Jauh perjalanan luas pandangan!

Saya tidak tahu siapa yang mencipta pepatah “Jauh perjalanan, Luas pandangan”, tetapi ianya memang spot on! Hari ini hari terakhir di UK (dah balik dari France malam semalam).

Melancong ke luar negara (terutama negara barat) memang memakan belanja yang besar… bayangkan, pagi tadi sarapan pagi £6.97… dah RM49.00 dah tu, untuk makan pagi! 🙂 Naik teksi dari hotel ke airport (tak sampai 10 minit) dah RM70.00

Tetapi, sekiranya kita peka dengan apa yang ada di negara orang, bermacam-macam idea yang kita boleh dapat dan implementasikannya kepada perniagaan Internet dan bukan Internet.

10 hari yang lepas walaupun saya sibuk dengan pengambaran Strategy X, pelancaran buku, meeting dan sebagainya, tetapi, macam-macam saya dapat catit dalam buku nota saya untuk di implementasikan di Malaysia!

*Tip* Bawa buku nota ke mana sahaja anda pergi oleh kerana idea datang dengan tiba-tiba, dan kebiasaannya sekiranya anda tidak menulis idea anda, anda akan lupa idea tersebut selepas beberapa minit sahaja.

Tambahan, sekiranya anda menulis, anda akan letakkannya di atas kertas, dan minda anda akan berfungsi mencari idea-idea tambahan berasaskan idea yang anda tulis!

Semalam selain dari penggambaran Strategy X, saya bercuti di Disneyland Paris. Dapat la bergambar dengan Minnie Mouse 🙂 – insyaallah Isnin nanti ada la saya letak gambar di sini.

Salah satu kebaikan being financially free adalah anda bebas untuk melancong ke mana-mana dan melihat negara orang. Sebenarnya, bukan kali pertama saya ke France hari tu. Saya sudah ke France berkali-kali (tidak terkira). Setiap kali melancong, fikiran kita akan terbuka kepada berbagai-bagai idea.

Alhamdulillah, trip saya ke UK & France kali ini banyak dapat lakukan. Walaupun terdapat beberapa rintangan dalam pengambaran Strategy X (Sebenarnya hanya dapat 40% daripada apa yang dirancang), tetapi tidak mengapa… boleh improvise. Sebagai contoh, sekiranya footage/klip kurang, saya akan menulis Strategy X dalam bentuk report. Asalkan maklumat yang ingin disampaikan dapat di sampaikan, bukan?

Hari ini hari rehat. Flight ke Malaysia petang nanti… hari ni duduk di hotel sahaja. Tapi rehat-rehat pun, kena kerja juga. Saya perlu tulis artikel untuk Dewan Ekonomi keluaran Disember!

Oh ya, satu lagi berita baik. Beberapa hari lepas, saya mendapat panggilan bahawa ada satu lagi rancangan Reality TV inginkan saya sebagai juri profesional. Rancangan TV apa, belum dapat maklumat lanjut lagi, tapi, takkan rancangan reality menyanyi kut?? 🙂

*Tip* Sekiranya anda melancong ke mana, mana, pastikan anda ambil big breakfast. Makan banyak-banyak ketika breakfast (especially negara-negara Eropah) oleh kerana breakfast adalah paling murah sekali berbanding dengan lunch & dinner. Kalau simpan stock breakfast banyak2… takde cepat lapar sebab di negara sejuk, memang cepat lapar. Boleh jimat pada lunch nanti!

See you in Malaysia! 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Jauh perjalanan luas pandangan!

  1. dr,

    â€Jauh perjalanan, Luas pandangan”

    saya setuju dgn pandangan tersebut.

    setakat hari ni, saya hanya berpeluang melawat singapura dan thailand saja. walaupun baru 2 negara luar saya jelajahi, banyak ilmu yg baik dpt saya amalkan terutama sikap rakyat singapura yg begitu maju dan profesional berbanding negara kita.

    terfikir dihati saya, kalaulah rakyat kita berfikiran spt mereka, kemungkinan wawasan 2020 akan berlaku pd thn 2010 saja.

    betul tak rakan2 ebiz lain?

  2. tahniah krn akhirnya perjalanan berakhir dgn jayanya. ini kali pertama sy msk laman saya tertarik dgn cara n idea bernas diharap akn terus berjaya. hem..realiti show apa agaknya ek?..:) sampai di sini dulu.

