9 Sebab Mengapa Saya Suka Dubai…

Sekiranya anda ingin bawa perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi ke Dubai, pada bulan November ini, saya akan kendalikan satu lawatan Packaged Tour di Dubai yang dinamakan “Destinasi Dubai”. Pakej percutian ini, untuk individu atau keluarga bukan sahaja akan membawa anda ke tempat-tempat menarik di Dubai, tetapi juga akan diadakan sesi khas bersama saya kongsikan strategi cara bagaimana anda juga boleh membawa perniagaan anda ke Dubai! Klik di sini untuk pakej percutian khas DestinasiDubai.com dan jumpa anda di Dubai!

*********

Ketika saya menulis ini, saya berada di villa saya di Dubai. Kini, saya menjalankan program perniagaan Internet saya di dua benua. Menjalankan Open Education Malaysia, di pusat latihan saya di Mutiara Damansara, serta IK Institute of Business di Dubai. Setiap bulan saya akan berulang-alik Dubai-Malaysia untuk bersama peserta-peserta program saya di dua benua!

Pada perkongsian saya yang lepas, saya telah kongsikan tentang hijrah saya ke Dubai. Kali ini, saya ingin kongsikan pula 9 sebab mengapa saya suka DUBAI. Mana tahu, ada rezeki berjumpa dengan anda di sini pula…

1. Bandar yang canggih tetapi azan di mana sahaja

Dubai adalah bandaraya yang sangat canggih. Mana tidaknya, kita pun pernah nampak di sinilah banggunan tertinggi di dunia, hotel termewah di dunia, taman tema indoor terbesar di dunia, kereta polis mewah seperti lamborghini dan ferrari dan pelbagai lagi kecanggihan dunia.

Namun, apa yang menariknya adalah, ketika masuk waktu solat, seruan azan akan dilaungkan di mana-mana sahaja. Di kesemua pusat membeli belah, lapangan terbang, taman tema, dimestikan memainkan seruan azan setiap kali. Di Dubai juga terdapat lebih 1,000 masjid, disesetengah tempat, dari satu masjid boleh nampak masjid yang lain.

2. Pendapatan purata adalah RM21,000

Mengikut laporan majalah Business Gulf, pendapatan purata di UAE adalah RM21,000 sebulan. Di Dubai, ianya adalah lebih tinggi ada laporan mengatakan lebih RM45,000. Di bandingkan dengan Malaysia RM4,500.

Oleh kerana pendapatan yang tinggi ini, ia membuka peluang perniagaan untuk usahawan seperti saya oleh kerana disposable income di Dubai adalah tinggi. Memudahkan lagi keputusan membuat belian pada harga yang tinggi.

Ada juga yang kata, memang pendapatan di Dubai adalah tinggi oleh kerana kos hidup di Dubai juga mahal. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat, dan saya akan kelaskan selepas ini…

3. Dubai MAHAL? Tak semestinya…

Ramai yang fikirkan kos hidup di Dubai adalah tinggi. Ada benarnya, tetapi ini adalah jika anda melihat kos hidup yang mewah. Tentunya mahal. Pergi ke hotel atau pusat membeli belah 5 bintang memanglah mahal. Pergi beli belah di tempat-tempat pelancongan pastinya mahal. Pada mulanya, saya pun tak tahu. Tetapi, sekiranya kita tahu di mana perlu membeli barang, di mana perlu makan, dan amalkan gaya hidup bijak belanja, Dubai tidaklah mahal seperti mana yang kita fikirkan.

Sebagai contoh…

  • Minum teh dan roti canai di kedai mamak harga dalam lingkungan RM4.00
  • Makan nasi goreng cina di Chinese restaurant (3 pinggan) dalam RM20.00
  • Mc Donalds punya meal (burger + fries + air) dalam RM14.00

Ok… saya akui, mahal sedikit berbanding dengan Malaysia, tetapi mahal dalam 10-15% sahaja. Jangan lupa, bandingkan dengan pendapatan purata yang disebutkan sebelum ini yang 5-10 kali ganda dari Malaysia. Tapi tak lupa pula ada juga yang lebih murah di sini…

Maksud saya, tak perlu makan di tempat-tempat mahal. Banyak juga tempat yang murah jika kita tahu dan pandai cari.

