Category Archives: Tip Kewangan

Minda Kaya vs Minda Miskin (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Minda Kaya vs Minda Miskin (Bahagian 1)”]

Apa yang terjadi kepada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ini songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati dengan apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

 

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Ada pepatah berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys.”

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri dengan mereka yang berjaya. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya juga- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya tetapi, maksud saya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

minda kreatif

Kreatif? Bagaimana kalau kita tidak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik.” Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif.” Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga sering kali, halangan di hadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, dikatakan tidak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisien– itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan di manakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya di tangan empunya diri- pilihannya di tangan empunya minda- iaitu diri kita sendiri!

Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 2)

[Bersambung dari “Di Manakah Tahap Kewangan Anda? (Bahagian 1)”]

bebas kewangan

#3: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Ini adalah matlamat bagi ramai antara kita. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Ertinya sekiranya anda berada di tahap ini adalah – anda bebas untuk membuat pilihan untuk bekerja ataupun tidak! Anda mempunyai simpanan atau pun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda sekeluarga sampai bila-bila!

Tahap ini, anda tidak perlu kerja lagi (atau menjalankan perniagaan). Namun begitu, ramai yang berada di tahap ini, masih lagi meneruskan karier atau perniagaan kerana berasa seronok melakukannya. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan sukarela.

Tip untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik, contoh seperti menyewa rumah, membina perniagaan yang dikendalikan secara automatik (perniagaan Internet) atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus).

#4: Tahap Tersangat kaya (Ultra Rich)

Tahap ini paling sedikit yang mencapainya… boleh dikatakan teramat sedikit. Mereka ini adalah dari golongan yang mempunyai wang yang banyak sehingga tak terpakai wang yang dimiliki. Mereka boleh derma beratus ribu ringgit atau berjuta kepada badan-badan kebajikan yang dipilih… nama–nama seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari, Tan Sri Daim Zainuddin, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dan Tan Sri Ananda Krishnan adalah tokoh-tokoh perniagaan yang  berada di dalam tahap ini.

Mereka semua memiliki perniagaan besar-besaran yang dikendalikan oleh beribu-ribu orang pekerja. Oleh yang demikian wang yang dimilikinya adalah berlebihan dan tidak terbelanja sehingga ke akhir hayat.

Namun  begitu, keadaan ini tidak pula membuatkan mereka berhenti  daripada melakukan kerja dan menjalankan perniagaan kerana, bagi mereka yang berada di dalam keadaan kewangan yang kukuh ini, mereka seringkali  melakukan tugas  lantaran  minat dan bukan semata–mata kerana wang!

Jadi, sekali lagi ingin saya tanyakan, “Di manakah tahap kewangan anda sekarang ini dan ke manakah hala tuju matlamat kewangan anda?  – Tepuk dada, tanya selera!

Akhir kata, Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi.

Tahap kewangan selamat atau tidak. Anda di mana?

Terdapat dua tahap kewangan sama ada Tahap Kewangan Selamat, atau Tahap Kewangan Tidak Selamat. Anda di mana?

Sama seperti di dalam mencapai apa sahaja matlamat, kita perlu ketahui di manakah kedudukan kita kini untuk mencapai matlamat tersebut. Dalam kata lain, untuk sampai ke point B, kita perlu ketahui di mana point A.

“Di manakah tahap kewangan anda, adakah ianya pada tahap selamat ataupun tidak selamat?”

tahapkewangan

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan terbaru. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran]

Pastinya semua orang mengimpikan untuk mencapai keadaan bebas kewangan ataupun, lebih daripada itu! Jadi, artikel saya kali ini, adalah untuk anda cerminkan kedudukan anda sendiri dari segi kewangan. Berikut adalah empat tahap kewangan tersebut. Cuba renungkan seketika, di manakah tahap kewangan anda?

 #1: Kewangan tidak selamat (Financially not secure)

Keadaan ini adalah apabila jika anda tidak mempunyai simpanan sedikit pun. Dalam erti kata lain, sekiranya ada pun simpanan, anda hanya mampu menyara hidup anda dan keluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok, sebulan sahaja anda akan dapat hidup tanpa mengubah gaya hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapa pun. Boleh diumpamakan sebagai kais pagi makan pagi… kais petang makan petang. Zaman moden ini, seumpama kais bulan ni, makan bulan ini… kais bulan depan, makan bulan depan.

Masalahnya, ramai antara kita berada dalam keadaan yang tidak selamat ini. Bayangkan sekiranya tempat anda bekerja terpaksa melepaskan anda esok. Cukupkah simpanan yang anda ada untuk menyara hidup anda dan keluarga selama satu bulan? Sekiranya tidak, maka, perlu bunyikan siren amaran bahawa tahap kewangan anda sebenarnya, TIDAK SELAMAT!

