Sehari di Singapura “Think & Grow Rich”

pointing.jpgSemalam berlangsungnya Sidang Perancangan Kewangan Berita Harian 2007 di Singapura dianjurkan meja Ekoniaga Berita Harian bersama SSA Consulting Group dan ditaja oleh Maybank. Full house! 700 peserta menyertai dan sidang kali ini menerima penyertaan yang paling ramai berbanding sebelum ini.

Sesi saya mengenai perniagaan Internet went well. Alhamdulillah ramai yang terbuka minda mengenai Perniagaan Internet. Sesi saya adalah sebagai pengenalan kepada perniagaan Internet.

Di booth juga tak putus-putus membeli buku & produk RahsiaInternet.com sampai SOLD OUT!. Amat berbesar hati dapat bertemu dengan semua. Tidak pernah saya menyangka begitu ramai di Singapura juga turut mengenali saya πŸ™‚

Memang seronok saya kendalikan sesi saya. Enjoy habisΒ πŸ™‚ Moga peserta juga turut enjoy!

Tview.jpgip hari ini, daripada talk saya semalam is, untuk kita sering bayangkan dan visualize keadaan kita kini sudah kaya tidak kira keadaan kewangan kita kini. “Think & Grow Rich” adalah tema sidang kali ini. Daripada itu, saya kongsikan pengalaman saya bagaimana ketika berumur 18 tahun saya sudah bayangkan keadaan saya yang kaya raya- walaupun saya tidak! πŸ™‚

Whatever you dwell upon, will grow

all.jpgSebab itu, sekiranya anda sering risau mengenai masalah kewangan, makin banyak masalah kewangan akan datang kepada anda. Sekiranya anda risau anda tidak dapat melaksanakan tugas anda dengan sempurna, biasanya tugas anda akan menjadi tidak sempurna.

Jadi, why not anda fikirkan keadaan anda yang sudah kaya-raya. Anda pasti akan dapat lihat dunia dari sudut yang berbeza dan dapat melihat betapa banyak peluang memperolehi pendapatan yang tinggi di mana-mana sahaja.

panel.jpgMengapa yang kaya menjadi makin kaya, dan miskin menjadi miskin?

Antara sebabnya adalah yang kaya sering memikirkan kekayaan mereka. Manakala yang miskin sering risaukan kemiskinan mereka. Think Rich, Grow Rich!

Terima kasih kepada pihak penganjur Sidang Perancangan Kewangan BH 2007 di Singapura! Kalau ada rezeki kita jumpa lagi…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

59 thoughts on “Sehari di Singapura “Think & Grow Rich”

  1. sayang sekali saya tidak dapat mengikuti Sidang Perancangan Kewangan BH.
    Semoga sidang seperti ini akan diadakan dengan lebih giat lagi. Apa kata kalau diadakan 3 bulan sekali? πŸ˜‰

  2. megah nampak duk atas pentas tu dengan orang-orang yang berpakai kot…

    nampak simple je…tp hebat boleh duduk dengan orang-orang tu…

  3. Salam doc..

    Tahniah utk doc,
    The way you ess..its very simple but elegant ..blh jadi ikon fesyen ni doc..haha πŸ™‚

  4. tahniah pada Irfan kerana sambutan yang hangat di negara jiran kita…
    moga dapat lebih expose di negara2 jiran yang lain seperti brunei dan indonesia supaya buleh kembangkan lagi bisnes saudara disamping memperkenalkan produk Malaysia.

  5. Tahniah memang benar kita kena selalu bayangkan apa kita nak jadi dan apa yang kita idamkan. “The Law of Attraction” memang selalu jadi betul. Skg ni idamkan memandu BMW 5 siri…hmmm. eam Big

  6. Tahniah Irfan…

    Dan Terima Kasih kerana tips kali ni…
    Memang saya pernah mengalami seperti apa yang katakan. Sebelum ini saya sering fikir tentang masalah kewangan yang melanda diri saya.

    Tiap-tiap hari fikir tentang masalah, tapi tak pernah selesai masalah tu. malah semakin bertambah. Semua kerja menjadi lambat, bertangguh dan akan jadi tak ader mood untuk buat kerja kerana asyik fikirkan masalah. Kepala menjadi semakin serabut. Semua benda tak menjadi.

