Category Archives: REALITY!

Reality blog!

Diari saya minggu ini…

 

 

Bagi anda yang tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya aktiviti mingguan saya, kali ini dalam “Reality” saya akan tuliskan sedikit ringkasan aktiviti saya sepanjang minggu ini 😉

  • Ahad 24hb…

Workshop Jutawan Internet dijalankan di JW Marriott KL! Terima kasih kepada peserta-peserta yang sungguh sporting! Semoga berjaya dalam perniagaan Internet.

Workshop hari ini mendapat liputan daripada akhbar KOSMO. Terima kasih kepada KOSMO kerana memberi sokongan! Workshop Jutawan Internet seterusnya akan diadakan tidak lama lagi. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Isnin 25hb…

Hari ini saya berada di studio Popiah Pictures di Jalan Bukit Bintang untuk menjalankan penggambaran “Nescafe Kick-Start” Musim ke-4! Bagi anda yang tak tahu, ini kali ke dua saya menjadi judge untuk program Nescafe Kick-Start… besar tanggungjawab sebab perlu memilih siapa yang berhak menang RM30,000 dan RM150,000 untuk menjadikan impian mereka satu reality.

Nescafe Kickstart akan mula disiarkan di TV3 minggu hadapan.

Shooting untuk rancangan sebegini agak memenatkan oleh kerana dari pagi sampai ke malam. Makan minum semua di Popiah Pictures. Bersama saya, judges lain adalah Azah 3R, Peter Ong dan host Cheryl Samad. Ucapkan good luck kepada peserta-peserta Nescafe Kick-Start tahun ini… final akan diadakan pada bulan April nanti 😉

Sepanjang hari ini, memang di studio shooting for Kick-Start.

  • Selasa 26hb…

Sepatutnya, pagi ini saya perlu berada di studio Radio24 untuk rakaman “Jutawan bersama Irfan Khairi” Tetamu adalah Dr HM Tuah. Sepatutnya kali kedua Dr Tuah menjadi tetamu ikon jutawan saya… tetapi, last minute pula rancangan dibatalkan oleh kerana baru baru ini, Dr Tuah menjadi peneraju programnya sendiri di Radio 24 bertajuk Seribu Motivasi. Polisi Radio24 pula, tetamu tak boleh dikalangan peneraju program… maka, rakaman jutawan di batalkan.

Rakaman di ubah hari esoknya bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Kali ini, dirancang untuk membuat rakaman temubual melalui telefon oleh kerana Azman Ching sibuk esok!

Sebelah petang pula, terdapat sesi presentation & pitching untuk propose satu documentary dengan sebuah syarikat semi kerajaan di Impiana KLCC. Oh ya… saya juga antara pengarah syarikat milik mantan pengacara TV3, Nizal Mohammad- Nizal dot com Sdn Bhd. Nizal dot com adalah syarikat production & media di mana saya sebagai Digital Content Director. Haa… sekarang anda baru tahu saya pun milik perniagaan lain selain Irfan Khairi Sdn Bhd! 😉

Nizal dot com adalah sebuah production & media house di mana kami focus on producing dokumentari untuk broadcasting dan juga new media. Syarikat milik bersama Nizal, saya sendiri dan Nahar Khan (Nahar dulu2 penulis skrip XXRay dan pengarah siri-siri Kisah Benar dan banyak lagi. Seorang pengarah award-winning- very talented!)

Di Impiana ketika presenting project proposal, dapat lihat pengarah terkenal lain seperti U-Wei (Kaki Bakar) dan produser Raja Azmi (Black Widow) turut sama persembahkan proposal mereka.

Hmmm… berjayakah Nizal dot com dalam presentation proposal kami? Kami pun sedang menunggu jawapannya… doa-doakan ya. kalau menjadi, inilah antara project besar syarikat production kami  😉

  • Rabu 27hb…

Pagi ini saya ke Wisma Bernama, tingkat 15- Radio24 untuk menjalankan sesi recording bersama ikon jutawan Dato Dr Azman Ching. Pertama kali Jutawan melakukan temubual melalui telefon.

Malangnya… sekali lagi terdapat kesulitan. Dah la semalam dengan Dr Tuah tak menjadi, pagi ini juga tak menjadi apabila studio mengalami technical problem! Apabila bersama Azman Ching on air, saya dnegar suaranya… tetapi, beliau tak dengar suara saya.

