Category Archives: Santai

Happy birthday Cinta

Pantasnya masa berlalu… rasa macam baru sahaja my baby girl Cinta Strawberry Abadi dilahirkan… tup tap tup tap, dah setahun umurnya hari ini…

Bagi followers blog ini terutamanya ruang Reality, pasti ingat, Cinta dilahirkan pada 08/08/08.. dan saya ada post gambar/posting pada hari kelahirannya di sini > 08-08-08 Tarikh keramat πŸ™‚ Tiga bulan kemudian juga saya ada update gambar Cinta kerana ramai yang minta saya updatekan. Maklumlah, Cinta ramai uncle & auntie cyber… > Cinta Strawberry 3 bulan

Hari ni, 08/08/09 genap setahun Cinta…

Cinta berumur 1 hari…

Cinta berumur 3 bulan…

Khas untuk uncles & aunties cyber, Cinta Strawberry Abadi hari jadi pertama πŸ™‚ Cinta kini dah ada 4 gigi dan tersangatlah aktif.

cinta-year1.jpg
Cinta one year old 08-08-09!

So, hari ni kami sekeluarga menyambut di Menara KL, restoran berputar Sri Angkasa… was a great time. Just raikan kecil2 je bersama wife, and the kids. Sambil2 sambil di Menara KL, tower yang ke 5 tertinggi di dunia, sempat juga lepak di observation deck dan tengok-tengok kat teropong.Sambil tengok-tengok… satu view ni menarik perhatian saya. Dalam banyak-banyak bumbung bangunan, bumbung bagunan ni yang menarik minat saya… Hard Rock Cafe!

hardrockroof2.jpg

Hard Rock Cafe telah mengecat logo Hard Rock di bumbung bangunnannya semata-mata untuk menarik perhatian mereka yang melawat Menara KL. Siapa yang melihat kebawah, pasti akan ternampak logo Hard Rock Cafe… pelancong-pelancong luar pasti tertarik dengan Hard Rock cafe sebagai tempat santai.

Strategi yang digunakan oleh Hard Rock Cafe ini di namakan sebagai Intergration Marketing di mana mereka mengambil kesempatan intergrate kaedah promosi dengan “traffic” daripada menara KL. Ok, topik “Intergration marketing” saya kongsikan later lah ok…Β  πŸ™‚

Lepas lunch di Menara KL, pergi ke KLCC untuk berjalan2 pula… balik beli birthday cake…

cake1.jpg
Nama panjang sangat kot… susah kedai tu nak tulis πŸ™‚

Kids grow up so fast! Cherish the times & enjoy their company…. nanti dah besar, teringat2 pula masa they are small πŸ™‚

Michael Jackson 1958-2009

Siapa tak kenal Michael Jackson? Well… my kids tak kenal πŸ™‚ terasa tua lak…

mj.jpgMalam tadi berlangsungnya upacara memorial MJ. Seperti some of us, saya pun turut tengok. Posting saya bukan untuk mengisahkan kejayaan Michael Jackson. Sememangnya semua orang tahu tentang kejayaannya sebagai Raja Pop dunia. Tetapi posting saya adalah mengenai waktu-waktu menyedihkan yang berlaku pada Michael…

Apa yang menyebabkan kejatuhan Michael Jackson sekitar tahun 90-an?

Seperti orang-orang berjaya yang lain, apabila sampai ke satu tahap kejayaan yang membanggakan, pastinya ada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan. Begitu juga terjadi kepada Michael Jackson.

Boleh dikatakan, saya salah seorang fan Michael Jackson. Infact, MJ adalah antara idola saya masa muda-muda dulu untuk mencapai kejayaan. Daripada pengamatan saya, MJ adalah seorang yang merendah diri, lemah lembut dan baik hati. tahukah anda MJ adalah pemegang Guiness Book of Records sebagai selebriti yang PALING BANYAK menyokong badan-badan kebajikan?

Dalam pada itu, ada juga pihak yang mengambil kesempatan atas keperibadian MJ.

