Mesej daripada saya…

Beberapa minggu lepas kes penggunaan PHD palsu oleh beberapa motivator didedahkan di dada akhbar oleh Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

helah1.jpg
Pakar penganalisa jenayah Kamal Affendi mendedahkan di Kosmo

 

Dukacita, ada pula suara-suara yang mengatakan saya adalah antaranya yang membeli/menggunakan PHD palsu. Ada juga isu ini pernah dibangkitkan satu masa dulu, tetapi, saya sering mengambil pendekatan bersabar dan biarlah sesiapa sahaja membuat apa sahaja spekulasi mengenai saya.

Ingin saya tekankan bahawa, saya tidak pernah pun membeli sebarang gelaran atau menghadiri “pendidikan express/shortcut” untuk mendapatkan sebarang gelaran. Membeli sebarang gelaran, tak kira Dr, Dato ke, atau apa sahaja adalah tindakan yang TIDAK BERETIKA.

Saya dianugerahkan Honorary Certificate of Doctorate in Business Adminstration dari badan yang mendapat sokongan Kementerian Sumber Manusia Malaysia. 

Saya juga sejak tahun lepas sering mengatakan saya lebih selesa dipanggil “Irfan Khairi” daripada “Doctor” atau (Dr) Irfan Khairi, kerana ia lebih mendekatkan saya dengan orang ramai.

Syukur alhamdulillah, situasi saya mendapat perhatian termasuk Kamal Affendi, selaku penganalisa jenayah yang mendedahkan kes ini (seperti tertera di gambar akhbar di atas).

Irfan jujur. Dia telah berjumpa saya untuk mendapatkan kepastian.Dia memaklumkan perkara yang benar. Dia diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima sijil berkenaan dan tidak membayar satu sen pun. Dia jujur dalam jawapannya.

-Kamal Affendi
Pakar Penganalisa Jenayah 

Berikut pula mesej dari Dr Tengku Asmadi, selaku presiden TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia)- Pertubuhan yang secara langsung terlibat dalam pendedahan tersebut.

Assalamualaikum Bro. Irfan,

Alhamdulillah, saya syukur anda mengambil langkah memberikan penjelasan panjang lebar di blog anda bagi membetulkan apa yang salah dan menegakkan apa yang benar.

Tindakan anda adalah satu tindakan yang terpuji.

Untuk makluman semua, saya selaku Presiden TAMRIN ingin tegaskan bahawa Saudara Irfan Khairi bukanlah antara mereka yang telah didedahkan sebagai mereka yang menggunakan Ph.D palsu ini.

Saya bersetuju dengan pandangan sesetengah pengunjung bahawa gelaran “˜Doktor”™ bukanlah tiket untuk masyarakat menghargai dan menerima kita. Saya sendiri kagum dengan Saudara Irfan sebelum isu ini timbul lagi.

Saya juga pasti, mereka yang menuduh Irfan bukan berniat untuk menjatuhkan tetapi saya kategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Masyarakat yang tidak mahu berguru dengan mereka yang tidak jujur lalu mencari kebenaran.

2. Mereka yang ada Ph.D yang betul dan bertungkus lumus mendapatkannya hingga mengambil masa bertahun-tahun tidak akan puas hati apabila ada segelintir yang dengan begitu mudah membeli gelaran. Saya bersetuju dengan mereka ini sebab Ph.D dan DBA mesti berkredibiliti.

3. Mereka yang tidak tahu apa punca dan sebab tetapi sama-sama terjun memberikan pandangan. Mereka ini ikut-ikutan.

Sekian dari saya.

-Dr Tengku Asmadi
Presiden TAMRIN

Syukur alhamdulilah, selepas 2 tahun saya bersabar atas tuduhan segelintir pihak yang tidak memahami situasi saya, kini, saya mendapat sokongan daripada Kamal Affendi sendiri dan Dr Tengku Asmadi, presiden TAMRIN.

Mereka yang menuduh saya pula berani lakukan di blog-blog atau forum online sahaja. Tak pernah seorang pun datang dan minta penjelasan secara ikhlas. Hanya percaya pada khabar angin dan menyebarkannya.

Harapan saya selepas ini, isu penggunaan PHD palsu tidak lagi terjadi kepada saya. Bagi anda yang membaca ini, harapnya tidak akan percaya dengan khabar-khabar angin mengenai saya.