    Saya ingin mengubah cara berfikir untuk mengubah keadaan saya sekarang ini seperti yang fikirkan. ‘Think & Grow Rich”. Selalu bayangkan keadaan kita yang sudah kaya. Mungkin akan memberi lebih semangat dan idea baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi sekarang ini.

    Lagi satu, untuk pendaftaran Gerak Usahawan PWTC 2007, saya dah daftar dan fax ke nombor yang diberikan. Macam mana saya ingin tahu yang pendaftaran saya diterima atau tidak kerana hingga sekarang saya tidak mendapat apa-apa info / pengesahan daripada pendaftaran tersebut?

  7. Saya salah seorang participant dalam seminar ini. Memang enjoy sangat..dengan informasi yang menjana idea2 baru. Dalam perjalanan pulang dari seminar, saya & teman2 tak habis2 bercerita tentang idea perniagaan yang boleh kami jalankan. Bersemangat betul untuk jadi kaya i.e. jutawan ni. Insyaallah tak lama lagi Go Live lah website2 kami.

    Dan saya rasa bangga dengan kejayaan anak Melayu seperti Irfan yang berjaya tetapi tetap humble. Alhamdullilah.

  8. mmg tetap sekali tip hari ni…kalau kita selalu fikirkan masalah……bertambah2 lah masalah….bersyukur saya dapat baca tips hari ni..

  9. saya sering membayangkan yang saya berkongsi satu pentas dan berkongsi satu kolum motivasi bersama Irfan Khairi.

    Thanks Irfan, you’re my inspiration πŸ™‚

    – Shueqry –

  10. Tahniah diatas kejayaan memasuki pasaran Singapura! Saya juga turut hadir di persidangan Ahad lalu dan sangat berbangga melihat seorang anak muda melayu/Islam yang berjaya duduk bersama usahawan2 berjaya yang lain.

  11. sentiasa meletakkan diri berada di satu situasi yang lebih matang … baru boleh berdaya maju dan berdaya saing…

    ini tidak, asyik2 di takut lame jek..

    usaha tangga kejayaan… siapa yang berusaha pasti perolehi kejayaan … tuhan dah tulis semua di loh mahfuz … tinggal kite jek kena usaha lebih … bijak berfikir bijak juga untuk di laksanakan..

    tuhan sentiasa bersama orang2 yang berfikir dan berusaha!!! itu janji tuhan …

  12. Wah, tengok dlm gambar nampak bersemangat sungguh bagi talk πŸ™‚ Dgn pakaian yg simple dan ranggi camtu, nampak cam tengah menari pun ada… hehe…

    Anyway, congrats again! Bangga melihat anak melayu membuktikan kebolehan di mata dunia.

    Regarding the tips, will start to ‘think rich’ immediately. And hope that will soon ‘grow rich’!

  13. Sy sungguh bangga dgn pencapaian irfan hingga dpt ke singapura.
    Tahniah!!:-) Semuga akn berjaya meluaskan lg empayar perniagaan.
    maaf , sy nak tanya. Kenapa Email sy kpd rahsiainternet xdijawab olh Azran sjk 13/7 yg lepas? Sy peserta woksyop pd 16/6/07 di marriot hotel. Tq

  14. salam IK n semua,

    merujuk comment IK pada friday June 29th, 2007 at 9:40 pm under topic Cita-cita setinggi bintang:
    “Bicara Ilham pertama akan diadakan pada 11pagi, 22hb Julai di Bangsar. Tempat sebenar akan di umumkan tidak lama lagi.”

    jadi ke ek doc?

    thanks:)

  15. Terima kasih atas sokongan. Salah satu strategi untuk beri talk adalah kita sebagai penceramah perlu rasa selesa didepan beratus orang. Jadi, perlu pakai pakaian yang kita rasa selesa dan yakin dengan diri sendiri. Bila saya memberi talk, memang macam tu juga lah gaya saya ketika tidak beri talk. jadi, langkah pertama adalah, selesakan diri dan gunakan “style” kita tersendiri.

    bagi mereka yang tidak pernah melihat style saya beri talk, nanti kita jumpa di Gerak Usahawan 2007 di PWTC πŸ™‚

    ps: Bagi bekas peserta, sila guna info@rahsiainternet.com untuk tech depatment. jangan guna sales@rahsiainternet.com. Also, pelancaran Yayasan Ilham Budi “Bicara Ilham” ditunda until further notice oleh kerana belum selesai proses pemindahan Yayasan.

