Berikut adalah penemuan research yang dilakukan di USA. Sayang, kita di Malaysia jarang sekali menjalankan research sebegini. Tapi tak mengapa, saya rasa angka penemuan ini dapat memberi gambaran untuk kita di Malaysia juga…
5 cara untuk jadi jutawan…
- 74% Jutawan datangnya daripada pemilik perniagaan
- 10% Jutawan datangnya daripada golongan senior eksekutif (memanjat tangga koprat)
- 10% Jutawan datangnya daripada golongan profesional (doktor, peguam, dan lain-lain)
- 5% Jutawan datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan
*Sumber: Brian Tracy International
Kini anda dalam gologan yang mana? 🙂 Selamat berfikir!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Sudah tentu kita memilih peluang untuk menjadi jutawan dalam bidang yang mempunyai potensi peluang yang lebih tinggi iaitu dengan memiliki perniagaan. 🙂
Sebenarnya penemuan yang dibuat oleh barat itu telah beribu-ribu tahun lewat dari penemuan yang dibuat oleh orang Islam. Kepada yang beragama orang islam kita tahu statistik yang lebih tepat untuk menjadi jutawan adalah 90% dalam bidang perniagaan (9/10 rezeki adalah dari perniagaan) 😀
Hisham;
“Fikir-fikirkanlah” 😉
P2..DotCom Founder
peniagaan milik sendiri perlukan modal besar … kalau golongan senior eksekutif memerlukan masa yang lebih lama untuk jadi jutawan jika langkah yang tak betul…
golongan profesional juga tak ramai yang jutawan di negara kita… yang saya nampak jutawan di malaysia ialah jutawan MLM…
jutawan internet juga kurang di malaysia…
jadi kita kenalah jadikan diri kita jutawan internet di masa depan supaya perniagaan internet lebih dipandang tinggi…
btl ?
Saya lebih suka mengikut Sunnah Nabi dengan berniaga. Betul apa yang dikatakan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan.Kalau kita tengok jutawan di Malaysia pun ramai yang mempunyai perniagaan malah mempunyai pelbagai jenis perniagaan.
betul tu sy bersetuju dgn p2 dot com…9/10 dari rezeki pendapatan adalah perniagaan…
so bila kita semua lihat pada angka dan statistik yang di buat..semua orang akan memilih bidang perniagaan…..
tentang research yang di buat..oleh US
mungkin malaysia belum lagi mencapai tahap bilangan jutawan yang ramai…dan takder orang yang akan buat kajian ttg mcm mana sesorang tu menjadi jutawan…
Cuba lihat kembali statistik di atas. Jurujual & konsultan jualan, adalah perniagaan. sebahagian golongan koprat dan juga profesional juga adalah perniagaan. bukankah ia menjadi 90% juga? 🙂
9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, statistic ini menunjukkan statistic pembahagian jutawan. Rezeki tidak semestinya sampai tahap jutawan sahaja- kurang dari itu, masih lagi rezeki…
dear doc, boleh tahu kat mana dan siapa yg buat research tersebut? bukan nak pertikaikan kesahihan cuma nak tau siapa yg buat dan apa kaedah kajian…kita menggunakan fakta dari rujukan sahih bukan tiada rujukan
saya setuju 9/10 rezeki dari perniagaan…tetapi kenapa 9/10 dari manusia hanya hidup bekerja makan gaji?
9/10 rezki dari perniagaan. sebab tu saya yakin dengan pilihan saya skrg.
wan859, 9/10 manusia makan gaji?? rujuk mana ni? sahih ke? 🙂
bagi saya,ada beberapa perkara yang membelenggu kita (saya la tu) pada peringkat awal memilih bidang perniagaan
(2-3 thn sebelumni)
1. masih ada yang menganggap kita menganggur -padahal kita jalankan perniagaan secara kecil-kecilan + research
2. ada saudara-mara minta resume kita untk submit kt jab dorang
3. ada yang printkan iklan jawatan kosong untk kita isi
4. masih lg yg bertanya “dah keje ke” setiap kali jamuan hari raya…
5. org yg sama menanyakan soalan yg sama lebih pd 10x “awak tak minta keje mana2 ke?” walaupun 10x jawab saya ‘kerja sendiri’
6. masih malu2 kucing nak mengaku ‘saya berniaga’. yelah, mana kedainye?? mana barangnye yg nak dijual??
