Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…
10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang bijak berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.
9. Cekap dalam pengurusan
Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Seringkali ia memerlukan bantuan orang lain. Jadi, salah satu faktor untuk menjadi jutawan, anda perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja berjalan dengan lancar.
8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi
Kebiasaannya untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu bersaing – sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa. Faktor ini juga cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.
7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi
Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada di kedudukan teratas dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers,” mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita kerana ia merupakan faktor kepimpinan yang berkualiti untuk memastikan seseorang mampu menjadi jutawan.
6. Mencintai karier dan perniagaan
Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.
[Bersambung di “10 faktor Menjadi Jutawan! (Bahagian 2)”]
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
wah terbaik.. tak sabar menanti part 2…
Salam IK,
Saya sangat bersetuju tentang mencintai karier dan perniagaan, saya ambil contoh diri sendiri, tak kisah lah orang lain ddk ckp elok buat biz saham la, biz emas la, namun saya tak minat, lagi elok saya fokuskan kepada bisnes yang saya minat kan, iaitu biz ebook dan biz telekomunikasi 🙂