Kick-Start & Gedik Santai

Semalam (Ahad) saya keluar TV dua kali. Sekali jam 11 pagi untuk siaran live Nescafe Kick-Start final TV3. Dan sekali lagi jam 5 petang untuk rancangan Gedik Santai TV3 (rakaman). Di bawah beberapa screen shots bagi mereka yang terlepas…

ksf1.jpgKick-Start Final berjalan dengan lancar bermula 11 pagi. Tahniah kepada pemenang Joo Nee memenangi RM150,000 (+RM30,000). Juga tahniah kepada finalist yang lain Derek, Ninie & Ashveen juga telah memenangi RM30,000 untuk memulakan (kickstart) impian masing-masing. Saya percaya Derek, Ninie & Ashveen walaupun tak menang the grand prize, akan terus mencapai cita-cita mereka dengan semangat & sikap mereka tunjukkan. Kalau ikutkan saya, saya nak keempat-empatnya menang. Satu yang saya takkan lupa adalah janji mereka berempat untuk terus mengejar impian mereka. So, I am looking forward to Malaysian 1st Yoga Magazine (with CD) “HatiYoga”, Legal Aid Mobile Clinic and also Malaysian bred opera & carnatic singer.

Bagi saya, tidak kira siapa yang menang, kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri dan saya amat gembira & bangga dengan usaha & outcome keempat-empat peserta yang ditunjukkan. Technically, tiada yang kalah oleh kerana kesemuanya dapat memulakan dan meneruskan impian mereka dengan wang tajaan RM30,000 (banyak tu) 🙂

ksf2.jpgBeberapa pihak saya ingin mengucapkan terima kasih (not in any order), firstly Nescafe/Nestle oleh kerana sponsor such a great program and also memberi peluang kepada saya jadi judge untuk season-3 ini. Popiah Pictures crew (production house) for being very professional- mudah bekerja dengan mereka (a shout out to Ping, Director and Anne, producer, congratulations on the new baby boy) and also giving me the opportunity to share the experience with you all. My fellow judges Weng Keong & Azah for making the whole experience a fun experience. Cheryl Samad- great host! It was great to get to know so many amazing people throught the whole experience. Also the participants! Ashveen, Derek, Ninie, Sam, Joo Nee, Salwa, Deja and Shawn.

Tip Satu Minit:

Sebenarnya kita tidak perlu menang any competition untuk capai impian kita. Sememangnya, kalau ada wang RM, boleh membantu. Tetapi, yang lebih penting adalah semangat & usaha. Ilmu dan pengalaman memainkan peranan yang amat penting untuk mencapai apa sahaja cita-cita.

gss1.jpgNext, pada pukul 5 petang pula rancangan Gedik Santai ditayangkan. A very fun program! Rakaman telah dilakukan bulan lepas. Topik yang diperbincangkan adalah “High Mentainance”. Host, Kak Engku & Shira dan tetamu lain adalah Syafinaz & Zahida Rafiq (high mentainance) dan saya (low mentainance). Terima kasih kepada TV3 atas jemputan tersebut.

Sebenarnya nothing wrong dengan high mentainance. Ianya bergantung kepada industri… dalam Gedik Santai saya sebut:

Takkan saya yang kerja depan komputer di rumah nak melaram. Nanti apa pula orang rumah kata… buang tabiat ke ni? 🙂

gss2.jpgCertain industries memerlukan high mentainance- seperti hiburan, perniagaan dan banyak lagi. Pakaian kita akan menggambarkan personality kita. Saya selalu pakai simple adalah kerana personality saya yang agak simple. Tip Satu Minit:

Ada masanya kita perlu high mentainance untuk memenuhi keadaan. Sebagai contoh, apabila saya ingin bertemu dan berunding dengan orang-orang penting, saya perlu juga pakai coat & tie. Tak boleh la saya pakai sweater yang ada hood macam di Nescafe KickStart! Macam budak nakal je, nak buat business macam mana? 🙂

Insyaallah akan datang ada beberapa lagi appearance saya di TV. Saya akan announcekan bila tiba masa.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

27 thoughts on “Kick-Start & Gedik Santai

  1. tahniah. Saya yakin dengan penampilan demi penampilan di TV dan lain2 media massa, pandangan rakyat Malaysia kepada ebiz lebih +ve hendaknya. Di keadaan yg lain, ia memudahkan internet marketers lain nak bergerak lebih maju (ramai yg tak nampak benda ni).