Kelam kabut panggil krew teknikal bernama… tetapi, masalah tidak dapat settle dalam waktu yang singkat kerana saya & Azman Ching masing-masing punyai urusan yang lain.

Nak tak nak, hari ini, Jutawan di batalkan dan dimainkan rakaman Jutawan dari tahun lepas.

Juga hari ini, berteleconference dengan seorang ikon jutawan Singapura, Abang Abu- pernah menjadi tetamu Jutawan bersama Irfan Khairi Disember lepas kerana ingin menjemputnya ke KL sekali lagi untuk program Jutawan, serta, berita baik bagi kita di KL, untuk promosikan seminar terhangat di pasaran Singapura- MAP UNTUK KAYA kelolaan abang Abu yang akan diadakan pada bulan May nanti.

MAP UNTUK KAYA di KL akan diuruskan oleh sayarikat saya IKSB. Bagi pembaca setia Tip satu minit, jangan lepaskan peluang ini… jauh dari Singapura Abang Abu akan tunjukkan anda MAP untuk jadi KAYA.

  • Khamis 28hb…

Setiap pagi Khamis, saya akan berada di studio Astro Awani di Bursa Malaysia untuk mengendalikan segmen Motivasi Kewangan & Perniagaan saya di WW bersama Dangsuria. Malangnya, Dangsuria tidak dapat ke studio pula oleh kerana dibawa ke hospital kerana sakit gastrik. Semoga beransur sihat dengan cepat…

Di WW hari ini, saya menceritakan tentang 7 peringkat “Financial Freedom”. Bagaimana hendak mencapai financial freedom… nanti insyaallah saya akan tulis peringkat-peringkatnya di sini.

  • Jumaat 29hb…

Hari ini saya cuti dari segala aktiviti. Meluangkan masa bersama isteri & anak-anak. Bawa semua makan luar and spend some quality time!

Seminggu kalau setiap hari sibuk, pasti luangkan masa juga untuk keluar dengan keluarga. Aktiviti yang saya recommend untuk semua orang!

  • Sabtu 1hb March (esok!)…

Pejam celik, dah masuk bulan March 2008! Cepat sungguh masa berlalu. Bila lagi banyak aktiviti, lagi cepatlah masa berlalu!

Baru tadi, manager saya Azran ingatkan saya bahawa esok saya perlu berada di Astro, Bukit Jalil sempena rancangan “Temujanji”. Hampir terlupa saya! Sebuah rancangan di mana saya sebagai tetamu jemputan akan ditanya soalan oleh penonton di studio. Kira open for all questions!

Minggu hadapan, rancangan ini akan diudarakan… nanti saya beritahu tarikh keluar tv ok 🙂

Itulah sebahagian aktiviti saya minggu ini…

Somehow, masa saya muda-muda dulu, saya dapat bayangkan satu hari nanti saya akan berada dalam industri media & broadcasting. nak glamer lah kononnya masa tu 😉 rasanya masa tu ramai remaja-remaja punyai impian yang sama. Bila lihat jadual harian saya minggu ini, seperti setiap hari dipenuhi urusan media… wow. that’s the power of visualizing!

Whatever the mind can conceive, the body can achieve!

REALITY!: Pulang ke rahmatullah…

Sebentar tadi, bersamaan hari Khamis 7hb Februari, datuk saya sebelah ayah, Hj Ibrahim pulang ke rahmatullah.

Dalam sibuk proses memindah rumah dari Seremban ke KL, pada pukul 5.30pm saya terima panggilan dari abang saya mengatakan bahawa datuk kami telah meninggal dunia di IJN selepas 2 minggu di ICU.

6.00pm – Saya sekeluarga bergegas ke Azran Alam oleh kerana jenazah telah di bawa ke rumah pakcik saya dari IJN…

7.00pm – Berhadapan dengan jenazah dan sedekahkan surah Yasin. Dalam tak sedar, air mata pun mengiringi. Terasa sayu & sebak atas pemergian datuk saya.

8.00pm – Saudara mara mula memenuhi rumah pakcik di Azran Alam. Berbincang untuk kebumikan pada malam ini juga. Alhamdulillah, mendapat tempat di tanah perkuburan Kiara, Damansara.

