SOLUSI: Panduan Hidup Bersyariat

Hari ni saya nak kongsikan majalah terbaru yang kini saya antara kolumnisnya- Majalah SOLUSI. Antara penulis-penulis lain juga terlibat termasuk: Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin, Haji Muhammad Zakaria danΒ  Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari saifulislam.com) adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Oleh: Telaga Biru Sdn Bhd

solusiposter.jpgDengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan.Β  Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi…. (…klik disini untuk membaca lanjut!)

ps: bagi anda yang sering memberi sokongan kepada saya, dapatkan majalah solusi di kedai2 ok πŸ™‚ Memang banyak info-info menarik…

Seterusnya, para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi kekuatan utama majalah ini. Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Haji Muhammad Zakaria dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

solusi.jpgAsas majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..

Mengapa perlu SOLUSI?

Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?

Jawabnya ya, jika dilihat dari sudut ‘persaingan’. Mungkin tidak perlu lagi majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi, apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi ‘persaingan’? Apakah semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?

Jawabnya, tidak! Dari dimensi ‘perkongsian’, usahasama untuk melakukan kebaikan sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: “Hendaklah kamu bertolong-bantu dalam kebaikan dan ketaqwaan.” (Surah al-Maidah: 2) Malah ‘perlumbaan’ untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah: “Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.”

Tambahan pula, senario masyarakat kini yang semakin tercabar dan tercalar oleh unsur-unsur negatif, kehadiran bahan bacaan Islam bukan sahaja belum mencukupi, malah dikira masih jauh ketinggalan berbanding lambakan majalah picisan berunsur hedonisme, tahyul dan seks bebas.

SOLUSI lahir untuk menjadi wasilah kesedaran, penghayatan dan pimpinan ke arah pelaksanaan syariat di semua peringkat, di semua bidang kehidupan. Misi utamanya ialah membantu setiap individu merealisasikan Islam sebagai satu cara hidup yang dengan sempurna menerusi pendekatan memujuk, mengingatkan dan memimpin berasaskan prinsip dakwah dan tarbiah.

Misi ini diketengahkan melalui tulisan, gambar dan rekaletak yang verstail dan dinamik. Semua itu diadun untuk menterjemahkan model ‘Mukmin profesional’, yang punya integriti (al-Amin) dan ke pakaran (al-Qawwi) dalam tugasan, peranan dan tanggung jawabnya. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik engkau berikan kerja ialah orang yang kuat (pakar) dan amanah (integriti).” (Surah al-Qasas: 26)

Lebih jauh lagi, SOLUSI ingin memantapkan pelaksanaan syariat Islam berasaskan kesepaduan ilmu wahyu (revealed knowledge) – tauhid, feqah, akhlak, dengan ilmu akal (acquired knowledge) – sains, matematik, sejarah, geografi .

Justeru, SOLUSI tidak hanya menjelaskan ilmu-ilmu berbentuk Fardu Ain, tetapi mengaitkannya dengan unsur motivasi menerusi pengalaman, isu-isu dan keskes yang sering berlaku dalam masyarakat. Dengan ini diharapkan pembaca bukan sahaja tahu apa itu masalah, malah mampu menyesaikannya! Itulah SOLUSI!

Mengapa nama SOLUSI?

Dari sudut grafik dan artistik pula, huruf S, U, O dalam perkataan solusi mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Persamaan dari segi bentuk yang hampir bulat memudahkan kami memasukkan lambang bulan sabit (ikon nilai keislaman) di dalam ‘masthead’ tersebut. Jumlah 6 huruf itu juga dikira ringkas untuk dihias dan ditonjolkan.

Solusi lebih cepat dan mudah disebut walaupun agak janggal kedengaran. Inilah dasar pilihan kami berbanding perkataan lain yang mungkin lebih ‘kemelayuan’ atau ‘kearaban’ tetapi agak panjang dan kurang nilai-nilai keunikkannya.

Sumber :Β  Bahagian promosi telaga biru sdn bhd

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

45 thoughts on “SOLUSI: Panduan Hidup Bersyariat

  1. Satu lagi kejayaan orang kita. Tahniah. Diharap dengan adanya terbitan seperti ini akan dapat membantu kepada yang memerlukan ilmu tambahan.

    Dan paling penting untuk kemajuan diri…

  2. Saya amat tertarik dengan kemunculan Solusi. Manusia memang sentiasa memerlukan panduan dan bimbingan yang poritif supaya tak tersesat jalan.

