Strategy X – Strategi perniagaan Internet & bukan Internet

Hi, kini saya berada di Birmingham UK. Waktu tempatan 7.00 pagi. Semalam alhamdulillah selamat tiba London Heathrow Airport. Perjalanan 13 jam flight dari KLIA to London dan dari London ke Birmingham drive selama 2 jam. Memenatkan 🙂

Di Birmingham bertujuan untuk pengambaran pertama dokumentari. Ada yang tanya apakah “strategi” yang nak diceritakan sampai jauh ke UK? Buat masa ni, kita panggil dia Strategy X sahaja dulu :). Startegy ini digunakan oleh perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Semalam juga ada meeting dengan pihak yang terlibat dan insyaallah saya akan berpeluang menemuramah seorang Professor beberapa hari lagi yang merupakan pakar dalam strategy ini.

Ada juga kemungkinan saya dapat melakukan interview dengan seorang pakar Strategy X Malaysia yang namanya sudah tidak asing lagi. Tetapi, yang ni perlu futher confirmation hari Isnin nanti 😉

Strategy perniagaan ini telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan yang berjaya di dunia. Saya sendiri pun menggunakannya dalam semua perniagaan termasuk perniagaan Internet. Cuma masalahnya, strategy ini kurang diceritakan dan di jelaskan untuk perniagaan Internet. Serta, strategy ini amat kurang digunakan di Malaysia.

Pengambaran akan dilakukan di beberapa lokasi di UK & France (pendek2 sahaja), dan interview juga akan dilakukan. Saya pula akan mengolahkan bagaimana strategy ini dapat digunakan untuk perniagaan Internet dengan berjaya.

Saya amat teruja dengan projek ini… harapnya cuaca baik untuk pengambaran! Pengambaran dilakukan oleh team “semi-professional” (bukan professional) untuk mengurangkan kos. Jadi, tip kali ini adalah…

*tip* dalam menjalankan perniagaan, cari ruang-ruang dimana anda dapat mengurangkan kos. Caranya adalah mengurangkan kos pada perkara-perkara yang tidak berapa penting (bukan matlamat utama).

Dalam keadaan ini, kami menggunakan perkhidmatan semi-pro untuk mengurangkan kos oleh kerana project ini, yang penting dan matlamatnya adalah maklumat & info  yang ingin disampaikan dan bukannya pengambaran yang cantik-cantik ala-ala National Georgraphics 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

7 thoughts on “Strategy X – Strategi perniagaan Internet & bukan Internet

  1. bukannya tak nak ambil gambar… pc yang digunakan ni ada masalah pada usb port. so, tak dapat transfer.

    insyaallah esok lusa, ada la gambar tu. lagipun, tak ambik banyak gambar… macam tourist lak rasanya kalau ambil gambar banyak2.

    malam esok ada jemputan dinner. insyaallah ada la gambar tu.

  2. Tahniah kerana ada saja idea yang ingin di kongsikan. Semoga Irfan dapat menyelesaikan segalanya seperti yang dirancangkan. Dan kalau dah siap dalam bentuk VCD, cepat2 bagitau, saya nak beli satu. Hidup Irfan.
    P/S: saya dah beli buku (Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar) dan VCD (Manual Langkah 1-2-3). Akan saya jadikan panduan.

  3. Betul kata kos memang amat penting bagi sesebuah perniagaan.Tak sabar nak tengok video yang dirakamkan tu… Apa agaknya Strategy X tu?macam XXRAY pulak rasanya.Good Luck 🙂

  4. ayooo X katanya… mungkin infan akan bersharing dengan kita semua dengan lebih lanjut tentang strategy X nya ittew!!! harap2 sangat sebab kalau kurang di guna orang malah orang malaysia belum guna… pastinya akan bawa banyak profit nanti… am nak jadi the 1st!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published.