Bagi saya, mereka yang cuba menjatuhkan saya (secara sedar atau tidak), adalah segelintir sahaja. Bilangan yang terlalu kecil. Oleh kerana setiap hari saya lihat di Tip Satu Minit ini, terlalu ramai yang memberi sokongan ikhlas kepada saya, sehingga mereka yang nak jatuhkan saya di tempat lain, langsung saya tak fikirkan dan tak nampak.

Terima kasih kepada anda kerana tak putus2 memberi sokongan & semangat kepada saya, dan memberi kepercayaan kepada saya 😉

ps: Terima kasih tak terhingga kepada Bro Kamal Affendi & Dr Tengku Asmadi kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada saya. Insyaallah dengan suntikan semangat tersebut saya akan lakukan bahagian saya dalam menaikkan lagi nama motivator Malaysia bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar Malaysia!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

44 thoughts on “Mesej daripada saya…

  1. Assalammualaikum Ifran,

    Tahniah kerana segala spekulasi dan fitnah terhadap Irfan terjawab dan mendapat sokongan serta perhatian dari Presiden TAMRIN, Kamal Affendi dan kami sendiri, saya berbangga mempunyai seorang mentor dan usahawan yang tidak cetik ilmu seperti anda, Tahniah Sekali Lagi, goo ahead im with you bro..

    Ikhlas, Mohd Ali

  2. Salam Semua,

    Tak sangka ya, orang yang humble dan jujur macam Irfan pun ada yang dengki. Tapi sayang, itulah ragam manusia. Anyway dari pengalaman akak sendiri, kalau ada 1~2orang yang keji, akan ada 8~9orang yang hargai :).

    So continue to be patient, humble and keep up your good work. Ini untuk semua adek2 disana juga 😉

  3. selagi nama manusia mcm tulah…hanya perlu berlapang dada. nak jadi insan + kamil, bukan senang & bukan juga susah.
    – go irfan go –

  4. IK,

    Tahniah di atas penjelasan panjang lebar yang diberikan… semoga mereka yang selama ini syak wasangka atau beranggapan negatif kepada IK mulai sedar akan hakikat dan kebenarannya.

    Salam kekayaan,

    THINKERICH
    Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi

  5. Akhirnya terjawab fitnah yang dilemparkan. Saya menyokong penuh Irfan Khairi. Andai kata IK tidak mempunyai PHD pun, bagi saya tidak mengapa. Yang paling saya hargai adalah ilmu dan jasa IK yang telah dicurahkan.

    salam

  6. Salam sifu,

    Yang haq akan sentiasa menang dan terserlah pada akhirnya. Saya tidak melihat gelaran ‘Dr’ ini dalam menilai sikap intelektual seseorang. Cukup hanya dengan menafsir tindakan dan percakapannya sahaja.

    Sepanjang mengenali dan berurusan dengan Irfan dan team (Irfan Khairi Sdn. Bhd.) ia menunjukkan kebolehan, ketelusan, kejujuran dan sumbangan tak terhingga dalam membina budaya perniagaan internet (terutamanya)yang sihat dan mencetuskan semangat dan idea kepada masyarakat muda Malaysia.

    Alhamdulillah, itulah berkat kesabaran sifu..

    Semoga terus maju jaya.

    Hj. Hayat ::
    ps: Selalu menyinggah, lama dah tak ber’labun’.

  7. When come to a high profile case, biasalah manusia-manusia kerdil ni mulailah nak menempel, “NAK JADI FAMOUS BUAT HAL DENGAN ORANG FAMOUS!”

    I’m so ashamed of these bloggers.

    To me, you jumpa IK dulu then tanya dan bincang isu ini, baru boleh nak tuduh ke or nak buat apa-apa sekali pun…bukan main tuduh sebarangan! Ini IK sendiri cakap, tidak ada seorang pun datang berjumpa dengan dia…tetapi terus menuduh di blog masing-masing… so immature! 🙁

  8. bro irfan,
    bersabar ya.
    biasalah manusia.mmg begitu kan.
    xsemuanya putih suci dan bersih.

