- Robert Kuok, 88. RM32,400 juta
- Ananda Krishnan, 68. RM19,723 juta
- Tan Sri Quek leng Chan, 64. RM10,300 juta
- Tan Sri Lim Goh Tong, 89. RM9,670 juta
- Tan Sri Teh Hong Piow, 77. RM7,554 juta
- Tan Sri Lee Shin Cheng, 68. RM6,620 juta
- Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56. RM4,289 juta
- Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM2,600 juta
- Tan Sri Tion Hiew King, 70. RM2,420 juta
- Tan Sri Yeoh Tiong lay, 77. RM1,552 juta
Banyaknya juta-juta… senarai di atas diambil dari Majalah Malaysian Business “40 Richest Malaysians”. Bila melihat senarai tersebut dan melihat pencapaian diri sendiri, terasa amat kerdilnya! Bagaikan pipit dan enggang 🙂
Tapi bila melihat kekayaan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, mesti saya teringat kisahnya ketika beliau masih kecil. Di besarkan di rumah kayu yang tidak mempunyai kerusi, meja dan katil. Kini, menjadi bumiputera terkaya di Malaysia!
Kalau itu tidak dapat memotivasikan kita, saya pun tak tahu apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Kisah dari zero menjadi hero!
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
kebanyakannya org cina, india dan melayu 1. Kebayakan org kaye mesti liku2 kehidupan diorg penuh dengan pancaroba. bile plak nk masuk list
Berikut pula adalah senarai terkaya dunia, sekadar untuk renungan dan perkongsian 🙂
Sumber: Majalah Forbes (Mac 2007),
Kedudukan Orang Terkaya Di Dunia dan perbandingan dengan Internet Billionaires:
1. William Gates III, Microsoft – $56bil
4. Ingvar Kamprad (Terkaya di Eropah) – $33bil
5. Lakshmi Mittal (Terkaya di Asia) – $32bil
13. Prince Alwaleed (Terkaya di Timur Tengah /Afrika) – $20.3bil
26. Sergey Brin/Larry Page, Google – $16.6bil
76. Pierre Omidyar, Ebay – $8.8bil
104. Robert Kuok (Terkaya di M’sia) – $7bil
188. Jeffrey Bezos, Amazon – $4.4bil
369. David Filo, Yahoo – $2.5bil
Keseluruhannya, di seluruh dunia terdapat 946 orang billionaires pada senarai Forbes 2006, yang mana 9 orang daripadanya adalah daripada Malaysia.
US adalah negara yang paling ramai billionaires iaitu seramai 415 orang. Mungkinkah satu hari nanti ada Internet Billionaires daripada Malaysia yang akan berada dalam senarai terkaya di dunia?
from nothing to something 🙂
Hi Irfan,
nak tanye sikit, kenape ye 2 orang teratas tidak mempunyai gelaran Tan Sri ? macam agak pelik kan.
Semua dah tua2 kan…
Bila list jutawan muda nak masuk ni?
Dulu masa muda beliau angkat beras je di bangunan UDA kedah, semua orang kata masa tu dia kerja siang dan malam, sekarang hasilnya beliau jadi jutawan.
w’pun tak termasuk dalam list 10 org tu sekurang2nya dah ada di dalam senarai menunggu… Cuma masa jer belum sampai lagi.
Robert Kuok RM32,400juta…saya, RM32,400 pun belum ade lagi…:(
kecemerlangan disiplin diri secara berterusan walaupun umur telah hampir pencen 😛
kagumnye, i wish can stand beside them … 😀
Ia terpulang kepada sejauh mana keinginan dan keazaman kita untuk merubah hidup diri sendiri. Irfan masih muda. Jadi sempat lagi kalau nak cecah 100 juta sebelum 40 tahun, betul tak? 🙂
Agaknya berapa lama masa yang diambil untuk jadi kaya camtu?
Kenapakah belum ada usahawan internet Malaysia yang masuk dalam senarai?
