Category Archives: Klik-klik

7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 2)

[Bersambung dari “7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 1)”]

TIP 3. Youtube

popular di internet

Selain membaca, pengguna Internet juga suka menonton video. Salah satu laman web yang mempunyai rating yang tinggi adalah Youtube.com. Jika anda memuat naik video yang menarik di sana, video anda akan cepat tersebar di dunia online sama ada di Facebook, blog, website, forum dan sebagainya. Malah, video anda akan mula menjadi buah mulut orang lain.

Sudah ramai pengguna Youtube yang biasa-biasa sudah menjadi popular. Contohnya, ramai artis di Malaysia adalah lahir daripada Youtube. Mereka pada mulanya hanya sekadar berkongsi video mereka secara suka-suka sahaja. Namun setelah mereka mempunyai ramai pengikut, pelbagai peluang terhidang di hadapan mereka.

Anda juga mampu mendapat perkara yang sama jika menggunakan Youtube. Perkara yang penting adalah anda perlu kongsikan video yang bermanfaat, namun tidak terlalu serius. Ia tidak semestinya anda perlu menyanyi, mungkin video yang unik, menarik dan santai untuk orang lain menontonnya, tetapi bermanfaat.

TIP 4. Kerjasama dengan orang popular

Ini mungkin satu kelebihan jika anda melakukannya. Ia umpama tonik segera untuk anda ‘melompat’ dengan lebih jauh walaupun anda baru bermula. Namun, cara ini mungkin sukar dan ia bergantung kepada rezeki anda juga.

Sebelum anda mula menggunakan cara ini, sebaiknya anda sudah mempunyai pengikut anda sendiri sama ada di blog, Facebook dan sebagainya. Malah lebih baik jika orang yang sudah popular itu juga mengenali anda walaupun sekadar melalui Internet.

Anda hanya perlu hubungi mereka dan berbincang apakah yang anda dapat lakukan secara bersama walaupun sekecil-kecil idea. Kelebihan kerjasama sebegini adalah kedua-dua pihak akan mendapat pendedahan (promosi) dengan lebih meluas. Kelebihan bagi anda adalah, pengikut dan peminat mereka akan mula mengenali anda.

TIP 5. Twitter

Selain Facebook, Twitter juga adalah ‘alat’ yang kerap digunakan oleh orang-orang popular untuk berkongsi sesuatu terutama cerita semasa mereka. Twitter lebih mudah digunakan kerana anda hanya perlu menulis ayat yang pendek sahaja. Gunakan Twitter untuk memberikan maklumat, info, pendapat dan sebagainya secara ringkas. Tulis juga perkembangan semasa anda yang terkini.

TIP 6. Konsisten

Apa sahaja cara yang anda gunakan seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu konsisten melakukannya jika anda benar-benar serius mahu menjadi popular. Usaha yang konsisten adalah amat penting terutama di peringkat awal usaha anda. Salah satu cara untuk kekal konsisten adalah dengan melakukan perancangan yang lengkap  untuk jangka masa panjang.

TIP 7. Kreatif dan unik

Boleh dikatakan banyak perkara telah diketahui oleh kebanyakan orang terutama di Internet. Cuma mereka akan mengambil tahu kembali perkara itu apabila ia disampaikan dengan cara yang berbeza. Elakkan melakukan sesuatu yang sama seperti orang lain lakukan untuk mengelakkan peminat anda mula hilang minat. Keunikan anda akan memastikan anda adalah lain daripada yang lain, bukan seorang “copy & paste” semata-mata.

 

NOTA PERINGATAN :

1. Tiada jalan singkat untuk berjaya. Lakukan sesuatu usaha yang tidak bertentangan dengan agama dan undang-undang.

2. Elakkan publisiti murahan yang boleh menjatuhkan maruah kita.

3. Jadikan kedudukan popular kita sebagai kelebihan untuk kita berikan kebaikan kepada manusia sejagat.

4. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Jaga kata-kata kita agar tidak mengguris hati orang lain.