  9. ish..macam manalah boleh timbul isu Abang Irfan beli title Dr tuh..kan sebab abang dapat anugerah dari luar negara dulu kan?coz that dia dpt title Dr tuh..

    ni mesti kes `org`2 tersebut tak tahu yg abang Irfan dpt anugerah tuh..

    nanti kalau Abang Irfan dapat pangkat Datuk nanti mesti ade org dengki and tuduh dia beli pangkat Datuk tuh plak.Huh!

    kalau ikut kan hati nak jerk cabut kepala org mcam ni…suka tol nak nuduh2 org!nasib lah abg Irfan ni cool orgnyerk…kan?kan?

  10. cant believe it! org2 yg ragu dgn ni semua, sebenarnya cemburu dgn kejayaan org lain.

    tak kiralah PhD dari apa bidang sekalipun, the truth is PhD holders spent years to get the paper!

    amat jelas Irfan mempunyai kredibiliti dlm bidang yg beliau ceburi, apa lagi nak dipertikaikan?

    congrats to IK kerana berjaya hingga ke menara gading!

  11. begitulah kehidupan…ada yang suka dan sokong , ada pula yang dengki. Mereka tak sedar kedengkian itu tidak akan membawa mereka ke arah yang lebih baik.

    Alangkah baiknya jika mereka berkongsi info dan pengetahuan mereka seperti Irfan daripada mereka mengata yang sebenarnya mereka tidak tahu perkara sebenarnya.

  12. saudara IK,

    saya adalah telah peminat setia tips 1 minit dari en irfan.
    banyak diantara tips-tips yang saya amalkan sudah membuahkan hasil.
    disini saya amat percaya akan kredibiliti en irfan. mana mungkin orang yang berpura-pura mampu memberikan tips-tips
    yang amat berguna serta membuka fikiran orang lain.

    sekian terima kasih

  13. Orang sekarang taksub terhadap gelaran
    dan status. Bagi mereka, gelaran PHD
    adalah shortcut untuk meningkatkan
    kredibiliti dengan sekelip mata.

    Sebenarnya di zaman informasi sekarang,
    kita tidak perlukan status gelaran
    untuk memulakan bisnes informatif atau
    bisnes self-help. Apa yang penting adalah
    kualiti kandungan yang kita sampaikan.

    Namun, ada juga yang tidak segan meletakkan
    gelaran ‘Dr.’ pada nama sendiri demi
    meningkatkan status diri di mata orang.

    Lihat sajalah, usahawan online tempatan.
    Kalu nak dibandingkan, cuma IK sahaja
    bergelar Dr. itupun dengan usaha sendiri.
    Usawahan internet dasyat yang lain tidak
    mempunyai apa-apa gelaran, namun mereka
    mendapat kepercayaan orang ramai di atas
    kualiti dan hasil produk/servis mereka.

    Saya sendiri tidak segan untuk memulakan
    perniagaan online bidang ‘relationship’
    walaupun saya bukan seorang Dr psikologi
    dan sebagainya. Tapi saya percaya atas
    usaha saya mencari ilmu, menganalisa, mengolah dan menyusun kepada format yang
    lebih senang difahami, setiap orang boleh
    mendapat manfaat daripadanya.

    Hazwan

  14. bersabar lah bro irfan.

    semua tu dugaan dan cubaan dari Allah.

    pasti ada hikmah di sebaliknya.

    yg penting bro tau, apa yg betul dan apa yg salah. bro tau bro x salah, ramai org tau yg you are innocent. kami sentiasa support bro irfan. x pyh risau psl tu k…

  15. Assalamualaikum! Dah lama saya tak menyumbangkan komen saya di blog ini, ini adalah di sebabkan kesibukan dengan kerja dan hal yang lain.
    Terkejut saya apabila membaca berita tersebut. Saya kenal IK sebelum Irfan ada title Dr. lagi. Saya percaya dengan pencapaian dan anugerah yang anda dapat. Langsung tidak terlintas di fikiran saya dan tergamak orang-orang yang menuduh anda sebegitu?
    Itulah manusia, tidak semua yang berhati murni di dunia ini dan suka membuat spekulasi yang bukan-bukan.
    Syukurlah anda bersabar atas semua ini dan menanganinya dengan bijak. Tahniah!