TAK TERCABAR KE?
actually nama org terkaya melayu di Malaysia tidak sepenuhnya di’reveal’.. ini kerana mcm Tun Daim Zainuddin sebenarnya mempunyai aset di dalam dan luar negara lebih banyak daripada Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary tetapi tidak di’reveal’ atas sebab keselamatan… neway untuk pembelajaran dan iktibarnya ialah kita perlu memotivasikan diri untuk apa yang kita impikan..
setiap hari saya berdoa agar dpt berjumpa dan bersembang dgn tan sri syed mokhtar utk berkongsi susah senang beliau sebelum menjadi jutawan.
thanks pada Irfan sebab menyenaraikan 10 terkaya di Malaysia. Tak kira dia bangsa apa, kita kena pelajari cemana cara dia berjaya, skill bisnes dan komunikasi dia, ilmu dan mind setting yang membantu diri diorang untuk dapat pencapaian sebegitu, jadi orang kaya..
Bila kita dah mencapai satu tahap, perlu pandang ke atas lagi, supaya kita jadi lebih maju. Dalam masa yang sama, bantu orang-orang yang di bawah kita untuk sama-sama maju..
bagi saya, tuhan beri kita ilmu, kerajinan dan kekayaan for a reason, to use it for the good of mankind and to teach it to others. Contoh paling baik, Syed Mokhtar, sebab bila dia kaya, he share his wealth dengan orang lain tanpa perlu risau duitnya akan berkurang sebab selalu beri orang lain dalam kerja-kerja kebajikan..
Lumrahnya, kebanyakan mereka yang telah berjaya selalunya datang dengan latar belakang hidup yang susah. Kerana mereka mempunyai daya saing yang tinggi. In other words, “Unfulfilled needs is a good motivator to fulfill the satisfation”
Seronoknye tengok angka-angka tu. Bukan senang nak jadi senang. Banyak challenge kita kena hadapi. Yang penting kita kena bersedia walau apa pun yang datang. tak teringin ke nak masuk list tu..kita sama-sama doakan.
hye… as’kum .. melayu cuma seorang jer dalam tu kan??? harap2 satu hari nanti nama pun ade dalam tu… he.. he…
dalam senarai diatas, syed mokhtar al-bukhary lah orang KEDUA TERMUDA…. tak mustahil kalau shed mokhtar albukhary dipanjangkan umur 25 tahun(insyAllah) lagi, dia berada ditangga yang teratas… sekiranya pesaing-pesaing dia tidak mempunyai anak tunggal.
Sungguh besar perbezaan kekayaan antara Robert Kuok dan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary…Saya doakan semua ahli perniagaan bumiputera khususnya perniagaan internet dapat mengambilalih ranking tersebut…Amin…
Gud Luck .
Saya nak jadi salah seorang dari mereka :-). Macam mimpi je kan.. Tapi tak mustahil mimpi boleh menjadi realitikan. Tapi cakap je tak guna.. Kena sertakan matlamat, tidak mudah putus asa, rajin berusaha, motivasi diri dan macam-macam lagi..
Sifu…ayo! kalau you kerdil, I kuman je la. But, no matter what i’ll be beaming you from behind. 🙂
Menjadi jutawan dengan cara yang halal adalah sebaik-baiknya.
Mirul you left out another prominent internet billionaire, the other co-founder of Yahoo!, Jerry Yang
besides that there’re quite a few others that have made it big through internet websites but are less well-known because of their locations and language
generally it is the IPO and the stock market or ultimately capitalism that has made this possible, and Malaysia is far from reaching that state yet, given the relatively immature market and low penetration for internet usage
itupun Syed Bukhari still lagi merendah diri..pakai pun kereta Perdana je…
Saya rasa Tan Sri Syed Mokhtar tak akan lama berada di atas sana. Dan impian untuk melihat lebih ramai orang melayu di dalam senarai juga sukar utk jadi kenyataan. Kerana apa? Kerana sikap dan perangai orang melayu yang tak pernah berubah dari dulu sampai kini. Berapa ramai jutawan melayu yg dulunya pernah tersenarai yang kini sudah jatuh muflis? Berapa kali pula usaha utk menjatuhkan Tan Sri Syed Mokhtar telah dilakukan oleh bangsanya sendiri? Renungkanlah… Orang melayu harus berubah!
http://zoomer.fotopages.com/
Adakah anda semua tahu, kebanyakkan dari mereka berkenalan dengan Tunku Abdul Rahman ataupun Mahatir ?
