Berita baik saya ingin kongsikan dengan anda! Bermula 1hb November, saya akan mengendalikan sebuah rancangan “talk-show” bertajuk “JUTAWAN!” setiap minggu. Tetapi! bukan talk-show TV seperti mana ramai menyangka semalam. Tetapi, talk-show untuk radio. Radio 24! Yes! 🙂 🙂
JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan akan dibincangkan.
Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!
WOW! 🙂 Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan ini! ramai nama-nama hebat industri akan turut menjadi tetamu undangan JUTAWAN! bagi setiap siri dan saya tak sabar untuk mengendalikan program 2 jam ini!
Itulah matlamat besar saya yang saya sebutkan semalam. Tidak 100% seperti matlamat yang saya bayangkan, oleh kerana matlamat saya adalah mengendalikan rancangan TV berkonsepkan sebegini. Tetapi, tawaran dari Radio 24 ini is excellent sebab dapat menemuramah selama 2 jam terus! (kalau TV selalunya 30 minit shj! sedikit singkat).
Ok, nak juga saya sebutkan tentang “re-branding” yang saya sebutkan semalam!
Oleh kerana kini saya makin banyak menerima tawaran di media untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, saya dapat lihat arah hala karier saya sebagai motivator. TETAPI, bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan saya, tahu bahawa, strategi yang saya gunakan adalah menjadi lain-daripada yang lain.
Oleh itu, kalau lihat kembali tajuk talk-show saya ni, JUTAWAN! bersama Irfan Khairi, saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan “Dr” dalam penampilan saya di arena motivasi.
Antara sebabnya:
- Motivator sering di kaitkan dengan Dr seperti Dr Fadzillah Kamsah, Dr Tuah, Dr Shukeri dll! walaupun saya menghormati kesemua pakar motivasi negara, saya ingin mengambil pendekatan berbeza (USP) seperti mana saya sering lakukan 🙂
- Bagi yang mengetahui, doctorate yang saya miliki adalah DBA (Business Administration) dan bukan PHD. Pakar motivasi negara kesemuanya adalah PHD holders. Oleh itu, sebaiknya saya tidak menggunakan DBA saya untuk mengelakkan kekeliruan dan juga salah tafsir terutama dalam bidang motivasi. DBA (perniagaan) adalah berbeza dengan PHD (filosofi).
- Dengan pendekatan “Irfan Khairi” saya sering rasa lebih dekat dengan pembaca, pendengar dan penonton. Beberapa kali saya sudah sebutkan ini di Tip Satu Minit. Tambahan, bagi mereka yang pernah melihat saya beri ceramah, pendekatan adalah agak berlainan dari motivator lain. Juga, rancangan “JUTAWAN!” nanti, muzik tema saya agak “rock” dan konsep talk-show saya agak “edgy” & “funky” sikit! jadi, sebaiknya, saya hilangkan identiti motivator konvensional 🙂
Rowan Atkinson yang lebih dikenali sebagai Mr.Bean adalah seorang pemegang phd
Oleh kerana branding yang digunakan untuk mendekatkan dengan penonton, maka, di media, Mr Bean tidak menggunakan “Dr. Rowan Atkinson” A lesson saya pelajari dari Mr Bean!
Jadi, lepas ini, penampilan saya adalah “Irfan Khairi” sahaja!. itulah re-branding saya. Seperti asal 2 tahun lalu So, jangan ketinggalan!
Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis
Saya akan gunakan peluang yang ada untuk mendekatkan lagi mindset jutawan kepada pendengar-pendengar melalui “JUTAWAN!”, selaras dengan minat saya dalam, membuka kunci kemampuan diri pendengar dalam mencapai kejayaan, kekayaan & kesejahteraan!
Terima kasih kepada Radio24 kerana memberi peluang ini kepada saya, terutama Sheikh Raffi- one of the most creative person in the media/broadcasting industry I have met!
Cayalah! (oh ya! “Cayalah!” akan jadi tag line saya!)
ps: Perasan tak, saya di studio Astro Awani secara LIVE setiap Khamis 11.30am di Wanita & Wang (channel 123 astro) ! lepas tu, terus cabut ke studio Radio24 untuk rancangan secara LIVE JUTAWAN! juga! wah. Sibuk macam PM 🙂 bagi mereka yang mengikuti WW bersama Irfan Khairi, jangan lupa pula untuk dengar talk-show saya di radio24!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Hello there..im actually a student a private university.Currently im doing a research on Online Purchasing Behavior among students.
I accidentally came across your blog when i was figuring out of whom i should interview for my research paper. I am actually looking for people to be interviewed and thought u might be the right person.Is it possible for me to conduct a face to face interview with u?
Thanx
DeLL
hye doc,i’m a form6 student and we were ask to do some assignment regarding to your success.but the problem is i can’t find your biodata…can you give me your biodata,where you were born,what’s your birthday and so on.sorry for interupting you.(^_^).
Irfan,
For E-commerce business do we need to have a formal company registered with SSM or anyone can do the business under multimedia act?
irfan,
i’m doing advertising+networking biz,so can i have some advise from u how to convince people tht e-comerce is a promising income for them?
assalamualaikum dr..
sy de wat bisnes online..
networking la an..
pmintaan sy same gak la cm rose nie..
bley bg x..
bnyk lg bgus..
saya nak tanya, saya nk buat e-book adakah bagus jika saya membuat e-book dengan berjudulkan how to be rich like bill gates..dan macam mana nak membuat sistem autoresponder..apakah cadangan dr
salam,..,.ne Doc,.,saya pelajar ums,.,.,klu kmi ambil Doc sebagai pencerama,.,.,berapa ya bayaran Yg Doc maw tuk BG Ceramah di sini,,Saya mmg kagum gan Docla
assalamualikum,,
saya ingin mengetahui business profile doc untuk assigment kami yang mengkaji tentang tokoh usahawan yang berjaya
Salam,
Bro Irfan,
I am writing this letter as a Central Coordinating Center for Family Development and Social Development of Islam Kelantan state, Malaysia under The Religious Department of Kelantan, Malaysia. This center is run by government and volunteers who perform volunteer work for social development. We are thinking to invite you for a charity speech to motivate the youth and the public. I look forward to hear from you soon for my further step.
Best regards,
Hasnan Ramli
salam…sya nak buat asgment tntg encik..apakah sumbangan encik pada ngara????
dan..penglibatan dalam perniagaan…???
ya salam bolihkah saya mengikuti seminar dengan IK walaupun umur saya dah 54 tahun.Kalo saya nak belajar apakah saya perlu ada lap top atau apaapa yang patut diperlukan?dan berapakah bayaran untuk mengikuti kursus dan berapa hari kena belajar.?tq