Tahun 1993, MJ dituduh melakukan kesalahan berkelakuan sumbang dengan seorang kanak-kanak dibawah umur. Tuduhan tersebut dilakukan oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut. Segala penyiasatan dan bukti menunjukkan ia hanyalah fitnah sahaja. MJ telah diugut dan difitnah oleh ayah kepada kanak-kanak tersebut untuk mendapatkan wang… akhirnya, budak tersebut mengaku dia menipu di mahkamah.

But it was too late then… kedudukannya sebagai penghibur telah dicemari. Sejak itu bermula kejatuhan MJ.

Later on in his life, MJ menerima lagi tuduhan dan ugutan yang sama dengan kanak-kanak lain pula. Keputusannya, beliau tetap didapati tidak bersalah.

Tetapi,keputusannya juga adalah, tekanan yang diperolehi dari proses yang memakan masa bertahun-tahun bagaikan menyerap nyawanya sendiri, keluarga dan juga sumber kewangannya sehingga hampir muflis.

Ianya dilaporkan ubat-ubat yang diambilnya untuk mengurangkan tekanan mengakibatkan pemergiannya minggu lepas.

Lagi besar kejayaan seseorang itu, lagi besar cabaran yang perlu dihadapi. Bagi MJ, semuanya bermula dengan hanya satu tuduhan yang telah dibuktikan palsu semata-mata.

MJ will always be my idol.

Strategi Bisnes IK2- seminar percuma esok!

Minggu lepas Peoplepreneur Community telah mengendalikan seminar percuma bersama Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching di Cititel Hotel, Midvalley. Saya juga turut hadir sebagai speaker jemputan. Memang FULLHOUSE! Bagi yang hadir, pastinya terhibur disamping mendapat permata-permata hebat dari mentor jutawan Dato Dr Azman Ching!

Bagi yang tak dapat hadir, berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil…

az-q.jpg
Pendaftaran percuma… ramai yang hadiri!

az-azman.jpg
Dr Azman Ching yang penuh dengan semangat
menyampaikan sesi motivasi perniagaan

az-ik.jpg
Saya menyampaikan tip & strategi perniagaan
(15 minit je… speaker jemputan πŸ™‚ )

az-prev.jpg
Jefri dengan preview Peoplepreneur Biz School

Sekiranya anda hadir, pastinya berbagai-bagai motivasi dan tips anda terima daripada Dr Azman Ching. Saya sendiri teruja setiap kali mendengar ceramah beliau. bagi yang tidak dapat hadir, next time kalau ada peluang sebegini dengan Dr Azman Ching, jangan lepaskan!

Satu nasihat penting dari Dr Azman Ching pada malam itu adalah…

Di zaman ini, ekonomi adlaah seperti harimau yang mengejar kita. Sekiranya kita terlambat, pastinya kita di makan oleh harimau tersebut. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu pantas dalam apa sahaja!

Sekiranya anda terlepas peluang ini… ada satu lagi seminar percuma Mentor Jutawan yang akan diadakan pada hari esok. Kali ini, bukan bersama Dr Azman Ching, tetapi sesi talk bersama saya pula. Tajuknya: Strategi Bisnes IK2 yang akan mendedahkan…

  • Strategi dari ZERO menjadi JUTAWAN
  • Perkara penting sebelum memulakan apa sahaja perniagaan untuk menjaminkan KEJAYAAN
  • Strategi MEMBINA JENAMA perniagaan anda supaya anda dapat “MEMUSNAHKAN” PESAING!
  • Bagaimana menggunakan Internet untuk MENGGANDA 2x keuntungan apa jua jenis perniagaan!
ik2-blog2.jpg
Jangan jeles! Gambar saya macam watak dalam cerita Heroes! πŸ™‚ (Thanks to RazziRahman.com for the graphic above).

.
Keterangan lanjut & tempahan tempat.

