Tiba di Malaysia!

Malam tadi selamat tiba KLIA. Melancong memang memenatkan, dalam kapal terbang sahaja 13jam dari London Heathrow ke KLIA.

Kebanyakan perancangan yang dicadangkan sebelum ke UK, telah direliasasikan. Walaupun tidak sepenuhnya, tetapi… buat kali ini, sudah cukup memadai. Berikut adalah rumusan perancangan kita sepertimana yang tertulis pada hari pertama Nota dari UK (dan france)

1: Rakaman *dokumentari* strategi perniagaan “Strategi X”
Pengambaran telah dijalankan di beberapa lokasi di UK dan France. Tetapi, apa yang lebih penting adalah informasi yang dikumpulkan di lokasi-lokasi tersebut. Secara keseluruhan, tidak berjaya complete 100% pengambaran, tetapi, cuma complete 40% pengambaran.

disney2.jpgdisney1.jpg
Pengambaran Strategy X di Disneyland Paris.
Untuk gambar-gambar di lokasi lain klik…
gambar di Oxford atau gambar di Birmingham.

Namun, informasi yang dapat adalah 100%. Maka, Strategy X nanti, kami perlu improvise sedikit. Pada asalnya ingin menjadi dokumentari 40minit… tetapi, dalam flight perjalanan ke Malaysia semalam, saya mengambil keputusan untuk meneruskan Plan B- kini akan menjadi satu laporan di mana menggunakan teks, gambar2, klip-klip visual dan audio.

*tip* Dalam perniagaan, kadang kala apa yang dirancang tidak menjadi oleh kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Jangan risau… di sinilah satu skill yang anda perlukan iaitu menjadi fleksible- improvise!

Sekiranya sesuatu tidak menjadi seperti yang dirancang, think outside the box! Banyak perniagaan menjadi semakin maju oleh kerana perancangan asal tidak menjadi, tetapi pemiliknya menggunakan thinking outside the box untuk improvise.

Pengambaran pertama dilakukan di Bournville, Birmingham. Tahukah anda disitulah mulanya coklat Cadbury? Pada mulanya ia hanya satu kedai kecil sahaja. Kini menjadi coklat yang terkenal di serata dunia. Bagaimanakah Cadbury melakukan? Strategy X!

Kemudian ke bandaraya Oxford pula untuk pengambaran Strategy X seterusnya. University of Oxford merupakan antara university utama di dunia. Bagaimana sebuah Institusi pendidikan melakukannya? Strategy X!

Kemudian pengambaran membawa saya ke Paris France, tempat taman bertema Disneyland yang diasaskan oleh Walt Disney. Pada mulanya, ia bermula dengan hanya lakaran seekor tikus kartun… dan kini menjadi sebuah nama yang hebat dalam industri hiburan. Bagaimana ianya terjadi? Strategy X!

Bukan setakat itu sahaja, perniagaan Internet seperti Yahoo.com, Google.com, Amazon.com, Dell.com dan banyak lagi termasuk saya sendiri menggunakan strategy ini- semuanya bermula dari kecil! Strategy X akan didedahkan pada hujung Disember! 🙂

2: Pelancaran buku Secrets of Internet Millionaires Revealed- lancar!
Pelancaran buku SOIMR berjalan dengan lancar dengan kehadiran Tan Sri Elyas Omar, DatoAbdul Rahman Bakar dan juga Datuk Bandar Oxford.

Buku dilancarkan, kemudian saya memberi sedikit “book talk” kepada hadirin bermulakan dengan sedikit lawak “I don’twant to take too much of your time because I’m pretty hungry!”. Nasib baik orang ketawa 🙂 Kesemuanya ok!