Ambil sebagai contoh, Lim Goh Tong, kenapa dia mendapat kelulusan membina kasino ?
Sebab ianya diberikan oleh kawannya Tunku Abdul Rahman Sendiri.
Memang tidak dapat dinafikan politik memainkan peranan penting untuk berjaya.
hai semua, banyak betul komen anda, tapi bagus
untuk tatapan semua. panduan dan semangat begini perlu bagi semua,jangan putus asa,berani hadapi cabaran, dan sanggup apa saja demi untuk capai tahap tertinggi yang di inginkan.saya dah hadiri workshop irfan,hebat dan dalam minggu ni website saya akan di lancarkan, dan itu harapan kini dan masa depan…ok semua askum
“Kalau itu tidak dapat memotivasikan kita, saya pun tak tahu apa lagi yang boleh memotivasikan kita. Kisah dari zero menjadi hero!” 🙂
Saya ada satu cerita yang boleh memotivasikan kita. Seorang anak melayu yang hebat “Doctor-To-Be” 😀
“Jangan harap nak jadi jutawan sebelum jadi seorang yang hebat dan berjaya”. Ikuti kisah anak muda ini di blog saya http://www.promoprosper.blogspot.com 😉
Hisham;
“Suka baca cerita mereka yang hebat dan berjaya”
Latarbelakang Syed Mokhtar
Umur – 53 tahun
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, B-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta – Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. !!kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan
Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.
Biasanya kena mengusahakan sesuatu yang baru…thinking skills kenalah mantap~
ASM wr.wb
Begitu kagum dengan jutawan-jutawan tersebut terutama Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary,56.( dengan nilai harta RM4,289 juta).Walaupun beliau kaya, tetap ia masih pakai Kereta nasional iaitu Pronton Perdana.(Yang saya tahu laa.) Kisah beliau bermula ketika ibunya menyuruh beliau memberikan separuh dari pendapatannya kepada orang miskin iaitu RM750 dan separuhnya disimpan olih ibunya. Selain itu ibunya menyuruh beliau menghantar lampu-lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi sepanjang bulan ramadhan. Disinilah pembentukan peribadi dan pemikiran beliau. Betulkan Hebatnya Jutawan-jutawan ini walaupun sudah kaya tetapi masih ingat pada orang-orang miskin. Harap-harap kita begitu laa, jika ada rezeki didalam perniagaan.
Opp sorry laa. Kalau ada member-member Tips 1 Minit hendakan Petikan Kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengenai Nasihat-nasihat dunia Perniagaan (ada 49 petua) bolehlah hantar e-mail kepada saya iaitu (hebatrasa@yahoo.com.my) sebagai pembakar semangat. Mungkin lebih ramai jutawan-jutawan baru akan muncul selepas ini. Nothing is possible. Insyaallah.Thanks
thanks for all the tips hari ini! banyak yang boleh dipelajari.
saya on the list? maybe not. sebab tiada dalam matlamat bertulis saya 🙂 bagi saya, to be on the list bukan lifestyle yang saya idamkan oleh kerana lifestyle saya lebih kepada kerja sendiri, dirumah, bersama keluarga.
kalau on the list, at least perlu ada company besar (listed company), ramai pekerja, banggunan besar and all that comes with a corporate life 😉
saya bukan orang koprat 😉
Namun begitu, insyaallah tak berapa lama lagi (tahun ini), saya akan menubuhkan yayasan saya sendiri. Ilham daripada kejayaan Tan Sri Mokhtar. Doa-doakan ya!