  16. Agree with you IK, yang nak jatuhkan you memang terlalu kecil bilangannya. Ramai anak-anak muda (termasuk yang dewasa juga…) yang perlukan bimbingan IK dan menjadikan IK sebagai idola/mentor mereka. Keep up your good work….

  17. IK,

    Sokongan daripada saya terhadap Tuan adalah 200%

    Ketika tsunami Dr Palsu timbul kali kedua pada tahun ini, Tuan Kamal Affendi dan Dr Tengku Ismadi tidak menyentuh pun nama Tuan sebagai salah seorang daripadanya.

    Cuma kita harapkan pada masa akan datang, pihak kerajaan dapat melaksanakan satu sistem yang lebih jelas bagi menangani masalah ini.

    Rasanya label awam bahawa MQA (Malaysian Qualifications Agency dahulunya LAN) sebagai institusi yang mengiktiraf kelayakan akademik bagi tujuan bekerja di bawah kerajaan perlu dikikis dan diberi label baru. MQA menyaring semua jenis sijil pendidikan bagi semua jenis tujuan.

    ZAMRI MOHAMAD

  18. Benar. Jangan menuduh sembarangan tanpa sebarang bukti. Walaupun ada yang tidak berpuas hati tolong jangan sampai memburukkan seseorang dengan tuduhan palsu.

  19. Melihat kepada fenomena ‘Phd’ ini, saya dapat melihat kepada 2 perspektif yang berbeza (segelintir masyarakat):

    1- Dapat Phd(Doctor of Philosophy) hasil penat lelah (belajar VS Research).
    2- Berperangai Phd = ‘Perasaan Hasad Dengki’ yang tak sudah2.

    *Mengidam sangat dapat Phd sebelum umur 30 😉

  20. Emm ada jugak manusia yang ingin memegang title PhD palsu. Mereka ini golongan Pejuang Hasad Dengki (Phd)yang hanya pentingkan diri sendiri. Syukur tembelang mereka terbuka juga.

    Sabarlah IK, moga berkat kesabaran ini anda terus maju jaya, insyaAllah..;-)

  21. setiap tuduhan yang di buat mestilah disertakan dengan bukti. jangan pandai2 sebarkan kesalahan orang lain jika anda tidak dapat membuktikan ianya betul2 bersalah.

  22. IrfanKhairi,
    assalamu’alaikum.

    Pada pengamatan saya ‘IrfanKhairi’ itu adalah satu jenama (BRAND) yang telah dibangunkan di atas kegigihan perkongsian ilmu dan pengalaman – untuk orang lain turut sama berjaya!

    Dalam menghidupkan jenama khususnya diri sendiri, hukum alamnya adalah BERAPA BANYAK KITA MEMBERI dan bukannya berapa banyak kita diberi (bayaran)… Namun, apa-apa yang diterima (setelah berjenama) sebenarnya berpunca dari apa yang telah banyak kita berikan!

    Dan di sinilah banyak di kalangan (orang kita) yang mengendalikan Perunding Latihan umpamanya, diserang Penyakit hasad Dengki… kerana ‘melanggar’ hukum alam tersebut.

    Justeru, penggunaan “(Dr)” disamping IrfanKhairi mungkin tidak penting atau tidak lagi relevan… Kekuatan pada IrfanKhairi itu sebenarnya adalah ‘produk’ dan pembuktian apa yang diperkatakan sebagai Jutawan Internet.

    …semoga Allah akan memberi petunjukNYA kepada kepada hamba-hambanya yang berpenyakit dengki dan irihati, Amin.

  23. Assalamualaikum!

    PHD palsu!. Memula tu saya ‘surprise’ juga dgn berita ni. Tapi cerita ni dari dulu dah wujud. Cuma sekarang ia dikatakan melibatkan ‘motivator’ seperti laporan dalam akhbar tu. Biasalah tu, bila dah dilaporkan, orangramai mulalah meneka-neka. Terutama mereka yang memang gemar dengan pendidikan motivasi. Bagi mereka yang tak kisah tak ambil peduli pun.

    Pada saya, mulut tempayan mudah ditutup, tapi tidak mulut manusia. Kelulusan apa pun yang dimiliki seseorang, itu bukan penjamin kepada ketelusan tindakan. Tindakan yang jujur dan telus lebih bermakna, pada saya. Saya menilai proses mendapatkan kelulusan itu adalah salah satu proses melatih pemikiran ke arah penyediaan diri untuk berdepan dunia realiti yang sama sekali berlainan dari teori pembelajaran itu sendiri.

