43,200 minit untuk melangsaikan matlamat!

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan terakhir tahun 2011!

Wow… macam roller coaster tahun ini. Kebanyakan daripada matlamat tahun 2011 saya sudah pun tercapai- alhamdulillah. Ada yang belum tercapai, tapi, insyaallah akan dilaksanakan pada bulan Disember, sebelum masuk 2012 πŸ™‚

Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2011 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi… masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!

time.jpg

Ada juga sesetengah orang matlamat 2010 yang dibawa ke 2011 belum lagi dilaksanakan… terpaksa bawa ke 2012. Nasihat saya, sekiranya ini terjadi kepada anda, maka matlamat anda itu terlalu besar untuk dicapai. Kecilkan sedikit matlamat tersebut supaya ia dalam lingkungan “boleh” dicapai.

Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”

Walaupun tinggal 1 bulan lagi untuk tahun 2012, saya tidak akan duduk diam πŸ™‚ Ada 2-3 matlamat yang belumΒ tercapai dan akan saya langsaikan sebelum masuk 2012! Anda juga, apa kata jangan tunggu 2012 dan bawa ke hadapan matlamat anda. Ada 1 bulan lagi… sama juga dengan 30 hari… sama dengan 720 jam… sama dengan 43,200 minit! Kan banyak masa tu… jangan rugikan masa anda πŸ˜‰

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “43,200 minit untuk melangsaikan matlamat!

  1. Banyak jugak matlamat Irfan capai pada tahun ni. Tahniah. Berapa lagi matlamat yang belum di capai untuk tahun ni Irfan?

    Kalau tak dapat capai mungkin boleh bawak ke tahun hadapan.

  2. Saya pun tengah berusaha mencapai matlamat saya.

    Tak guna mempunyai matlamat jika malas berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

    Saya kagum dengan kesungguhan Irfan dalam berusaha mencapai matlamat.

    Matlamat Irfan untuk 2008 dah tulis pada kertas ke?

  3. slmt pg ,
    kenapa seting blog ni lari?
    sebelum ni ok je…
    saya cuba buka dgn IE ok pula…dgn firefox tak ok…sidebar jatuh kebawah…

    han

  4. Ya betul.. kalu ada masa kita habiskan matlamat 2007 dan tetapkan pula matlamat untuk 2008. Insya allah berkat usaha dan doa kepada illahi kita boleh lakukan yang terbaik untuk matlamat kita itu. Jangan putus asa dengan apa yang kita lakukan semoga apa yang dicitakan akan tercapai walaupun sedikit lama-lama tergapai jua. salam untuk semua.
    “Imagine is more valuable than knowledge…” Think about it, alrite?

  5. “Bagaimana pula dengan anda? Sudahkah anda melaksanakan matlamat 2007 anda? Sekiranya belum, masih belum terlewat lagi! masih ada 1 bulan untuk melangsaikannya!”

    Jawapan: Betul kata Dalam kes saya bulan terakhir inilah yang merupakan permulaan pelaksanaan matlamat penting saya iaitu sebagai Network Marketing Trainer yang
    profesional dan produktif.

  6. Betul .. diam tak diam kita akan menyambut countdown tahun baru lagi. Banyak lagi cabaran mendatang yang akan kita tempuhi. Yang pasti akan ada orang mencipta matlamatnya lagi untuk tahun depan.

    Bagi saya ada satu lagi matlamat tahun ini yg belum tercapai, tetapi Insyaallah detiknya akan tiba pada 17@18hb nanti. Semuanya berhubungkait dengan post yang terdahulu : http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/jaga-kesihatan-diri/

    Nanti saya akan umumkan di blog saya. Tahniah di atas matlamat2 yang telah capai.

  7. Assalamualaikum Irfan…

    Tq Irfan. Problem sy skrg adalah utk mencari masa bg mencapai matlamat sy. Ini termasuklah mencari kerja yang lbh sesuai. Belum dapat lg ni.. Target sy selewat2nya feb 2008. Sori,terpaksa lambat sikit sbb nak tunggu bonus, tapi jika dpt kerja yg sesuai lbh awal, sy xtolak..

