Category Archives: Tip Kewangan

Beli kereta guna duit orang…

Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).

Konsepnya begini…

Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit kondo menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian kondo, basic furnitures etc…)

2 unit kondo tersebut sewakan dengan keuntungan RM500 satu. In total, dapatlah RM1,000 daripada duit sewa…

Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM100,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit kondo RM1,000 setiap bulan.

Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit kondo lagi tu…

Saya juga menggunakan cara ini 😉

==================

Pengumuman: Taklimat PERCUMA MIBO (Malaysian Independent Business Ownership) akan diadakan pada hari Selasa ini bersamaan 19hb Februari di Klang. Bagi yang ingin mengetahui bagaimana MIBO dapat membantu anda memulakan perniagaan ICT, join kami.

Insyaallah saya akan turut ada di sana sebagai duta MIBO, dan juga tetamu istemewa, ikon jutawan Dato Dr Azman Ching juga akan memberi sokongan! 8.30pm di Kelab Eksekutif Klang (Klang Executive Club- bersebelahan Jusco Bukit Raja). Jumpa di sana!

Duit sen vs duit kertas

Sebab sibuk, tak sedar lak dah lama tak letakkan tip kewangan daripada “Wanita & Wang” di Astro Awani! Macam mana lah boleh terlepas pandang :)…

Tip Kewangan dari WW (walaupun hari ni bukan hari Khamis), khas untuk anda yang susah nak save duit… sampai hujung bulan, sedar-sedar takde duit yang dijimatkan.

Apabila berbelanja, belanja hanya duit ringgit sahaja. Duit sen, jangan dibelanjakan… simpan dalam tabung! Kira menabung la…

Maksudnya, kalau beli majalah Rm6.50, bayar duit Rm10 merah… kedai pulangkan RM3 duit kertas and 50sen duit syiling…

50sen tu, by default, terus masukkan ke dalam tabung.

Kalau pada hari yang sama, nak beli gula-gula harga 20sen, jangan gunakan 50sen syiling yang dalam poket tu. Sebab 50sen tu dah kena masuk ke tabung! Jadi, gunakan RM1 duit kertas…

Baki duit syiling 80sen yang diterima, dimestikan masuk tabung bersama duit 50sen tu tadi 🙂

Dalam erti kata lain, guna duit kertas sahaja… apa sahaja duit syiling, anda simpan dalam tabung.

Kalau tak pernah try ni, cuba-cuba try… khas bagi mereka yang sering dalam keadaan kesempitan wang, cara ini akan menjimatkan berpuluh-puluh RM setiap bulan untuk dijadikan wang pelaburan ASB 😉

ps: Tip ni saya beri ketika episod “Bujang Tak Berduit”. Khas untuk anda yang bujang trang-tang-tang & sedang berjimat untuk berkahwin! 🙂

Erti financially free… kewangan mandiri

Matlamat pertama anda seharusnya adalah untuk jadi financially free… atau kewangan mandiri, atau bebas kewangan (sama je)

Ada juga antara kita tidak mahu jadi jutawan. Kalau tak nak jadi jutawan pun tak mengapa, itu terpulang pada individu. Namun, sekurang-kurangnya anda perlu menjadi bebas kewangan. Apakah maksud bebas kewangan?

Bebas kewangan adalah apabila pendapatan resedual (passive income) kita melebihi perbelanjaan bulanan kita. Dalam kata lain, walaupun kita tak perlu kerja, kewangan kita sudah mencukupi untuk menampung perbelanjaan bulanan.

Contoh, sekiranya kos sara hidup kita sekeluarga adalah RM4,000, kita perlu memiliki pendapatan residual melebihi RM4,000.

  • Mungkin, dalam pelaburan ASB mempunyai RM200,000– ini memberi pulangan pelaburan dalam lingkungan RM1,600 sebulan.
  • Mungkin kita ada menyewa 2 buah rumah, dan satu rumah pendapatan kita adalah RM500 dari sewa sebuah rumah. Maka, pendapatan dari sewa rumah adalah RM1,000
  • Mungkin kita memiliki perniagaan Internet secara automatik yang memberi pulangan RM1,500 sebulan

Dengan 3 pendapatan residual di atas, jumlah menjadi RM4,100 sebulan. Dengan ini, anda telah menjadi financially free, kewangan mandiri atau bebas kewangan! Anda tidak perlu kerja lagi seumur hidup!

