Sejak kebelakangan ini, makin banyak aktiviti saya dan semakin sibuk jadinya… dari mengendalikan segmen “Wanita & Wang” di Astro Awani, mengendalikan rancangan radio “JUTAWAN!” di Radio24 dan kini pula diberi peluang menjadi duta ________.
Teringat saya kepada satu pesanan motivasi yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Take it a day at a time!
Saya menempuh hari, seperti ianya satu hari yang baru setiap hari. Apabila bangun tidur, jangan pula mengeluh dan mengatakan hari ini akan jadi sama seperti hari semalam dan sebelumnya!
Tetapi, percaya dalam hati bahawa hari ini adalah hari yang baru, dan anda adalah orang yang baru yang lebih produktif dan lebih optimistik untuk mencapai apa sahaja kejayaan daripada semalam!
It’s a brand new day! take it a day at a time… 😉
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
yup….hari ini mesti lebih baik dari semalam
Bagi saya pula,saya bersyukur apabila saya bangun pagi dan terfikir bahawa hari ini adalah hari yang sibuk.
Ini bermakna saya ada kerja yang perlu saya lakukan serta mendapat pulangan kerana kerja tersebut daripada tiada kerja langsung.
jadikan diri kita terus besemangat untuk terus maju…tingkatkan pengetahuan anda dari hari ke hari…
tiap2 ari kena tanam azam yg baru…
tekad yang baru….
kena baru sokmo la kan….
slmt ptg ,
bagi saya, hari yang sama adalah gagal bagi saya…
setiap hari saya akan cuba buat lebih baik dari kelmarin…
tapi sampai sekarang masih banyak hari yang sama di hidup saya ni…
han
bukan mudah utk ikut tapi kita akan ketinggalan jika tidak menjadi lebih baik
a’kum ..
Saya berbangga kerana ada anak watan seperti ..tulisan anda telah membuka fikiran saya..apa yang praktikkan setiap hari perlu saya turuti..saya ingin sekali mendapat RM200,000-00 dalam masa 3 bulan..saya akan bangun setiap pagi dan fikirkan cara yang paling cepat untuk mendapat duit sebanyak itu…amin…
kita mestilah mulakan hari dengan azam yang baru..tetapi jgn pulak kita lupa hari semalammemberikan pengalaman yang berguna kepada kita untuk menempuh hari yang akan datang yang penuh onak dan ranjau.
tahniah,
saya sangat2 setuju dengan , selepas melihat dvd the secret banyak mengubah kehidupan saya, saya amalkannya dan ditambah dengan kesyukuran pada setiap kali bangun dari tidur waktu pagi dengan emosi yang gembira terima kasih ya allah sekarang aku masih lagi bernafas, minda bawah sedar saya percaya dan yakin hidup hari ini dipenuhi dengan rahmat dan syukur, bukan itu sahaja, setiap apa yang saya lihat, dengar yang positif, kata yang positif, fikir yang positif, saya sentiasa mengucapkan terima kasih ya allah sekarang engkaulah segala-galanya.
terima kasih ya allah sekarang engkau telah mengampuni dan merahmati hidup kita semua, amin.
Salam kasih sayang,
Thanks Doc,
Kita mesti mulakan setiap hari dgn fikiran positif, perubahan pasti akan berlaku mengikut apa sahaja yg kita fikirkan, itulah “KEAJAIBAN PELAZIMAN”.
Tuhan tidak akan merpersia-siakan hambaNya…jadi teruslah kita sama2 berusaha sehabis mungkin. Hidup ini sangat singkat untuk dinikmati ;)so don’t waste our time!
Duit bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan duit. Tetapi jangan lupa satu perkara… ‘Apabila melihat dunia pandanglah ke bawah. Dan apabila melihat akhirat pandanglah ke atas’.
one tips form Anthony Robbins:
Jadikan hari yang baru tu lebih baik dari kelmarinnya!
– Shueqry –
nampaknya.. sejak tahun 2006 sampai sekarang saya follow kisah IK nih.. nampaknya semakin hari semakin sibuk.. semakin besar bisnesnya.. tahniah IK
Setiap hari adalah hari yang baru. Apa yang sudah lepas tak akan kembali semula. Kalau semua kita selalu melihat ke depan, maka akan lebih ceria dunia ini. Lihat lah ke depan dan penohkan dada dengan harapan. Ingat semua kita akan di beri peluang, bila tiba waktu nya, rebut peluang tersebut dan jangan fikir kegagalan masa lalu. Melangkah ke depan dengan berani dan usaha jitu dan serahkan segalanya Kepada Allah swt. InsyaAllah kita akan berjaya.
Hi semua. 🙂
arigato Sifu Irfan! it is a GREAT tip!
walaupun ia nampak seakan satu motivasi yang amat lekeh, namun ia amat berkesan kepada si pengamal yang konsisten. kalau tak, taklah dalam Islam memberi kaifiat yang amat besar dengan memulakan hari yang baik dengan solat sunat sebelum subuh. tambahan pula, Nabi selalu berpesan, jadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. jangan jadikan hari ini lebih buruk dari sebelumnya, kelak kamu CELAKA! (lebih kurang intipati hadis Rasulullah) nah, hinggakan Nabi klasifikasi orang yang negatif sebegini sebagai celaka! aduh, kesiannya… duhai sahabat dan sahibah ku di luar (juga rakan-rakan yang berlainan agama), fikir-fikirkanlah…
P/S: saya baru buka laman Sifu berkenaan ‘tabung yayasan’ sebentar tadi. tiada link di situ. boleh forward kannya? insyaALLAH, akan saya war-warkan. moga-moga segala yang baik, baik juga datangnya. aminnn…
😀
= AzamWahid@yahoo.com =
bagus abg irfan semoga usaha anda diberkati selalu..
Thanks for sharing this amazing story to us. You make me feel brand new.