5. Apabila sudah popular, jangan lupa asal-usul diri.

 

7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 1)

Ingin jadi popular di Internet? Anda mungkin ada tujuan dan matlamat tersendiri untuk jadi popular, sama ada kerana minat, impian ataupun untuk bisnes. Tidak kira apa jenis tujuannya, yang penting anda harus melakukannya dengan cara yang betul dan terancang. Jika tidak, anda mungkin akan mengalami kerugian ataupun krisis yang tidak diundang.

Apabila kita berbicara mengenai menjadi popular di Internet, ia bermaksud hanya di Internet. Peminat-peminat dan pengikut anda akan menyebut nama anda dan mengikuti diri anda hanya secara online. Namun tidak dinafikan, ia mungkin akan berterusan di dunia ‘offline’ juga di mana anda mungkin dijemput oleh pihak media, mengadakan program tertentu, disapa oleh peminat dan sebagainya.

Sebelum anda melakukan usaha-usaha untuk menjadi popular, anda harus jelas dengan matlamat anda dan merancang apakah yang anda mahu lakukan dengan kepopularan anda itu nanti. Jika tidak, anda hanya sekadar popular, tetapi anda tidak menghasilkan apa-apa manfaat untuk jangka masa yang lama.

Selain daripada itu, anda juga harus merancang tindakan yang anda harus lakukan secara konsisten agar anda tidak mudah tenggelam kerana selain daripada anda, berjuta lagi manusia lain juga berusaha untuk popular seperti anda.

Terdapat banyak cara untuk kita menjadi terkenal di Internet. Berikut adalah 7 Tip dan ACTIONS’ yang boleh anda lakukan.

TIP 1. Miliki sebuah blog

Ini adalah langkah pertama yang wajib. Anda boleh menggunakan sistem blog yang percuma seperti Blogger.com dan WordPress.com. Namun jika anda benar-benar serius, anda boleh hasilkan sebuah blog dot com anda sendiri yang terus menggunakan nama anda seperti mana yang dilakukan oleh jutawan Internet Irfan Khairi melalui blognya, iaitu www.IrfanKhairi.com.

Sebaiknya anda menggunakan nama anda untuk nama blog kerana matlamat anda sekarang adalah untuk mempopularkan diri anda. Pada blog anda itu, letakkan sedikit biodata diri anda dan juga gambar anda (jika mahu).

Setelah anda mempunyai sebuah blog, anda boleh mula menulis. Anda boleh menulis apa sahaja perkara yang umum ataupun anda boleh memfokus kepada topik-topik yang spesifik sahaja. Sebagai contoh, Irfan Khairi menulis mengenai bisnes, perniagaan Internet dan motivasi. Bermaksud, beliau akan terkenal dalam kalangan orang yang meminati topik-topik tersebut.

Jika anda menulis pelbagai topik tanpa fokus, anda mungkin akan dikenali oleh sesiapa sahaja sebagai seorang yang popular di Internet.Tidak kisah apa saja topik, anda tulislah sesuatu yang memberi manfaat kepada pembaca.\

blog dan facebook

TIP 2. Facebook

Mungkin anda sudah mempunyai akaun Facebook, iaitu sebuah profile sendiri. Jika anda ingin popular di Internet, menggunakan profile Facebook adalah tidak sesuai, sebaliknya anda perlu menggunakan Facebook Page. Dengan menggunakan Facebook Page, lebih ramai orang dapat mengikuti perkembangan anda dan ia lebih meluas.

Sama seperti blog, anda perlu kongsikan perkara-perkara yang bermanfaat kepada pengikut anda di Facebook. Pelbagaikan bentuk gaya penyampaian seperti serius, kelakar, santai dan sebagainya agar pengikut anda tidak bosan. Gunakan juga imej dan juga video selain sekadar menulis teks sahaja.

Setelah anda membina Page anda sendiri, promosikan ia di blog anda agar lebih ramai orang yang akan menyertai Page anda tersebut. Kelebihan menggunakan Facebook Page adalah, pengikut dan peminat anda dapat promosikan Page itu kepada orang lain dengan lebih mudah tanpa sebarang halangan.

