Bagi anda yang sudah menyertai Facebook saya, mungkin ada terbaca beberapa pesanan melalui status saya… hari ni saya senaraikan 5 antaranya ok mudahan dapat menyuntik semangat kepada kita semua 😉
Sekiranya belum menyertai saya di Facebook, join now 😉
Klik di sini untuk menyertai Facebook IK
kunci kejayaan adalah melakukan apa yang ramai orang TIDAK lakukan. Semua mempunyai impian tetapi ramai yang tidak melakukan apa-apa sekarang, esok atau minggu depan. Kejayaan adalah dengan melakukan sesuatu, bukan sekadar mengimpikan sesuatu.
untuk mencapai sesuatu impian, pastikan impian tersebut adalah sesuatu yang kita sendiri percayai boleh dicapai – sesuatu yang boleh diterima oleh minda kita. Make it real enough to believe it!
caranya untuk MEMULAKAN sesuatu adalah, BERHENTI berangan, berhenti bercakap dan berhenti memberi 1001 alasan. Mulakan sahaja!
berhati-hati apa yang kita masukkan dalam minda/otak/kepala kita. Sebab apa sahaja yang masuk, memang susah untuk dikeluarkan! Oleh itu, berusaha untuk masukkan perkara-perkara yang baik dan positif sahaja
15… 20 tahun akan datang, kita akan menyesal dengan perkara-perkara yang kita TIDAK LAKUKAN SEKARANG berbanding dengan perkara yang kita lakukan. So, take some risk dan cuba perkara-perkara baru. Kalau tak… nanti menyesal
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
5 nasihat yang sangat ‘best’. sesungguhnya saya amat terkesan dengan nombor 4, ia sungguh bermakna & lagi bertepatan dengan apa pernah saya baca. T/kasih IK 🙂
Ya..’jarak’ yang paling jauh ialah masa yang telah lepas. Tidak boleh berpatah balik..semuanya perlu dimulakan sekarang, bukan esok atau lusa.
Saya pun ada 5 tips suntikan semangat.
1. Fikirkan kejayaan. Tukarkan pemikiran “saya gagal” kepada “saya berjaya”. Apabila masalah melanda, fikirkan “saya pasti berjaya”.
2. Sentiasa ingatkan diri kita yang kita lebih hebat daripada yang kita sangka. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan diri sendiri.
3. Fikirkan yang besar. Apabila matlamat kecil, maka hasilnya juga kecil tetapi jika mempunyai matlamat yang besar maka hasilnya juga menjadi BESAR.
4. Jangan kuat berangan-angan dan jangan bergantung kepada nasib. Kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha.
5. Hindarkan diri kita dari penyakit alasan dan jangan suka menangguhkan kerja.
Salam untuk semua.
Terima kasih IK atas tip-tip menarik yang diberikan. Walaupun sering kita dengar motivasi2 ni tapi sesuatu yang harus kita lakukan hanyalah TINDAKAN.
nasihat & tips yang sangat bermakna… thanks IK
Memulakan usaha adalah cara untuk menukar apa yang ada di dalam minda ke dunia nyata. Tetapi ramai tidak memulakan usaha kerana perasaan negatif seperti malu,prasangka dan lain-lain. Perasaan negatif tidak menjadikan kita berjaya dan kaya. Oleh itu buangkan perasaan negatif dan gantikan dengan perasaaan positif. Caranya adalah sentiasa berdamping dengan individu positif, membaca buku individu positif atau baca blog macam blog IK ni.
salam..
terima kasih IK atas pesanan IK itu =)
saya teringat apa yg dikata IK tempoh hari.. knowledge is power but apply the knowledge is the real power! tahu sahaja tp tak apply so tak berguna juga kan?
so.. jom kita belajar dan amalkan apa yg kita belajar itu! =)
alhamdulillah kelima-lima tu ada pada saya sekarang.
Salam…
Satu tip yang menarik.. Tetapi persoalan dihati jika kita sentiasa membaca buku motivasi, sentiasa menghadiri seminar sana sini, melihat kejayaan orang selalu, membuat analisis perniagaan TAPI tiada TINDAKAN. tidak akan ke mana2 menuju kejayaan.. oleh itu JUST DO IT !!!!
TQ
Semoga IK banyak memberi tips bermanfaat kepada pengguna FB seperti saya. Saya cadangkan IK postkan status ringkas di FB dan untuk artikel lanjut pula letakkan di sini 🙂
Pesanan ni memang mantap. Mudah, ringkas sehingga orang ramai tak ambil kisah.
…sebenarnya amat penting…GO!!! 🙂
Saya sangat tertarik dengan pesanan ke-3. Sememangnya perlu diakui bahawa ramai di antara kita yang hanya suka berangan & bercakap tetapi tiada tindakan untuk memulakanya… thanks IK! 🙂
5 Pesanan Motivasi Terbaik daripada IK 🙂 !
Yang paling penting, lakukan sahaja jangan suka bertangguh….
Betullah kena bertindak sekarang…
Tak nak menyesal 5 atau 10 tahun selepas ini
DO IT NOW. Dengan melakukan akan melahirkan PENGALAMAN ! Benda yang amat bernilai
Kalau tak mampu capai sepenuhnya, insyallah kita akan menghampiri impian kita, jika kita bertindak
saya bangga dapat guna idea mentor hebat irfankhairi…terima kasih banyak2
semoga maju jaya…
Tq..tips yang membantu saya berjaya..
5 pesanan yang wajar dijadikan panduan
Terima kasih IK..
Memang saya terfikir tentang masa depan saya 10 ke 20 thn akan datang, sebab itu la sy lakukan sesuatu pada hari ini.
Memang kunci yang berguna untuk kita semua gunakan bagi mengubah kehidupan ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.
TQ IK
Yang penting kita buat sesuatu perkara jangan sekerat jalan buat sampai habis tak putus asa dan tabah menghadapi rintangan Hidup nie bukan senang beb nak mati pun susah
amat terkesan dgn nasihat last… so take some risks
yup..ambil risiko untuk berjaya. Bukan mudah tetapi itulah yang perlu ditempuh oleh setiap orang.:)
Terima kasih IK di atas perkongsian ini. Ia menaikkan semangat saya untuk terus berusaha menjana pendapatan dari internet dengan cara yang sah.
Kata kunci yang saya dapat kat sini JUST DO IT.
Terima kasih sekali lagi. Wasallam.