Agak sedih…
Matlamat saya tak tercapai 🙁
Beberapa minggu lepas, Ogos 6hb, saya telah menulis email mengenai matlamat saya. Iaitu, ingin menulis buku terbaru terbaru saya, 200 muka surat dalam masa 14 hari oleh kerana ingin melancarkannya pada minggu lepas.
Alhamdulillah, buku terbaru saya dapat disiapkan dalam masa 14 hari seperti yang saya rancang.
Dalam buku ini, saya akan kongsikan perjalanan perniagaan saya dan sertakan juga langkah, tip, strategi dan teknik bagaimana membawa perniagaan kecil-kecilan, ke jenama yang di kenali serata Malaysia hingga ke peringkat antarabangsa dengan modal yang rendah!
Tetapi, berita buruknya adalah, tidak sempat untuk dilancarkan pada minggu lepas ketika saya berada di Malaysia. Kini berada di Dubai semula.
Silap saya juga.
Memang matlamat saya adalah menyiapkan buku dalam masa 14 hari. Tetapi, saya tidak fikirkan pula waktu untuk editing, typesetting, layout, printing, dan sebagainya untuk proses penerbitan. Buku ini tak sempat untuk dilancarkan pada minggu lepas.
Maka, matlamat saya untuk melancarkan buku terbaru saya ini tidak tercapai :(. Agak ralat dan sedih juga. Mana taknya, apabila matlamat tak capai kan?
Tetapi, apakan daya, Allah SWT adalah perancang yang terbaik. Mungkin sebaiknya buku ini dilancarkan ketika tahun baru Hijrah 1441, sebagai lebaran tahun baru Islam!
Apa yang penting adalah kita mempunyai matlamat. Jika tidak mencapainya, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya kita berusaha sekeras yang mungkin untuk mencapainya. Sama ada tercapai atau tidak, ianya adalah bergantung kepada rezeki Allah SWT. Jika tidak capai hari ini, InshaAllah akan capai juga esok.
InshaAllah tak lama lagi (harapnya minggu hadapan) saya akan lancarkan buku ini secara online!
Tetapi, sebelum itu, inilah juga waktu terbaik untuk menetapkan matlamat baru dan azam tahun baru!
Apakah matlamat dan azam anda?
Jangan ditunggu Januari 1hb 2020 baru hendak meletakkan matlamat dan azam baru oleh kerana tahun baru Hijrah ada banyak manfaat dan fadilatnya. Bulan Muharram adalah bulan yang paling MULIA selepas bulan Ramadhan.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menetapkan matlamat dan azam tahun baru Hijrah.
Alhamdulillah, saya telah menetapkan matlamat dan azam baru sempena tahun baru hijrah ini dan sangat teruja untuk berusaha mencapainya!
Bagaimana pula dengan anda?
Jika matlamat tahun baru Hijrah anda adalah untuk memulakan perniagaan online, dan menjana pendapatan tambahan, apa kata sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, pengambilan terbaru dibuka tak lama lagi.
Klik di bawah untuk maklumat lanjut…