7. cuma berani bgtau kt org “saya freelance/keje sendiri”
apa komen ?
semestinya saya memilih perniagaan.
Research oleh Brian Tracy International, buku “Maximum Acheivement”
erm…..sales person adalah bg saya pekerjaan yang mendapat paying paling tinggi di dunia..
dan sales person adalah perniagaan sendiri kalau berniaga produk sendiri, atau beli produk n jual blik..
tapi bagi yang makan komisen, lom la kategori niaga sendiri tapi kategori kerja sendiri…betul tak 🙂
yang makan gaji, dah sah cuma tunggu hujung bulan utk balance kan cash flow nyer…itu pun kalao balance.. 😀
just my seposen.. 🙂
Memang betul la, berniaga memang sumber rezeki yg. utama, sebab duit masuk tak ikut masa, kalau keje ngan majikan, duit masuk cukup bulan jer. Mungkin sebab tu 9/10 rezeki adalah berniaga. Statistik di atas pun dah terbukti bahawa golongan jutawan ramai dari golongan bisnessman kan.
So, kita buat 2 la, makan gaji dan part-time bisnes internet. Lagi cepat jadi jutawan la kot…
-memang kajian tu tunjuk yg tersurat iaitu secara on paper & phisically apa ‘main occupation’ diorang dalam borang income tax..tapi yg lebih penting adalah yg tersirat iaitu apa yg diorang buat dengan income dari usaha masing2..kalau orang yg makan gaji..depends..lagi besar gaji diorang lagi banyak buleh di letak tepi atau getting pinjaman bank lebih besar untuk buat modal satu2 investment. kalau duit tu di trade kan di bskl,atau forex tentu menjana lagi banyak duit..but only after attending seminar or courses. tambah pulak dengan reading banyak2..insya allah..nyonya tua pun dok buat duit hari2,takkan kita yg dah buleh post blog tak reti2 nak belajar untuk diri sendiri? Itu yg Mahathir dok kesal tu,ASB dah berapa lama dok lancar,nak bagi orang melayu jinak2 ngan saham..belajar selok-belok dulu..tup-tup sampai 2020 tak pandai2 nak invest..dok harap kat ASB tu la satu2 yg kita tau..pas tu kuota dah penuh kerajaan kena pulak produce saham2 amanah lain..amanah saham tu second alternatif & untuk ‘simpanan’..bukan penjana utama sumber kewangan..nak tambah duit selain makan gaji,self-employ,bisness,part time tulis buku ke kena la belajar invest kat tempat yg buleh generate pulangan setiap hari..untung baru masuk ASB or unit trust or real estate..bukan masuk skim cepat kaya atau HYIP..itu namanya orang malas….baru betul..kalau mula2 dah masuk ASB pas tu kuarkan nak masuk skim malang..nak harap jadik jutawan buleh gak,tapi ..heh..heh.pikir sendiri la..
Dulu saya juga makan gaji sebagai seorang guru di sekolah menengah. Apabila saya pandang jauh kehadapan saya mula rasa takut:-
1. Kenaikan harga barang
2. Umur yang mungkin tak panjang (sedangkan ada anak2 yang hendak dibesarkan)
3. Impian yang masih tak kesampaian
Oleh sebab itu saya bertekad untuk menjalankan perniagaan. Saya menjalankan perniagaan secara part time selama dua tahun. Setelah nampak hasil yang memuaskan, akhirnya saya bertindak untuk fulltime. Yang lebih menarik lagi bagi saya, disebabkan pendapatan yang “ok” daripada perniagaan saya, akhirnya saya dapat membawa isteri saya sama2 fulltime. Sebelum ini isteri saya juga merupakan seorang guru sekolah yang sama dengan saya.
