2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?

Katakanย  dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.

Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

Jawapan: Yang 1 negatif akan menang ๐Ÿ™

Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan. Perkaraย  negatif juga lagi senang untuk “berjangkit”. Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.

positif-negatif

Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.

Mempunyai 1 orang berfikiran negatif dalam group/kumpulan/kenalan anda adalah agak berisiko, kerana bila-bila masa sahaja ia dapat berjangkit dengan ahli-ahli lain ๐Ÿ™‚

So, berhati-hati with negative people around you. Ianya berjangkit dengan orang lain… takut2 terjangkit kepada anda ๐Ÿ™‚

*PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosialย kini dibuka. Program 6 bulan bersama rakan-rakan baru sekelas yang berfikiran positif sama-sama menyokong untuk memulakan dan menjalankan perniagaan di Internet. Hanya beberapa sahaja tempat tinggal, klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

40 thoughts on “2 positif lawan 1 negatif… siapa menang?

  1. Dalam perniagaan,perkara yang penting ialah kita menjaga kekerapan kita berfikiran positif dan negatif.

    Yang terbaik ialah lebihkan berfikiran positif,kurangkan berfikiran negatif dalam perniagaan.

    Mempunyai orang yang berfikiran negatif dalam kumpulan akan meningkatkan kekerapan kita berfikiran negatif.Itu sesuatu yang akan merosakkan perniagaan suatu masa nanti.

  2. Salam Semua,

    Mengikut pengamatan akak, kebanyakan orang2 yang negatif adalah disebabkan tiada keyakinan atau kejayaan diri. Ada rahsia yang tersembunyi sebenarnya, sehingga mereka lebih senang memilih negativity.

    Jadi kalau ada diantara kita yang terikut2 negatif, tanya pada diri “what’s wrong with me?”. Bila kita dapat kenali dan baiki kelemahan sendiri, Insyaallah lebih mudah memandang segalanya dari sudut yang lebih positif ๐Ÿ™‚

  3. Situasi 1 Negatif mempengaruhi 2 positif akan berlaku, jika 2 Positif diulit mimpi dgn “keselesaan” majoriti 2/3.

    Tetapi perkara sebaliknya akan berlaku, jika 2 Positif ada “kerisauan” untuk mengubah sikap 1 Negatif….

  4. Tetapi ada juga org yang bercakap semua positif tetapi bila diperhatikan perlakuannya negatif. Ini lagi susah semua kerja tidak menjadi.

  5. Positif-Nak kena kerja kuat, kena pening kepala.
    Negatif-Tak payah kerja kuat-kuat, rilex habis.
    Sebab tu lah negatif menang.

    Kalau tahap penerimaan diri kita rendah, lebih mudah untuk kita berfikiran negatif.

    “MOST PEOPLE WOULD RATHER BE CERTAIN THEY’RE MISERABLE THAN RISK BEING HAPPY” – ROBERT ANTHONY

  6. Walaupun kita berfikiran positif, kita tak dapat lari dari org yg berfikiran negatif di sekeliling kita.Dan bukan senang utk menangani org2 yg berfikiran begitu.Satunya yg perlu ada ialah kesedaran diri bahawa “always look at the bright side” jika berdepan dgn segala masalah.waulahua’lam.

  7. Memang payah kalau ada di kalangan kelompk orang yang negatif ni. Macam kes saya ni, yang sedihnya kerana mereka ni mostly ialah senior. Anyway, I just proceed with my own plan. Tak peduli apa yg negative thinker cakap. Dengar boleh, tapi jangan telan bulat-bulat.
    Mungkin point-point yang negative thinker ni bagi kita boleh gunakan dalam Risk Analysis or Assesment.

  8. Kita ubah yang negatif kepada positif. Jaga2 diri kita yang konon mencanang diri sbg positif takut rupa2nya negatif kepada yang lain…

  9. ‘Negatif’ kdg2 ada kebaikannya..

    Sbg contoh..
    Jika saya sentiasa berfikiran negatif terhadap pemasaran berkonsepkan MLM..
    Pasti kerana saya terlalu memilih..

    Dan tiba2..
    Saya berfikiran positif pada syarikat MLM tertentu.. Ini berkemungkinan saya telah berjaya memilih yang terbaik dan mudah memasuki pemikiran orang2 yg berfikiran negatif dan mempengaruhi mereka maybe.. Dengan apa yang pernah saya alami dan fikirkan.. di sinilah Great Value akan tercipta..

  10. Orang negatif ni dia kalau dah bagi racun, sakit semua orang.

    Dah terkena banyak kali di tempat kerja, the best things jangan cakap yg bukan-bukan kat dia. Kalau boleh jauhkan diri dari dia, sebab dia akan tidak senang dengan kerajinan kita.