Petrol adalah murah di Dubai (walaupun tak banyak stesen minyak)

Kereta Jaguar 2 pintu ini berharga RM250,000 di Dubai. Di Malaysia harganya adalah RM900,000. Hampir 4 kali ganda!

Kereta adalah murah di Dubai. Contoh, Jaguar F Type Coupe berharga RM250,000 di Dubai, tetapi di Malaysia RM900,000. Tak masuk akal juga harga kereta berbeza sebegini. Sebab itu di Dubai polis pun gunakan kereta mewah!

Juga di sini tiada GST. Jadi barangan tidak menjadi mahal 🙂

4. Komuniti orang luar (Expat)

Salah satu keputusan perniagaan yang membuatkan saya memilih Dubai sebagai pusat perniagaan saya adalah kerana komuniti expat di sini. Sebenarnya, di Dubai, hanya dalam lingkungan 15% sahaja orang Arab. Jalan ke mana sahaja bukan mudah melihat orang Arab (melainkan di tempat2 mewah!) lebih ramai orang dari negara lain yang mengambil keputusan tinggal di Dubai seperti mereka dari barat, Eropah, Asia, Russia dan lain-lain.

Malahan pelanggan consulting saya, bukan orang Arab pun. Kebanyakan mereka adalah orang Eropah. Dan apabila saya berjaya dapat meningkatkan jualan untuk perniagaan mereka dan mereka berpuas hati dengan hasil kerja consulting yang saya lakukan, maka, mereka akan recommend saya kepada kenalan mereka di Eropah dan serata dunia lain. Secara instant, perniagaan saya mencapai tahap global dengan lebih pantas!

5. Dubai di tengah-tengah dunia

Tak kira di mana pun kita berada pastinya kita di tengah dunia! 😉 Tetapi sekiranya kita melihat peta dunia, sememangnya Dubai merupakan lokasi yang sangat strategik dari segi logistik untuk ke mana sahaja serata dunia. Tidak kira untuk menjalankan perniagaan global, ataupun bagi yang berminat untuk melancong, Dubai adalah lokasi yang sangat strategik.

Pertama kali melihat peta ini di dalam majalah kapal terbang Emirates membuka mata dan minda saya kepada peluang perniagaan global di Dubai

Infrastruktur pengangkutan udara di Dubai juga adalah antara yang paling canggih di Dunia membuatkan travelling ke serata dunia lebih mudah dan pantas seperti mana diperlukan untuk perniagaan saya.

6. Undang-undang yang ketat!

Bagi mereka yang suka melanggar undang-undang, harapnya bukan anda yang sedang membaca ini! Dubai BUKANLAH tempat untuk mereka.

Di UAE, undang-undang adalah sangat ketat. Sebagai contoh, bawa kereta melebihi speed limit akan kena saman RM1,000+ dan tak boleh lagi di kurangkan. Perniagaan yang memberi “cek tendang” akan dipenjarakan. 3 kali di penjara, akan di buang negara. Penjenayah pastinya akan dikenakan hukuman yang sangat berat (sedangkan beri cek tendang pun akan dipenjarakan, apatah lagi mencuri dan menyamun).

Dan ini juga membawa saya ke point seterusnya…

7. Dubai adalah SELAMAT!

Laporan World Economic Forum 2017 baru-baru ini melaporkan UAE adalah negara ke-2 yang paling selamat di Dunia. Pertama adalah Finland. Malaysia di tangga ke berapa? Saya pun tak tahu kerana WEF hanya menyenaraikan top 20 sahaja dan Malaysia tiada dalam senarai 🙁

Rumah di sini tidak perlu memasang gril oleh kerana tiada kes kecurian berlaku. Ada juga mereka yang tidak mengunci pun pintu rumah. Pernah beberapa kali saya tertinggal barang di dalam teksi, di pusat membeli belah, dan di kawasan awam. Setiap kali, barangan tersebut dapat kembali!

Pernah saya membeli jam tangan untuk isteri dan tertinggal di dalam Tram (macam LRT). Tak sampai 1 jam kemudian, pihak pengangkutan itu menelefon saya mengatakan saya tertinggal jam tangan dan mereka akan pegang sehingga saya ambil semula! Pernah tertinggal kamera di dalam teksi juga dan ia telah dilembalikan. Oh satu lagi… di Dubai, boleh tinggalkan laptop dalam kereta. Kalau di Malaysia saya tak berani 😉

Kes gangster, pukul, samun, pembunuhan, rompakan sangat-sangat kurang kita dengar di Dubai. Wanita boleh berjalan seorang diri di waktu malam tanpa rasa takut.

