya adalah kejayaan atau setidak-tidaknya kepuasan diri. 😀

    Hisham;
    “Promosi Dan Pemasaran Serentak”
    P2..DotCom Founder 😉

  11. Apa yang memotivasikan saya adalah ingin merdeka, dalam erti kata lain ‘bebas dari segala kekangan wang’. Walaupun Malaysia dah lama merdeka, tetapi diri saya sendiri masih lagi menjadi hamba kepada wang, tak bebas lagi.

    Selagi tak tercapai matlamat itu, selagi itu lah saya akan berusaha untuk bebas, biar wang bekerja untuk saya.

  12. bagi saya pula, sekarang ni yang memotivasikan diri saya terus bekerja dan mencari sumber kewangan lain dan untuk berjaya…ialah…sbb saya nak kahwin tahun depan 🙂

    so..saya jadikan sebagai motivasi dalam diri saya….dan amat berharap saya takkan buat pinjaman peribadi untuk kahwin nanti 🙂

    dan inilah yang membuatkan saya terus motivasi diri saya…

    dan suatu hari nanti saya akan ada empayar perniagaan sy sendiri bersama orang yang tercinta.

  13. Askum Irfan… Perkara yg memotivasikan sy ialah kesusahan yg sy alami skrg iaitu
    1)tenaga yang perlu diperah utk bekerja, di samping perlu bekerja sepantas yg blh utk memuaskan hati pihak majikan. Jika kita slow sikit ada2 sja suara belakang superior kita biasanya, ktnya shasha, cepat sikit shasha. Xkira demam ke sakit mana2 ke, keje mesti laju dan efisyen. slek sikit ada lah suara2 yg berbunyi..
    2) Di suruh ke sana sini, buat mcm2 keje, keje berat& ringan, mengikut suka hati mereka walaupun assignmen yg sdg kita buat masa tu belum siap, kdg2 sampai jem keje yg sepatutnya kita siapkan kerana terkejar2 ke sana-sini mengikut arahan mereka semua.
    3) Kesuntukan masa yg sy alami setiap hari semata2 kerana terpaksa menghambakan diri kpd sykt org lain demi mdpt sesuap nasi dan belanja harian.
    dan juga
    dgn memikirkan kesenangan spt rmh besar, kereta besar dll tu, yg sy akan dpt jika sy berjaya dlm biz internet.

    TQ KERANA MEMBERI SY PELUANG UTK BELAJAR BUAT BIZ INTERNET NI.

    Boleh sy tahu apa yg memotivasikan Irfan? Sy harap dpt beritahu.

    Tq…:-)

  14. Yg memotivasikan diri saya:

    1) Utk membuktikan kpd diri sendiri dan org sekeliling yg saya sebenarnya “ada nilai”. Sbbnya saya ada degree oversea, tapi nak dibandingkan pencapaian saya aspek material berbanding kawan2 lain… saya jauh keciciran. So, saya mesti buktikan yg bekerja rumah tidak membuatkan saya seorg yg tdk berjaya. Saya mahu berjaya dgn cara saya sendiri!

    2) Mahukan kebebasan kewangan. Setiap hari saya berdoa dan amalkan solat dhuha sbg pembuka pintu rezeki, supaya tak lama lagi wang tdk akan menjadi satu masalah dan halangan bagi saya utk buat apa yg saya mahukan!

    3) My kids! Saya mahu mereka boleh berbangga dgn ibu mereka yg sanggup tak bekerja utk mendidik mereka, tapi pada waktu yg sama mereka mempunyai ibu yg hebat dan mencipta kejayaan peribadi 🙂

  15. Sikap cemburu memberi motivasi kepada diri saya.
    Setiap kali bila kereta saya yg buruk ni berselisih dgn kereta mercedes, tiba2 jiwa saya akan berkata.Tak apa.Suatu hari nanti saya juga akan memilikinya…automatik semangat tu datang..

  16. Salam semua 🙂

    Motivasi ku : melihat sumber inspirasi saya semakin berjaya. ia menjadikan saya bersemangat dan mahu bersaing. keinginan untuk menjadi lebih baik dari orang lain, menjadikan saya sentiasa mahu ke depan. Dan sumber inspirasiku ? Irfan Khairi, Carly Fiorina (ramai orang tak tahu beliau adalah antara orang yang saya kagumi), dan Mr Shueqry 🙂 Saya mahukan sesuatu yang meletakkan saya di platform tersendiri. Pada sesetengah orang, ia mungkin kedengaran agak syok sendiri, tapi perlukah saya mengubah motivasi? Tak perlu. Ini lah perkara yang memacu kejayaan saya : Keinginan untuk sentiasa mendahului.

    Duit untuk membeli buku dan pergi makan kat mana2 yang saya suka juga adalah motivasi saya! 🙂 Saya bekerja untuk mencapai kepuasan, shopping buku dengan duit hasil titik peluh sendiri, dan bukannya minta mak ayah lagi..

    Cukup ni dulu 🙂 Yang lain, kemudian pula 🙂

  17. Pekara yg motivasikan saya apabila dapatkan selesaikan hutang mak ayah saya disamping hutang saya . Saya ingin juga mendapat nikmat kesihatan yang terbaik.

