Anda sering dilanda penyakit malas? Kalau ya, jangan malas baca petuanya di sini…
Punyai matlamat jangka pendek dan fokus!
Untuk mengelakkan malas, anda perlu mempunyai matlamat. Matlamat jangka panjang, lebih-lebih lagi matlamat jangka pendek. Seringkali kita akan rasa malas apabila kerja yang perlu dilakukan (matlamat jangka pendek) dilihat agak sukar.
Maklumlah, yang susah, pastinya kita akan malas dan akan lakukan yang senang-senang sahaja.
Apa yang perlu dilakukan adalah memberi fokus dan tidak melakukan terlalu banyak perkara. Permudahkan sesuatu yang susah itu, seperti, kecilkan atau pecahkan lagi kerja tersebut kepada unit-unit yang lebih kecil dan mudah untuk disiapkan.
Pastikan anda mempunyai matlamat, dan bahagi-bahagikan matlamat tersebut kepada kerja yang lebih kecil supaya mudah untuk dicapai.
Bersenam & jaga kesihatan
Mungkin juga kita malas oleh kerana kesihatan. Badan yang sering penat dan lesu tentunya menjadikan minda kita juga penat dan lesu. Ini pastinya akan menjadikan kita kurang produktif dan malas.
Amalkan gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Jaga pemakanan, kesihatan dan juga sentiasa bersenam atau bersukan. Jangan pula makan sehingga terlalu kenyang atau tidur terlalu lama. Malaslah tubuh badan jadinya!
Seminggu 2-3 kali, pastikan anda menjalankan aktiviti riadah untuk memperbaiki kesihatan bersama keluarga. Apabila minda dan badan menjadi cergas, kita juga akan mempunyai lebih banyak tenaga dan lebih produktif.
Sekiranya anda sering rasa malas, mungkin tiba masanya untuk anda pergi keluarkan peluh. Jangan pula malas bersukan!
Suara-suara dalaman anda
Berhati-hati dengan suara-suara dalaman anda. Terutamanya suara-suara negatif di dalam minda. Mana taknya, baru hendak mulakan sesuatu kerja, minda pula mengajak surfing YouTube. Baru hendak merancang minggu-minggu akan datang, suara dalaman mengajak chat bersama kawan-kawan di Facebook. Ada sahaja suara dalaman…
Ingat bahawa, ianya adalah suara anda sendiri. Dan anda juga boleh mengawalnya sekiranya anda lebih berhati-hati setiap kali ada saja gangguan di dalam minda mengajak menjadi malas.
Sering kali, kita akan rasa down apabila ada orang disekeliling memberi komen atau kritikan negatif kepada kita. Sebenarnya, apa yang lebih teruk adalah apabila dalam diri kita sendiri pula suara-suara menjadi negatif!
Jadi, harapnya lepas mengamalkan 3 petua ini, kita tidak lagi terasa malas dan lebih produktif. Tahniah kepada anda kerana tidak malas membaca artikel ini!
Ingin memulakan perniagaan di Internet dan menjana pendapatan dari rumah? Sertai saya, Irfan Khairi di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.
Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Fenomena biasa bagi yang menjalankan bisnes di internet seperti saya. Memang hampir setiap hari kita list down senarai tugas apa yang perlu disiapkan tetapi ada saja bisikan halus untuk membuat perkara-perkara yang kurang berfaedah dan membuang masa.
Saya memiliki blog yang perlu diuruskan dan amat memerlukan komitmen tinggi selain sedang dalam proses menghasilkan ebook. Sudah tentu banyak tugasan yang perlu dilakukan.
Artikel ini membantu saya. Terima kasih admin.
Malas pd saya bukan penyakit. Benihnya mmg ujud dlm diri kira, inilah dikatakan fitrah. kita baja dan siram tiap-tiap hari dgn/dr pelbagai sudut. Cuba kita fikir-fikirkan. Cheers!
Malas memang sejenis penyakit. Orang yang malas pasti gagal. Tidak ada orang malas yang berjaya. Rajin adalah salah satu kunci kejayaan.
saya tak pandai merancang matlamat…bagaimana nak buat ye?
Bersenam setiap minggu sangat membantu untuk memastikan badan kekal cergas.. bila tak bersenam tu, bukan badan saja rase berat, otak pon rase ‘jam’ semacam je..
Terima kasih admin.