Luar majalah, dalam majalah

compile-mag.jpgBulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice– edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang  tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya 🙂

Berita baik juga, bekas peserta Workshop Jutawan Internet, juga ada menulis untuk majalah ini, Irwan Dahnil. Namanya ada tertulis di bawah nama Azizi Ali dan atas nama Billi Lim. Keep up the good work!

Tip hari ini…

Membeli iklan di dalam majalah adalah salah satu cara promosi. Apa yang baiknya mengenai iklan di majalah adalah, anda mendapat market yang targeted.

  • Ini kerana, setiap majalah mempunyai golongan pembacanya yang setia. Berdasarkan tema majalah tersebut seperti perniagaan, laman rumah, memancing, silat, keluarga, wanita, lelaki, kereta dan sebagainya… pengiklan dapat mengsasarkan iklan tepat pada pasaran yang ingin ditumpukan, tidak seperti surat khabar yang lebih bersifat umum.
  • Majalah juga sering dijadikan koleksi untuk beberapa lamanya oleh kerana amat jarang orang membuang majalah (tidak seperti surat khabar). Selagi majalah di simpan, selagi itu juga iklan anda akan terkandung dalam majalah itu.
  • Ilklan di dalam majalah adalah murah berbanding iklan akhbar, tv & radio. Murah + Tepat pada sasaran = Cara Promosi yang kos efektif!

Fikirkan sasaran pengguna perniagaan anda dan senaraikan apakah majalah-majalah di kedai yang menepati sasaran anda.

Up to date, sudah 3 majalah saya menjadi cover. Lepas ni, boleh la apply kat majalah Vogue jadi model pulak 🙂 Teringat pula time gambar saya keluar dalam filem Nana Tanjung!

ps: Workshop Jutawan Internet. Signup & pelajari strategi menguasai pasaran Internet Malaysia untuk industri anda seperti bekas-bekas peserta Workshop. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

25 thoughts on “Luar majalah, dalam majalah

  1. Mamak jeling takpe…jangan awek jeling sudah..bahaya tu… hehe.. Bila nak tunjuk family ni? Hari tu masa gedik santai tak nampak anak-anak semua..

  2. slmt tgh hari ,
    wah , keluar majalah yang ketiga ni…mesti kena dapatkannya…

    boleh ke apply untuk keluar majalah di cover?
    macam mana tu nak apply?berminat juga ni.. tp untuk bisnes…hehe…

    han

  3. azahari > anak2 memang saya tak keluarkan di TV atau majalah. deorang kecik2 lagi… so, kalau keluar mengenai keluarga, saya bersama isteri shj

    Han > nak masuk cover majalah bukan apply 🙂 saya main-main saja cakap nak apply majalah Vogue tu. Kalau masuk cover, kebiasaannya majalah tu yang approach kita.

  4. Masuk majalah semua orang kenal. Lepas ni Doc. kena upah ‘Body Guard’ macam artis ‘Hollywood’ 😉

    GERAK USAHAWAN NASIONAL 2007

    Sesi Bersama Irfan Khairi â€Bagaimana Memulakan PerniagaanInternet dari Rumah” dijadualkan pada hari Ahad 26hb. Ogos 2007 pukul 3.00 PM.

    Dapatkan Aturcara Penuh Gerak Usahawan Nasional 2007 di:
    http://www.promoprosper.com/gerakusahawan2007/index.htm

    Hisham;
    â€Jumpa Di sana” 😀

  5. Kena dapatkan ‘Apprentice’ ni..

    Menarik jugak iklan kat majalah…asyik online ker…lupa pulak peluang2 kat offline

  6. Assalamualaikum Irfan & semua…

    Tq Irfan. Satu lagi tips yg sangat berguna dari Insyaallah sy akan make use tips ni. Tapi kenalah siapkan website sy dulu. Betul ke ?

    Tiap2 hari balik keje sy naik lrt putra kat KL Sentral (sy keje kat hotel sebelah KL Sentral ni).

    Ada 1 newstand mamak kat sebelah kanan pintu masuk ke lrt, dah 4 hari setiap kali lalu situ sy tengok gambar Irfan kat depan majalah apprentis tu.

    Mamak letak depan sekali kat rak majalah dia, boleh nampak penuh cover majalah tu… Mula2 nampak, sy ingatkan model, rupa2nya Irfan. Wah! Publisiti bagus ni. Good job .

    Selamat bercuti..

  7. Assalamualaikum ,
    Saya cuma nak cakap tentang penggunaan bahasa rojak yang kurang tepat ‘yang tak bestnya masa time nak beli majalah’. Harap tidak salah faham.

    Firman ALLAH;
    Berpesan-pesanlah dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.
    Surah AL- ASR.

  8. Amiedry ~ Nanti I pun akan kurangkan bahasa rojak juga because ‘Kurang tepat’ kan?! Maybe I guna bahasa pasembur? atau som tam, boleh?… 😆

    Kalau nak menulis surat resmi untuk urusan resmi takpa arr beb… ini untuk harian, untuk lebih mesra dan rilek-rilek, boring arr nak menulis cam askar!