8. Banyak tarikan hiburan… dan ilmu!

Bagi mereka yang minat dengan hiburan, Dubai juga merupakan pusat hiburan. Bagi saya, yang minat dengan menonton movies, Dubai sering mendapat lawatan dari artis-artis antarabangsa. Baru-baru ini, Will Smith melawat Dubai untuk mempromosikan movienya. Boleh dikatakan setiap miggu ada sahaja aktiviti hiburan antarabangsa. Tak silap saya beberapa hari lagi Justin Beiber pula menjalankan concertnya di sini.

Juga sering diadakan pesta-pesta yang pelbagai untuk mereka yang ingin berhibur. Bukan lah saya, tetapi bagi orang lain.

Saya lebih berminat oleh kerana bukan sahaja hiburan, tetapi acara-acara dunia yang berkaitan dengan perniagaan juga sering di bawa ke Dubai seperti Global Islamic Economic Summit saya tak lepas 2 tahun berturut-turut. Tahun ini akan diadakan pada hujung tahun. Sekiranya anda usahawan dan ingin membawa perniagaan anda ke peringkat global, acara ini anda mesti hadir! InshaAllah boleh jumpa saya nanti 😉

9. Tiada cukai. Tax free. Free zone!

Dan cakap mengenai perniagaan, inilah antara punca utama saya memulakan perniagaan di Dubai. Tiada cukai perniagaan!

Dubai membuka kawasan-kawasan yang dikenali sebagai “Free Zone” di mana untuk mengalakkan usahawan-usahawan global menjalankan perniagaan. Termasuklah saya! Sebagai perniagaan, sememangnya merupakan satu kelebihan dan kemudahan sekiranya tidak membayar cukai. Maklumah, kos perniagaan pun dah tinggi, apa lagi sekiranya dikenakan 25% cukai perniagaan bukan?

Apabila menjalankan perniagaan saya di sini, IK Institute of Business dan juga perniagaan consulting dan syarikat software saya, saya mendapat pelepasan cukai. Tidak dinafikan, apabila tidak perlu membayar cukai, maka untung adalah lebih lagi. Dan bila untung lebih, lebih banyaklah dapat kita menyimpan dan memberi kepada keluarga dan gaya hidup.

Perniagaan mana suka membayar cukai bukan? 😉

Jadi,  inilah antara 9 sebab mengapa saya suka kan Dubai dan memilih untuk menjalankan perniagaan dan berpindah ke sini…

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, InshaAllah masih akan berulang-alik ke Malaysia untuk menjalankan program perniagaan Internet saya di sana.

Tidak kira di mana sahaja kita berada di dunia, kini, dunia umpama semakin kecil. Perniagaan boleh dijalankan di mana-mana sahaja. Mudahan dari perkongsian saya kali ini, dapat membuka minda anda bukan sahaja mengenai Dubai, tetapi minda dari segi betapa luasnya rezeki Allah swt di mana sesiapa sahaja boleh mendapatkannya sekiranya mereka mahu dan berusaha.

Apa yang penting, ianya bermula dari minda. Sekiranya minda mengatakan anda boleh, maka saya pasti anda juga boleh mencapai apa sahaja yang anda impikan!

Sekiranya anda ingin bawa perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi ke Dubai, pada bulan November ini, saya akan kendalikan satu lawatan Packaged Tour di Dubai yang dinamakan “Destinasi Dubai”. Pakej percutian ini, untuk individu atau keluarga bukan sahaja akan membawa anda ke tempat-tempat menarik di Dubai, tetapi juga akan diadakan sesi khas bersama saya kongsikan strategi cara bagaimana anda juga boleh membawa perniagaan anda ke Dubai!

Sekiranya anda berminat untuk mengembangkan sayap perniagaan anda ke peringkat antarabangsa, apa kata jadikan Dubai sebagai DESTINASI.

Klik di sini untuk pakej percutian khas DestinasiDubai.com dan jumpa anda di Dubai!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “9 Sebab Mengapa Saya Suka Dubai…

  1. Terima kasih IK kerana share 9 perkara ini, infomasi yang menarik, dulu saya tak tahu pun semua ini. Suatu hari nanti saya akan ke Dubai juga, sebab saya ada kawan tinggal di sana dengan familynya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.