  18. Perkara yang memotivasikan saya apabila membaca kisah orang biasa
    menjadi luar biasa.
    Dulu,
    Perkara lain yang memotivasikan saya, apabila melihat pempuan cantik,
    Hati selalu berkata, kalau aku makan gaji sudah tentu aku tak ada peluang untuk mendapat pempuan secantik itu suatu hari nanti kerana aku banyak kekurangan..!tapi kalau aku jadi bisnesman yang berjaya,
    Ada banyak asset, tak jadi masalah, rasanya!he,he,he (amboi gatalnya)

  19. EMAK sy, sbb dia mampu besarkn kami semua seorg diri pas abah meninggal…so, sy kena berjaya cari duit dan masa yg banyak untuk bersama mak.

    AKMAL, sbb dia la yg bwk sy belajar tentang bisnes internet ni…smpi la dia buatkan laman web untuk sy handle.

    masa muda ni la sy kena kerja kuat, nt da ada family, sy kena tumpukan sepenuh perhatian sy pada family sy…so ni la yg memotivasikan sy…sy nak jd isteri yg solehah.

  20. askum dah lame saya x bagi komen kat web ni coz saya dah dapat keje baru yg > mencabar…bagi saya motivasi terkuat adalah diri saya sendiri untuk berjaya..org2 di sekeliling saya penyumbang kpd kejayaan saya…family..kwn2…

  21. Salam. Ucapkan terima kasih kepada empunya blog yang amat “priceless”. Saya tertarik dgn topik hari ni. Sekian lama sy melawati blog tiap hari, ini adalah topik yg secara peribadi sy kategorikan sebagai “KILLER ELEMENT” utk sesorg itu “amat berjaya”. Secara peribadi 2 kategori manusia adalah pencetus MOTIVASI iaitu IBU(bujang) dan ANAK (berumah tangga). Ibu, kerana dia kita ada disini. Anak, kerana dia pewaris kita akan datang. Kerana mereka berdualah yg meMOTIVASIKAN saya. Terima Kasih

  22. salam,

    motivasiku…

    1. aku tak ingin wang RM1juta….
    tetapi aku ingin 1juta asset (berapa nilai satu juta asset ah?)

    2. kalau nk RM1juta, kita kene sanggup hadapi rintangan yang nilainya juga RM1juta (kalau berat 1kg = rm1, mungkin kita kene angkat beban 1juta kg kot)

    3. Rezeki itu dari Allah, tiada di dunia, di akhirat menanti

    4. jika kau bersyukur, akan Ku tambah lagi rezekimu, jika kau kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih

    5. Cepat panas, cepat sejuk. cepat datang, cepat pergi. cepat kaya, cepat m****n… Mungkin ini utk mereka yg slalu gagal. Sabar…. rezeki anda sudah termakbul… cuma masanya sahaja belum tiba utk Allah beri. Teruskan usaha sehingga masanya tiba.

    Renung-renungkan…

  23. Motivasi datang bila kehidupan lalu saya yang susah.Di pandang hina oleh saudara-mara.kita hanya dipandang sepi tak bermakna.Bangun dari kepayahan yang menyesakkan.Perbaiki diri!!Jadi manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat tuhan.Tidak menghina orang yang susah.Tahu menghargai waktu dan jadi orang yang taksub untuk terus berjaya dalam kerjaya.

  24. Setiap peluang dan kepercayaan yang diberikan pada saya itu sudah cukup memotivasikan diri saya.

  25. bg saya yang memotivasikan saya ialah awek2 yg cun yg memberi semangat untuk buat yg terbaik

  26. salam..sy student uni..rini saye de test…i think i had give my best 4 dis test..but i think i not do well in my test juz now..right now..i feel so down…i dun know what should i do

  27. assalamualaikum….
    emmm..bagi aku perkara yg boleh membuatkan diri rasa termotivasi adalah kesihatan yang baik..bila sihat aku rasa mcm semangat sangat…tapi kalau xsihat bagi duit bnyk mana pun motivasi bleh jd matibasi…hahahaha

  28. assalamualaikum …..
    perkara yang memotivasikan saya ialah mencapai segala perkara yang saya tetapkan mengikut masa yang ditentukan dengan berusaha mencapainya dan merancang segalanya dari awal lagi… adalah satu kepuasan dan kebanggaan saya mencapai apa yang saya rancang dalam tempoh yang ditetapkan… tidak kiralah dari segi pelaburan kewangan,rumah dan aset penting lain, kerjaya saya, serta pengurusan masa dan kewangan saya… inilah perkara yang memotivasikan kehidupan seharian saya selama ini… 🙂 semoga saudara yang lain juga mencapai nya… amin…

  29. kesihatan yg baik n mase trluang yg ada adalah antara motivasi bg saya.bile shat,sume prkara kite boleh settlekn.teringt mase sakit n xbrdaya,terasa mcm 1 kerugian coz kite hanya mmpu brbaring sedangkn org lain duk pulun berusaha.ttpi sy bersyukur coz allah swt kurniakn smula kesihatan supaya dpt terus bersaing tuk grab n lakukan ape yg diimpikan spnjg hidup n jg tuk kehidupan d dunia yg kekal nnt.

Leave a Reply

Your email address will not be published.