Capaikan bebas kewangan terlebih dahulu. Kemudian, perjalanan untuk menjadi jutawan adalah lebih mudah!

ps: Sekiraya anda ingin memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan pendapatan residual/passive seperti di atas, sertai Workshop Jutawan Internet. Jadikan Azam baru anda untuk memiliki perniagaan Internet yang memberi residual income!

“JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali

Semalam berlangsungnya “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” kali ini saya dapat bersama Azizi Ali. Dan di sini gambar kenangan bersamanya di studio Radio24.

azizi_irfan_poster_small1.jpg

Bagi yang terlepas, jangan lupa dapatkan rakaman apabila siap nanti! Rugi siapa tak dengar- terlalu banyak info yang di kongsikan! Gambar di atas untuk print juga akan disediakan!

Sebagai tambahan, berita Radio24 juga telah dikurangkan untuk membolehkan lagi banyak info dikongsikan selama 2 jam rancangan “JUTAWAN!” mulai Khamis baru ini. Yes 🙂

Tip hari ini, amati dan hayati pesanan Azizi Ali:

Life is too short to be ordinary!

Jangan lupa untuk terus menyokong “JUTAWAN!”. Selamat bercuti! 🙂

Pencen tak berduit

Tip saya di segmen WW-bersama Irfan Khairi di Astro Awani hari ini, saya berbincang mengenai “Pencen tak Berduit”.

Baru-baru ini, laporan dalam Utusan Malaysia mengatakan bahawa purata caruman KWSP untuk pencarum adalah RM114,000 seorang selepas mereka pencen. Apaka maksud ini?

  • Secara purata, mengikut jangka hayat 55-75 tahun, pencarum hanya menerima RM475 sebulan!
  • RM475 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM530
  • Sekiranya pencarum melakukan pengeluaran KWSP awal, jumlah ini akan berkurang lagi dan merumitkan kos sara hidup mereka yang pencen!

Jadi apa perlu anda buat?

  • Jangan 100% mengharapkan simpanan KWSP sahaja. Anda perlu menyimpan juga sendiri!
  • Pengeluaran awal KWSP adalah “last resort” sekiranya mesti keluarkan wang sahaja!
  • Mulakan perniagaan atau mula melabur supaya kewangan masa depan kita lebih terjamin 🙂

Mudahan kita tidak pencen tak berduit. Matlamat kita adalah untuk “Retire Rich, Retire Young!”

Simpanan yang tidak dikira

Hari ini di segmen motivasi kewangan saya di WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani, saya menjelaskan mengenai simpanan yang tidak dikira.

Kita tahu bahawa kita harus menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada rezeki kita untuk masa hadapan. Sekiranya pendapatan kita RM2,000, perlu simpan RM200. Sekiranya suami isteri (anggap keduanya berpendapatan RM2,000) maka, simpanan bulanan adalah RM400.

Nak jadi jutawan, agak lama pada kadar pulangan pelaburan 10%- lebih 30 tahun!. Tetapi, perlu ingat 3 faktor yang kita tidak mengambil kira:

  1. Sekiranya makan gaji, gaji akan naik apabila diberi masa melalui pengalaman.
  2. Sekiranya menjalankan perniagaan, pengalaman akan mengajar memaksimakan keuntungan apabila diberi masa.
  3. Sekiranya makan gaji, EPF juga akan menambahkan simpanan & pelaburan kita di masa hadapan.

Sebenarnya, untuk mencapai simpanan RM1 juta, tidak sesukar yang disangka. Hanya perlu menyimpan secara berterusan dan berdisiplin.

Contoh:

Suami isteri yang berpendapatan RM2,000 seorang dan menyimpan/melabur 10% iaitu RM400 setiap bulan, akan berjaya mencecah RM1juta dalam masa 32 tahun (lebih kurang). Tetapi, masanya agak lama!

Namun, apabila di kira EPF, untuk mencapai RM1 juta, ia mengambil masa dalam lingkungan 25-30 tahun. Masih lagi lama!