Berikut adalah press release pelancaran…

Oxford 30hb October- Pakar perniagaan Internet Malaysia Dr Irfan Khairi telah melancarkan bukunya “Secrets of Internet Millionaires Revealed” di Oxford, United Kingdom pada hari ini.

elyas.jpg“Secrets of Internet Millionaires Revealed” yang merupakan versi bahasa Inggeris buku “Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” yang diterbitkan pada tahun lepas telah mendapat sambutan yang hebat di Malaysia sehingga menjadi antara buku terlaris di pasaran.

Pelancaran ini menyaksikan kali pertama buku tulisan tempatan dilancarkan di UK.

Pelancaran buku yang dianjurkan oleh Oxford Association of Management telah di saksikan oleh YAB Tan Sri Elyas Omar, YB Datuk Abdul Rahman Bakar Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Bandar Oxford

“Harapan saya agar pelancaran buku ini menjadi dorongan kepada anak tempatan untuk lebih bersemangat melangkah ke arena antarabangsa tidak kira dalam industri apa sahaja”

mayor.jpgMenurut Dr Irfan Khairi yang juga merupakan pakar motivasi kejayaan, usahanya memperkenalkan perniagaan Internet kepada masyarakat Malaysia sejak tahun lalu telah membuahkan hasil dengan bertambahnya usahawan-usahawan Internet Malaysia melalui seminar yang dikendalikan.

“Industri perniagaan Internet masih baru bertapak di Malaysia dan semakin ramai usahawan tempatan mengambil peluang perniagaan Internet untuk memasarkan produk dan perkhidmatan di Internet”

Peluang perniagaan Internet masih lagi terbuka luas untuk rakyat Malaysia oleh kerana masih banyak ruang pasaran yang boleh dipenuhi

Apabila ditanya mengenai kes-kes penipuan di Internet, Dr Irfan melafazkan kekesalannya.

“Internet merupakan sejenis media. Penggunaannya terpulang kepada individu dan tidak dapat dinafikan, sememangnya terdapat mereka yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan media ini”

“Pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam menangani penipuan di Internet, namun, pengguna juga perlu lebih bijak dan sentiasa berwaspada supaya tidak ditipu. Kebanyakan penipuan Internet adalah berteraskan skim menjana pendapatan dengan mudah.”

islamic.jpgApabila ditanya apakah perancangannya untuk masa hadapan, Irfan yang sering menjalankan bengkel perniagaan Internet di serata Malaysia berkata bahawa beliau ingin terus membantu dalam melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan tempatan bukan sahaja dalam bidang Internet.

Beberapa buah buku Secrets of Internet Millionaires Revealed telah disumbangkan kepada perpustakaan Oxford Islamic Center. Dr. Irfan Khairi juga merupakan ahli Oxford Islamic Center.

Buku “RahsiaInternet.com: Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” dan “Secrets of Internet Millionaires Revealed”, diterbitkan oleh True Wealth Sdn Bhd dan boleh didapati di kedai-kedai buku tempatan.

3: Perbincangan Irfan Khairi Academy of E-commerce
Perbincangan dan segala maklumat telahpun saya terima untuk melanjutkan sebuah Akademi di sini dengan pengiktirafan dari UK. Masih lagi banyak perlu diusahakan di sini dan sekiranya tiada aral melintang, akan dilaksanakan pada tahun 2007.

Secara keseluruhan…

Walaupun tidak lama saya ke UK, namun, banyak yang telah saya perolehi seperti yang dirancangkan dan juga berbagai-bagai ilmu baru yang saya pelajari along the way. Saya akan kongsikan dari masa ke semasa di ruang Tip Satu Minit ini.

quorn.jpg

Beberapa hari lepas saya ada sebut tentang rumah/flat (pertama) kecil saya ketika saya mula menjalankan perniagaan Internet. Di atas adalah gambar saya di depan flat berkenaan. Kalau anda nak tahu besar mana, ruang flat adalah 3 meter x 4 meter. Tiada bilik tidur- tidur kat ruang tamu sahaja. Dapur pun di situ juga.

bighouse.jpgYang ini pula (kiri) adalah gambar rumah jiran di depan flat saya. Salah satu pengerak motivasi saya untuk mencapai kebebasan kewangan… hari-hari tengok banglow besar ni ketika itu. Sekarang, alhamdulillah sudah tinggal di bunglow sendiri!