  11. salah satu contoh negatif adalah fitnah dan gosip..bab2 fitnah dan gosip ni, jap je akan tersebar..sbb dh mmg mentaliti orang kita ni mudah pcayakan gosip dan fitnah..pelik betul la..

  12. Seorang yang berfikiran negatif seolah2 mementingkan diri dan boleh melemahkan semangat kawan-kawan lain. Singkir sesiapa yang tidak mahu menuju ke arah kejayaan. Sebab asas kejayaan adalah bermula dari berfikiran positif. Kita akan jadi apa yang kita fikirkan. Anda boleh google tentang The Secret dan Hukum Tarikan untuk informasi lengkap.

  13. ya negatif selalu yang menang , ibarat saya dan husband saya . Saya sentiasa positif dan dia sentiasa negatif , penyakit negatif senang nak berjangkit . Setiap kali saya bagi sokongan positif dekat dirinya . Dia terus tak nak dengar , bermasalah bagi saya kadang-kadang.Tapi macam ik cakap redha apa yang terjadi , saya ikut tip2 ik supaya saya tidak akan putus asa , walaupun tiada siapa yang menyokong saya . Saya tetap diri saya , saya pegang impian saya dengan kuat. Orang yang berfikiran negatif adakala tiada pendirian hidup , cemburu dengan kejayaan orang lain. Harap saya dapat mempengaruhi husband saya supaya dia menjadi manusia yang positif.terima kasih ik dan kawan2 dekat dalam ni.

  14. benda yang tak baik, memanglah senang nak tersebar. Sebab tu kita lihat disekeliling kita ramai yang masih hidup susah. sebabnya tak dapat nak mendidik pemikiran supaya selalu positif dalam tindakan yang dilakukan. Penting untuk diri kita melatih supaya kita sentiasa mampu berfikiran positif supaya apabila menghadapi orang yang negatif, kita mampu “bertarung” dengannya ๐Ÿ™‚

  15. Positif atau negatif?
    Jangan mandi sungai.. negatif
    jangan mandi sungai takut lemas.. natural
    jangan mandi sungai ada buaya.. POSITIF

    Apapun apa yg kita cakap hendaklah “tersirat”(tersembungi) mengAgongkan yg maha Esa dan memuliakan Rosulullah. Walaupun tak nampak tapi dapat rasa.

    Yes! Aku Berjaya. Alhamdullillah.

  16. Salam semua,

    Begitu juga dengan pengalaman yang saya alami sendiri. Jika kita sentiasa berada di kalangan orang yang berfikiran positif, secara tidak langsung kita juga mempunyai aura semangat dan pemikiran yang positif.

    Oleh itu, saya akan cuba menjauhkan diri saya pada orang yang sering berfikiran negatif. Kawan… kawan juga… tapi taklah rapat sangat… atau pun kita cuba pengaruhi dia supaya dapat berfikir secara positif…. tapi kita tak mampu nak ubah pemikiran orang kan..? melainkan kehendak diri dia sendiri untuk berubah…

    Mungkin irfan boleh bagi tips bagaimana :

    1. untuk membentuk diri kita ke arah pemikiran yang lebih positif dan

    2. caranya agar kita tak sepatutnya kalah pada hanya seorang sahaja orang yang berfikiran negatif dalam organisasi kita…
    (…bagi saya :tinggalkan saja dia… ๐Ÿ™‚ sebab takkan kita tak nak terus ke hadapan untuk berjaya disebabkab dia sorang…)

  17. itu adalah pemikiran sesetengah orang melayu memang suka bnda2 NEGATIF ni.. mereka jadikan asam garam kehidupan klu x der negatif..mcm hidup dieorang x lengkap lahhh..,yang penting saya tidak beri sedikit pun ruang dan peluang nagetif ini menular ke seluruh tubuh dan minda saya dan juga kepada perniagaan saya..,selamat bertarung dgn sel2 negatif ni..,

  18. Saya bersetuju dengan IK…negatif memang mudah menjangkiti positif tetapi perlu diingat bahawa jika positif diberi ubat atau sokongan pasti negatif dapat ditumbangkan malah dihapuskan sama sekali…

  19. Jika berfikiran negatif dan ianya seolah mempunyai power untuk menarik dalam ke arah tersebut dan jika sebaliknya ianya mempuyai fungsi yang sama juga dan ia akan menarik kita ke arah tersebut.

    Jadi apa yang dapat disimpulkan disini adalah bersedia membina benteng dan sentiasa berhati2 selalu.

