Untuk memeriahkan lagi Tip-Satu-Minit, saya ambil keputusan untuk melahirkan satu kategori baru di sini dipanggil… REALITY!
Apa bendanya REALITY! ni?
Basically REALITY! ala-ala reality TV show seperti The Osbornes, Hey Paula, Anna Nicole, cuma this time, lebih kepada blog lah… sehari hidup saya. Taklah dis-functional seperti contoh2 reality show di atas 🙂
Kenapa saya decide untuk buat kategori baru?
I would say, ianya sebahagian daripada “motivasi” juga oleh kerana hendak menunjukkan kepada anda, saya juga hidup a normal life- seperti anda. Mungkin ada yang kata, Irfan ni dah kaya banyak releks je kat rumah… kereta orang basuh, rumah orang gaji cucikan… takpayah risau benda2 kecil ni… kemana sahaja driver bawak.
Sebenarnya saya juga punyai hidup yang biasa- mungkin sama seperti ramai yang membaca. First thing, di rumah, mana ada saya relax, infact, saya takde orang gaji pun! Sama seperti anda juga malam-malam saya pun bawak sampah keluar rumah juga taruh dalam tong… (silap-silap, anda orang gaji yang buatkan! 🙂 ) cuma bab mencuci kereta je malas, tak pernah cuci sendiri… so, hantar ke kedai cuci. Urusan rumah, sama-sama saya dan isteri lakukan sendiri tanpa pembantu rumah. Jaga anak-anak pun sendiri hantar ke sekolah sendiri…
Ok, catatan pertama di bawah REALITY saya nak kongsikan dengan anda sebenarnya sekarang saya dalam proses pindah rumah! Yup… anda yang pernah pindah rumah pasti tau betapa penatnya.
Kini saya tinggal di Seremban (mungkin ada yang tahu), rumah ni saya beli pada tahun 2004. Our dreamhouse! Bungalow 3 tingkat tanah dalam lingkungan 10,000 kaki persegi. Boleh tahan besar juga…
Sejak umur 23 tahun saya dan isteri dah bayangkan rumah ini dah (visualize). Alhamdulillah berkat doa & usaha, 2004, saya memilikinya- sebijik seperti yang dibayangkan…
Tapi, mengapa 2008 berpindah pula?
Tahun 2004, saya & isteri tersayang decide untuk tinggal di Seremban oleh kerana jauh sikit dari KL. Kami ni walaupun orang KL, tetapi, tak berapa minat dengan lifestyle KL yang agak sesak. Masa tu, saya belum menulis buku Rahsia Jutawan Jutawan Internet lagi.. Dalam kata lain, masa tu, takde siapa lah kenal “Irfan Khairi”. Semua buat tak tau je 😉
Kami plan nak tinggal di Seremban oleh kerana kami sudah sedia financially free. Saya pun cadang nak jalankan Internet business sahaja sorang2… in other words, retire young!
Nak dibuatkan cerita, 2005, tergerak untuk saya keluarkan buku untuk mengajar orang ramai mengenai perniagaan Internet. Saya rasa, since saya dah make a lot of money melalui Internet, tak baik pula saya simpan rahsia. So, tu yang saya tulis buku tu dengan sokongan Azizi Ali, jurulatih jutawan.
2005, buku diterbitkan, terus meletup… bukan kedai buku yang meletup. Tetapi, jualan melampaui apa yang di sangka. Perlahan-lahan, ramai yang mula buka mata… meminta buat seminar… pihak media juga membuka mata. 2006, pihak media akhbar dan majalah banyak memberi sokongan kepada saya…
Masuk 2007 dan kini 2008, lifestyle saya berubah tidak seperti apa yang saya cadang ketika 2004.
Ingatkan nak duduk diam-diam di Seremban jalankan perniagaan Internet 100%, tetapi, atas permintaan yang tinggi dari orang ramai, institusi, pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan, media dan semua pihak… maka, sering saya dipanggil ke KL untuk memberi motivasi, buat business talk, menjalankan pengambaran program TV dan macam macam lagi.
Sejak hujung 2007, hampir setiap hari ulang alik ke KL dari Seremban… sampai naik penat.
Yang penatnya bukannya apa, tetapi, drive ke KL 1 jam… balik ke seremban 1 jam lagi. Di situ dah rugi 2 jam dalam kereta. YES, saya tidak mempunyai driver! Saya bawak kereta sendiri bang… Banyak perkara boleh saya lakukan dalam masa 2 jam (perniagaan Internet & menulis buku). So, kira rugi lah.. kalau 20 hari, dah 40 jam masa terbuang dalam kereta. Macam-macam boleh disiapkan dalam masa 40jam yang rugi tu!
Nak dijadikan cerita, saya dan isteri decide untuk pindah semula ke KL… dengan perniagaan di KL (ada 2 perniagaan kini selain Irfan Khairi Sdn Bhd), jadi, ia memudahkan urusan perniagaan sekiranya saya tinggal di KL. Juga, dengan permintaan media radio & TV, saya juga rasa baik kalau saya berada di KL 24jam…
Mainly disebabkan kerja saya mula beralih ke KL, saya pun pindah ke KL.
So itu lah dianya, sekarang ni berhempas pulas menyimpan barang dalam kotak. Baru semalam mintak kotak-kotak dari kedai runcit. Dapat juga lah dalam 10 kotak. Insyaallah minggu hadapan saya akan pindah ke KL pula. Ada sesiapa nak tolong angkat-angkatkan barang? 🙂
Pindah ke mana? SECRET! Takleh bagi tahu… sebab apa saya takleh bagi tahu? Sebab di Seremban ni pun, ada juga yang tahu mana saya tinggal, sehinggakan hilang privacy saya dan keluarga.
Ada yang datang beramai-ramai (orang tak kenal) depan rumah dan bergambar di hadapan rumah saya. Macam rumah Elvis pulak dijadikan rumah saya ni… siap ada sesi ambik gambar lagi. Kalau rumah Elvis ok juga sebab deorang charge pelawat untuk masuk and ambik gambar. Duit pun masyuk 🙂 Rumah saya takkan nak charge pula kalau orang nak ambik gambar. Tapi takpe, sekurang-kurangnya saya terasa macam Elvis! 🙂
By the way, ada sesiapa nak beli rumah saya di Seremban ni? serious buyers only sebab harga lebih kurang sejuta 😉 nanti minggu depan saya letakkan gambar rumah for sale ni di episod akan datang “Reality”!
So, amacam? best tak REALITY? Perlu saya teruskan atau, tak mahu ambik tahu sehari hidup Irfan Khairi? Apa kata kita undi (maklumlah, reality show kan ada undi) 🙂 … saya cadang menulis REALITY! seminggu sekali sahaja… yang lain masih tips satu minit…