Sebelum saya tamatkan tulisan Nota dari UK (& France) ini, ingin saya nyatakan, walaupun perjalanan ke UK sudah bertamat, namun, perjalanan saya masih jauh lagi. Masih lagi banyak perkara yang saya ingin lakukan dan dengan sokongan anda seperti selama ini, saya pasti segalanya tidak mustahil!

paris1.jpgSekiranya melalui pengalaman saya ini anda mempelajari satu perkara sahaja, harapnya, anda pelajari untuk THINK BIG. Tidak kira di mana keadaan anda kini, atau sebelum ini, perjalanan masih lagi jauh untuk mencapai apa sahaja kecemerlangan yang BESAR. Yang penting THINK BIG. Aim for the sky! 🙂

Terima kasih atas sokongan anda!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

66 thoughts on “Tiba di Malaysia!

  1. Wow..!! syabas…!!
    Anda memang hebat.
    Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dan membuka minda kita warga Malaysia. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu juga tidak kurang hebatnya jika nak dibandingkan dengan orang barat cuma kekadang apa yang kita buat tu tidak kita war-warkan.
    Tahniah untuk kejayaan misi strategy X

  2. sy ucapkan tahnia kpd irfan…awk sy jdkan sbg model utk sy berusaha tahniah sekali lg kerana irfan mjd insfirasi kpd sy…

  3. SYABAS Irfan kerana berjaya membuktikan orang Malaysia boleh di mata dunia.Semuga saya dapat bertemu saudara dalam salah satu seminar yang saudara anjurkan…

  4. subhanallah..maha suci Allah. seronok dan cemburu saya melihat kejayaan

    semoga Allah juga memberi saya kejayaan yg sama dan menggerakkan hati utk menginfak sebahagian kekayaan yg diberi ke jalan DIA.

  5. tahniah atas kejayaan yang dperolehi dalam masa singkat… semoga segala usaha anda membantu peningkatan perniagaan berasaskan ict diredhaiNya… Bangga dengan kejayaan rakyat Malaysia

  6. Taniah! moga lebih ramai jutawan melayu yang lahir di Malaysia ini. InsyaAllah termasuklah saya yg menjadikan sbg idola.

  7. dh mencapai kejayaan,tahniah.tapi soalan BoNuS(perniagaan apa kah yg nk d buat) tu yg masih tercari2. dok fkr jgk apa yg nk di ketengah kan.produk yg mcm mana?

  8. Salam saudara Irfan,

    Your old fren here..amin (aberdeen). Congrats to you on your success. B4 this nampak ur pics dlm paper but didn’t expect it was u coz all the while i thought u were still in UK..haha! Nampaknya aku dah ketinggalan zaman da..hehe. Only after i came across ur blog today and saw ur Birmingham studio apt tmpt aku menumpang lepak for more than a week ngan kau dulu then only i realise it is really you. Those days pon kau dah start buat internet biz by designing web and all that rite? Good to hear u’re doing well now bro. Once again congrats!! long live king red@merah..u’re the man bro.

    from the desktop of hmhussein.pdma@gmail.com

    p/s: rindu laks to the old days when i saw ur studio apt pics there in ur blog..huhu

  9. jeles la ngan abg irfan nie…seronoknya dpt p oversea..nak ikut gak blh x?hehe..

    apapun,smg abg irfan akan sentiasa berjaya dan terus menjadi contoh yang terbaik utk kami semua…

    thanx abg irfan sebab membantu utk menguatkan lagi semangat kami semua untuk terus berusaha dalam bidang nie..

    caiiyooookkk semua!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.