Pendek katanya perniagaan memang boleh diharap dan dapat memendekkan tempoh mencapai kejayaan dan impian kita.
http://geocities.com/alihanafiah76
# hanrz Says:
July 3rd, 2007 at 4:39 pm
peniagaan milik sendiri perlukan modal besar ! kalau golongan senior eksekutif memerlukan masa yang lebih lama untuk jadi jutawan jika langkah yang tak betul!
golongan profesional juga tak ramai yang jutawan di negara kita! yang saya nampak jutawan di malaysia ialah jutawan MLM!……….??????
………………………………………
saudara hanrz,,,,
Jutawan MLM tu tak semuanya jutawan betul…..kebanyakan mereka dinobatkan jutawan berdasarkan pencapaian mereka dalam plan pemasaran Syarikat MLM berkenaan…dan yang paling penting, syarikat MLM nak IKLAN dan PROMOTE pada masyarakat..yang join mereka boleh jadi jutawan….
Kereta dan rumah yang mereka dapat tu sebenarnya bukan milik mereka ..selagi mereka belum langsaikan hutangnya, ianya masih milik bank.
Jutawan dinilai pada NILAI BERSIH Aset yang mereka miliki bukannya apa yang mereka pakai….
thinkerich
http:thinkerich.blogspot.com
perniagaan kalau betul ngan line dan diizinkan Allah memang boleh Kaya dan kalau tak kena gaya boleh jadi Kayap. Yang penting Kaya ingat kayap pun kena ingat kpd zat tuhan yang maha pemberi rezeki.
saya berada di golongan pemilik perniagaan, kerana dengan memiliki banyak cabang perniagaan, boleh create multiple sales dan multiple source of income..
– shueqry –
Assalamualaikum….
Ni 1st time saya bg komen..selepas membaca komen Thinkerich.
Untuk makluman saya sebenarnya seorang ahli profesional dlm bidang perubatan dan kesihatan.Kalau nak diikutkan, saya tidak berminat langsung bab2 berniaga ni.mmg family saya kebanyakannya kerja makan gaji. Pendapatan saya boleh dikatakan cukup selesa.Kalau direct selling atau MLM, lagi saya tak pandang.Pada saya itu semua gimmick je lebih.
Tapi setelah saya beri peluang kpd diri sendiri untuk mencuba…kalau tak jadi pun,saya tak rugi apa2.kalau menjadi, oklah juga kan?
Ternyata bisnes MLM bukan calang2 bisnes. Selepas 3 tahun saya bertahan, banyak pengalaman yang saya perolehi. Malangnya saya belum mencapai pendapatan yg tinggi seperti org lain.
Sebenarnya saya bukan nak mengutuk atau memuji bisnes MLM ni.Saya tahu kenapa saya gagal dan kenapa org lain berjaya.
Kpd saudara Thinkerich…
mmg betul sykt2 MLM promote join sykt mereka boleh jadi jutawan kerana itulah kenyataannya.Yg dinobatkan jadi jutawan tu, memang jutawan.Kalau dah income mereka mencecah ratusan ribu sebulan,kalau tak setahun pun 3 tahun confirmlah jutawan.
Kpd yang lain…
jgnlah skeptical sangat terhadap MLM (mcm saya dulu).anda tak payah join mereka pun takpe.tapi jgn perlekehkan rakan2 anda dlm bisnes tersebut.anda cubalah sendiri dan nilaikan.kalau tak berjaya,kaji kelemahan sendiri & kaji kenapa org lain berjaya.
ps.sori panjang pulak cerita..