9.00pm – Jenazah dimandikan dan kami menjalankan solat jenazah.

11.00pm – Bertolak dari Azran Alam ke tanah perkuburan Kiara, Damansara.

11.30pm – Saya, cucu-cucu tok yang lain dan pakcik2 mengusung jenazah ke kubur.

12.00am – Jenazah selamat di semadikan. Diiringi doa seisi keluarga…

Untuk pengetahuan anda, datuk saya (kami panggil Tok Haji) meninggalkan kami pada umur 87 tahun. Sudah 2 minggu berada di IJN oleh kerana jantung semakin lemah. Paling akhir saya berbual dengan Tok Haji adalah ketika hari raya korban lepas.

Di IJN, sudah 2 minggu tok tak sedar diri. Hanya mesin sahaja yang membantu pernafasan tok.

Teringat saya tentang perbincangan terakhir dengan tok. Pesanan terakhir tok kepada saya, dah berjaya ni jangan lupakan sedekah kepada sekolah-sekolah agama dan orang-orang susah. Saya juga sempat beri tahu tok tentang yayasan saya

Bersyukur dapat kongsikan dengan tok tentang yayasan saya sebelum beliau pergi. Semoga dapat memberi kebanggaan dari cucunya yang sorang ni (tok mempunyai berpuluh cucu… cicit pun ada juga)

Sejak saya sering muncul di media, asalkan jumpa tok sahaja, memang itu yang tok sebutkan kepada saya, untuk tidak lupa membantu mereka yang dalam kesusahan. Insyaallah pesanan itu tidak akan saya lupakan. Mungkin teringatkan kata-katanya inilah juga saya terasa sebak…

Moga pembaca blog ini dapat hadiahkan Al-Fatihah kepada Tok Haji Ibrahim

Al-Fatihah…

Kategori baru: REALITY! hidup Irfan Khairi

Untuk memeriahkan lagi Tip-Satu-Minit, saya ambil keputusan untuk melahirkan satu kategori baru di sini dipanggil… REALITY!

Apa bendanya REALITY! ni?

Basically REALITY! ala-ala reality TV show seperti The Osbornes, Hey Paula, Anna Nicole, cuma this time, lebih kepada blog lah… sehari hidup saya. Taklah dis-functional seperti contoh2 reality show di atas 🙂

Kenapa saya decide untuk buat kategori baru?

I would say, ianya sebahagian daripada “motivasi” juga oleh kerana hendak menunjukkan kepada anda, saya juga hidup a normal life- seperti anda. Mungkin ada yang kata, Irfan ni dah kaya banyak releks je kat rumah… kereta orang basuh, rumah orang gaji cucikan… takpayah risau benda2 kecil ni… kemana sahaja driver bawak.

realitylogo.gifSebenarnya saya juga punyai hidup yang biasa- mungkin sama seperti ramai yang membaca. First thing, di rumah, mana ada saya relax, infact, saya takde orang gaji pun! Sama seperti anda juga malam-malam saya pun bawak sampah keluar rumah juga taruh dalam tong… (silap-silap, anda orang gaji yang buatkan! 🙂 ) cuma bab mencuci kereta je malas, tak pernah cuci sendiri… so, hantar ke kedai cuci. Urusan rumah, sama-sama saya dan isteri lakukan sendiri tanpa pembantu rumah. Jaga anak-anak pun sendiri hantar ke sekolah sendiri…

Ok, catatan pertama di bawah REALITY saya nak kongsikan dengan anda sebenarnya sekarang saya dalam proses pindah rumah! Yup… anda yang pernah pindah rumah pasti tau betapa penatnya.

Kini saya tinggal di Seremban (mungkin ada yang tahu), rumah ni saya beli pada tahun 2004. Our dreamhouse! Bungalow 3 tingkat tanah dalam lingkungan 10,000 kaki persegi. Boleh tahan besar juga…

Sejak umur 23 tahun saya dan isteri  dah bayangkan rumah ini dah (visualize). Alhamdulillah berkat doa & usaha, 2004, saya memilikinya- sebijik seperti yang dibayangkan…

Tapi, mengapa 2008 berpindah pula?

