Category Archives: SoHo

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo (Small Office Home Office)…

Semalam saya berada di Radio24 93.9fm berkongsikan mengenai tip-tip menjalankan perniagaan dari rumah (tak semestinya perniagaan Internet sahaja). Sempat juga Abang Abu join on air secara telefon berkongsi bersama. Berikut adalah antara tip-tip yang dikongsikan bagi yang terlepas 🙂

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Jangan curi keuntungan perniagaan anda. maksudnya, untung dari perniagaan, elok-elok dikira sebagai “untung perniagaan” bukan masuk dalam poket anda dan membeli belah. Anda sebagai usahawan perlu ibaratkan mengambil “gaji tetap” dari perniagaan tersebut. Bukan untung extra, belanja extra…

Laburkan kembali keuntungan perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan, promosi, menambah prospek, menambah kredibiliti dan sebagainya. Keuntungan perniagaan, adalah milik perniagaan… jangan dicuri!

Kalau anda menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai disiplin. Anggap perniagaan dari rumah seperti bekerja 9-5. Perlu mempunyai disiplin. Bila kerja dari rumah, memang katil dekat, TV dekat, DVD dekat, dapur dekat… semuanya dekat sampai mengujakan kita untuk relax. Nasihat saya… perlu mempunyai jadual seperti jadual di sekolah dulu. Waktu sekian-sekian… untuk melakukan sekian kerja… 🙂

Kalau menjalankan perniagaan SoHo…

Perlu mempunyai fokus. Jangan lakukan banyak perkara serentak. Sememangnya kerja dari rumah memberi kita masa & fleksibiliti. Ini pun akan menguja kita untuk mencuba berbagai-bagai perkara… berbagai bagai bisnes serentak.

Fokus kepada perniagaan kita yang satu supaya dapat membina kredibiliti dan kepakaran dalam satu bidang itu. Mat Salleh kata, don’t be jack of all  trades and master of none. Fokus-fokus & fokus. Tumpukan usaha, tenaga dan juga modal kita pada satu perniagaan sehingga berjaya.

Jutawan SoHo

Secara jujurnya, untuk menjadi “Jutawan” soho ni, bukan senang. Saya pun tak pernah kata jadi jutawan kerja senang… orang lain ada la kata senang jadi jutawan- tapi bukan saya 😉

Untuk jadi jutawan…

  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000,000 kepada 1 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100,000 kepada 10 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10,000 kepada 100 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM1,000 kepada 1,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM100 kepada 10,000 orang atau…
  • Anda perlu jual sesuatu dengan keuntungan RM10 kepada 100,000 orang….
  • Atau apa sahaja in between!

Ramai antara kita dengan skill yang ada, hanya yakin dan berkebolehan menjual sesuatu yang berharga antara RM10-RM100. Sekiranya anda tergolong di sini dalam perniagaan SoHo anda, maksudnya, anda memerlukan antara 10,000 – 100,000 pelanggan.

So, fikirkan pula, untuk mendapat berpuluh-puluh ribu pelanggan… berapa lama masa anda akan ambil? Lama bukan?

Tetapi here’s the good news!

Dengan bermula menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM10, anda akan menjadi lebih yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100. Apabila anda yakin menjual sesuatu yang memberi keuntungan RM100, anda akan menjadi yakin menjual seusatu yang memberi keuntungan RM1,000.

Apabila sampai tahap ini, anda hanya perlu 1,000 pelanggan sahaja untuk menjadi jutawan soho!

Perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. So, start small… start a SoHo. Walaupun anda tidak boleh jadi jutawan dalam sekelip mata, tetapi, dengan cara yang betul, anda boleh mendapat extra income untuk anda & keluarga.

Seperti saya kata, untuk menjadi jutawan SoHo seperti saya, bukanlah perkara yang senang dan boleh goyang kaki untuk mencapainya. Rujuk berita saya di Kosmo “RM1 juta tiga tahun”.  Tetapi, untuk mendapat pendapatan RM2,000-RM3,000 secara SoHo, adalah agak mudah 🙂

============= Aktiviti =============

Aktiviti berkaitan dengan SoHo dari IKSB:

  1. Workshop Jutawan Internet masih lagi dibuka… Klik sini sekiranya berminat menceburkan diri dalam Soho perniagaan Internet.

SoHo: Rahsia Fokus – efficiency curve

Di WW minggu lepas, saya memberi beberapa tip SoHo. Antaranya adalah- “Efficiency Curve”

Apa yang saya maksudkan dengan efficiency curve?

efcu.gif

Efficiency curve berlaku apabila, sebagai SoHo, kita hanya fokus pada satu jenis perniagaan sahaja. Jangan di kembangkan kepada banyak perniagaan- berlainan dengan perniagaan besar yang sering “diversify”, perniagaan SoHo, kita perlu remain small.

