Category Archives: Santai

Teruja dengan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”

Saya amat teruja dengan peluang yang diberikan untuk mengendalikan program saya sendiri di Radio24 mulai Khamis, 1hb November ini! Teruja sehingga tak terkata! Kini tinggal lebih kurang 48 jam sahaja sebelum program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” akan keudara buat pertama kalinya 🙂


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

JUTAWAN! adalah talk show di mana saya akan menemuramah usahawan-usahawan jutawan yang berjaya dari pelbagai industri. Setiap episod/siri akan memaparkan seorang tokoh jemputan JUTAWAN!. Tidak seperti talk show yang lain, konsep talk show ini adalah berkisarkan pembangunan diri di mana teknik dan strategy kejayaan dan perniagaan akan didedahkan!

Apa yang membezakan mereka yang bergelar jutawan dan mereka yang mencapai kejayaan sederhana? Apakah mindset seorang jutawan? Bagaimana kita boleh aplikasikan strategi perniagaan dan pembangunan diri usahawan-usahawan jutawan ini? Dan macam-macam lagi persoalan menarik mengenai minda jutawan!

Semalam, saya di udara bersama Nizal Mohammad di Radio24 untuk preview program “JUTAWAN!”.

Harap maaf, oleh sebab terlalu sibuk, tak sempat saya post kan mesej untuk memberi tahu anda mengenai preview semalam yang berlangsung dari 9mlm hingga 12 mlm di radio24. Mungkin ramai yang terlepas!

Tetapi tak mengapa… kini, krew saya sedang menaip semula transkrip preview tersebut untuk bacaan anda. Apabila siap nanti, kami akan berikan PDF preview tersebut kepada anda… mungkin dalam format e-book percuma.

Apa yang menariknya ketika preview semalam, saya melakukan call-in jutawan Hartanah, tak lain-tak bukan, Azizi Ali untuk turut serta memberi pendapat tentang rancangan JUTAWAN.

ikdj.jpg

OK, special announcement, hari Khamis ini tetamu pertama JUTAWAN! bersama Irfan Khairi adalah seorang jutawan MLM. Seorang usahawan MLM yang berjaya meraih berjuta daripada MLM.

Hari Khamis ini, tak sabar saya hendak mencungkil dan mengorek rahsia seorang jutawan MLM dan motivator, Dato Dr Azman Chin!

Bagi mereka yang pernah menyertai MLM, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini untuk mengetahui bagaimana anda dapat melipat kali gandakan keuntungan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang merancang untuk menyertai MLM, pastikan anda bersama saya untuk mengetahui apakah langkah pertama yang paling penting dalam menjayakan perniagaan MLM anda.

Bagi mereka yang tidak minat dengan MLM, pastikan anda juga bersama saya nanti oleh kerana ilmu yang disampaikan oleh Azman Chin nanti pasti akan memberi manfaat kepada anda untuk menyediakan anda berfikir seperti seorang jutawan- tanamkan minda jutawan dalam apa sahaja industri yang anda minat!

Berbagai-bagai soalan yang saya sediakan untuk memastikan Azman Chin membongkar segala rahsianya. Oleh kerana saya juga pernah melalui perjalanan mencapai jutawan, soalan-soalan saya pasti akan membuka minda anda tentang minda seorang jutawan 🙂

Dan yang paling best sekali…

phone.jpgKami mengambil keputusan untuk membuka talian telefon untuk ANDA sendiri call in dan bertanya apa sahaja soalan pada ikon-ikon jutawan kelak. Ilham ini saya dapat dari Tip Satu Minit oleh kerana, ramai yang sering mengadu, tidak berpeluang untuk bersemuka  atau berinteraksi dengan jutawan.

Kini, tiada lagi alasan untuk anda tidak berinteraksi dengan jutawan oleh kerana saya akan menerima call-in daripada anda. So, sama-sama kita LIVE on air ok?

So, keluarkan handphone anda sekarang, dan ambil nombor ini…

03-26927939

Save kan nombor ini dalam phone book anda oleh kerana nombor ini untuk anda mendapat akses kepada ikon jutawan pada hari Khamis ini (dan setiap Khamis akan datang). Dah save kan? Kalau belum, cepat-cepat savekan… dan tulis sebagai Irfan Khairi Radio24!

