Category Archives: Simpan Challenge

Simpan Challenge di Awani Pagi, Astro Awani

Rabu lepas, saya & Abang Abu di Astro Awani pula kongsikan mengenai Simpan Challenge di Astro Awani di Awani Pagi.

Simpan Challenge adalah program untuk menggalakkan masyarakat menyimpan. Sering saya katakan bahawa, kekayaan bukanlah berapa banyak pendapatan kita, tetapi, sebenarnya berapa banyak kita dapat simpan. Insyaallah Simpan Challenge yang akan dijalankan dari 1hb November – 30hb November dapat memberikan tip & strategi menyimpan RM1,000 dalam masa 30 hari tak kira di mana tahap kewangan anda 😉

Berikut adalah rakaman Awani Pagi, Astro Awani sekiranya anda terlepas…

Bahagian 1: Simpan Challenge, Awani Pagi

Bahagian 2: Simpan Challenge, Awani Pagi

Simpan Challenge di MHI, TV3

Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni 😉

BERITA TERKINI!

Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk Dato”â„¢ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato”â„¢ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!

Simpan Challenge 2009

Wah.. hampir seminggu juga saya cuti beraya 😉 Kini mula ramai pulang dari kampung masing-masing…

Suka saya umumkan satu kempen yang bakal dijalankan bernama “Simpan Challenge” pada bulan November ini. Kempen Simpan Challenge bertujuan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai tabiat menyimpan.

Sebenarnya, menyimpan mempunyai “seni” dan strateginya tersendiri. Ramai yang menganggap, menyimpan sekadar menahan diri kita dari berbelanja. Sebenarnya, ianya lebih daripada itu yang bakal dikongsikan ketika bulan “Simpan Challenge”

simpan-small.jpg

Matlamat “Simpan Challenge” mudah sahaja, iaitu memberikan tip dan strategi yang praktikal bagaimana anda boleh menyimpan RM1,000 dalam masa 1 bulan. Mudahkan?

Insyaallah hari Selasa ini saya, dan pengasas Simpan Challenge, Abang Abu (daripada ebook mentor Jutawan) akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai Simpan Challenge ini di MHI, TV3. Alhamdulillah, walaupun Simpan Challenge masih lagi diperingkat awal, tetapi telah pun mendapat kepercayaan berbagai pihak terutamanya media.