    Ini membuat saya terkenang pada Rasul junjungan kita Muhammad (s.a.w). Kelulusan apa yang beliau ada? Beliau asalnya UMMI (buta huruf). Pemilihan beliau menjadi Rasul berdasarkan keperibadian yang luhur. Beliau penuh dengan kasih sayang dan amat mengambil berat kepentingan umatnya. Lebih dari tu, Allah yang maha tahu. Perkataan akhir sebelum wafat adalah umatku, umatku dan umatku. Salawat dan salam atas beliau dan keluarganya…

    Diketahui wujud 4 tahap kehidupan. 4’s:
    -Survivor, Stability, Success & Significant.

    Saya melihat dalam usia yang agak muda IK dan masuk tahap yang ke 4. Peringkat ini adalah di mana dalam tindakan tu biasanya dan seeloknya disertakan dgn kebaikan yang dapat dirasai oleh orangramai. Itu lebih mustahak. Diri kita hanya, kita yang kenal dan Allah maha tahu.

    Ada kemungkinan kejayaan IK dalam menempatkan diri di tahap ke 4 dalam usia yang muda dan kelihatan mudah itu ada dicemburui. Namun itulah dugaan. Bersabar dan memaafkan insyaallah ubat terbaik. Teruskan kebaikan dan muhasabah dengan dugaan. Kita hanya insan dan dunia ini hanya persinggahan….

    Moga IK melangkah lebih jauh dengan kesabaran dan ketabahan.

    Wassalam.

  24. Salam..

    kawan memang ramai, tp bukan semuanya boleh di buat ‘berkawan’…
    jgn pedulikan semua tu bro irfan, nama pun manusia kn, klu benda ‘bukan hidup’ lain ler..;)

  25. Perasaan dengki dan iri hati memang ada di mana2 saja. Saya faham perasan IK sebab saya sendiri pernah mengalaminya di tempat kerja saya.Syabas buat IK sebab tabah dan sabar kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya cepat dimakbulkan.Semoga IK terus berjaya dalam bidang yg diceburi kerana saya masih memerlukan tips2 dari IK dan bangga dengan anda.

  26. terima kasih atas sokongan semua.

    sebenarnya, seperti kata Dr Asmadi, bukan semua yang buat fitnah tu “dengki”. mungkin mereka tidak tahu perkara yang sebenar sahaja 🙂

    jadi, apa yang terbaik bagi saya adalah, maaf kan sahaja kesilapan sesiapa dan berbanyak berdoa agar hati tidak diselebungi perasaan marah & benci. nanti tertutup pula pintu rezeki.

    sekali lagi, tanpa sokongan Kamal Affendi & Dr Asmadi, selagi itu lah segelintir akan membuat spekulasi mengenai saya.

    Terima kasih atas sokongan semua! 🙂

    -IK

  27. Salam!

    Lepas saya mengomen kat atas tadi, terus saya semak tentang laporan kat akhbar tu (melalui internet ni lah!). Saya jadi faham, siapa individu yang laporan tu maksudkan (kesahihan laporan itu Allah yang tahu). Individu yang dikatakan tu sebenarnya juga salah seorang yang saya kagumi dan ada memiliki beberapa buku tulisannya sebelum ni. Tak dinafikan ada manfaat yang saya dapati dari pembacaan saya terhadap idea-idea yang disampaikan oleh beliau.

    Saya jadi faham tujuan saudara Kamal Affendi dalam merungkai kebenaran. Tidak suka bangsa ditipu. Tiada siapa pun yang suka ditipu. Menipu mungkin mencipta keseronokan dan kepuasan kepada mereka yang memang mementingkan diri sendiri. Hipokrit dan suka berselindung. Kita patut fikirkan, kenapa ada Abu Bakar As-Siddiq dalam sejarah Islam. Beliau seorang yang benar (tindakan dan percakapan) dan membenarkan (segala ajaran Rasulullah-cth: peristiwa Isra’Mi’raj). Beliau orang kanan Nabi. Itu kriteria menjadi seseorang yang rapat dengan Nabi.(Ini contoh: Kita bukan Nabi atau sahabatnya).

