Ralph Waldo Emerson menulis “Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masa”. Apa yang anda fikirkan kebanyakan masa?
Mereka yang berjaya memikirkan kejayaan, memikirkan matlamat dan cara mencapai matlamat tersebut dan memikirkan pulangan yang akan diterima sekiranya matlamat tercapai.
Berhenti sebentar dan tanya pada diri sendiri. Pada hari ini, apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.
Mulai sekarang, fikirkan kejayaan dan matlamat anda pada kebanyakan masa. Penuhi hari-hari anda dengan apa yang anda inginkan di dalam fikiran. Anda akan menjadi apa yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.
Selamat bercuti!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Apa saja yang anda fikirkan mengenai
diri anda adalah betul. Jika anda
fikirkan anda boleh atau tak
boleh, kedua-duanya memang betul….
— Henry Ford
assalamualaikum slmt pagi 🙂
alhamdulillah saya amalkan tips yg diatas bermula awal tahun 2006 (zaman student) hingga ptghn tahun (study end) dan baru masuk 2 bulan bercuti sekarang nih…
mungkin nampak jarak masa terlalu panjang.. bagi yg tidak mengamalkannya…
tetapi bagi saya setiap saat terisi dgn perlaksanaan plan + proses mencari peluang (boleh membantu perlaksanaan)
walaupun kekeringan RM .. ade seploh hengget je ni.. haha
tiada RM rasenye tak jadi masalah.. kita bayar dengan MASA + TENAGA je la… always stick to the plan 🙂
SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-49
dan SELAMAT MENYAMBUT HARIJADI kepada sesiapa yg lahir bulan OGOS !!
ramai orang yang boleh berfikir, tapi susah nak mula.
ada juga yang boleh bermula, tapi sangkut di tengah jalan.
paling teruk, langsung tak nak fikir.
Hari hari asyik fikir internet je 😉
Adakah memasang angan-angan juga tergolong dalam kategori berfikir? Kerana jika jawabannya ya, memang ramai dari kita yg selalu berfikir, tapi malangnya sebahagiannya tidak berusaha utk merealisasikan apa yg ada dalam fikiran mereka. Dan tinggallah fikiran mereka itu sebagai angan-angan kosong sahaja… ruginya mereka.
â€Seseorang itu akan menjadi apa yang difikirkan pada kebanyakan masaâ€
Seseorang itu akan menjadi lebih positif jika dia sentiasa memikirkannya pada kebanyakan masa. Berfikir tanpa melakukan usaha juga tidak akan membuahkan hasil..
Matlamat yang jelas akan jadi lebih sempurna jika diterapkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Motivasi minda amat penting bagi mereka yang ingin mencapai matlamat dengan berkesan.
Saya ingin berkongsi dengan anda. Apakata download e-book ini. (pemberian percuma dari saya) 😉
http://www.pelamin.net/e-book/E-book%20Motivasi.zip
Diharap E-book ini juga membantu anda semua.
p.s: Jangan lupakan juga tips satu minit ini 😉
Saya amat yakin bahawa anda semua punyai potensi diri yang luar biasa. Yakinlah bahawa setiap insan yang dijadikan oleh Allah itu punyai satu kelebihan. Kelebihan itu ada dalam diri anda dan tidak ada bagi orang lain. Ada bagi orang lain dan tidak ada bagi anda
Untuk mengetahui potensi sebenar diri anda, anda perlu berusaha untuk menjadi terhebat dalam bidang yang anda minat.
Anda juga digalakkan meminta bantuan rakan untuk menilai potensi diri anda. Pemerhatian rakan terhadap potensi anda selalunya lebih tepat berbanding diri anda sendiri
Adakah anda telah mengenal pasti potensi diri anda? Langkah berikutnya, belajar cara untuk mengembangkan potensi anda, sentiasa berfikiran positif, tetapkan matlamat anda dan pulangan yang anda akan perolehi seperti yang dicadangkan oleh saudara Irfan.
Sama macam aku, banyak pikir je, mulanya idak lagik. Geram ngan diri snirik! Bila dah beriya-iya nak buat, ada aje kekangannya. Macam tak kasik jerk. Tapi sabar…sabar…itu dugaan. Fokus! Fokus! 🙂
Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu ragu
Usaha mu tidak menentu
ha ha ha..mesti semua pernah dengar lagu ni kan.
hi semua…
untuk menjadi apa yang kita fikirkan, kita perlu ada matlamat, target, azam, cita-cita yang mahu kita capai, misalnya mahu menjadi jutawan internet…bila ada matlamat dan matlamat itu pula sesuatu yang betul-betul mahu dicapai, setiap masa kita akan fikirkannya….
untuk membuat kita selalu memikirkannya, perlu ada ‘ganjaran’ disebalik matlamat itu..misalnya, bila menjadi jutawan internet, kita boleh membantu orang lain mempunyai perniagaan internet yang menguntungkan dengan ilmu internet yang kita ada…ataupun, bila dah jadi ‘jutawan senyap’ melalui internet, kita boleh bersantai bersama keluarga, buat apa yang kita suka tanpa ‘bos’, bekerja dari keselesaan rumah dan boleh cuti bila-bila masa tanpa halangan…terima kasih Irfan atas tip hari ini..sungguh canggih dan luar biasa!
berhenti sejenak untuk berfikir…. seperti seekor KUCING hendak menangkap burung… dia BERHENTI SEJENAK untuk berfikir sebelum dia menerkam habuannya itu…berhentinya sejenak kucing itu bukannya bermakna dia pasif!… tetapi membuat sasaran sebelum bertindak.
Apakah bezanya antara pemikir (thinkers) dan pembuat (doers)? Approach mana yang lagi baik? Personally saya rasa kedua2nya mestilah menjadi asas penting sifat orang berjaya. Berfikir saja tanpa apa2 tindakan jadilah angan2 kosong. Sebaliknya buat tanpa berfikir, cari nahaslah namanyer. Jadi, setuju ngan fikirlah kerarah kejayaan byk2 dan let do it (bukan iklan nike :-P)
A’kum Irfan dan kawan kawan.
Saya memang setuju kita perlu menetapkan matlamat. Matlamat di masa depan, matlamat dalam masa 10 tahun, 1 tahun, 1 bulan, 1 hari, 1 jam, err.. matlamat sekarang.
Matlamat saya skrg ialah utk memahami dan menyelami tip irfan ini dgn lebih mendalam.
Saya sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan melalui internet (berblog) tapi masih tidak jumpa cara. Pernah juga terfikir untuk menyertai kursus atau apa shj prog. motivasi yang dianjurkan oleh En. Irfan. Kerana kesibukan bekerja saya tidak mampu berbuat demikian. Kadang2 bila tak cukup masa, saya masih lari mencuri masa harian selama sejam atau lebih (selepas waktu bekerja) untuk berblog. Namun setiap hari saya masih memikirkan cara untuk menambah pendapatan melalui blogger. Adakah cara yang lebih sesuai untuk saya?