ASM wr.wb
Mungkin Allah merestui hajat Mungkin bolih dinamakan “Yayasan Irfan Khairi”. Jangan lupakan kami sudah laa. Eeekk. Kami pun nak tuntut ilmu macam Pendekar Bujang Lapok.
wow..yayasan Irfan..kalo d peluang mesti la nk belajar di sana 🙂
http://norakmal.blogspot.com
Sape nak jadi jutawan segera pegi masjid india, cari money changer pastu tukar jadi rupiah. Gerenti jutawan punye !
bila lah senarai org muda nak masuk list? 😉
kalau masuk pun mungkin pewaris kot?
thanks zaph kerana berkongsi tentang syed mokhtar al-bukhary. w’pun kaya, tapi begitu merendah diri dan tidak bersikap individualistik. Tak kabur mata dan jadi tamak dengan kekayaan. Yg paling penting sebenarnya adalah keteguhan pegangan kita terhadap Islam – rezeki datang Allah dan Allah berhak tarik dan beri bila2 masa kpd sesiapa jua yg dikehendaki. Of course dlm Islam kita kena usaha dulu, kemudian berdoa dan seterusnya bertawakkal kpd Allah. Rezeki takkan jatuh langit macam tu je… Kalau kita percaya dgn konsep islam ni, nescaya kita takkan rasa takut yg kekayaan kita akan berkurangan bila kita menolong org lain, keluarkan zakat. Sebaliknya Allah akan tambahkan lagi rezeki bagi org2 yang bersyukur.. itu yg termaktub di dalam Al-Quran.
Saya pun tak pernah mengimpikan utk jadi one of the richest in Malaysia… sbb with every power and wealth, comes great responsibilities! (bak kata pakcik spiderman… 🙂 ) Bagi saya cukuplah kalau saya dapat mencapai financial freedom. So, bila nak beli apa… beli. Rasa nak makan apa… makan. Bila tengok je ada org susah, atau ada org minta tolong utk pembedahan anak, kita dengan selambanya boleh hulur RM2 – 3 ribu!! Tapi saya tak hingin pun hidup penuh pembaziran cthnya beli baju untuk anak yg masih kecil sampai RM100 sehelai!! Lama mana sangat anak tu boleh pakai baju tu. Selesa mana sgt baju sampai harga RM100. Pakai baju harga RM10 pun, takde lak sampai kena sakit kulit! hehehe…
So kpd semua anak melayu… marilah kita sama2 memajukan diri dgn matlamat utk membantu bangsa dan agama kita sendiri… bukan utk kita jadi bongkak dan sombong bila kita kaya nanti.. And to Irfan, teruskan usaha yayasan anda itu. Semangat dan keikhlasan macam nilah yg kita semua mahukan dari anak2 melayu yg dah berjaya… bukan setakat nak mengayakan anak bini sendiri je…!
HAI,
Dr irfan, you delete posting I ke? 🙁
sesungguhnya kekayaan yang sebenar adalah apabila kita dapat masuk ke syurgaNYA dan dapat melihatNYA….tiada nikmat&kesenangan yang dapat menandingi nikmat bertemu denganNYA
sy jelous tgk dan ramai lagi orang yg berjaya dalam bidang internet ini..sy teringin sgt nk join motivasi .tapi sy tidak ada duit untuk menyertainya..sy byk membaca pasal bisnes internet ini,tapi masih lagi tidak faham..sy inginkn sedikit nasihat dari .sy pun ada juga keinginan untuk berjaya macam tetapi tiada petunjuk..
Zikir, Fikir, Syukur dan Sabar InsyaAllah boleh berjaya. Selagi ada keyakinan dan impian yang kuat serta azam yang bekobar-kobar anda boleh berjaya. Amin.
Gagal sekali bukan makna anda gagal selamanya dan lihat pada kegagalan sebagai satu tangga yang anda sudah meningkat lebih bijak lagi.
wah!!!!Taiko Ar lu!!!!wa pu nk jd mcm korang jgk!!!!!!
Itu semuanya yang dah direkodkan tetapi semuanya tak tahu lagi ramai yang dah jadi “JUTAWAN SENYAP”
senyum selalu..
Jangan risau, kejarlah kekayaan diakhirat jika tak dapat kekayaan di dunia. 😉
me pun mau kaya mcm dorang tapi cana
RASHIA KEJAYAAN?