    Moralnya: Hanya orang yang jujur dan benar layak mendapat tempat dan kepercayaan orang ramai (Ramai tak pandang kenyataan ini releven pada zaman ni)

    Jika terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, ia memakan diri. Saya jadi semakin ‘ingin tahu’ kesudahannya. Tapi terbantut dengan bisikan,” biarlah, benar atau tidak tidak akan menganjakkan saya atau mengundurkan saya ke mana-mana”.

    Ps:Doa saya moga IK terus maju jaya. Kalau dah bersayap ke luar Malaysia, jangan lupa kami di Malaysia….

    Wassalam.

  28. 2 sebab utama pendedahan Kamal Affendi:

    1: Tidak mahu bangsa sendiri DITIPU oleh pakar-pakar motivasi yang menggunakan PHD palsu.

    2: Tidak mahu pakar-pakar motivasi lain DIFITNAH menggunakan PHD palsu.

    Bagi saya, ia adalah tindakan yang berani & terpuji untuk bro Kamal membuat pendedahan umum pada perkara yang sudah lama menjadi “khabar angin” di Malaysia ini. Khabar angin mengenai penggunaan PHD palsu- yang sememangnya agak kronik, bukan sekadar dikalangan pakar motivasi sahaja.

    Ia juga merujuk kepada posting saya ini pada tahun 2007, di mana saya juga pernah dikaitkan menggunakan “PHD palsu” oleh mereka yang tidak tahu menahu kedudukan sebenar saya.

    Syukur alhamdulillah, 2008, bro Kamal mendedahkan kes ini kepada orang ramai. Sebelum ini, saya hanya perlu “fight” seorang diri sahaja di blog oleh kerana tak berdaya menepis tohmahan orang ramai. Bagi saya, biarlah orang hendak buat apa sahaja spekulasi yang mereka inginkan.

    Ini juga terjawab sebab pendedahan nombor (2) di atas. Iaitu tidak mahu pakar motivasi lain difitnah menggunakan PHD palsu. Bagi saya, sayalah the “perfect fit”- sebagai “pakar motivasi lain” dalam keadaan ini oleh kerana sejak 2006 lagi menerima berbagai-bagai fitnah.

    May 2008, saya berjumpa Bro Kamal untuk meminta pendapat & nasihat beliau dan menunjukkan bukti yang saya ada mengenai situasi saya. Bukti yang saya tak pernah tunjukkan di blog pun bro Kamal dah lihat. Alhamdulillah, bro Kamal memahami situasi saya dan memberi beberapa nasihat yang amat bernas bagaimana hendak menangani isu ini. Insyaallah, atas nasihatnya sekiranya perlu, tindakan susulan akan dilakukan.

     

     

    Kamal Affendi adalah penganalisa jenayah yang mendedahkan isu PHD palsu dalam laporan akhbar di atas. Beliau juga adalah Ketua Biro Penguatkuasaan Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Malaysia (Tamrin)- sebab itu, isu ini adalah tanggungjawabnya. Sebagai penganalisa jenayah serta professional speaker, adalah tanggungjawabnya!

    Bro Kamal Affendi juga boleh back-up segala claim saya di laman ini oleh kerana beliau sendiri telah melihat segala bukti dengan matanya sendiri.

    Saya petik statement dari laman FadzliYusof:

    By kamal fnd hashim on May 22, 2008

    Irfan jujur. Dia telah berjumpa saya untuk mendapatkan kepastian.
    Dia memaklumkan perkara yang benar. Dia diminta hadir ke majlis tersebut untuk menerima sijil berkenaan dan tidak membayar satu sen pun. Dia jujur dalam jawapannya.

    Dalam apa sahaja yang kita lakukan, sudah pasti ada 2 pihak. Satu pihak suka, satu pihak benci. Satu pihak memuji, satu pihak mengeji. Satu pihak hormat dan satu pihak lagi mengutuk. Ianya adalah lumrah hidup, TETAPI, perkara sebegini berganda 10X atau 100X kepada public figure. Termasuk saya dan juga Kamal Affendi.

    Bagi kes saya, ramai yang memuji pencapaian saya, tetapi, ada juga yang mengeji.