Ok, pastikan anda bersama saya hari Khamis ini pukul 3pm-5pm di Radio24 gelombang 93.9FM.

Radio24 hanya didengari di Selangor sahaja melalui radio buat masa ini. Bagi mereka yang tidak dapat 93.9FM, masih lagi tiada alasan oleh kerana anda boleh mengikuti secara LIVE STREAMING di http://www.radio24.com.my (saya cadangkan guna earphones supaya tiada maklumat penting terlepas!)

So, 3 perkara saya ingin ingatkan anda…

  1. Pastikan anda menyediakan buku nota dan pen untuk mencatit info-info penting yang disampaikan di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”. Ini adalah syarat 101 Irfan Khairi dalam menuntut ilmu 😉
  2. Pastikan anda call-in ketika siaran untuk bertanyakan soalan-soalan pada saya atau Jutawan MLM, Azman Chin! Nombor sudah save dalam phone? 03-26927939. Saya hendak lihat talian telefon di studio nanti berkelip-kelip dengan pembaca Tip Satu Minit yang tak sabar bertanyakan soalan!
  3. Ingat bahawa… Jejak sejuta ringgit bermula daripada motivasi satu impian! Dan ini adalah usaha saya mendekatkan lagi ikon-ikon jutawan negara kepada masyarakat umum untuk memberi inspirasi dan motivasi!

Kita berjumpa di JUTAWAN! bersama saya, Irfan Khairi! Cayalah 🙂


Radio24 | 93.9FM | 3pm-5pm | Setiap Khamis

Pengumuman: Nescafe Kick-Start musim-4 dibuka…

Pengumuman:

Nescafe-KickStart sudah nak masuk musim ke-4 dan pendaftaran telah dibuka. Insyaallah saya juga akan menjadi judge untuk musim ke-4 ini. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai,  lakukan pendaftaran online.

Apa kata bagi student & belia-belia muda cuba sertaia… tak rugi, bukannya kena bayar apa2 untuk masuk. Kalau menang, Hadiah utama RM150,000! Hadiah sagu hati RM30,000 untuk 4 orang!

Tip daripada saya bagi mereka yang ingin menyertai, jawab 3 soalan yang diberi dengan penuh perancangan. Jangan main tulis sahaja. Kalau tak merancang = anda merancang untuk gagal!

Saya diberitahu program akan bermula pada Januari 2008. So, nanti sekali lagi saya akan jadi macam Simon Cowell! Mana lah tahu kut-kut pembaca Tip-Satu-Minit short listed untuk bertanding!

Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya 2007

Assalamualaikum,

ketupat.jpgCuti raya dah bermula, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan Rahsia Internet.com, peserta Workshop Jutawan Internet dan juga pembaca setia Tip Satu Minit!

Kepada mereka yang menghantar Kad hari raya dan juga ucapan SMS hari raya, terima kasih banyak-banyak, tak sempat membalas kesemuanya! 🙁

Terima kasih atas sokongan anda semua sejak 2005 sehingga 2007 ini.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya sekeluarga & krew Irfan Khairi Sdn Bhd!

-Irfan Khairi

ps: Tip Satu Minit pun cuti sehingga minggu hadapan. Apa kata ruang ini kita buka untuk ucapan selamat hari raya & bersembang raya. Saya beraya di KL! Raya tahun ni balik mana? Mana la tahu ada yang sekampung boleh melawat 🙂

Ucapan Selamat Hari Raya & Sembang Raya…

Sebelum anda cuti balik kampung, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan…

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Dengan Ingatan Tulus Ikhlas!

Kepada semua pembaca Tip Satu Minit (anda lah tu!), Pembeli buku RJJIT & SOIMR, Pembeli CD Rom Langkah 1-2-3 serta peserta Workshop Jutawan Internet.

Kita buka ruang pendapat Tip Satu Minit untuk bersembang-sembang sempena raya ni… berkenal-kenalan sempena bulan mulia, hari mulia!

Jadi, sesiapa sahaja, join in bersembang… kita cuti daripada Tip Satu Minit sekejap 🙂