    Untuk pertandingan Kick Start tu, saya tak kisah siapa menang, mcm kata, semangat dan usaha perlu terus ada. Persoalan yg paling menarik adalah utk Ninie tu, bagaimana beliau nak jual majalah tu agar laku. Tu persoalan besar dalam biz tu…

    Komen saya untuk program TV gedik santai, hehe, habis kena usik dengan si Gedik dan Santai tu yer? Kena ngurat lagi. 😉 Dan paling best, saya suka tengok suasana rumah yang simple. Nice SOHO.

    Semoga terus berjaya. 🙂

  2. “Takkan saya yang kerja depan komputer di rumah nak melaram. Nanti apa pula orang rumah kata! buang tabiat ke ni?”..saya pulak suka statement nie,nak tergelak jugak rasa bila selamba jer jawab mcm tue.Bila difikirkan,ada juga betulnya.Saya pun kengkadang hanya berseluar pendek jer kat rumah sambil jawab email2 customer,lebih mudah dan ringkas,lagipun kat rumah siapa yg nak tengok?
    Saya harap sangat supaya mempertimbangkan usul saya pada post yg lepas.(Ada saya attached kat sini)Demi masa depan Internet Marketer dan dunia internet bisnes yg.dewasa ini dicemari dgn pelbagai masalah-antaranya-skim pelaburan tak munasabah di internet.
    “Saya cadangkan propose stesen TV mcm ASTRO atau mana2 production house buat rancangan ala-ala The Apprentice.Saya rasa dah selayaknya buat rancanga mcm tue.Sekurang2ya dapat menyedarkan masyarakat tentang apa itu Internet Business secara betul.
    Bukan apa Saya nie tinggal kat kawasan kampung(bukan bandar besar).Saya kesian tengok org.2 kampung mcm pakcik&makcik yg begitu ghairah terjebak dgn pelaburan/MLM internet.Mereka sebenarnya tak tahu pun mereka tertipu.Saya rasa,mereka ikhlas nak cuba berniaga guna internet.Tapi,ada org lain yg ambil kesempatan atas keghairahan mereka.Kengkadang,saya tengok mereka sanggup beramai2 pergi cyber cafe,berkongsi satu PC semata2 nak tgk progress pelaburan.Upline pun sanggup guna satu PC dan mampu menjerat ramai mangsa hanya dengan modal RM2.00 utk sewa PC.Saya rasa kena ambil t.jawab ini memandangkan sekarang adalah IDOLA dalam bisnes ini.Jika takder org yg ambil langkah2 yg patut.Maka,lambat laun saya fikir industri ini akan mendapat impak yg buruk.Saya rasa dah sampai masanya tunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia apakah itu Perniagaan di Internet.Dah sampai masa muncul di Media cetak@elektronik dan beritahu perkara yg sebenar.Kalau tak yg buat,siapa lagi?”

  3. Semalam saya pun tengok 2 cerita tu kat TV.Yang best gedik santai tu tak tahan kena usik dengan diorang..hehe.. diorang buat cerita tu memang spontan la…

    Saya rasa ni sederhana orangnya.. tengok gambar kat rumah tu pun simple je.Mana anak yang lagi 2 tu?tunjuk yang kecik je ke?Mesti nak tergelak sebab kena berlakon depan kamera kat rumah diorang rakam..hehe 🙂

  4. Bravo Irfan!

    Semoga dengan penampilan Irfan di layar perak (cewah!) ni akan membantu kita membina tanggapan positif terhadap Internet Marketing 😉

    Ttg High Maintenance.. Hmm. kadang2 memang perlu jugak sebab kalau nak keluar TV cam Irfan nanti kena la bergaya, ye tak? Haha!

  5. Saya terlepas kedua-dua prgram sekali, apa nak buat. Tv kat rumah saya takde, nak tengok terpakse gi kedai mamak bawah rumah, tak dapat jugak sebab dia pasang wayang bollywood! terlepas lagi..

    buat kengkawan yang lain, tahniah sbb berpeluang tengok Irfan di tv dan ikuti kedua pragram tu.. apakan daya, saya terlepas keduanya..

    apa-apa pun, attitue, skill dan knowlege yang positif jika diiringi usaha mampu merealisasikan apa saja impian kita..
    mulakan dengan bismillah..

    shueqry
    kota kinabalu, sabah

  6. salams….
    semalam….nasib saya agak baik kerana dapat menonton kedua-dua rancangan yang keudara…

    Kemenangan Joo nee memang telah saya jangka kan…tengok segi kesungguhan dia ( terutama bila dia dapat sponsor utuk dance studio dia…berbanding orang lain yang hanya bergantung kepada RM 30K yang diberi)