Tetapi, sekiranya pendapatan mereka bertambah RM200 setahun, dan masih menyimpan 10%, untuk mencapai RM1juta adalah kurang dari 25 tahun!

Kini, mencapai angka 1 juta adalah milik semua, walaupun berpendapatan sederhana – 😉 Mudah kan? But… start saving now!

Aduhai Kad Kredit!

Tip kali ini daripada segmen saya di WW-Bersama Irfan Khairi hari ini di Astro Awani. Saya memberi beberapa tip mengenai Kad Kredit! Ada kad kredit pun susah, takde kad kredit pun susah 🙂

ww1.jpgRamai antara kita mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit! Ini disebabkan, penggunaan kad kredit yang tidak bertanggungjawab menyebabkan hutang keliling pinggang. Apabila ini terjadi, nak buka penyata kad kredit pun malu-malu…

Sering kali, apa yang dilakukan adalah membayar jumlah minimum sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit.

Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai hutang kad kredit, contohnya mempunyai hutang RM5,000, dan hanya membayar jumlah minimum yang tertera setiap bulan…

… ianya akan mengambil lebih kurang 19 tahun untuk melangsaikan keseluruhan hutang anda? Sebagai tambahan, anda akan membayar hampir RM10,000 secara keseluruhan!

Di situlah terjadinya jerat kad kredit… setiap kali anda membayar baki minimum, masih terdapat lagi baki-baki lain yang dikenakan dalam lingkungan 18% interest.

ww2.jpgJadi, berpada-pada dalam menggunakan kad kredit, dan sebolehnya, langsaikan hutang kad kredit secepat mungkin oleh kerana interest kad kredit adalah interest pinjaman yang paling tinggi! 🙂

Jumpa lagi di minggu hadapan di WW- bersama saya!

Goyang kaki – Wang anda berganda 2!

Pagi tadi secara langsung segmen saya di Astro Awani, WW-Bersama Irfan Khairi; siri ke-3.

Anyway, pagi tadi saya memberi tip kewangan mengenai asas pelaburan. Asas pelaburan yang amat penting untuk semua ketahui adalah konsep “compounding”.

Compounding adalah konsep yang paling penting untuk anda fahami dan manfaatkan oleh kerana ia adalah kunci kekayaan & kebebasan kewangan.

Maksud compounding adalah wang yang anda laburkan, dan menerima pulangan pelaburan, akan berkembang dan menerima pulangan pelaburan pada tahun-tahun yang akan datang.

Maksudnya, sekiranya anda laburkan RM100 sahaja pada pelaburan yang memulangkan 10%, RM100 itu akan menjadi RM110 tahun depan. RM121 tahun selepasnya. RM133.10 tahun berikutnya… dan seterusnya.

Dalam masa 7 tahun, pada pulangan 10%, wang anda akan berganda 2.

  • Kalau RM100, sekiranya anda tidak sentuh, akan menjadi RM200.
  • Kalau laburkan RM1,000 dan tidak disentuh selama 7 tahun, ia akan menjadi RM2,000!
  • Bayangkan bagi mereka yang sedia kaya, dan mempunyai RM1 juta. Di biarkan selama 7 tahun, pada kadar pulangan 10% akan menjadi RM2 juta! Ini barulah maksudnya duduk rumah, goyang kaki! :)Ini antara sebab mengapa yang kaya menjadi semakin kaya- mereka memahami konsep penting COMPOUNDING!

Jadi, daripada tip semalam, simpanan anda bulan-bulan 10% tu, laburkannya untuk mendapat pulangan 10% pula. Dan segala simpanan anda akan berganda dua kali dalam masa 7 tahun!

Simpan 10% untuk diri sendiri

Seringkali dalam buku kewangan menyeru kita untuk simpan 10% daripada pendapatan kita. Konsep “Pay yourself first!”

Adakah anda melakukan ini?

Konsep ini pada mulanya datang dari buku klasik The Richest Man in Babylon, yang mengatakan untuk simpan apa sahaja pendapatn harta kita 1/10 bahagian. Zaman kini, kita gunakan 10%.