  16. Assalamualaikum Irfan,
    Time wasted is not in my agenda by attending the seminar as I have the opportunity to meet you and buying your book Rahsia.Internet before sold out..The book provides valuable information and knowledge of e-niaga in which these are foreign to me before. Congrats! and semoga senantiasa dimurahkan rezeki.Insya’alah

  17. Salam Irfan,

    I was one of the participants who attended this seminar because of you! Bila terbaca tentang di iklan BH yg menyebut bahawa Irfan menjadi Internet jutawan sebelum 30, saya terus register for the seminar! Ini kerana saya memang bercita-cita nak mulakan internet biz since a year ago tapi tak menjadi-jadi.. Attending the seminar, meeting you and reading your book has taken me to a step closer to start my e-biz. Thank you for the inspiration! May you continue to inspire others! Barakallah fii kum!

  18. i akn join ths kind of presentation after da grad nnti… Now,i still study la uhuhu..
    Da lame i mau join ths group…

  19. Salam

    I went for the seminar! Taniah ! It was great!

    You, Ms Chia and Mr Khoo have inspired and motivated me to work towards my definite purpose in life.

    Thank you so much!!!

  20. asalamualaikum,

    Tahniah Irfan.u adalah sumber insfirasi anak melayu…..actually i nak join, tapi modal tak cukup lagi…..Insyallah i cuba iktiarkan….
    u memang HEBAT! HEBAT SEHEBATNYA!

  21. it really great… proud to be Malaysian… semoga lebih berjaya pada masa akan datang sebagai remaja muslim berwawasan dan boleh menguasai ekonomi dunia…insyaallah.

  22. tahniah sebab semakin ramai yang mengiktiraf pencapaian

    Memang kita perlu sentiasa “think rich” walaupun tidak, secara tak langsung ia akan memotivasikan kita untuk terus berusaha.

    thanks for the tips!

  23. assalammualaikum Irfan

    Tahniah atas kejayaan diundang ke Singapura

    Moga kejayaan akan terus menyinari perjuangan

    pada masa depan.

    Amin.

  24. Irfan memang hebat dan berwawasan.

    Dari JB, saya memang mengikuti cerita2 baru yang berkisar mengenai diri Anda sebenarnya adalah role model bagi generasi kini. Kita berharap ramai lagi usahawan yang berjaya seperti anda di masa terdekat ini. Teruskan membimbing dan berikan ilmu yang ada pada mereka yang memerlukan. Segala bimbingan dan tunjuk ajar yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Insyaallah

    Dari,
    JB M’sia

  25. tahniah irfan,
    persembahan anda amat bersahaja tetapi berkesan dalam seminar itu. malangnya, masa terlalu singkat. harap anda akan adakan mini seminar khusus di masa hadapan.
    [ selain program yg akan datang di singapura :{) ]

  26. Saya orang Singapura. Usia saya 54 tahun.

    Untuk pengetahuan umum, pihak penganjur seminar tersebut telah pernah mengadakan beberapa kali seminar seperti ini. Saya dan isteri pernah menghadiri seminar sedemikian pada tahun 2003. Dan apabila mendapat tahu yang Irfan diantara para penceramah pada seminar kali ini (2007), saya terus mendaftarkan diri untuk mendapatkan tip-tip dari para penceramah terlebih-lebih lagi dari Irfan.

    Untuk pengetahuan umum, rata-rata para hadirin lebih-lebih lagi para peserta baru dan muda yang merupakan majoriti dalam seminar tersebut hadir kerana hendak mengetahui rahsia Irfan. Tapi, kerana kesuntukan masa yang diberikan, Irfan tidak dapat memberikan keseluruhan ceramahnya yang kami harap-harapkan. Ceramah dari Irfan cukup menarik. Tapi sayang kami tidak dapat “curi” rahsia-rahsia lain yang tidak dapat disampaikan oleh Irfan.

    Harapan saya dan mungkin para peserta yang lain yang menghadiri seminar tersebut, ialah semoga Irfan “tidak berkongsi” ceramah dengan penceramah-penceramah lain. Maksud saya ialah biarlah ceramah yang memakan masa sehari (lebih kurang lapan jam) dikuasai oleh Irfan saja.

    Agak-agak ada stamina tak? Saya pasti tentu ada stamina sebab keghairahan dari para peserta pasti akan memberi semangat kepada Irfan.