    Takkan sebab dia a doctor maka dia have to be strict in writing, bosan arr…

    Itulah kelebihan Irfan Khairi…unik, not like others. Beliau lebih rapat dengan masyarakat kerana cara dia yang lebih selamba tetapi penuh berilmu. So relax Amiedry okay? 😉

  9. Assalamualaikum

    Irfan,
    Semoga Allah kekalkan personaliti seorang yang sangat mudah di hampiri dan mesra dengan semua orang.Cuma saya takut saya sendiri akan jadi rasa sombong dan show off bila rasa diri dah kaya serta orang lain nampak low class sebab kurang berduit.Rasanya kita akan hanya berkenalan melalui internet sekalipun menjadi rakan kongsi saya dalam satu syarikat pelaburan yang wujud dari satu macam bank Golden eam Business Investment Sdn Bhd.Saya perlukan untuk menjadi penilai dan pemilih pengusaha-pengusaha projek yang akan kita laburkan wang dari Bank ini.Saya perlukan alamat email peribadi yang orang lain tak baca untuk hantar proposal.Saya akan cerita sedikit demi sedikit pada tentang projek saya ini.

    Wassalamualaikum

  10. Saya setuju pendapat razzi kerana cara yg terbaik untuk mendapat tarikan ialah memberi orang selesa dgn kita begitu juga dgn laman web. Kita akan tidak selesa dgn laman yg terlalu official. Cara Irfan sy rasa amat sesuai…

  11. Pendapat saya blog ini berkonsepkan padat, ringkas dan santai. Penggunaan bahasa rojak adalah untuk mendekatkan lagi Irfan dengan peminat2nya seumpama keluarga. Tidak perlu terlalu formal yang mana akan mengelirukan peminat2 internet business selakigus menyebabkan topik yang diperbincangkan kelihatan membosankan.

    Cuba perhatikan konsep majalah Mastika yang menggunakan bahasa yang mudah, padat dan ringkas dalam setiap isunya. Tak hairanlah Majalah Mastika ini merupakan majalah yang terlaris pasarannya di Malaysia.

  12. untuk blog mcm ni.. sy lebih senang baca yang tak terlalu formal, so kite akan lebih relax time membaca. dan saya yakin mungkin ramai pembaca lain pun lebih suka kepada bacaan secara santai.

  13. Please Amiedry, diharap dpt faham.. Pendekatan bahasa Irfan amat bersahaja, menarik & fun, tambah merapatkan lg kita semua kpdnya.

    Ia juga membuatkan kita semua suka membaca blog ini selain utk mdptkan tips yg diberikan.

    Tolong la jgn dipersalahkan bahasa tersebut. Ini bukan subjek bahasa…

    Maaf, diharap Amiedry tak berkecil hati.

  14. Walau apa pun pandangan rakan2, saya tetap sokong Irfan sebab caranya yang tak terlalu formal inilah yang telah menambat hati saya untuk melayari laman web ini setiap hari.

    Keep up the good job, doc!

  15. Saya baru dapatkan Majalah Apprentice siang tadi! Seronok baca majalah tu. 🙂

    Tapi sedihnya, saya ada test pula esok, tak dapat nak hadiri bengkel di PWTC, tapi saya cuba juga… 🙂

  16. ha ha… irfan buat lawak antarabangsa tak siapa perasan?

    Amiedry menegur tentang penggunaan bahasa rojak irfan “yang tak bestnya MASA TIME nak beli majalah”. penggunaan MASA dan TIME sekali…

    lepas tu, Irfan menjawab balik:

    “LATER NANTI saya akan CUBA TRY kurangkan sikit bahasa rojak”

    dua kali bahasa rojak diulangkan. ha ha! 😀

    ini menunjukkan personaliti Irfan yang suka bersahaja, melawak dan rapat dengan pembaca. walaupun ditegur, boleh buat lawak lagi. kalau orang lain mungkin sudah melenting kot! satu identitinya yang tersendiri. jadi, tak mengapalah guna bahasa rojak dan manglish sekali sekala! 😀

  17. baru-baru nie saya pun baru perasan tentang majalah apprentice, tengok je muka doc, terus saya beli. kat sabah rega dia rm11. saya seronok sangat, walaupun majalah tu lebih banyak bercakap tentang up*****.

    Tak silap saya ari tu doc ada wat workshop kat kk,sabah. saya terima newsletter doc, tapi masa tu saya terikat ngan keje. sedih gak tak dapat pegi.

    apapun, doc adalah sumber inspirasi saya.tq

  18. Hi Irfan,
    After more than 1 year, saya berpeluang untuk tengok semula comment saya and others.
    For your info, those comment yang memuji tindakan anda menggunakan bahasa rojak telah membuktikan sesuatu.
    Dapatkah awak bayangkan jika awak bukan seorang pakar motivasi? Jika awak menggunakan bahasa rojak…pasti akan dikutuk, seperti yang saya lihat di dunia hiburan.
    Semasa awak masih dipuja, nasihat saya janganlah lupa…
    By the way, all the best.

  19. di manakah boleh saya dapatkan majalah apprentice ni??..puas sy cari di seremban..tak jumpe2 pn…
    ada siapa2 sudi membantu??

    TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published.