Tahun 2004, saya & isteri tersayang decide untuk tinggal di Seremban oleh kerana jauh sikit dari KL. Kami ni walaupun orang KL, tetapi, tak berapa minat dengan lifestyle KL yang agak sesak. Masa tu, saya belum menulis buku Rahsia Jutawan Jutawan Internet lagi.. Dalam kata lain, masa tu, takde siapa lah kenal “Irfan Khairi”. Semua buat tak tau je 😉

Kami plan nak tinggal di Seremban oleh kerana kami sudah sedia financially free. Saya pun cadang nak jalankan Internet business sahaja sorang2… in other words, retire young!

Nak dibuatkan cerita, 2005, tergerak untuk saya keluarkan buku untuk mengajar orang ramai mengenai perniagaan Internet. Saya rasa, since saya dah make a lot of money melalui Internet, tak baik pula saya simpan rahsia. So, tu yang saya tulis buku tu dengan sokongan Azizi Ali, jurulatih jutawan.

2005, buku diterbitkan, terus meletup… bukan kedai buku yang meletup. Tetapi, jualan melampaui apa yang di sangka. Perlahan-lahan, ramai yang mula buka mata… meminta buat seminar… pihak media juga membuka mata. 2006, pihak media akhbar dan majalah banyak memberi sokongan kepada saya…

Masuk  2007 dan kini 2008, lifestyle saya berubah tidak seperti apa yang saya cadang ketika 2004.

Ingatkan nak duduk diam-diam di Seremban jalankan perniagaan Internet 100%, tetapi, atas permintaan yang tinggi dari orang ramai, institusi, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, media dan semua pihak… maka, sering saya dipanggil ke KL untuk memberi motivasi, buat business talk, menjalankan pengambaran program TV dan macam macam lagi.

Sejak hujung 2007, hampir setiap hari ulang alik ke KL dari Seremban… sampai naik penat.

Yang penatnya bukannya apa, tetapi, drive ke KL 1 jam… balik ke seremban 1 jam lagi. Di situ dah rugi 2 jam dalam kereta. YES, saya tidak mempunyai driver! Saya bawak kereta sendiri bang… Banyak perkara boleh saya lakukan dalam masa 2 jam (perniagaan Internet & menulis buku). So, kira rugi lah.. kalau 20 hari, dah 40 jam masa terbuang dalam kereta. Macam-macam boleh disiapkan dalam masa 40jam yang rugi tu!

Nak dijadikan cerita, saya dan isteri decide untuk pindah semula ke KL… dengan perniagaan di KL (ada 2 perniagaan kini selain Irfan Khairi Sdn Bhd), jadi, ia memudahkan urusan perniagaan sekiranya saya tinggal di KL. Juga, dengan permintaan media radio & TV, saya juga rasa baik kalau saya berada di KL 24jam…

Mainly disebabkan kerja saya mula beralih ke KL, saya pun pindah ke KL.

So itu lah dianya, sekarang ni berhempas pulas menyimpan barang dalam kotak. Baru semalam mintak kotak-kotak dari kedai runcit. Dapat juga lah dalam 10 kotak. Insyaallah minggu hadapan saya akan pindah ke KL pula. Ada sesiapa nak tolong angkat-angkatkan barang? 🙂

Pindah ke mana? SECRET! Takleh bagi tahu… sebab apa saya takleh bagi tahu? Sebab di Seremban ni pun, ada juga yang tahu mana saya tinggal, sehinggakan hilang privacy saya dan keluarga.

Ada yang datang beramai-ramai (orang tak kenal) depan rumah dan bergambar di hadapan rumah saya. Macam rumah Elvis pulak dijadikan rumah saya ni… siap ada sesi ambik gambar lagi. Kalau rumah Elvis ok juga sebab deorang charge pelawat untuk masuk and ambik gambar. Duit pun masyuk 🙂  Rumah saya takkan nak charge pula kalau orang nak ambik gambar. Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya terasa macam Elvis! 🙂

By the way, ada sesiapa nak beli rumah saya di Seremban ni? serious buyers only sebab harga lebih kurang sejuta 😉 nanti minggu depan saya letakkan gambar rumah for sale ni di episod akan datang “Reality”!

So, amacam? best tak REALITY? Perlu saya teruskan atau, tak mahu ambik tahu sehari hidup Irfan Khairi? Apa kata kita undi (maklumlah, reality show kan ada undi) 🙂 … saya cadang menulis REALITY! seminggu sekali sahaja… yang lain masih tips satu minit…