“Strategi Bisnes IK2
Kelolaan Peoplepreneur Community
Speaker: Irfan Khairi
Tarikh: Selasa, 23hb Jun 2009
Waktu: 8.00mlm – 10.30mlm
Tempat: Cititel Hotel, Midvalley
Masuk: PERCUMA

.
Jumpa anda di sana! Pastinya anda akan mendapat beberapa strategi perniagaan baru yang anda boleh terus mengaplikasikannya dan kuasa dua kan keuntungan perniagaan anda πŸ™‚

Aktiviti terbaru IK

Posting REALITY kali ini, saya nak updatekan pembaca blog saya aktiviti-aktiviti saya bulan ni…

Isnin 2/3/2009 (semalam)

Saya berada di KLfm pada jam 12 tengah hari untuk sesi temubual personaliti bersama DJ Julia… was a good & fun interview di mana saya siap buat pengakuan terbuka saya minat KRU on air! Adoi… tak rock la… πŸ™‚

Rabu 4/3/2009

Pertama kali saya akan mengendalikan program radio terbaru “Business Toolkit: Internet Business” di BFM 89.9fm (The Business Station). Program ini saya akan kongsikan cara memulakan perniagaan Internet dan tip-tip/strategi menjayakan sesuatu perniagaan Internet. Jangan lepaskan program ini setiap minggu!
Tak sabar untuk esok sebenarnya… dan ada sedikit nervous kerana first time mengendalikan rancangan 100% in English.

Khamis 5/3/2009 (pagi)

Segmen mingguan saya di WW, Astro Awani “Bersama Irfan Khairi”. Kali ini episod terakhir WW, kerana lepas ni Astro Awani akan ada morning talk-show pula. Insyaallah saya akan terlibat juga, tapi belum confirm. Jadi, untuk Khamis ni, special sikit kerana saya akan ceritakan tentang perniagaan Internet dari jam 10.30am-11.00am. Last saya di WW sejak setahun lebih πŸ™‚

Khamis 5/3/2009 (tengah hari)

Saya mengendalikan segmen mingguan saya program “Yo!” di Radio24 93.9fm. Bagi anda yang sering ikuti saya di Facebook pasti tahu saya telah mengendalikan program ini selama 1 bulan dah ni. Program “Yo!” fokus kepada remaja & belia-belia untuk berbincang secara santai mengenai kaedah-kaedah buat duit. Topik daripada kumpul duit untuk kahwin, sampai la topik berhutang πŸ™‚ Ikuti “Yo!” setiap minggu pada hari Khamis jam 1 tengah hari.

Khamis 5/3/2009 (malam)

Oh ya… Khamis malam jam 10.00pm temui saya di TV9 dalam rancangan LIVE “Semanis Kurma”. bagi peminat-peminat Ustazah Norbahyah, pastinya tahu tentang program ini. Program bicara santai bersama Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Khamis ini, saya sebagai tetamu undangan… hmm… agak-agaknya apa topiknya kali ini???

Pada hujung bulan ini…

soaljawab-coversmall.jpgJuga buku terbaru saya “RahsiaInternet: Soal Jawab” akan berada di pasaran. Buku ini memuatkan soalan dan jawapan terkumpul yang telah saya terima melalui bengkel dan seminar perniagaan Internet saya di serata Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Buku ini akan berada di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Time table saya memang padat (yang di atas pun hanya ringkasan! :)) tak termasuk jemputan-jemputan talk yang lain… tetapi, yang penting kita enjoy apa yang kita lakukan. Jadual padat camne pun, kalau kita enjoy & have fun, semua rasanya mudah kan? πŸ™‚

ps: Oh ya… ada sesiapa sempat menonton saya di TV9 minggu lepas dalam program “Apa ke halnya?” bersama Mr Os & Shamsul Ghau Ghau? That was fun… sapa tak sempat, melepas la melihat teman cakap loghat Perok. Teman oghang kuale… kome tak tau? Insyaallah bila dapat copy nanti saya akan letakkan di YouTube!

Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009

Ok, hari ni saya nak jadi penjual majalah sekejap πŸ™‚ not bad apa, since one of my mentor, Dato Husammuddin pengasas Karangkraf jadi jutawan bermula sebagai penjual majalah πŸ™‚ Di ebook Mentor Jutawan, saya ada menemubual Dato Husammudin. Klik di sini.

Bulan ni, 3 majalah membuat coverage mengenai saya, keluarga & kawan-kawan. So, bagi anda yang selalu tanya…

“Bila IK nak tunjuk gambar family?”, here you go πŸ™‚

montage-feb-magazines.jpg
  • Majalah I Februari 2009

Kisah saya & family di ruang “Jendela Keluarga”. Very interesting kali ni sebab first time anak-anak sekali saya masukkan dalam majalah. Sebelum ni tak pernah lagi πŸ™‚ My wife Shaz pernah juga masuk majalah. So, kalau anda nak tahu cerita latar belakang saya, Shaz & kids, boleh dapatkan Majalah I keluaran Februari. Thanks to Azlin & Chip!

Nak tahu bagaimana saya & Shaz berjumpa? Dapatkan majalah ini! πŸ™‚

  • Majalah Dara.com Februari 2009

Coverage majalah Dara.com pula mengenai kejayan saya dan beberapa orang lain di bawah tajuk “Resepi kejayaan”. Kisah kali ini mengenai tips untuk berjaya ketika muda-mudi. Khas untuk pelajar-pelajar IPT, ada beberapa tips sini bagaimana nak jadi kaya raya (bukan hantu raya) πŸ™‚

Special thanks to team Dara.com & Siti Nurazlina

  • Majalah Maskulin Februari 2009

Coverage kali ini mengenai saya & kawan-kawan pula. kebanyakan anda dah tahu me and my boys mempunyai band Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh myself, Razzi Rahman @ Bro Love dan juga Muzamil, so, this is the first time Razzi.muz.ik muncul dalam majalah.

Saya juga merupakan kolumnis majalah Maskulin, dan dalam edisi kali ini saya menulis mengenai Frekuensi Pemikiran Besar!– ada kena mengena dengan tip saya semalam.

Thanks to Izwa & lady boss Wan Mahani for the coverage.

So, bulan ni, ketepikan budget sikit ok… boleh beli majalah-majalah di atas from Karangkraf- ha ha!

Jangan lupa, esok (Khamis), saya akan on air secara live di WW Astro Awani 10.30am dalam segmen “Bersama IK” dan juga di Radio24 93.9fm dalam segmen “Yo!” jam 1.15pm.

Special thanks also to semua media massa, TV, radio yang sering support me all the way!

ps: Bagi yang ingin menghadari Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana saya make my million on the Internet, klik di sini untuk maklumat lanjut. C u there!

Razzi.muz.ik di MHI TV3

Sempena cuti ni, kita pun cuti dari “Tip satu minit” dan berhibur kejap πŸ™‚ Bagi yang termiss MHI Khamis lepas, Razzi.muz.ik menjadi artis undangan MHI. So, ini performance kami untuk lagu “Selamanya”

Hampir sebulan “Selamanya” release, banyak komen2 positif yang kami terima, mengatakan lagu ni mengingatkan kita pada zaman2 dulu… teringat friends and families. Alhamdulillah, matlamat Razzi.muz.ik tercapai untuk menyampaikan mesej menghargai orang tersayang, kenalan dan keluarga kita πŸ™‚

Terima kasih kepada MHI kerana mengundang, Fenda and the producers. Also, friends Abby Fana & Fedtri for the cool interview.

So bagi anda yang tak pernah tengok saya main guitar electric… here it is!

Part 1: Selamanya…

Part 2: Interview I

In life, takleh la kita business 100% sahaja… or work 100% sahaja. At times, perlu juga take a break… buat sesuatu yang kita suka. Muzik (dan DVD) adalah cara saya menghiburkan diri. Some businessman suka main golf, suka memancing, suka travelling… atau apa sahaja. Terpulang kepada minat masing-masing.

Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… gambar glamer pun ada. Ha ha πŸ™‚

Enjoy the holiday!

ps: Happy Chinese New year to Chinese friends!

Sabar + Redha = Hikmah! :)

Bagi yang selalu ikuti ruang blog saya ni, pasti tau yang sejak bulan lepas, macam-macam yang kurang baik terjadi kepada saya… bermula:

IK ambil tindakan undang-undang

dan…

Bila orang mengambil kesempatan atas anda

sampai la…

Bila mendapatkan pekerja untuk perniagaanΒ 

Berturut-turut perkara negatif terjadi pada saya πŸ™‚

Ingat lagi tak, pesanan saya ketika itu, kalau sesuatu kurang baik terjadi pada kita…

Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!

So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa! πŸ™‚

Walaupun bertalu-talu negative things happened to me, saya masih boleh senyum… happy… dan tak pun effected dengan perkara-perkara negatif tersebut. Bila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara positif kepada kita… ni yang mat salleh sebut “Law of Attraction”.

Tetapi, dalam Al Quran dah lama sebut mengenai ini untuk kita bersabar & redha, pasti akan dapat hikmahnya!

So, Rabu baru ni, saya dapat panggilan yang amat menggemibrakan saya daripada real estate agent saya!

Pertengahan tahun lepas, saya membuka salah satu rumah saya untuk dijual *Rumah untuk dijual*. Bungalow 3 tingkat saya di Seremban2. Kini, syukur Alhamdulillah rumah tersebut telah dijual! πŸ™‚ Yezzaaa!

Allah swt works in mysterious ways. Satu hari, kita akan diuji dengan pelbagai ujian yang AMAT berat, satu hari lagi boleh memberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Janji, kita kena sentiasa sabar & redha… pasti hikmahnya akan diberikan! For sure… guaranteed!

So, walaupun bertalu-talu perkara negatif terjadi pada saya sejak bulan lepas, saya sentiasa sabar, redha dan yakin bahawa pulangannya pasti datang πŸ™‚ Kali ini, pulangannya datang dalam bentuk RMXXX,XXX keuntungan!

Jujurnya, saya tak sangka rumah saya ni boleh terjual dalam keadaan ekonomi sedang mengalami kesusahan. Saya sangka, mungkin tahun depan atau 2011 baru boleh terjual. Tuhan lebih berkuasa memberi rezeki kepada umatnya dalam sekelip mata sahaja.

So, pesanan terakhir saya, tak kira apa sahaja yang terjadi kepada kita, bersabar sepenuh hati… dan redha sepenuh hati (bukan berlakon sabar & berlakon redha)… you must really feel it in your heart! Pastinya pulangan yang lebih lumayan akan diberikan-Nya!

Now that’s the real meaning of “Law of Attraction”. Eat your heart out “The Secret”! πŸ™‚

housesold.jpg
Rumah telah dijual! Untung RMXXX,XXX ketika ekonomi down!

Selamat Hari Raya Aidiladha

Di kesempatan pagi mulia ini, saya ingin mengucapkan…

Selamat Hari Raya Aidiladha

Kepada semua pembaca blog www.irfankhairi.com ini

Di hari bahagia ini, marilah kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita semua rakyat Islam terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Jangan lupa juga panjatkan doa kepada mereka yang berada di Tanah Suci mengerjakan rukun Islam yang ke-5.

Salam hormat,

IK

Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band

Ramai dah mula bertanya-tanya mengenai Razzi.muz.ik sejak minggu lepas. Apa taknya, dah keluar Harian metro… dan juga disebut kat TV beberapa kali. Ada gak yang tanya… aik, IK menyanyi ke???