    Selepas pendedahan Kamal Affendi tersebut, sama juga. Ramai yang memuji, tetapi di waktu yang sama terdapat suara2 sumbang mengutuk perbuatannya “menjatuhkan bangsa sendiri”. I bet Kamal Affendi pun dah agak dah perkara ini akan berlaku! And I’m sure bro kamal tak lut pun dengan suara-suara sebegini… maklumlah, beliau berpuluh tahun dalam industri ini 🙂

    Bagi mereka yang tidak setuju dengan apa yang dilakukan bro Kamal Affendi, please re-think. Saya sendiri inginkan kepastian situasi PHD palsu dan PHD ciplak. Dan memandangkan saya juga pernah kena tempias “PHD palsu” ini selama 2 tahun, sekiranya saya boleh terima dengan hati terbuka usaha Bro Kamal, mengapa tidak anda? Sekiranya bro Kamal tak membuat pendedahan tersebut, nak harapkan siapa lagi akan buat? Sekiranya mengatakan ia menjatuhkan bangsa sendiri, then, saya tinggalkan dengan pesanan bro Kamal sendiri:

    Biarkan luncai terjun dengan labu labunya!.hmmm..bangsaku!bangsaku!.

    Saya amat bersyukur kerana selepas 2 tahun, saya jumpa bro Kamal untuk back-up my claim. Bro Kamal sering melaungkan beliau ingin menyelamatkan hanya satu nyawa. Bagi saya, diri saya sendiri telah tersenarai dalam long list of nyawa-nyawa yang telah diselamatkan kerana memahami situasi saya!

    peace be upon you!

    -IK

  29. Thanks Bro.

    Dunia ini bukan tercipta untuk orang yang jujur. Mereka tiada tempat di dalamnya. Sebab itu, bila kutukan dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada saya kerana pendedahan itu, saya hanya berharap satu hari nanti mereka akan sedar bahawa saya di pihak yang benar.

    Bagi saya, kalau seseorang itu tamat penilaian darjah 5 sekalipun tapi dia pakar dan mahir dalam bidangnya, tidak ada apa apa masalahpun.

    Cuma bila seseorang yang tahu dia tidak bagus dan memperdaya bangsa saya dengan tipudaya walhal dia tahu dia menipu, ini satu penghinaan dan pengkhianatan kepada tamadun bangsa saya.

    Dan untuk itu, saya akan sentiasa bangkit berdiri mempertahankan maruah bangsa saya kalaupun tubuh saya tercalar…sedia untuk berkorban, dikorbankan malah terkorban.

    Sebenarnya, tidak ada apa apa yang luarbiasa terhadap apa yang saya lakukan.Ia hanya tanggungjawab saya sebagai manusia tetapi saya percaya apabila kita melakukan sesuatu, kita perlu buat dengan maruah.

    Kepada mereka yang berguru dengan Irfan, teruskan menuntut ilmu dari Irfan yang nyata berbaloi,bermutu dan lebih dari itu; disertai dengan kejujuran, keikhlasan serta maruah kebenaran.

    Bagi yang tidak tahu apa-apa dan terus menyerang saya, anda dah lama saya maafkan. Semoga Allah memberikan hidayat kepada anda. Kalau saya tersilap, tuntutlah kebenaran di mana mana mahkamah dunia atau mahkamah akhirat. Saya sedia menanti…

    Saya cuma berharap bangsa kita akan lebih mengerti nilai kejujuran dan kebenaran dari terus lena dalam kebodohan yang nyata.

    Kamal FND Hashim

  30. Orang yang cerdas ialah orang yang takwa
    Orang yang dungu ialah orang yang derhaka
    Orang yang dusta ialah orang yang khianat
    Orang yang benar ialah orang yang dipercayai

    IK, teruskan usaha anda untuk menyampaikan ilmu & mendidik bangsa kita ke arah kecemerlangan. Abaikan segala tohmahan orang yang dengki dengan kejayaan anda.

  31. Salam…
    Setiap yang diusaha pasti ada yang dengki.100 peratus kebaikan yang kita buat hanya buruk sahaja yang dilihat.Dengki perkara biasa dalam perniaagaan. Walau apa pun saya yakin dengan Saudara Irfan bahawa anda tidak seperti yang diwar2kan.Doa saya agar usaha Saudara Irfan untuk membantu orang melayu dan Islam mendapat berkat ALLAH swt.p/s bila nak buat workshop jutawan internet kat kuching Sarawak?tq

  32. Sekarang…yang mungkin kekusutan atau perkara yang tersimpul (pada sesetengah orang di luar sana) tentang title “Dr.” pada sesetengah motivator telahpun dirungkaikan oleh Pakar Penganalisa Jenayah kita en.Kamal Affendi.