Walaupun saya dah masuk group profesional..bisnes tetap pilihan saya nak jadi jutawan…
salam
sya sokong ngan jj
saya setuju jika nak jadi jutawan salah satu caranya dengan berniaga selain dari masuk peraduan TM 1juta..sekarang ni pun saya tengah berusaha untuk menjadi jutawan forex. bila balik saja dari ofis saya terus balik rumah buka pc dan trade forex..doakan saya ye!amin
Assalamualaikum…
saya baru kali pertama nak bagi komen dan juga ingin meminta sedikit nasihat….
saya mmg berminat nak menjalankan bisnes tapi masalah saya yg utama adalah modal dan yg kedua adalah bisnes apa yg hendak dijalankan…..
sebalum nih ada kengkwn yg menawarkan saya utk menyertai prog yg saya sendiri tak pasti keberkesanannya….tlgla saya doktor….
zaman skang ni zaman pakai “kuasa otak berfikir”.. nak jadi apepun bleh asalkan pakai otak. Kita lupa kekuatan otak. Sebab tu orang selalu kata”pala hotak ko”..hehehhehe. ..betul tak. kita kata komputer canggih… yang cipta komputer tu dtg dari akal manusia gak.. tu la pasal.. nak jadi jutawan ni apa cara pun bleh.. asalkan pakai “hotak”…………..
niat ikhlas dlam meniaga penting bai…sifat tamak kena kikis… sifat kebajikan kena diamalkan..baru usaha nak jadi jutawan berjaya. tambah byk sen masyuk… tambah byk la buat kebajikan dan tundukkan pandangan ke bawah.. baru allah syg. solat yg 5 jgn lupa…
Itulah petua yg plg bapak penting dan mujarap sekali dalam dunia.
Salam.. sebut bab nak jadi kaya ni, kalau tanya budak sekolah rendah pun saya rasa dorang pun jawab nak jadi kaya. Oleh itu kesimpulannya, semua orang nak jadi kaya betul tak?? 🙂 Islam pun menggalakkan umatnya mencari kekayaan, teringat satu ustaz beri ceramah (tak ingat nama ustaz tu), ustaz tu cakap, lebih kurang begini la “Allah suka orang miskin yang beriman, tetapi Allah lebih suka orang kaya yang beriman”.
Sekadar berkongsi..
salam semua,sememangnya ramai kita yg ingin mengecap nikmat menjadi jutawan,ialah sudah tentu kita mampu memiliki apa yg dihajatkn,membantu keluarga,saudara mara,kwn2,kita dpt berbakti..tetapi pd saya realitinya bidang perniagaan yg memberikn peluang yg besar,jd pd semua yg mempunyai capital yg besar& networking yg kuat hulurkn tangan bantulah rakan2 yg baru nk naik supaya mereka dpt berkembang & anda juga menjadi lebih kukuh&maju…
askum . bg irfan adakah macam saya layak .utuk daftar ,sampai bila pendaftaran akan dibuka.
A’kum dan dalam sejahtera. Menjadi jutawan adalah impian saya dan anda semua. Sekarang pun saya dalam usaha untuk mencapai impian tersebut. Kepada anda semua yang bakal bergelar jutawan marilah kita bersama menjadi jutawan dan mudah-mudahan dapat membantu lebih ramai menjadi jutawan di tanahair yang kita cintai ini.
i like this website. can you sent to me about this bisnes networking…
UNTUK JADI JUTAWAN MMG TAK MUDAH,TAPI USAHA YG GIGIH SERTA STRATEGI YG BAIK DAPAT MEMBANTU….MGKN SY BERADA DI GOLONGAN 5% TERSEBUT….
Saudara JJ dan Saudara Rizal,
Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah berkenaan realiti sebenar kehidupan Jutawan MLM ini. Memang saya tidak nafikan ada di kalangan mereka yang bergelar Jutawan dan masih mempertahankan status Jutawan mereka.