#2: Kewangan Selamat (Financially secure)

Ini adalah pilihan yang lebih baik. Ertinya, jika anda berhenti kerja (atau diberhentikan) anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga anda selama 6 bulan. Sekiranya anda berada dalam tahap ini, tahniah! kerana tidak ramai yang berada di sini.

Enam bulan adalah jangka waktu yang logik untuk seseorang itu mendapatkan kerja lain atau memulakan perniagaan untuk menyambung pendapatan sara hidup. Matlamat utama anda sekiranya anda berada di tahap #1 adalah untuk mencapai tahap ini… cukupkah simpanan anda untuk menyara 6 bulan hidup anda dan keluarga – tanpa perlu bekerja!

Bagaimana hendak mencapai keadaan ini? Dengan mengamalkan tabiat menyimpan sekurang–sekurangnya 10% pendapatan anda. Sekiranya anda merasakan ianya sukar untuk anda menyimpan 10% daripada simpanan anda, tidak mengapa. Mulakan dengan 2%. Pastinya anda boleh simpan 2% daripada pendapatan anda, bukan?

Dengan bermula pada hanya 2%, anda akan menanam tabiat menyimpan, dan merasakan ianya mudah untuk menyimpan 2%. Apabila selesa dengan 2%, tambahkan simpanan kepada 4% sehingga anda merasa cukup selesa, dan seterusnya tingkatkan, dan tambahkan sedikit demi sedikit, 6%, 8% sehingga 10%.

Cara memperbaiki keadaan kewangan ada 2 sahaja sebenarnya. Iaitu, dengan cara mengurangkan perbelanjaan dan juga menambahkan pendapatan, antaranya adalah dengan cara menambahkan pendapatan sampingan melalui perniagaan online. Program 6 bulan saya Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial membolehkan pembelajaran dewasa secara part time, disamping menjana pendapatan melalui menjalankan perniagaan serentak.Klik di sini untuk sertai pengambilan terbaru program yang telah melahirkan ramai usahawan Internet dari rumah ini.

 

ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 2)

 

[Bersambung dari “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 1)”]

 

MELABUR PADA LEBIH SATU PELABURAN

pelaburan

Apabila melabur pula, bukan sahaja melabur pada satu akaun pelaburan, tetapi, melaburkan juga pada beberapa akaun pelaburan yang lain  untuk memastikan untung atau rugi disebarkan. Aliran pendapatan juga turut berganda dengan pelbagai akaun pelaburan yang dimulakan.

Ramai juga yang memiliki perniagaan, dan melaburkan keuntungan mereka dengan membeli hartanah kemudian menyewakan hartanah tersebut untuk memperolehi lebih keuntungan. Bukan lagi rahsia bahawa industri hartanah telah melahirkan paling ramai jutawan sejak dahulu kala lagi sehingga kini.

Sebagai tambahan, bidang hartanah juga, boleh menjadi punca pendapatan berganda apabila melabur kepada beberapa hartanah dan bukan hanya pada satu sahaja!

Pepatah Inggeris berbunyi “Don’t put all eggs in one basket” – Jangan letakkan kesemua telur dalam bakul yang sama. Ini kerana, sekiranya bakul yang dibawa terjatuh maka, kesemua telur akan pecah. Maksudnya, dengan membawa satu bakul sahaja ia umpama bergantung hanya kepada satu sumber pendapatan sahaja.

Dengan mempunyai punca pendapatan yang lain, kita akan dapat memperolehi aliran pendapatan yang berganda. Sekiranya si kaya mempunyai 5 punca pendapatan, di mana setiap daripadanya dapat memperolehi RM3,000 setiap bulan. Jumlah pendapatan kesemuanya akan menjadi RM15,000. Sekiranya mempunyai 10 punca pendapatan, maka, pendapatan bulanan si kaya menjadi RM30,000.

Fikirkan bagaimana anda boleh gandakan pendapatan anda ketika ini. Fikir bagaimana anda boleh membuka lebih banyak pili pendapatan untuk menghasilkan aliran pendapatan yang lebih deras seperti si kaya!

Salam Inspirasi Kejayaan dari saya,

Irfan Khairi.

ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 1)

 

Apakah sebenarnya rahsia si kaya? Apakah persamaan yang terdapat pada mereka yang kaya raya? Apakah strategi dalam menambahkan pendapatan mereka?

Jawapannya adalah aliran pendapatan yang berganda atau bak kata orang putih, “Multiple Streams of Income.”