Bagi mereka yang tidak melakukan ini, lakukan sekarang oleh kerana ia akan membawa anda kepada bebas kewangan dalam tahun-tahun akan datang. Bagi mereka yang tidak melakukan ini, mungkin selama ini terasa, hendak simpan 10% daripada pendapatan amat sukar. Sebab hujung bulan, memang habis semua duit, tak sempat menyimpan pun!

Jadi bagaimana?

Mudah sahaja, sekiranya anda tidak mampu menyimpan 10% dari pendapatan bulanan anda, mula pada 1% sahaja. Sekiranya pendapatan RM2,000, simpan RM20 sahaja. Takkan simpan RM20 tak boleh? 🙂

Sebulan dua kemudian, bila anda sudah selesa dengan menyimpan 1%, naikkan kepada 2%. Menjadi RM40 sebulan. Teruskan sehingga 3%… 4%… berbulan-bulan yang akan datang. Dengan cara ini, dalam 1 tahun, anda akan rasa selesa menyimpan 10% daripada pendapatan anda.

Sekiranya tidak boleh menyimpan 10% kerana terasa amat sukar, tidak mengapa, mulakan dengan 1% sahaja dulu. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Ingat, pay yourself first. Maksudnya, dapat gaji, terus simpankan % tu terlebih dahulu. Kemudian, baki, baru gunakan untuk bayaran2 tanggungan hidup 🙂

Esok saya akan ceritakan bagaimana hendak melipatkali gandakan simpanan anda!

ps: Sedar-sedar Cd Audio Motivasi saya “Wang & Anda” sudah berada di pasaran! Saya pun tak perasan ianya sudah berada di pasaran sejak minggu lepas. Hari ini saya mendapat panggilan mengatakan sudah OUT OF STOCK!

Print pertama kami hanya print 500 sahaja… kesemuanya SUDAH HABIS dikedai dan kini, kami sedang print lagi! Wah… memang tak sangka begitu cepat habis sehingga kami sendiri tak sempat nak jual online 🙂 Terima kasih atas sokongan anda! 

 

Parkinson’s Law dalam kewangan

Ada satu keadaan ini dikenali sebagai “Parkinson’s Law”. Maksudnya dalam perihal kewangan adalah…

Lagi banyak pendapatan kita, lagi banyak perbelanjaan kita!

Ini sememangnya berlaku dan menjadi satu tabiat yang asasi bagi manusia. Betul tak? 🙂 Lagi banyak pendapatan anda, lagi banyak perbelanjaan anda…

Cara untuk mencapai kebebasan kewangan adalah untuk dengan sengaja, melawan tabiat tersebut. Dalam kata lain, kita perlu tangani/violate Parkinson’s Law ni…

Selalunya, bila pendapatan kita RM2,000 sebulan, perbelanjaan kita mungkin pada kereta sederhana, rumah sederhana, makan-minum di restoran, holiday pun dalam negara sahaja…

Tapi, apabila pendapatan kita bertambah, rezeki bertambah menjadi RM5,000 sebulan, sedar-sedar kita akan tukar kereta baru yang lebih mewah, rumah lagi besar mungkin banglow, makan minum diluar pun di hotel, holiday pula ke luar negara!

Itu lah dianya Parkinson’s Law.

Semestinya ia terjadi pada semua orang, termasuk saya sendiri! 🙂 Bak kata anda, kalau pendapatan dah banyak, tak puas lah kalau kita tak guna kan!

Nasihat saya, cuma, berpada-pada bila ada kenaikan rezeki. Sememangnya sering kita tekankan, untuk menyimpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan anda.

Tetapi, perlu ingat, sekiranya pendapatan meningkat, % simpanan juga perlu meningkat untuk mengelakkan Parkinson’s Law. Mungkin ketika pendapatan RM2,000, anda boleh simpan RM200 (10%). Tetapi, sekiranya pendapatan RM5,000, jangan pula masih di 10%, tetapi, naikkan simpanan kepada 20% (RM1,000).

Dengan cara ini, anda masih lagi dapat menggunakan kewangan anda yang meningkat dan memuaskan hati anda (RM4,000), serta, menyimpan dengan lebih banyak dan melawan Parkinson’s Law (RM1,000)! 🙂