[Bersambung di “7 Tip Menjadi Popular di Internet (Bahagian 2)”]

Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 2)


[Bersambung dari “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)”]

4. Ketenangan

“Saya tertekan… Saya mahu pergi bercuti.” Kebanyakan usahawan akan mengalami situasi tertekan atau sudah penat melakukan bisnes dan mahu pergi bercuti menenangkan fikiran. Ketenangan adalah salah satu sifat fitrah manusia. Manusia tidak sukakan hidup yang bingit, bising, tertekan dan sebagainya.

Ketenangan adalah penawar yang paling mujarab dalam mengubati kekusutan fikiran para usahawan. Buktinya, setiap tahun usahawan biasanya ada perancangan untuk pergi bercuti di mana-mana tempat, agar kepenatan dan tekanan yang ditanggung dapat dilupai buat seketika. Ini membuktikan dalam diri manusia ada sifat semulajadi ini. Ia tidak dapat dilawan atau dihapuskan, sebaliknya harus memenuhi keperluannya (seperti percutian).

Dalam Islam, terdapat banyak cara untuk kita memiliki ketenangan diri tanpa perlu pergi bercuti. Tidak bermaksud bercuti tidak berkesan, tetapi ada banyak lagi cara lain. Anda boleh pergi bercuti, tetapi dalam masa yang sama, cara lain juga perlu diamalkan.

Antara cara untuk menenangkan diri adalah dengan mengingati Allah. Perkara ini jelas melalui satu firman Allah dalam al-Quran, “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.”, surah Al-Raad, ayat 2. Mengingati Allah mempunyai maksud yang luas, contohnya dari segi cara khusus iaitu seperti solat, beriktikaf di masjid, menghadiri majlis ilmu, bersahabat dengan ilmuan agama, membaca buku agama, mendengar audio agama, berzikir dan membaca al-Quran. Manakala dari segi umum pula kita meninggalkan perkara yang Allah larang dan melakukan kebaikan yang disuruh olehNya.

ketenangan hati

Ketenangan fikiran dan jiwa adalah faktor terpenting untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tanpa ketenangan, kita amat sukar membuat keputusan yang adil, waras dan tepat. Malah, perniagaan kita boleh hancur dan gagal, malah kita akan hidup dalam tekanan dan takut pada bayang-bayang sendiri.

5. Mudah Rasa Kasihan

Sejahat-jahat manusia, pasti ada sedikit “rasa mudah kasihan” dalam diri mereka. Contohnya seperti cerita Robin Hood, iaitu seorang hero yang kerjanya adalah mencuri dan merompak harta kekayaan orang lain terutama orang yang jahat. Hero itu melakukannya kerana kasihan dengan orang-orang miskin yang kelaparan. Hukum mencuri itu tetap salah, namun apa yang ingin disampaikan di sini adalah sifat fitrah tersebut, iaitu rasa kasihan terhadap manusia lain.

Dalam perniagaan, ada usahawan yang tamak dan ada usahawan yang bermurah hati. Namun yang tamak itu tidak semestinya akan terus tamak dengan hartanya. Mungkin serba sedikit akan mudah rasa tersentuh apabila melihat kesusahan hidup orang lain berbanding dirinya yang begitu senang. Lantas hadirlah niat dalam hatinya untuk melakukan kebaikan seperti melakukan sedekah dan sumbangan.

Ramai manusia berubah hasil daripada sifat semulajadi yang ada dalam diri. Bagi usahawan yang masih sedar akan kebaikan, gunalah sifat fitrah mahu membantu orang lain sebaik-baiknya sebelum sifat tamak menguasai diri. Asahlah sifat “kasihankan orang lain” dengan membantu mereka dengan ikhlas, walaupun kita mengenakan bayaran. Kita tidak perlu risau usahawan lain yang tamak haloba dan kedekut, kerana dengan kuasa fitrah yang ada dalam diri mereka, semoga mereka berubah akhirnya, dengan izin Allah.

Semoga perkongsian pada kali ini memberikan manfaat kepada anda. Sama-sama kita jadikan “Kuasa Fitrah” sebagai kuasa untuk kita berubah dan menjadi usahawan yang berjaya, kaya dan bahagia.

Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan Kuasa Fitrah (Bahagian 1)

 

Ingin jadi usahawan online yang berjaya? Sudah pasti anda mahu. Tetapi, bagaimana caranya? Persoalan ini adalah perkara biasa dan ditanya oleh sesiapa pun yang ingin berjaya. Terdapat dua faktor kejayaan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Pada kali ini, kami kongsikan dengan anda mengenai faktor dalaman.

