Bersambung dari: Aduhai Kad Kredit! (Bahagian 1)
Untuk setiap kad kredit di hadapan anda, ketahui baki minima yang perlu dibayar untuk setiap kad kredit tersebut. Setiap bulan, pastikan anda membayar kesemua baki mimima yang sama ini setiap bulan untuk semua kad supaya anda tidak dikenakan caj yang lebih tinggi dan tidak sepatutnya.
Langkah seterusnya adalah untuk anda menetapkan kad mana yang anda ingin serang dan jelaskan terlebih dahulu. Mungkin, kad yang mempunyai baki paling tinggi, ataupun yang paling rendah. Apa yang anda perlu lakukan adalah, bayar lebih daripada baki minima semampu anda untuk kad tersebut.
Lakukan ini setiap bulan sehingga langsai baki pada satu kad itu. Apa yang anda akan dapat pada hujung bulan kemudian adalah anda akan miliki wang lebih dari baki minima dan juga bayaran tambahan yang anda telah lakukan berbulan-bulan untuk melangsaikan kad pertama.
Seterusnya, gunakan jumlah wang lebih ini untuk membayar balik kad yang kedua. Jangan lupa, pastikan bayaran minima kad kedua diteruskan juga. Bererti, wang lebih anda dibayar tambahan kepada jumlah minima yang telah pun anda bayar selama ini.
Teknik ini akan mengajar anda lebih berdisiplin dan sistematik dalam melakukan bayaran bulanan dan anda akan dapati lebih pantas anda menjelaskan baki kad kredit anda dan keluar dari masalah… aduhai kad kredit!
Soalan pembaca:
Berinteraksi mengenai kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!
Abiyah Hussin, Temerloh:
Salam Irfan Khairi, saya kini mempunyai hutang kad kredit yang hampir mencecah RM10,000. Dengan perbelanjaan harian yang tinggi, saya dapati amat sukar menurunkan baki kad kredit saya. Apakah cara terbaik menangani ini?
Sering terjadi keadaan kita hanya membayar jumlah minima yang tertera di penyata kad kredit setiap bulan. Dengan harapan, makin lama, makin kurang baki kad kredit kita. Ketahui bahawa jumlah minima kad kredit dikira menggunakan peratusan. Oleh itu, sekiranya anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, pastinya baki kad kredit anda tidak akan habis – sampai bila-bila.
Namun, baki minima kad kredit anda boleh menjadi satu petanda atau sasaran untuk amaun yang patut anda jelaskan setiap bulan. Gandakan tiga bayaran minima yang tertera di penyata kad kredit anda. Ini bermakna, sekiranya bayaran minima adalah RM100, cuba sasarkan bayaran pada bulan itu RM300. Dengan cara bayaran begini, anda akan dapati baki kad kredit anda akan berkurang dengan lebih cepat.
Ashraf Yunus, Kuala Terengganu:
Apakah nasihat Irfan Khairi kepada saya kerana saya sukar mengawal belian menggunakan kad kredi?. Saya ingin mengurangkan perbelanjaan kad kredit saya.
Bayangkan seseorang yang ingin menurunkan berat badan sedang berjoging tetapi mengunyah bar coklat yang penuh dengan lemak dan kalori. Pastinya tidak membantu. Keadaannya adalah sama, di mana sekiranya anda ingin mengurangkan penggunaan kad kredit anda, jangan bawa kad kredit bersama anda.
Sekiranya anda mempunyai beberapa kad kredit, dan sedar anda sukar mengawal penggunaannya, potong dua kad kredit anda dan jangan dibawa bersama. Mungkin sukar pada permulaannya, tetapi lama kelamaan, anda akan membiasakan diri keluar tanpa kad kredit dan membiasakan diri tidak berhutang lagi.
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Masalahnya kad kredit ni memang satu masalah.. =,=
Anyway post yang baik, informasi pun dikarang dengan bernas. Permulaan yg baik untuk muda mudi yang baru nak belajar selok belok kad kredit ni.
From: Bila Karipap Boleh Bercakap
salam,
sy penah menggunakan kad kredit ni tp hanya menggunakan apabila perlu sahaja.itu pun hanya ada sekeping.setelah berhenti kerja tetap, terasa rugi pula tidak memohon sebanyak mungkin kad kredit. jika pandai dan gunakan ditempat yang betul, kad kredit ini memang berbaloi untuk dimiliki. kita menggunakan duit orang lain untuk tujuan kebaikan iaitu untuk keuntungan sendiri melalui teknik-teknik yang terbaik..
Hutang kad kredit yang tidak terkawal boleh jadi barah kewangan..
Dulu saya memang menggunakan kad kredit. Saya ke bank berbincang dengan pengurus untuk meminta diskaun. Alhamdulillah berjaya dengan jumlah yang signifikan.
Yang kelakarnya banker tu gelakkan saya bila saya minta diskaun. Hehee..
Terima kasih IK, very good info.
Saya sendiri sudah berjaya menyelesaikan kesemua hutang kad kredit dengan cara ini..Memang sakit sikit masa nak start tapi bila da ada objective inginkan Financially Freedom. Alhamdulillah…kesemua 6 kad kredit telah dilangsaikan hanya dalam masa setahun…Yang penting Berani Berubah..Berani Berniaga & Yakin !!
Terima Kasih IK diatas tips yang diberikan.