    COOL

  20. Biarpun ada beribu orang negatif yang menjatuhkan anda jangan putus asa hanya terus berusaha fikir positif Law of atraction keghairahan dan keyakinan boleh menjatuhkan orang negatif tersebut

  21. salam..sebenarnya inilah masalah besar yang saya sering hadapi
    kadang2 bile tgh buat kerja ni..
    terkeluar something which is “betul ke aku dah buat nie?”, “aku dah gagal”, “memang x dapat la”..
    terima kasih atas artikel ini
    sekurang-kurangnya saya tahu bahawa berfikiran negatif ini lebih byk memberikan keburukan dari kebaikan
    ๐Ÿ™‚

  22. Salam to everyone here. IK is very right about this. In fact, I guess everyone here agree and believe this is so true. It seems that whatever the negative element (even a single little one like that “nila”) that we might have, it will always outwit the delicious massive goods “susu” without hesitation! The only thing that we can do is not to reduce it but to eliminate them completely..

  23. terima kasih IK saya sudah mencubanya selama 3 hari,berhasil . Saya gembira , walaupun saya dikelilingi oleh orang2 yang berpikiran negatif setiap masa . Saya lebih tabah sekarang, bila nak marah pun x menjadi.Orang sekeliling sering memberi tekanan dekat diri saya dengan nasihat IK , saya menjadi orang yang positif . Saya rasa lebih freedoom dengan hidup saya sekarang, walaupun usia saya 23tahun . Tidak memberi halangan untuk saya terus maju kehadapan , sentiasa positif setiap masa. Walaupun kemana saja saya pergi.thanx again IK

  24. ruangan irfan banyak membantu semua yang minat nak berjaya…saya doakan moga panjangumur dan murah rezki.. tang bab hal ni, cuba renung lak dari perspektif ni:

    + dan + = menolak
    + dan – = menarik
    – dan – = menolak

    bagi saya, ada baik buruknya dalam kejadian alam semesta… jika semua berfikiran positif maka tiadalah perniagaan atau kerja bercorak keselamatan seperti polis, tentera, hakim, peguam, dan yang berkaitan. cuma jika anjakan paradigmanya bersesuaian dalam bidang masing masing akan menghasilkan satu aura yang bagus dalam bidang itu. contoh: + dan + = menolak kerana ada aura ditengah yang memberikan anjakan paradigma untuk ianya lebih berjaya seperti dalam bidang perniagaan yang memerlukan aura positif yang tinggi terutama dalam bidang pemasaran. – dan – = menolak , juga bagus dalam bidang penyiasatan, penciptaan sekuriti sistem internet, bidang kehakiman..dimana aura negatif yang relaven diperlukan agar sistem atau matlamat yang ingin dicapai tidak diperkotak katikkan. yang menjadi tidak keseimbangan bila + dan – = menarik, iaitu dimana tiada aura paradigma yang dicipta dan bertaut antara satu sama lain. iaitu jika yang memerlukan kekuatan aura positif seperti dalam pemasaran, pasukan tersebut susah nak kemana pasal ada aura negatif yang tak relevan, begitu juga yang memerlukan kekuatan aura negatif yang tinggi seperti dalam bidang polis atau kehakiman, jika ada aura positif yang tak relevan, kemungkinan besar orang yang tak bersalah boleh disabitkan kesalahan. pandai2 pikir la maksud saya. hanya sekadar pendapat.

  25. ion negatif lebih kuat dr ion positif……tu yg ion positif kalah tu….
    kalau kute dlm satu grup yg negatif…cepat2 kuar dr situ….kite pun akn turut jd negatif gak nnti….

    “LU PIKIR LAH SENDIRI”….:D

  26. nak wat jht bukan susah…
    tp senang je dpt susah ble wwat jahat..

    so,wat kje sggoh2,jagn ggu org laen..
    nak biznes pon kene ade sikap positif beb!!

  27. wat keja kita..itu dugaan. Terima kasih buat mereka,kerana pengaruh mereka jualah sebagai cabaran utk kita berjaya di suatu hari nanti.

  28. Negatif bermaksud berwaspada manakala positif bermaksud ingin maju dan terus maju. Jika dalam tempoh untuk terus maju maka perlun ada sifat kewaspadaan.

  29. otak negatif paling senang lekat dikepala.. so belajar utk berfikiran postif sbb nak lekat di kepala. payah betul. thats y tak semua org jadi kaya yg lain jd kayap

  30. Bahaya sebenarnya orang yang negative thinking. Dia boleh menyekat potensi diri kita dan menghuru harakan hidup kita dan orang sekeliling kita. Kadang kadang benda senang pun jadi susah, benda yang boleh buat, tak dapat nk buat. Saya pernah berkerja dengan orang yang negative thinking dan sedikit sebanyak menyesakkan kepala saya dengan andaian serta fikiran negative dia tu…

    Tapi walau macam manapun kita kena biasakan bersangka baik dari sekecil kecil perkara hingga ke besar besar perkara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.