  3. idea yang menarik dan 1 panduan yang diperlukan oleh semua org. Bila melihat cover majalah tersebut tanah yang gersang, bila hati tidak di asah dengan panduan ilmu ianya akan kering seperti ”TANAH YANG GERSANG ” HATI BOLEH JADI BUTA” Tidak tahu ke mana arah tujunya.

    Apa yang pastinya, hidup itu ada. mati itu pasti. Penyeksaan alam barzakh itu pasti.

    Hanya amalan yang akan diperhitungkan, sedakah dan ilmu yang bermanfaat.

  4. satu lagi kandungan berkualiti dari irfan khairi..

    p/s : tak sabar rasanya nak berjumpa ngan 28 ni di kuching sarawak!jumpa di sana!

  5. Salam IK dan rakan2!

    Haha… Baru cerita dengan IK pasal majalah SOLUSI itu hari… πŸ™‚

    Ha, bagus majalah ni… Bonus yang kita dapat dalam majalah ni adalah… DR. IRFAN KHAIRI…!

    Puji ada makna tu…(cerita P.Ramlee Madu Tiga) hehehe…. πŸ™‚

    http://www.glowglokal.com/blog

  6. Memang banyak terbitan majalah agama di pasaran. Namun seperti yang dikata, ia adalah sebuah perkongsian dari sudut ilmu dan juga amal. (mereka yang kejar pahala tidak menjadikan keuntungan Ringgit sebagai tujuan utama)Mungkin sesetengah majalah tidak terkandung apa yang terdapat dalam majalah yang lain. Apatah lagi gabungan hebat antara tokoh agamawan dan pakar motivasi yang terbuku dalam sebuah majalah. TAHNIAH.

  7. Salam IK,

    Ketika saya sedang membaca blog ini, belum lagi kelihatan majalah ini di kedai-kedai tempat saya ni… maybe sikit masa lagi sampailah kot.. πŸ™‚

    Dah banyak juga majalah seumpama ini di pasaran tapi yang membezakannya ialah tokoh2 dan penulisnya ada “Irfan Khairi ;)”

    Jarang sekali anak2 muda dijadikan idola majalah keislaman berbanding yang telah berusia atau lewat senja.

    “SATU TRANSFORMASI AKAN BERLAKU ”

    Tunggu apa lagi kawan2.. jom beli !

  8. Salam.
    Saya menyokong penuh usaha orang kita menerbitkan majalah bisnes yang berasaskan keislaman. usaha yang amat terpuji dan saya akan sokong 100% dengan melanggannya nanti, insyaallah. Bisnes, bisnes juga, akhirat dan keberkatan jangan dilupa.

  9. Tahniah dan syabas atas penerbitan majalah SOLUSI ini. Satu lagi saluran untuk mempelajari agama di kala bumi Malaysia gersang dengan majalah keagamaan berbanding kebanjiran majala-majalah hiburan dan majalah-majalah picisan

  10. Tahniah kepada Telaga Biru dengan penerbitan majalah SOLUSI dan terima kasih kepada IK dengan perkongsian yang bernilai ini.

  11. Wah..menarik majalah ni..gabungan penulis2 yg mmg dikenali ramai di Malaysia..yg terkenal dgn2 hujah2 mereka yg bernas..Tahniah IK..

  12. Semoga semua berjaya memotivasikan diri… Dekat cni sahaja pelbagai motivasi tulisan IK saya pelajari..

    Thanks to all commentor friend.. Of course for bro IK

  13. Diatasnya adalah sembilan belas.*
    Kami melantikkan para malaikat menjadi penjaga penjaga Neraka,
    dan kami berikan nombor mereka (19),untuk mengganggu orang orang yang ingkar,
    untuk menyakinkan orang orang Kristian dan Yahudi,untuk menguatkan iman orang orang yang ta’at,untuk menghilangkan semua kesan keraguan dihati hati orang orang
    Kristian dan Yahudi, begitu juga dengan orang orang yang percaya, dan untuk mendedahkan orang orang yang menyembunyikan keraguan dihati-hati mereka, dan juga orang orang yang ingkar; mereka akan berkata,
    “Apakah yang Allah maksudkan dengan aligori ini?” Lantas Allah
    membiarkan sesat sesiapa saja yang Dia kehendaki, dan membimbing
    Surah 74:,1 – 56.