    Dalam rancangan gedik santai pula…. selain statement yang ada kat atas…satu lagi statement yg wat saya gelak sakan ialah bila Rj Azura tanya, pernah tak isteri ajak pergi LV ker…
    pastu jawab….LV tu apa?…( logik jugak kan sebab lelaki mana tau sangat nak shopping kan….hehehehe)..pecah perut gelah..hehehe

    anyway….best la kedua-dua rancangan tu….:)

  7. Saya tengok Gedik santai semalam. Boleh tahan gak Doc. kena usik dek 2 gedik tu!! 😉

    Doc. memang sempoi dan ‘low profile’ and ‘low maintenance’ 🙂

    Bila lagi nak keluar TV?. Doc. tak nak propose mana-mana stesen TV buat production sendiri pasal internet biz ke?; mesti de boom!!

    Hisham;
    â€Tak dapat tengok ‘Nescafe Kick-Start Finale’ LIVE sebab â€Don’t Look Back” MOVIE..” 😀

  8. hi aslmkm
    1st time tgk dlm gedik santai. dan mmg sesuai dgn rancangan tu sb pakaian pun santai je.
    best part is bila tanyer balik “LV” tu ape? muhahaha me & my hubby gelak. mmg low profile ni. tp kita org tau ikhlas menjawap soalan tu.
    I siap tanya kawan2 sapa ade info pasal ni. sb nak tau rahsia kejayaan
    akhirnya dapat gak laman web ni.

    semoga berjaya & bahagia dgn keluarga trcinta.

    Aminnnnn

    Taman Markisa
    Bm

  9. saya terlepas tengok kol 11 pagi. masa tu bawa anak gi klinik, demam teruk. GedikSantai sempat tengok. Tergelak jugak selamba jer jawab tak tau apa itu LV. Bukan apa, nampak ni mmg betul low profile. Kelaasss. Sampai artis tu segan nak jawab apa itu LV…
    Apa pun tahniah dan semoga org terus memandang +ve ebiz ni yg sebenar…

  10. Kak Engku & Shira memang kelakar. Seronok dapat masuk program macam tu sebab dapat relax sikit and kena perli pun takpe. Part of communicating skill, kita kena ikut rentak suasana disekeliling terutama di media. nama pun program lawak, so, saya pun kena la buat lawak 🙂

    teringat saya, Donald Trump pun pernah memakai pakaian berbentuk ayam dalam Saturday Night Live. Bila di media, dan kena dengan tempatnya, it’s ok to be laughed at 🙂 tak best la nak mentain control je. lagi kita dapat connect dengan audience.

    mengenai program tv berkaitan internet sendiri, ada antara IM dah tau dari tahun lepas saya tengah push the concept. kalau ada rezeki, ada la tu… kalau takde rezeki, maknanya belum rezeki lagi. tu la landasan untuk saya promosikan lagi usahawan-usahawan internet malaysia dan konsep perniagaan internet dengan lebih luas, oleh kerana peluang yang diberikan kepada saya di media. so, berbanyak lah doa ok? 🙂

  11. salamzzz… ..seronot r tngk dlm gedik santai…slamber kapak tol…actually, br pnah nmpk semlm n never knw bout how far u v been..pnah tau dulu2 time .’intenet milionaire’ tgh top…then, loz in space…sejak tngk nescf kick start, i really admire u a lot…pluz ur simple life style..rumah pun sempoi jer ek…wife pun sopan2 lg…hehehe….how wonderful life u v gone thru..biler la nk jd milionaire gak cam irfan…dr xleh ker cter cket2 pasal life dari kecik dolu2 zaman kanak2 ribena…till how u achieve all thiz n how u make ur eam comes true…nk tau gak.. sy ni 22 n dh graduate but still jobless.keje tetap xde lg.keje2 kontrek je kejap2..n x tau lg ms dpn camner..kdg2 worried gak pikir psl nih..interested in ebiznezz tp xleh thn dok mngdap laptop jekkk…ntah la…nk bukak ladang stwoberi jer kot..

  12. tergedik nampaknya… best jugak tengok jutawan popular menjadi perhatian…

    ewah ewah huuuuuuuu

    kehidupan yang biasa-biasa yang patutnya diikuti, jika nak ikutkan hati nak bermewah-mewah, takkan berkesudahan punya…

    apa yang penting contohilah kehidupan jutawan yang simple macam irfan…

    ewah… gedik lagi tergedik-gedik…

  13. Assalamualaikum…

    Saya doakan akan terus istiqamah dengan keadaan sekarang dan duit serta kebendaan tidak akan merubah Irfan sampai bila-bila. Jadilah seorang yang sentiasa merendah diri dan mudah tersenyum.Be humble….

    Wassalamualaikum.