    So harap2nya selepas ni tiada lagi tohmahan terhadap IK, seorang motivator dan usahawan internet (Jutawan Internet) kita yang memberikan contoh positif dan menjadi ikon kepada sebilangan besar masyarakat kita khususnya kepada usahawan2 internet.

    Semoga IK terus success dan terus memberi inspirasi kepada kita semua… Wassalam

  33. Dalam kehidupan ni, memang ramai yang memiliki PHD. Tak perlu beli atau bayar untuk PHD tu. Ia adalah Perasaan Hasad Dengki. Sifat ni dimiliki oleh mereka yang hatinya sakit.

    Tak apa lah abg Irfan, kita teruskan perjuangan dan kerja kita. Mereka yang tak abis-abis buat cerita tu akan dapat balasan yg setimpal dengan fitnah yang mereka tabur.

    ALLAH itu Maha Adil. So, tak perlu risaulah dengan kelompok macam tu. Mereka tak akan sampai ke mana-mana pun. Takat ngutuk dan mengata di blog/forum, budak sekolah pun boleh buat. 🙂

    Semoga sentiasa bersemangat dan terus berjaya.

    Kami sentiasa di belakang Abg Irfan. Menyokong segala usaha murni yang dilakukan dan akan tetap memberi sokongan setiap masa.

    By the way, saya kagum dengan keberanian Kamal Affendi. Teruskan usaha. 🙂

    Wassalam.

    – zul

  34. Sifu,

    You ada Dr atau tidak…sesungguhnya you adalah seorang yang teramat jujur pernah bro kenali dan tidak pernah bersangka buruk terhadap sesiapa!

    Bro bersyukur kerana akhirnya, nama Sifu telah dibersihkan. Satu langkah genius dan berani bertemu muka dengan saudara Kamal FND Hashim… kalau tidak, maka berterusan dan berleluasalah ‘those around us’ juga yang mengesyaki dan memberi tomahan kepada Sifu Ik di blog masing-masing.

    Alhamdulillah!

  35. Kejujuran penting untuk menjamin kebahagian di dunia dan akhirat. Yang menipu mungkin boleh bahagia di dunia..tapi di alam yg lagi satu belum tentu .. renung2 kan.. 🙂

  36. Tahniah kepada saudara Irfan kerana masih tabah untuk meneruskan perjuangan membangunkan para usahawan-usahawan baru yang masih mencari-cari peluang untuk berjaya. Setiap usaha saudara Irfan berbaloi kerana ramai yang kagum dan sayang pada saudara Irfan, tak mustahillah setiap kata-kata nista yang dilontarkan oleh orang yang tidak senang dengan kejayaan saudara pasti akan ada rakan-rakan yang membantu menepis dengan bukti-bukti yang kukuh, syabas dan semoga ketabahan saudara menjadi idola kepada semua para usahawan. Kami rakan-rakan usahawan menyokong usaha saudar Irfan.

  37. Hai..IK…
    Sorrylah saya tak pernah dengar pula pertuduhan palsu terhadap Ik sebelum ni.. Walaubagaimanapun saya tak kisah sangatla dengan gelaran tu, Ik ada Dr ke tak de ke saya tetap akan menjadikan IK idola saya dalam perniagaan internet…utk rakan2 di luar sana yang masih belum attend IK workshop segeralah berbuat demikian tapi lepas workshop tak semstinya berjaya jadi jutawan kalau tak apply apa yg dipelajari.. knowledge is not enough without applying it..kata-kata ni adalah utk saya dan rakan2 yg lain yg masih belum juga transfer website kat internet

  38. Dulu waktu saya kecik-kecik datuk saya selalu cakap kat saya benda ni…

    “Kalau kita susah orang akan benci…
    kalau senang pulak orang akan dengki…”

    Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Yg penting sekali kita dan keluarga tau sapa diri kita…

Leave a Reply

Your email address will not be published.