1. KURANGKAN BERCAKAP DAN BANYAKKAN BERTINDAK – Kita ni selalu bercakap KENAPA kita dan orang melayu tidak boleh berjaya dan kurang bercakap BAGAIMANA melayu berjaya. Kita pun tahu 1001 alasan kenapa orang melayu tidak berjaya…tetapi kelemahan-kelemahan atau penyakit yang sama juga terus diulangi dan KITA sendiri pun tidak berani menjadi pemangkin atu memulakan sesuatu ke arah itu (menjadi usahawan)..bagaimana kita ingin tersenarai dalam senarai jutawan? Hentikan dari menjadi seperti `Anjing Menyalak Bukit’ – penat bercakap, berbalah tapi tidak berubah-ubah.
2. KURANGKAN CEMBURU YANG NEGATIF (BUSUK HATI)DAN BANYAKKAN CEMBURU YANG POSITIF (BERMOTIVASI DAN INGIN BERJAYA SEPERTI MEREKA YANG BERJAYA – Kita sering dan suka menyalahkan orang lain kerana kita tidak berjaya. Presiden Jimmy Cater pernah berkata `jangan tanya apa yang negara boleh bagi pada kamu dan kamu seharusnya tanya apa yang kamu boleh sumbangkan pada negara’. Kalau direnungkan malu juga kita. Orang lain berjaya selalu kita kaitkan dengan hubungan politik, kalau benarpun mereka ada hubungan sekurang-kurangnya mereka ada usaha melobi dan melakukan kerja tersebut dengan baik. Mereka berkemampuan dan mempunyai usaha yang gigih untuk berjaya..tapi kita? kalau diberi projek sekali pun belum tentu kita boleh melakukannya. Contoh yang paling jelas sikap kita apabila melihat golongan pendatang terutama kaum Aceh berniaga…kita marah kerana mereka kaum peniaga yang berjaya…tapi sekurang-kurangnya mereka MELAYU dan melayu peribumi kita yang lahir di sini di mana? sedangkan mereka yang baru menapak dan bertongkang dari negara mereka berjaya..mereka rata-rata tidak berpelajaran dan di mana siswazah menganggur kita?
3. JANGAN SUKA BERTANGGUH UNTUK MELAKSANAKAN SESUATU IDEA-IDEA YANG HEBAT – Kita mempunyai banyak idea..tetapi hanya di atas kertas atau di dalam kepala…kenapa harus dibekukan menjadi tukun tiruan. Tidak kah idea tersebut menjadi berjuta-juta ringgit nilainya jika dicairkan (dilaksanakan), kenapa harus tunggu? kenapa takut…modal tak ada…takut gagal…so kalau begitu bila nak di laksanakan..tunggu umur sudah lanjut dan kemudian memotivasikan orang lain dengan berkata..ko boleh la…ko masih muda dsb. Putaran ini akan berlanjutan genarasi demi genarasi yang mana akhirnya permasalahan ini tetap tidak akan berubah sampai bila-bila sehingga genarasi cucu cicit kita di masa hadapan.
4. FOKUS – Banyak daripada kita tidak fokus dengan apa yang kita lakukan. Boleh dikatakan terikut-ikut orang lain. Semua jenis perniagaan kita nak cuba dan kalau boleh mana-mana perniagaan yang orang lain buat dan berjaya itulah yang kita nak buat. Kita harus tahu di mana kekuatan kita dan perniagaan yang boleh dan mampu kita lakukan. Perniagaan itu mestilah jenis perniagaan yang memang kita suka dan mahir. Mana boleh ikut-ikut orang lain…orang lain berjaya dengan perniagaan tersebut sebab dia minat dengan benda tu tapi kita…tu yang menyebabkan buat sekerat jalan tu dan kemudian buat benda lain. Banyak masa yang kita habiskan dengan benda yang tidak bermanafaat.