  14. Saya tgk di TV time balik Sayong, Kuala Kangsar. Jengok mak ayah sambil rehatkan minda.

    Dengan selambanya ngaku kat mak ayah, Irfan ni kawan saya.. hehe..

    Apa2 pun.. Tahniah!

    ps: Yop, 19hb ni sukan ayor kat sungei Perok Kuale Kangsor. Moh le kite..

  15. Memang menarik, saya ada melihat rancangan gedik santai dan agak terkejut jugak bila Irfan muncul. Sebab tak sangka Irfan akan muncul dalam rancangan tersebut.

    Apa pun, apa yang saya dapat lihat personaliti Irfan memang low profile dan low maintenance. Memang saya kagum! Tahniah Irfan, susah untuk cari orang yang mampu hidup beserdehana seperti 🙂

  16. kalau boleh, tak perlu lah mengidola, atau mengkagumi saya sangat. sebenarnya, ramai lagi mereka diluar sana yang kaya raya dan hidup sederhana. ramai jutawan, sememangnya hidup sederhana. boleh rujuk buku “Millionaire’s Mind”. Tetapi, mereka tidak didedahkan kepada media mungkin kerana tidak mahu, atau tidak berpeluang.

    saya usahakan diri saya untuk diterima media untuk memberi anjakan paradigma (paradigm shift) kepada masyarakat malaysia tentang kejayaan boleh dicapai oleh sesiapa sahaja- tak semestinya perniagaan Internet sahaja. tetapi in life, carreer & business.

    saya suka kalau saya dapat memberi inspirasi & motivasi kepada ramai untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

    tetapi, apabila terlalu ramai mengidola dan mengkagumi, dan mengangkat nama saya, saya sendiri akan terasa segan. jadi, biarlah secara sederhana sahaja.

    idola & orang yang patut kita kagumi yang sebenar adalah Rasulullah saw.

  17. ALHAMDULILLAH , saya bangga dgn mari kita fikir dan renungkan sama sama, idola kita sebenarnya sudah jelas malah dituntut iaitu RASULLULLAH SAW.
    Cuma kita sesuaikan dgn perubahan zaman, tanpa melaggar hukum, barulah kita jd jutawan di dunia yang sementara dan selamanya di akhirat. Amin.

  18. That correct, Irfan..

    Saya juga amat suka jika diri saya dapat memberi inspirasi & motivasi kepada lebih ramai orang untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi lagi. Melompat lebih tinggi kata Sheila On 7. Terima kasih pada Irfan, sebab tu tadi cukup memberi inspirasi pada saya..

  19. Ala… ruginya sebab saya tak dpt tengok dua2! Pagi road tour MH.com kat Kelana Jaya, petang kat Masjid Sri Damansara… balik umah dah jkul 6+ baru teringat program Gedik Santai. Dah abih pun!! Kalau ada ulangan nak gak tgk…

    Tapi memang apa yg kita semua didedahkan oleh media, kita blh nampak Irfan memang sempoi, dan down to earth. Bagus macam tu… resmi padi, makin berisi makin tunduk..

    Semoga kemunculan Irfan di media massa dapat memberi impak positif dalam menambah kepercayaan org terhadap bisnes internet. Dan biarlah ramai juga yg akan guna kemudahan shopping di internet. Tak perlu la saya teruk2 sgt tour nak jual produk MotivasiHaji.com 🙂

  20. Hi ,

    tahniah,first time saya tau mengenai melalui rancangan gedik santai…..saya setuju dgn pendapat mengenai penampilan …memang highmaintenance x begitu ptg…tp kita perlu berpenampilan terutama utk sesuatu situasi yg perlukan kita berpernampilan.kita perlu suaikan diri kita dgn sesuatu keadaan supaya tidak ketinggalan and tidak diketepikan.

    dr klu boleh sy suggest….harap2 setiap kemunculan dapat meninggalkan tips2 yg berguna utk mereka2 yg memerlukan terutama golongan pelajar dan golongan2 yang ingin berjaya dlm kejaya mereka supaya mereka tau haluan mana yang harus mereka lalui.

    thanks ,jika ada tips2 yg berguna harap x keberatan mail pada sy sebagai rujukan utk lebih berjaya .

  21. best giler saksi gedik santai secara live….kak engku memang lawak n kak sheera mmg gedik lah…seronok tgk kak sheera depan2 cantik giler..semoga gedik santai best setiap ahad..tp berite sedih,kalau kak sheera bersalin sape ganti?mesti xbest…nape mengandung skrg.hehehe.lawak je..klah daa

Leave a Reply

Your email address will not be published.