    Oklah… agak panjang lebar pula bicara saya. Semoga Irfan dan para peniaga internet akan terus berjaya di alaf baru ini.

  27. congratulation for the young succesful Malaysian …always proud of you and Fadzley.
    Teruskan usaha-usaha anda.Sentiasa mengikuti perkembangan anda tetapi masa tidak mengizinkan untuk menyertai program @sesi ceramah anda….
    Best Regards.

  28. Oh Oh !!! Tertinggal seperkara yang saya rasakan lebih penting.

    Saya ingin menyarankan agar Irfan dapat mengadakan ceramah-ceramah dalam bentuk VCD/DVD dan dapat dijual kepada yang berminat. Ini sebagai alternatif kepada buku-buku yang Irfan telah siap dan pasarkan.

    Saya sarankan sedemikian kerana mungkin ramai yang lebih senang menonton dan mendengar dari membaca. Kerana dengan menonton dan mendengar, mereka lebih cepat memahami dari membaca. Ibaratkan mereka sedang menghadiri seminar kot.

    Dan mungkin kalau dah ada VCD/DVD tersebut, boleh saya jadi agen penjual Irfan di Singapura… hehehehe !!!

  29. Congratulation Doc…
    Tiada kata dapat digambarkan dengan usaha yang telah dibuat selama ini…
    Wish U the BEST…

  30. terima kasih kerana sudi berkongsi pengetahuaan dgn orang yang berminat menjadi seorang usahawan seperti saya kagum dengan kejayaan dan saya berharap akan menjadi seorang usahawan yang berjaya.
    Thanks..

  31. Congrats Irfan,
    Setiap kali tgk Irfan makin bertambah semangat nak kaya. So saya pastekan gambar kat bilik. Ini kan juga law of attraction. Saya baca dlm buku The Secrets. So kat bilik saya penuh dgn gambar brg2 mewah. Kereta mewah, rumah mewah. mock cheque yang bernilai ratus ribu ringgit and of coz gambar org mewah sperti Irfan. Alhamdulillah I can see money coming in without thinking about my debt.Thanks for the tips Think Rich and Grow Rich.

  32. Salam sejahtera

    Saya sangat berasa bertuah kerana di jemput untuk menghadiri seminar ini secara percuma. Insya Allah saya akan berjumpa dengan doktor di sana.

    terima kasih

  33. Hi.
    Memang tepat apa yang dibincangkan tu. First sekali kena buka minda utk Think Rich. And as a Malaysian, I am proud to see you as a speaker on the stage. Lihat nama tertera on the screen pun, dah nampak gah..!!
    Congratulations !
    Oh, true enough, by changing the mind set (after reading your book, thanks ), Alhamdulillah, the blogs I have created are now starting to earn me some money only within 2 months of blogging (not full time though). Thanks again and congratulations!

  34. Salam Sejahtera

    Actually,I’m really admire you especially involving Internet business.I want to follow your steps to become rich just making online business.
    I’m sure will buy books & CD to gain more knowledge in Internet Business.
    Perhaps,going to the seminar conducted by soon.
    For this moment,I’m still waiting & collect as much as profits to start an internet business.
    Anyway Good Luck in your future undertaking’s.

  35. Tahniah Irfan,

    Saya amat berbangga dengan anak muda seperti saidara Irfan. Saya juga amat berharap anak saya akan berfikiran dan dapat bertindak seperti saudara kerana sebagai ibu saya ingin sekali melihat anak-anak saya berjaya dalam hidupnya , insyaAllah dunia dan akhirat. Semoga saudara Irfan terus maju dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muda di luar sana.

  36. memang hebat, saya turut rasa bangga kerana ada anak melayu yg hebat spt bolehlah cover skit mana anak2 melayu yg kurang berjaya tu. at least nama boleh di sebutkan sebagai contoh anak melayu yg baik. saya memang berniat nak jumpa dan shake hand dgn satu hari nanti. insya-Allah. semoga terus menjadi jutawan dgn lebih pantas selepas ini…jgn lupa mesti cukup tidur…hehe…

  37. dr, saya tahu memang hebat tapi saya harap akan ada seminar di adakan dekat kuching.
    saya pun nak jadi kaya macam jugak. tiap2 hari saya berangan2 yang saya akan menjadi kaya…

Leave a Reply

Your email address will not be published.