Aliran pendapatan berganda bermaksud, tidak bergantung kepada hanya satu punca pendapatan sahaja. Sekiranya anda mempunyai satu punca pendapatan sahaja, apakah yang akan terjadi andainya punca pendapatan tersebut terhenti?

Sebagai contoh, jikalau anda sedang bekerja dengan satu syarikat, dan kemudian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, syarikat tersebut terpaksa memberhentikan anda. Apakah yang akan terjadi dengan aliran pendapatan anda?

Sudah tentunya akan turut terhenti. Bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anda. Sekiranya anda bekerja makan gaji, atau menjalankan satu jenis perniagaan sahaja, apa akan terjadi sekiranya pendapatan anda daripada satu punca tersebut terhenti? Berapa bulan anda dapat menampung kos kehidupan anda dengan simpanan yang sedia ada?

Bagi kebanyakan di antara kita, apabila melihat kepada senario ini, jawapannya amat mengejutkan. Mungkin wang simpanan yang kita ada hanya mampu menampung perbelanjaan untuk kurang lebih dari tiga bulan sahaja kos kehidupan kita seterusnya.

aliran pendapatan berganda

Aliran pendapatan berganda adalah apabila anda mempunyai pelbagai punca pendapatan.

Bayangkan sebuah singki yang mempunyai satu pili. Sekiranya anda membuka pili tersebut pada arus yang deras, oleh kerana ada lubang aliran keluar di dasar singki tersebut, maka air akan tetap keluar dan tidak dapat memenuhi singki itu.

Tetapi, bayangkan anda mempunyai singki yang mempunyai empat pili. Sekiranya keempat-empat pili tersebut dibuka dengan deras, walaupun terdapat lubang aliran keluar di singki itu, tidak lama nanti, seluruh singki itu akan dipenuhi air sehingga melimpah–limpah.

Bayangkan juga setiap pili tersebut adalah punca pendapatan anda. Air yang mengalir adalah wang dan lubang di dasar singki itu adalah perbelanjaan harian anda.

Bagaimanakah caranya untuk menambahkan wang anda? Adakah dengan hanya bergantung kepada satu pili sahaja? Ataupun menggunakan empat pili supaya mendapat pendapatan yang berlimpah–limpah?

Aliran pendapatan yang berganda diamalkan oleh ramai golongan kaya. Mereka tidak hanya bergantung kepada satu punca pendapatan. Bagi usahawan yang berjaya, mereka tidak hanya bergantung kepada satu perniagaan sahaja malah, mereka memulakan beberapa jenis perniagaan untuk menghasilkan untung yang berlipat–ganda.

Sebagai tambahan, untung dari perniagaan itu pula dilaburkan untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih lumayan. Ini menambahkan lagi aliran pendapatan yang sedia ada.

 

[Bersambung di “ALIRAN Pendapatan Berganda (Bahagian 2)”]

 

 

Artikel Kewangan: Masa untuk jadi KAYA – Bahagian 2

[Sambungan dari bahagaian 1]
Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Walaupun Lili menyimpan hanya RM400 sebulan, manakala kembarnya Didi menyimpan RM700 sebulan, oleh kerana Lili mula menyimpan 5 tahun lebih awal, jumlah yang dimiliki adalah lebih tinggi lagi apabila keduanya berumur 45 tahun walaupun simpanan bulanannya adalah jauh kurang.

Masa memainkan peranan yang amat penting dalam pulangan pelaburan. Lebih lama wang disimpan dan dibiarkan mengembang oleh pulangan pelaburan, kenaikannya akan menjadi mendadak. Konsep ini dikenali sebagai pulangan kompaun (compound returns).

time-is-money.jpg

Pastinya anda pernah dengar istilah “yang kaya semakin kaya” bukan? Antara sebabnya adalah, mereka yang kaya, faham tentang konsep pulangan kompaun ini. Sekiranya sejumlah wang dilaburkan pada pulangan 10% setahun, dan jangan diusik selama 7 tahun, wang tersebut akan berganda dua! Ertinya, sekiranya seorang jutawan memiliki RM1,000,000 yang tidak disentuh, dan diberi pulangan pelaburan 10% setahun selama 7 tahun. Wangnya akan menjadi RM2,000,000- tanpa perlu melakukan apa kerja sekali pun!

Tidak kira, jutawan atau tidak, pulangan kompaun ini akan terjadi pada sesiapa sahaja yang memahaminya. Dan lebih banyak masa yang diberikan, lebih besar wang kita akan berkembang. Lebih awal anda menyedari hakikat ini, maka, lebih baik untuk anda mulakan sekarang!