5. SIKAP – Sikap kena ubah..tu yang penting. Benda ni lah yang selalu diperkatakan. Siswazah menganggur pasal pe..pasal suka tunggu kerja cari dia orang dan bukan dia orang yang cari kerja. Kerja kat Malaysia ni banyak dan kalau tak de sekali pun gi la Indonesia kerana ramai orang Indonesia yang datang ke Malaysia cari kerja…dah tentu banyak peluang kerja yang ditinggalkan kat sana. Jangan salahkan industri kat Malaysia ni kerana tak ambil dia orang…sikap dia orang sendiri pun tidak menampakkan jatidiri mereka. Kita belajar pandai-pandai ni dan dianugrahkan minda yang baik sepatutnya boleh berfikir dengan bijak dan sepatutnya lebih berjaya dari orang lain. Ilmu yang kita belajar ni bukan untuk dicurahkan pada orang lain tetapi harus dimanafaatkan untuk diri sendiri. Berapa banyak pelaburan yang ibubapa kita telah buat untuk menghantar kita ke universiti dari sekolah rendah lagi..keluar universiti kita menganggur dan tak boleh buat apa-apa. So..pelaburan yang dibuat selama ni rugi la…lebih baik habis SPM terus meniaga…mana tahu sekarang ni dah jadi JUTAWAN daripada menjadi cerdikpandai tapi tak berbuat apa-apa
6. KOMUNAKASI DAN PERHUBUNGAN – Program komunakasi dan perhubungan pelanggan sekarang ni banyak di dalam pasaran. Tak payah tunggu program NIZAL sampai kat Sabah ke Sarawak. Program Nizal tu baik dan bagus tapi mana dia nak memenuhi semua permintaan…kalau kat Sabah dan Sarawak tu cuma ada 4 kerat aje yang nak attend…tak berbaloi. Bagi guru yang bagus sekali pun tapi diri sendiri tak nak berusaha untuk berubah atau memahirkan diri..susah la. Apa-apa kemahiran sekali pun mesti kena amalkan dan setiap hari buat sesuatu experimen baru untuk memperbaiki kemahiran…baru menjadi.
7. HILANGKAN BUDAYA `TOTO'(Tolong Orang Tipu Orang) – Setiap perhubungan perniagaan mesti jujur dan beramanah. Sekali menipu orang tak percaya..orang yang ditipu akan bercerita dengan orang lain dan orang lain akan bercerita dengan orang lain lagi yang akhirnya pasaran persekitaran akan menghukum kita untuk tidak berdaya saing. Sikap tidak terlalu berkira dan jujur akan menjadikan kita popular di dalam pasaran.
8. KAWAN – Kawan memainkan peranan untuk kita berjaya. Dua jenis kawan yang kita boleh berkawan iaitu 1. BUKU – buku-buku motivasi yang banyak menyuntik semangat dan amalkan setelah membacanya. Kurangkan atau jangan langsung baca buku-buku mengarut seperti cerita-cerita tahyol, gosip-gosip dsb. Buku-buku ini banyak mempengaruhi minda kita..sekiranya kita banyak membaca buku-buku tahyol atau hiburan yang berbaur gosip, pekara tersebutlah yang banyak bermain di dalam kepala kita…maka saban hari kita sering memperkatakan pekara-pekara yang tidak banyak membawa faedah. Begitu sebaliknya jika kita membaca buku-buku motivasi atau cerita kejayaan orang lain, kita akan disuntuk dengan semangat kejayaan mereka 2. KAWAN-KAWAN YANG BERJAYA – mereka ini lah yang akan sentiasa memberi tip-tip kejayaan serta semangat sokongan untuk kita berjaya yang mana secara tidak langsung kita terangsang dengan kejayaan mereka.
Banyak tip-tip lain yang boleh kita kongsi dengan mereka yang pakar. GURU ATAU PAKAR MOTIVASI yang terbaik adalah diri kita sendiri…`TIDAK ADA ORANG LAIN YANG BOLEH MENGUBAH KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI’..kita mampu mengubahnya..
VISION WITHOUT ACTION JUST A EAM
`MATLAMAT TANPA TINDAKAN HANYA MIMPI (ANGAN-ANGAN)sahaja.
Regards
changemgt04@gmail.com
boleh terang macam mana kita nak capa ngan orang yang tidak kita kenali?
boleh terang macam mana kita nak cakap ngan orang yang tidak kita kenali?