Tetapi harus diingat kekayaan sebenar bukan dinilai hasil daripada berapa banyak wang yang anda perolehi tetapi berapa banyak nilai bersih harta yang anda miliki.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini status Jutawan MLM ini hanyalah sementara dan seketika. Jika kita tidak bijak menguruskan kewangan kita, maka tidak mustahil ianya akan hilang daripada genggaman kita. Ini adalah kenyataan sebenar dan saya mengenali dengan rapat beberapa orang yang terlibat dan pernah mencapai kejayaan tertinggi di dalam pelan pemasaran MLM ni dan akhirnya kini berhempas pulas mencari peluang-peluang lain untuk menampung kehidupan mereka. Walau pun pernah suatu ketika mengecapi pendapatan bulanan puluhan ribu ringgit. Perniagaan MLM pun sama macam perniagaan yang lain. Ada turun naiknya. Kalau sedang naik, untung lah mereka tetapi kalau dah jatuh merundum, tiada orang yang ingin membeli produk berkenaan maka bonus pendapatan juga akan berkurangan.
Dan kesudahannya,Kereta mewah entah kemana, insentif rumah hilang ntah kemana? Ini semua kerana tiada pengetahuan yang cukup untuk menjaga dan mengembangkan kekayaan yang pernah dikecapi.
Pendapatan bonus bulanan jika dapat puluhan ribu dan dibelanjakan dengan puluhan ribu juga sebenarnya tidak memberi sebarang makna. Keadaannya hampir sama dengan mereka yang berpendapatan RM 500.00 sebulan. Dapat RM 500 belanja RM 1000. Jadi apa bezanya…?
Untuk kupasan lanjut tentang perkara ini, sila ke topik JUTAWAN MLM bukan Jutawan sebenar….di http://thinkerich.blogspot.com/
JUTAWAN?…
Nilai sebenar jutawan bukan lah wang semata2..Nilai jutawan yg sebenar adalah hati yang tenang+keluarga yg bahagia..Keselesaan dan kesenangan sudah memadai..Jika berduit lebih..sahutlah seruan Allah ke Tanah suci Mekah and Madinah.. Anda akan dapat apa yg anda cari walaupun anda bukan seorang Jutawan.. Harta kekayaan+mahligai..semuanya hanya pinjaman sementara dari Allah..fikirkanlah
Mungkin saya dapat berkongsi sedikit pengalaman dlm bidang MLM.Saya rahsiakan apakah syarikat tersebut demi menjaga kepentingan bersama.Setelah bergelumang dalam dunia MLM selama 5 tahun akhirnya saya telah bergelar jutawan MLM.Pendapatan saya mencecah RM30000 sebulan.Pengurusan duit amat penting sekali.Setelah hampir setahun menjadi jutawan MLM akhirnya syarikat yang saya ikuti tidak dapat membayar bonus kerana masalah kewangan..dan sekarang saya telah pun menamatkan keahlian saya secara rela.Namum begitu saya masih ada sedikit simpanan yang boleh saya gunakan selama 10 tahun tanpa bekerja dan saya telah usahakan syarikat sendiri bagi menambahkan pendapatan saya.Alhamdulillah syarikat bertambah maju.Buat semua yang membaca blog ini..berhati2 ketika kaya kerana kekayaan hanyalah sementara dan ianya milik Allah dan beringatlah semasa senang dengan menabung dan jangan terlalu boros dengan wang yang ada.Jangan lupa membayar cukai dan berzakat kerana itulah yang berkat.Wassalam
Amat berguna sekali pengalaman yang dikongsikan oleh Hamba Allah.
Memang kita kena selalu beringat. Kehidupan seperti roda. Ada masa kita di atas dan ada masanya kita akan berada di bawah.
BOLE KE SAYA JADI JUTAWAN?