    yang tertariknya adik Nik mendapat 19A1…
    contoh yang ada pada adik Nik adalah:

    1. dia seorang wanita, adakah dia mengikut sunnah atau segala perbuatannya terus kepada Allah.
    2. Ini adalah petanda bahawa wanita pun boleh berjaya macam lelaki, bukannya menghalangkannya daripada segala aktiviti
    3. Dia melakukan solat sunat malam, dalam quran pun memberitahu tambahan ibadat di waktu malam.
    4. pakaian dia adalah menutup nafsu orang melihat.

    believe in Quran dan Hadis sahih(nombor 19)

  14. SOLUSI = SOLUTION!!
    Inilah yang kita semua nantikan. Daripada penulis-penulis yang bukan calang-calang. Yang menulis bukan berdasarkan logik semata-mata TAPI mengutamakan ISLAMIC Method untuk membantu kita semua yang sebenarnya sedang mencari SOLUSI…betul tak IK?

  15. Salam,
    Tahniah..
    “Hanya ada satu kejayaan, iaitu kemampuan untuk menggunakan hidup anda dengan jalan anda sendiri -iaitu yang baik dan diredhai allah.

  16. Alhamdulillah…dengan adanya solusi ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan kualiti hidup kita, dan mendorong kita ke arah hidup yang lebih cemerlang.setiap untaian kata solusi penuh dengan hikmah..tahniah solusi!

  17. assalamualaikum.. alaa sedihnya.. wktu kt m’sia dulu selalu baca solusi.. skg bila dh kt negara asing cmn nk dptkn lg ek?? agak2 bleh tak buat jualan secara online and buku pun dibaca secara online gak.. klu mail2 nih tkt x smpi kt tuannye je..

  18. solusi memang best…tiap bulan suami belikan untuk saya. byak panduan untuk memlembutkan jiwa dan mnginsafi diri sbg hamba Allah.

  19. salam… Dr. Irfan, boleh saye ambil atikel majalah solusi nie untuk blog saye… sebelum nie saye dah ambil..tp…bile bace kat bawah nie tak boleh copy jadi saye buang la…
    maaf sebelum ini saye copy..
    kalau boleh saya minta keizinan untuk letak di blog ini kembali..
    drdp manan (0172102873)yg memohon keizinan.

  20. salam…majalah yang sangat2 bagus…padat dgn ilmu….tima kasih kepada kawan saya Hussain kerana memperkenalkan majalah ini kepada saya…majalah Solusi isu yang ke-20 merupakan buku yang oertama saya baca…saya amat tertarik dengan bacaan tentang alam….

  21. Asslamualaikum..
    Alhamdulilah dgn terbitnya majalah ni dapatlah memberi panduan kepada kami..saya bertuah kerana megenali majalah solusi yg di prkenalkan kakak saya yg mana kakak ipar saya yg megenalkan nya..mgkin ramai lagi sahabt2 kita di luar sana yg belum mengenalinya..saya hanya mampu memiliki edisi ke 26 selama ni tumpang membaca dgn kakak..tapi lebih kuat lagi ingin memiliki….syukur kepala Allah..cuma disarawak sukar hendak memiliki kerana cepat habis

  22. SAYA SUKA BACA SOLUSI,IA DAPAT MENAMBAH ILMU AGAMA SAYA.WHAO ! SAYA DH BACA DUA BUAH ISU MULAI BLN LPS DAN KALI NI SAYA X NK KETINGGALAN,SAYA HARAP,ISU AKAN DATANG BOLEH X MEMAPARKAN, SALAH KE TIDAK JIKA KITA BERMUSUH ANTARA RAKAN2? SAYA ADA MASALAH TNTANG ITU DAN X TAHU NAK MENYELESAIKANYA. πŸ™‚ SEKIAN,SELAMAT MAJU JAYA !

  23. Salam,saya seorang asnaf miskin.Saya dah sepuluh tahun masuk Islam.Saya selama ini tercari cari bahan bacaan keagamaan dan SOLUSI adalah yang terbaik kerana saya faham kandungannya yang terperinci.2 minggu lepas, saya ada menghadiahkan majalah ini kepada anak dara saya yang belajar di Sek Tahfiz.Semoga dia mendapat manfaat.Terima Kasih, SOLUSI.

Leave a Reply

Your email address will not be published.