Bagaimana usahawan berjaya berfikir?

Dalam perniagaan perlukah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?

Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!

Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it!

usahawan-berjaya

PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah mendapat sambutan yang amat hebat. Pengambilan terbaru dibuka kini atas permintaan ramai. Klik untuk maklumat lanjut oleh kerana tempat sering dipenuhi dengan pantas.

Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B.

Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.

Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It! 🙂

Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja 😉

*****
Sekiranya anda ingin menjadi usahawan yang berjaya, bukan sahaja cara pemikiran, tetapi, teknik dan strategi perniagaan adalah amat penting untuk membawa perniagaan anda bersaing di kalangan pesaing-pesaing yang muncul bak cendawan selepas hujan kini.

Untuk teknik, strategi, bantuan dan bimbingan selama 6 bulan dalam memulakan perniagaan Internet, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk pengambilan terdekat. Tempat adalah amat terhad.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

58 thoughts on “Bagaimana usahawan berjaya berfikir?

  1. seseorang yang berjaya menjadi usahawan harus lah berfikiran positif dan yakin dalam apa jua yang di lakukan..

  2. thanks all

    baru saja baca dah berkibar kibar semagat ni.semoga saya dan kawan2 berjaya d dunia dan ahkirat amin….

  3. Best baca ni.. Lagi best daripada baca buku dalam subjek kat unibesti yang cerita tentang usahawan berfikir tapi penulisnya bukan seorang usahawan..

  4. Berkongsi kata2 Dari bekas pendidikku.
    “Dalam dunia ni tiada perkara yg susah. Yg ada hanyalah perkara yg kita biasa buat dan tidak biasa buat”
    Bila dah biasa buat..semua kerja jadi senang…

  5. tentangan ujian dugaan masalah – ini semua akan menghadkan penglihatan perbuatan perlaksanaan utk ke arah perancangan positif

    jadinya utk perkara yg belum pasti jadi tak perlu takut….

    utk mengelakkan aura negatif bersangkalah baik

    kdgkala yg baik dtgnya selepas dugaan

  6. Pada saya,
    Usahawan Berjaya harus PIKIRKAN kebaikan utk
    Dunia & Akhirat.
    Empowering the people around you with your product/service.

    Salah satu Formula untuk berjaya dari IK sendiri:
    S M A R T
    Specific
    Measurable
    Attainable
    Relevent
    Time frame

Leave a Reply

Your email address will not be published.