  3. haha..takkan jadi juri menyanyi kot 😛

    Maybe something that more informative, hopefully…hehe

  4. Tak sabar nak tahu tentang Strategy X yang masih lagi rahsia.
    kalau tak keberatan,kami harap dapat berkongsi dengan kami idea-idea yang dapat sepanjang berada di UK & France

  5. yerp.. kita kene kaut semua ilmu yg ada kat luar negara nuu bawak balik sini…dan implementkan mengikut kesesuaian islam..

    kompem wawasan2020 dapat dipendekkan…

    betul le kata pakcik donald teramp “think big”
    hehe…

  6. Selamat pulang ke Malaysia dengan idea-idea yang bernas untuk dikongsi bersama di workshop pada 18-11-2006.

  7. Jauh perjalanan, luas pandangan.Mmg tak syak lagi, tapi jauh perjalanan bukan free, kena keluar modal juga tu.Jadi, saya ingatkan kwn2 & saya sendiri, kalau pegi jalan jauh2 ( tmpt org ),bwk balik sesuatu yg berfaedah utk diri & org lain ( macam buat ).

  8. Wah kali ni dua tips sekali gus..satu tips perniagaan satu lagi tips berjalan-jalan cari makan… seronok betul ye jalan-jalan tengok tempat orang…tapi kalau ada objektif yang nak dicapai lagi bagus..orang kata sambil menyelam minum air.. 🙂

  9. selamat kembali…eh pergi disneyland hari apa, sy pun pergi juga disneyland tu hari rabu..rugi pula, kalau tak boleh jumpa irfan yg glemer..hehe

  10. mm..moga2 saya dapat la ikut jejak langkah .saya pun teringin nak ke negara bersalji nih 🙂 ada sesape nak sponsor tiket? 😀

  11. syukur…saudara dah selesai urusan kt sana..sebenarnya ini kali pertama e-mail kat saudara…saya sehari suntuk minggu lepas tengok tip 1 minit sejak dilancarkan…alhamdulillah byk yg saya dpt..t/kasih byk2..betul jauh perjalanan banyak pengalaman dapat…saya pernah jugak sampai kat negara orang spt london/paris/germany/australia/bangkok/indonesia….memang byk kita boleh buat utk negara kita dan memang kita mampu lakukan tambah2 lagi kalu ada orang seperti saudara yg membimbing..kita sama2 lakukan ya…zamri shah alam

  12. tahun depan tahun melawat malaysia, jangan lupa kita cuti2 malaya untuk menambahkan pengalaman dalam perjalanan kehidupan yang berliku ini.

    sama2 berjaya dalam bisness!

    selamat maju jaya!

  13. kalu kerja kena masuk ontime. kalu tak masuk ontime dah tentu kena warning oleh company. kalu kerja sendiri memang anda boleh melancong ke mana2 yang anda suka.

  14. cikgubiz> ya. pergi dengan family bawa anak2… kita yang dah besar pun jadi macam budak2 di disneyland 🙂

    nanti saya akan kongsi idea2 di sana di tip satu minit. di sana, kalau nak guna internet, macam guna telefon awam pun ada… phone awam bersama screen untuk masuk internet. kalau nak guna, masuk syiling. kat malaysia tak pasti ada ke tak?

  15. well, i’m taking medicine
    it’s tough enough ang hopefully i can make it well
    jauh perjalanan luas permandangan
    dari kaca mata islam
    ia amat menakutkan…
    alhamdulillah permandangan ciptaan Illahi amat menakjubkan namun,
    banyak yang telah disalahgunakan
    tengok saja anak-anak muda zaman sekarang yang sudah rosak akhlak
    maafkan saya selaku hamba Allah yang hina ini tidak pandai dalam memberikan kata2 hikmah seperti saudara
    saya berharap agar saudara dapat menghasilkan lebih banyak tip2 yang dapat membentuk akhlak individu
    jangan hanya kita pandai berjalan namun kita tidak pandai menggerakkan diri untuk membetulkan akhlak rakan seagama

  16. Good tip!..I planning nak pegi Paris utk kali 2 dis coming Nov with family. 1st time was in 1999. Saja-saja nak cari tips especially during starting winter kat sana. I ada 2 smaller kids jadi nak prepare some info for the trips.

  17. thank u 4 ur tips.i slalu ke luar negara.kerja yang membuatkan saya kesana sini.tapi tak pernah terpikir pulak pasal intai2 peluang perniagaan kat sana untuk dibawa ke malaysia.

    insya-Allah,selepas ini mungkin saya mempunyai idea untuk produk yang perlu saya dagangkan di internet.

    (mengikut buku RJJIT, kna beri deadline dulu walhal satu idea pun takde:)

    dari RJJIT jugak..cari produk yang diperlukan pasaran,berdasarkan apa yang kita minat.betul tak IK? 😉

  18. impian di hati memang menggunung ingin melancong namun masih belum berpeluang.. Semoga Allah murahkan rezeki.. Tahniah Dr IK

Leave a Reply

Your email address will not be published.