Apabila kecil, disitu terjadinya efficience curve. Dalam efficiency curve, ia mengatakan:

Lebih banyak masa anda luangkan dalam sesuatu perkara, lebih banyak skill anda akan kumpul dalam satu perkara tersebut. Apabila ini terjadi, apabila diberi masa, lebih cepat anda dapat siapkan perkara itu.

Contoh:

Sekiranya SoHo anda adalah membuat tempahan jahit cushion/bantal lah, katakan. Anda hanya fokus pada cushion sahaja. Jahitan baju kurung ke, langsir ke, anda tak buat. Makin lama, anda akan makin handal membuat jahitan cushion. Pada mulanya, mungkin anda boleh siapkan 2 cushion sehari. Tetapi, menurut efficiency Curve, mungkin selepas beberapa bulan, anda menjadi semakin efficient (cekap) dan boleh menyiapkan sehingga 6 cushion sehari.

Ini bermakna, pendapatan anda juga bertambah 3 kali ganda.

When you focus, the efficiency curve kicks ini. Makin efficient anda, makin tinggi pendapatan anda 😉

ps: Nanti saya uploadkan tip ini di YouTube!

SoHo: Besar tidak semestinya bagus!

Ramai yang sering tergamam dengan nama-nama syarikat besar. Jenama besar. Banggunan berjuta harganya. Pekerja yang begitu ramai… dan segalanya yang besar-besar.

What if saya beritahu anda, ada antara syarikat-syarikat besar (dan kadangkala ternama) umpama indah khabar dari rupa.

Tahukah anda…?

  • Syarikat gergasi FUJITSU sejak 10 tahun lalu sehingga kini tidak memperolehi apapun keuntungan. Malah, rugi lebih daripada US1billion.
  • Syarikat gergasi SONY: siapa tak kenal SONY kan, mencatat keuntungan… tetapi, hanya 1% sahaja daripada seluruh jualan sejak 10 tahun lepas. CEO nya dipecat…
  • Ianya mengambil masa 8 tahun untuk syarikat Internet gergasi Amazon.com mendapat sebarang keuntungan.

Jangan terkejut… itulah hakikatnya sesetengah syarikat-syarikat besar. Perniagaan tempatan yang terkenal juga ada yang mengalami kesukaran sebegini… tapi tak sedaplah saya nak sebut 🙂

So, sekiranya anda faham betapa “pening”nya mengendalikan syarikat besar sebegini… then, SoHo is the answer.

Besar tidak semestinya bagus. Kadangkala, perniagaan kecil-kecil itulah yang menjadi “cili api”. Kos kecil. Pening kecil. Tetapi, sekiranya kena dengan keadaan, UNTUNG besar 😉

Inginkan SoHo perniagaan Internet? Sertai Workshop Jutawan Internet.

SoHo: Small office / Home office

soho.jpgSoHo atau Small office/Home office dikatakan tempat bekerja/menjalankan perniagaan dari rumah. Perniagaan Internet adalah satu contoh SoHo. MIBO juga adalah SoHo.

Saya telah menjalankan perniagaan dari rumah sejak tahun 1999 lagi dan yang paling menarik adalah, kos pengendalian yang amat-amat rendah dan pencapaian pelanggan yang amat tinggi. (*gambar sebelah bukan SoHo saya… SoHo saya lagi semak! 🙂 )

Dato Dr Azman Chin pernah beritahu saya tentang sebuah concept yang mengatakan tidak lama lagi (beberapa tahun lagi), hanya 2 jenis perniagaan sahaja yang akan berjaya:

Perniagaan SoHo: kerana kos overhead dan pengendalian yang amat rendah dan kebolehan mencapai pelanggan yang lebih besar dengan teknologi sedia ada seperti Internet & handphone.

atau…

Perniagaan besar-besaran: kerana boleh leverage pada jenama, kewangan dan tenaga pekerja yang ramai.

Perniagaan sederhana besar akan mengalami kesukaran oleh kerana perlu menanggung kos overhead yang tinggi dan sukar leverage pada jenama & kewangan.

So, a very-very hot tip: SoHo is the way to go!

ps: Sekiranya anda ingin memulakan SoHo perniagaan Internet, Sertainya sekarang! Tajuk: “Cara Memulakan Perniagaan Internet dari Rumah dalam masa 7 Hari!” Klik sini untuk keterangan lanjut.

pps: Minggu ini saya ingin mulakan minggu SoHo… so, tip2 minggu ini berkaitan dengan SoHo!