    Tq, all the best to u, semoga semua matlamat utk tahun ini akan tercapai.

  8. Terima kasih Doc.

    Selamat Tinggal 2007 (Ada 1 bulan lagi! sama juga dengan 30 hari! sama dengan 720 jam! sama dengan 43,200 minit!) πŸ˜‰

    Selamat datang 2008 dan selamat tinggal dunia perniagaan internet..???

    Selamat tinggal kepada semua pembaca Tip 1 Minit πŸ™‚

    Ada sesiapa nak beli http://www.promoprosper.com πŸ˜€

    Hiham;
    P2..DotCom Founder

  9. Hi semua. πŸ™‚

    hahaha… saya adalah antara mangsa matlamat 2006 masih lagi tak tercapai sepenuhnya. hanya tercapai sedikit. tetapi dengan nasihat dan panduan daripada buku-buku COACH Azizi Ali, terutamnya buku ‘Senjata Paling Berkuasa Dalam Diri Anda’, memberi saya satu dimensi baru dalam hal matlamat. thanks Sifu Irfan! thanks COACH! πŸ™‚

    hahaha… bila nampak jumlah minitnya, secara motivasinya, memang banyak masa lagi kan. kalau 1 bulan tu, terasa sikit lagi masanya. bila tahu ada 43,200 minit lagi… pasti lagi bersemangat kan. πŸ™‚

    WAH!!! tak sabar-sabar nantikan buku terbaru Sifu Irfan! πŸ˜€

    PS: Saudara Fadil, kata-kata indah dari anda amat bermakna! terima kasih!

    = http://www.AzamWahid.wordpress.com =

  10. Alhamdulillah.. sepanjang tahun 2007 ni, lebih 80% matlamat saya tercapai dan 2 matlamat sahaja lagi.

    1 Matlamat didalam proses kerana saya telah menukar strategi dengan melakukan step by step. Macam cakap tadi lah, mulakan dengan target yang kecil..

    1 matlamat lagi mungkin x sempat kot sebab perlukan komitmen dan banyak masa..

  11. Salam dan Kawan

    Lama juga tak menulis dalam forum nii. Cuma jadi pemerhati saja. Matlamat saya bagi tahun 2007 cuma dapat beberapa peratus saja, sebab projek website tertangguh(tak cukup modal dan beberapa sebab).Anyway untuk tahun 2008, insyaallah kawan-kawan dapat tengok sedikit ‘brand new look’ untuk mainpage saya. Ribuan terima kasih kepada yang selalu memberi suntikan semangat. Untuk kawan-kawan yang lain teruskan usaha anda.

  12. Ada sebuah blog sendiri yang menjana wang adalah matlamat yang sudah tercapai untuk tahun ini. Ada beberapa buah blog sendiri yang menjana wang adalah matlamat tahun hadapan.

    Jemput Irfan jenguk blog saya. Manalh tahu ada info yang boleh kita share. πŸ™‚
    Dr Azwan
    http://www.drazwan.blogspot.com

  13. Alhamdullillah….matlamat kecil-kecilan utk tahun ini telah tercapai….InsyaAllah utk tahun dpn pula ada matlamat lain pula yg muncul…kena kuatkan usaha dan fokus dlm melaksanakannya….

  14. Salam,

    Terutamanya Pemilik blog ini..
    Nama saya Oswald hehe orang panggil
    saya wald,saya orang baru kat blog ini
    diharap kedatangan saya di sini di alu-alu
    oleh pemilik blog ini,….:)

    Saya akan kembali lagi
    dengan tips yang berguna:)

    Terima Kasih
    oswald
    Berfikir Cara Jutawan

  15. dulu masa bekerja saya xpernah kesah nk ambik tau psl irfan khairi sbb pd saya impossible utk jadi kaya di usia muda..tp bila dh ceburkan diri dlm biznes barula saya nampak peluang utk kaya ada di mana2..cuma kita je kadang2 tak sedar peluang ada dpn mata…thanks for all your useful tips!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.