First and formost, saya tak nyanyi… kalau saya nyanyi, berpanjangan lah musim hujan sekarang ni sampai ke tahun depan. So, baik saya tak nyanyi πŸ™‚

So, baik saya mengambil kesempatan kat blog ni untuk menceritakan serba sedikit mengenai Razzi.muz.ik sebelum u all ingatkan saya dah jadi rockers!

logo-gold-small.jpg

Begini kisahnya…

Razzi.muz.ik is a band yang dianggotai oleh 3 ahli: Razzi Rahman, Muzam & IK. Bila digabungkan, menjadilah Razzi.Muz.ik. Kalau di baca, bunyinya adalah “Razzi Muzik”. Di mana Razzi Rahman selaku vokalis, dan saya & Muzam selaku pemain guitar electric. And yes, kami main lagu genre rock… bukan rock kangkang or rock jiwang or rock leleh… tapi rock yang bermesej la…

Rock yang bermesej??? Maksudnya, lagu-lagu yang kami mainkan, semuanya mempunyai mesej positif. So, awal-awal lagi, anda boleh expect takde lagu putus cinta… punah harapan… gelap gelita… etc. Walaupun, takde salahnya lagu-lagu begitu, cuma, pendekatan kami, niatnya untuk menyampaikan mesej-mesej positif…

So, bagi mereka yang sentiasa menyokong saya sejak 4 tahun lepas, jangan risau, imej kami semua teramat-amat lah bersih. Walaupun rock, tapi rock bersih πŸ™‚

Sedikit about the group…

Razzi Rahman @ Brother Love as many of us tau (kecuali muda mudi zaman ni), era 90-an dulu, merupakan penyanyi yang aktif. Memang glamour… sehingga masuk juara lagu dengan lagu “Syakila”. So, bab nyanyian, memang our band serahkan kat Razzi la. Kalau saya nyanyi, jangankan muzik-muzik… muzak-muzak pun tak tentu boleh masuk.

Muzam pula is my friend/neighbour masa saya tinggal di Seremban. As many of u know, sekarang saya dah pindah KL. masa dok Seremban, very fortunate of me to have a neighbour yang kaki muzik and also siap ada bilik jamming kat rumah! So, petang-petang, time boring saya layan lah jamming… actually Muzam tought me how to play the drums- memang main drum boleh hilangkan stress sebab u release any stress kepada drum! Anyway… Muzam memang minat muzik and good at playing guitars & drums… tapi jangan terkejut. Thus guy is a PILOT! Yup… bawak kapal terbang is his full time job. So, jangan main-main… band kami rock high flying punya!

Then, there’s me, IK… bagi yang follow my blog, surely tau yang saya ni minat muzik & rock. A few times saya sebut tentang muzik/rock di blog ni. And many probably tau saya pun main guitar… bila ada launching saya sebagai duta produk, mesti saya main satu lagu, with Razzi to sing and Muzam to play!

Dalam band ni juga, saya selaku penulis lirik 2 lagu yang telah disiapkan. Sebab tu juga saya agree to this project sebab matlamat saya dari dulu sampai kini tetap sama, iaitu untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, beri semangat, persahabatan, kekeluargaan dan segala-galanya yang positif.

2 lagu yang kami akan sampaikan, satu lagu English bertajuk “Reaching for the Stars’ dan satu lagu BM bertajuk “Selamanya”. Sedikit daripada liriknya…

Reaching Higher adalah lagu berkonsepkan motivasi. Mengenai semangat yang perlu ada untuk seseorang. Saya rasa lagu ni dan liriknya boleh relate kepada ramai antara kita yang telah melalui macam-macam ragam di dunia dalam mencapai kejayaan… So, here’s the lyrics:

Looking back
To the times I had
I never knew I”β„’d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me!

I will fight
Everytime I fall
And one night
You”β„’ll see me standing tall!

I”β„’m reaching for the sky
I”β„’ll raise the stakes, I”β„’ll make mistakes,
But I do it my own way!

I”β„’m reaching for the stars
I”β„’m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me!.