Artikel Kewangan: Masa untuk jadi KAYA – Bahagian 1

“Masa” memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.

time_is_money.jpg

Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca blog ini ;). Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang,  simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.

Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.

[bersambung di bahagian 2]

Wang bukan segalanya! (Bahagian 2)

Jadi, persoalannya adalah apakah matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunya matlamat kewangan, ia akan memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi untuk menang bila tiada tiang gol.

Pelbagai strategi yang kita perlu pelajari mengenai wang seperti cara menjana wang, cara melabur wang, cara menggunakan wang untuk dapatkan wang, cara kongsi dan sedekahkan wang kita dan sebagainya supaya hidup kita lebih bermakna dan kita dapat rasa bahagia dalam jiwa.

Dimanakah anda lihat keadaan kewangan anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat kewangan yang lebih tinggi?

jadual.jpg

Bagaimana pula gambaran kewangan anda 3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang? Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan kearah yang jauh lebih baik?

Semua ini memerlukan strategi dan strategi bermula dengan matlamat anda hari ini. Ambil pen dan kertas, tuliskan matlamat kewangan anda. Apakah matlamat kewangan jangka pendek anda, dan apakah matlamat jangka panjang anda.

98% dari orang dewasa tidak mempunyai matlamat kewangan. Jangan jadikan anda sebahagian dari statistik ini oleh kerana mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat dan strategi mencapai matlamat tersebut. Jumpa anda minggu hadapan ““ wang anda, kuasa anda!

Wang bukan segalanya! (Bahagian 1)

Saya pernah dengar seseorang meluahkan “Wang bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Ada betulnya juga kenyataan itu. Sememangnya kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan, tetapi, tidak dinafikan, wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita.

Minggu lepas saya telah kongsikan mengenai persepsi negatif dalam diri kita sendiri terhadap wang mengakibatkan kita sendiri “takut” dengan wang, takut berbincang mengenai wang dan sehingga takut menjana wang yang berlebihan.  Sehingga perkataan “berlebihan” itu sendiri sahaja memberi gambaran yang negatif!

money-sky.jpgBagaimana caranya menangani ini? Caranya dengan mengenali wang kita. Bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Bila kita kenal wang, maka kita akan cinta wang. Kita akan lebih mengenali wang apabila kita mempelajari teknik dan juga strategi kewangan untuk diaplikasikan pada diri sendiri.

Kebanyakan teknik dan strategi wang adalah mudah. Setiap minggu saya akan bersama anda di ruang Wang Anda di Malajah M memberi strategi, teknik dan tip kewangan yang praktikal!

Ramai antara kita, tidak mempunyai strategi dan matlamat kewangan. Sama ada matlamat kewangan kita jangka pendek, seperti apakah sasaran kewangan kita pada tahun ini? Sehingga matlamat yang lebih panjang seperti sasaran kewangan kita 20 tahun akan datang.

Ada juga yang mengatakan, prioriti utama hidup bukanlah pada wang, atau matlamat hidup bukan mengejar wang. Saya amat hargai konsep tersebut, tetapi,  walaupun ia bukan prioriti utama, wang tetap memainkan peranan dalam hidup anda. Oleh itu, mengetahui strategi kewangan pastinya dapat membantu gaya hidup kita. (Bersambung di bahagian 2)

Bagaimana Hendak Jadi Kaya? Bahagian 2

Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi “Eh! tak baik cakap pasal wang”, “Eh! buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur”, “Eh! nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata”. Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.

Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?

nomoney.jpg

Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari ““ kita tidak mahu kaya!

Mulai minggu ini saya akan berikan anda strategi, teknik dan tip kewangan untuk menguasai kewangan anda. Sebelum itu, fikirkan apa yang telah saya kongsikan ini. Adakah anda sendiri telah sabotaj diri anda mengenai kewangan selama ini tanpa anda sedari? Adakah anda mengaitkan elemen negatif kepada wang? Adakah anda dapati sukar untuk meingkatkan keadaan kewangan anda dan tidak tahu mengapa?

Puncanya mungkin pada sindrom “˜tidak mahu kaya”™ yang terbenam dalam minda separuh sedar anda yang selama ini menghalang anda mencapai kekayaan yang anda impikan. Ada lagi beberapa sebab mengapa anda tidak boleh kaya dan saya akan kongsikan dalam minggu-minggu akan datang. Buat masa ini, ketahui bahawa keadaan ini berlaku dalam minda anda dan kesedarannya akan membantu anda mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit kewangan. Kesedaran adalah kuasa untuk anda mengubahkannya!