Bersambung dari: Bagaimana hendak jadi KAYA? (Bahagian 1)
Apa yang terjadi adalah, tanpa disedari berbagai-bagai tanggapan negatif mengenai kekayaan telah masuk ke minda kita yang menjadi penghalang kekayaan. Sejak kita kecil hingga hari ni, berbagai-bagai kisah negatif wang melanda minda kita. Bukan hendak kata tiada yang positif mengenai wang masuk ke minda kita, tetapi sering kali sesuatu yang negatif itu lebih memberi impak kepada pemikiran kita.
Keadaan ini akan membuatkan kita takut pada wang, tak mahu bercakap tentang wang, dan sehingga tidak mahu ambil tahu perihal pengurusan kewangan. Buktinya, tidak ramai yang membincangkan perihal kewangan dan matlamat kewangan bersama keluarga. Ada juga keluarga yang menganggap topik ‘wang’ sebagai seuatu yang pantang disebut!
Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi “Eh… tak baik cakap pasal wang”, “Eh… buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur”, “Eh… nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata”. Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.
Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?
Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari – kita tidak mahu kaya!
Mulai minggu ini saya akan berikan anda strategi, teknik dan tip kewangan untuk menguasai kewangan anda. Sebelum itu, fikirkan apa yang telah saya kongsikan ini. Adakah anda sendiri telah sabotaj diri anda mengenai kewangan selama ini tanpa anda sedari? Adakah anda mengaitkan elemen negatif kepada wang? Adakah anda dapati sukar untuk meingkatkan keadaan kewangan anda dan tidak tahu mengapa?
Puncanya mungkin pada sindrom ‘tidak mahu kaya’ yang terbenam dalam minda separuh sedar anda yang selama ini menghalang anda mencapai kekayaan yang anda impikan. Ada lagi beberapa sebab mengapa anda tidak boleh kaya dan saya akan kongsikan dalam minggu-minggu akan datang. Buat masa ini, ketahui bahawa keadaan ini berlaku dalam minda anda dan kesedarannya akan membantu anda mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit kewangan. Kesedaran adalah kuasa untuk anda mengubahkannya!
Ikuti ruang saya, Irfan Khairi setiap minggu di Majalah M dan dapatkan strategi, teknik serta tip kewangan dan kekayaan. Jangan lupa, ajukan soalan-soalan kewangan anda di Facebook saya, www.facebook.com/irfankhairi.fb – soalan terpilih akan dipaparkan di ruangan WANG ANDA minggu hadapan. Sehingga kita berjumpa lagi – wang anda, kuasa anda!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021