Lagu kedua pula lagu Selamanya. Mengenai erti persahabatan dan how important a friendship is. Not just friend-friend, tapi juga untuk our partner or spouse, suami-isteri. Tanpa sokongan orang yang tersayang, nak capai apa sahaja kejayaan memang payah. So, lagu ni pula adalah lagu persahabatan πŸ™‚

Syukur ku
Kepada Tuhan
Kau di sini

Dari dulu kita bersama
Teman sejati

Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku…

Akan kita
Tempuh bersama
Menuju
Bersama selamanya

Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang
Bersama selamanya

So, there you go! Tu lah dianya lagu untuk single pertama kami. Kisah Razzi.muz.ik Part 1 ni untuk kongsikan anda mengenai the band dan juga mengapa saya lakukan ini. Sebab taknak pulak orang kata IK dah jadi rockers! ha ha… Esok lusa saya kongsikan cerita lain pula. Especially mengenai pencipta lagu-lagu diatas! Orang-orangnya hebat! πŸ™‚

Seperti saya kata, my message is still the same- hendak menyampaikan mesej-mesej motivasi. Dan seperti posting saya sebelum ni, dengan harapan, melalui lagu, dapat lah sampaikan mesej-mesej saya kepada lebih ramai muda-mudi! πŸ™‚

Tip hari ini:

Ok, masih nak juga beri tip satu minit. Iaitu untuk kita mewujudkan “kelainan”. Dalam perniagaan dan juga hidupan harian: Be different!

Jarang sekali motivator buat album rock… tapi saya lakukan because it’s different.

Bila kita berbeza, orang ramai akan mudah mengenali kita. Kerana kita unik. Dalam seminar perniagaan saya, saya selalu sebut mengenai USP (Unique Selling Proposition) yang maksudnya adalah, untuk kita membezakan diri kita dengan pesaing.

Sememangnya “being different” mempunyai risikonya tersendiri… mungkin orang akan terima, mungkin orang takkan terima. Tapi, itulahnya the “excitement” menjadi usahawan. Berani menghadapi risiko πŸ™‚

Bila kita membezakan diri kita atau perniagaan kita, kita dapat mencipta jenama yang dikenali. Dan semuanya tahu bahawa jenama yang dikenali adalah jenama yang sering mendapat perhatian dalam perniagaan. Kuncinya- be different!

Cinta Strawberry 3 bulan

Apa bestnya being financially free?

Bagi saya bukan “material” things yang kita ada tetapi, bagi saya adalah “TIME” atau masa yang terluang πŸ™‚ Dah lama saya tak update ruang Reality di blog ni, so posting saya kali ini dibawah tajuk Reality pula…


Cinta Strawberry 1 day old!

Atas permintaan ramai, ramai yang nak tengok gambar terbaru my baby girl, Cinta Strawberry… maklumlah, kat blog ni, Strawberry ada ramai auntie & uncle angkat cyber πŸ™‚ So, bagi yang follow ruang ni, pasti ingat Cinta dilahirkan pada 8/8/08. Bagi yang nak refresh balik, boleh klik sini untuk posting/gambar pada hari kelahirannya.

Kini, Strawberry dah 3 bulan lebih, dan sejak seminggu dua lepas, dia dah pandai senyum-senyum & main-main. So, ini gambar dia tengah senyum khas untuk aunties & uncles cyber πŸ™‚

Cinta Strawberry – Smiling happily 3 bulan!

Seperti saya sebutkan sebelum ni, the best thing about being financially free & kerja dari rumah adalah, kita ada banyak masa dengan keluarga, especially kids! Masa anak pertama dulu, saya masih kerja full time dengan syarikat… so, kerja pagi, balik lewat petang. Dan selalu miss time-time my first child growing dari baby…

Alhamdulillah, bila dah buat full time perniagaan Internet, dah tak miss lagi dah sebabkan financially free memberi “time”. Dan time is much-much better than material πŸ™‚

Kelakar juga for the past few weeks ketika menjalankan Workshop Jutawan Internet, ramai dok mencari Cinta Strawberry- memang saya selalu bawak pun pergi workshop (time break), dan bila Cinta sampai, ramai kerumun tengok dia. Kalah papa dia… lagi glamour baby dari kita! πŸ™‚

====================

Workshop Perniagaan Internet akan datang:

Klik di sini