Salam,
Bagi aku jadi jutawan tu bukan priority… yang penting boleh ‘hidup bebas’ tanpa makan gaji… walaupun bergaji berpuluh2 ribu sebulan… anda sebenarnya tak bebas, tak boleh buat apa yang anda suka… hati tak senang, kepuasan diri tidak ada… sebab itu sekarang tgh berusaha nak melepaskan diri diri dari makan gaji…
kepada yang teringin nak beli mutiara made in sabah bolela kol me 0165822948 atau tgk kat facebook key in mohd farhan bin ismail
tul kita nie boleh jadi jutawan dalam masa yang singkat….cam tak percaya pun ada… percaya pun ada…. yalah rezeki kita sapa yang tahu kan…..!!!!
saya pun jadi jutawan,,,tapi tak cukup modal nak buat bisness.
Macam mane nak follow bisnes ni?? Blh terangkan?
salam.nak jadi jutawan memang bukan satu perkara yang mudah.dan kadang – kadang untuk mulakan satu perniagaan membuatkan kita takut untuk bergerak.macam mana nak hadapi keadaan macam tu.
saya seorang peniaga kecil…saya buat bisnes menjual murtabak ….mcm mane saya mahu berjaya dlm bidang perniagaan….adakah sy perlu hadir mendengar tips dan penerangan utk berjaya dlm bidang bisnes….
“bukan company,bukan produk,bukan duit yang buat kita jadi kaya,tapi ILMU”
ramai yang ingin berniaga konvensional,tp tahukah anda…100% yg menceburi perniagaan konvensional hanya 5% yg mampu bertahan ditahun pertama….dan pada tahun ke2 hanya 2% yg berjaya melepasi 2tahun penuh cabaran itu…baki 98% peniaga yang kecundang tadi terpaksa menanggung beban hutang yang berpuluh@beratus ribu….
Assalammualaikum readers ,
sy lihat ramai yang berhujah ttg rezeki dtgnya 9/10 dari perniagaan. sy nak berhujah sedikit bhwa rmai yg tidak tahu masyarakat kita susah nak berniaga utk maju kehadapan berbanding masyarakat cina. Ya,mmg masyarakat cina pandai berniaga . Sy berhujah ni bkn kerana iri hati atau rasis , dan tidak sama sekali. Sy cuma ingin membuka pandangan kpd mentality masyarakat kita . Lihat lah sahaja masyarakat cina berniaga, mereka bersatu. Barangan apa2 yg dijual pun mesti ada org beli walaupun barangan itu tak berjenama . Jd knpa tdk kita belajar dari org cina? Nabi dah mengajar kita dulu cara berniaga , ada satu hadis yg sy baca tapi tak berapa ingat. Hadis tu berbunyi lebih kurang “beli lah barangan dari saudara kamu dan berniat membantu perniagaannya di jalan Allah ”
jd sama2 lah kita membantu saudara kita yg berkecimpung dlm perniagaan apapun. dari segi masa depan pula kita dpt kurangkan brangan import dan keuntunggan dpt kpd saudara/saudari kita dan seterusnya mengeluarkan generasi jutawan2 yg baru .
Memang betul 90% jutawan datang nya dari pada perniagaan.
Memang betul juga memerlukan modal yang bayak jika kita ingin menceburi dalam bidang ini.
Memang betul juga kita akan makan masa yang lama untuk mengecapi kejayaan.
Itu pun kalau menjadi..
Tapi saya sendiri menceburi bidang pekerjaan kelas sederhana. Juga ambil masa nak berjaya. Tapi segala-galanya berlaku dengan usaha dan kehendak NYA.
Saya juga tak ada kelulusan yang tinggi tapi Alhamdulillah dapat juga menjadi Pengurus Kilang di firma swasta di Singapore dan Malaysia.
Dengan kejayaan saya ini, saya juga menjadi KONSULTAN bebas untuk pengendali makanan dan perniagaan kecil-kecilan.
Saya akan menceritakan perjalanan hidup saya dan mengajar para peniaga kecik macam mana cara untuk mempromosikan atau meraih penjualan yang kikuh.
Terima kasih..