Sempena bulan mulia ini yang dimulakan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, atau dipanggil juga sebagai Hari Raya Fitrah, kita ambil kekuatan yang ada disebaliknya. Fitrah pada asasnya bermaksud sifat-sifat fitrah yang ada dalam diri manusia sejak dari lahir lagi. Sifat-sifat ini tidak boleh dibuat-buat atau dicipta, tetapi ia sudah tercipta dalam diri manusia. Apa yang boleh kita lakukan adalah, gunakan sifat fitrah ini untuk menjana kebaikan dan kejayaan.

Untuk artikel kali ini, kami akan fokuskan kepada 5 sifat fitrah yang boleh digunakan oleh usahawan online untuk meraih kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.

1. Jujur

Sifat ini ada pada semua manusia, termasuklah kepada penjahat dan ahli maksiat sekalipun. Cuma mungkin mereka tidak menggunakan sifat fitrah ini langsung, ataupun menggunakan ia di jalan yang salah. Namun jujur yang sebenar adalah jujur dalam perkara yang benar sahaja. Dalam perniagaan, sifat jujur adalah salah satu pati kejayaan. Bahkan Rasulullah pernah mengingatkan para peniaga agar jujur dalam membuat timbangan barang.

Sejahat mana seseorang seperti menipu dalam urusan jual beli, hati dan jiwanya pasti tidak tenang. Hal Ini kerana jiwa jahat mereka itu sedang berlawan dengan sifat jujur yang ada dalam diri mereka.

Jadi apakah yang perlu kita lakukan? Mudah sahaja. Gunakan sifat jujur yang sedia ada dalam diri. InsyaAllah kita akan memiliki ketenangan, rezeki sentiasa tidak putus-putus dan para pelanggan akan tetap suka berurusan dengan kita untuk tempoh yang panjang.

2. Memaafkan dan Meminta Maaf

mohon keampunan

Manusia tidak maksum, termasuklah para pelanggan, peniaga dan usahawan. Kita tidak mampu mengelak kesilapan terutama yang di luar kawalan kita. Sebagai usahawan, andai kata kita dimarahi oleh pelanggan, dikritik oleh pesaing dan ataupun mendapat pelanggan yang cerewet, maafkan sahaja mereka. Ia lebih baik daripada terlalu memikirkan mereka atau membalas balik perbuatan mereka. Memaafkan adalah sifat fitrah yang ada dalam diri manusia. Rasa mahu memaafkan orang lain tetap ada walaupun diri amat marah, benci dan berdendam.

Selain daripada itu, rasa bersalah juga pasti akan menyusul apabila kita cuba ‘menegakkan benang yang basah’, memfitnah, berkata dusta dan sebagainya. Ia membuktikan sifat mahu meminta maaf juga adalah sifat semulajadi manusia. Sebagai usahawan, andai kata kita melakukan kesilapan, kita tidak perlu mempertahankan diri yang jelas bersalah, sebaliknya terus meminta maaf kepada pihak yang berkaitan.

Kesimpulannya, dalam perniagaan kita perlu “give and take”. Ada masa kita perlu memaafkan, dan ada masa kita perlu meminta maaf. Inilah sikap seorang usahawan sejati.

3. Perlunya Tuhan

Pernahkah anda mendengar kata-kata sebegini, “Oh my god…”? Pernah bukan? Walaupun yang mengucapkannya tidak mempunyai agama, namun secara spontan kata-kata itu terpacul keluar dari lidah mereka. Hal Ini membuktikan dalam diri setiap manusia, rasa bertuhan itu wujud. Satu lagi bukti mudah adalah, semua manusia tidak kira agama akan berdoa sambil melihat ke langit. Malah terkadang yang tidak beragama pun apabila berhajat sesuatu, mereka melakukan perkara yang sama. Jadi ada apa dengan langit? Ia mengisyaratkan seperti ada satu kuasa besar di atas sana.

Itulah sifat fitrah manusia. Sehebat-hebat manusia, mereka tetap berdoa dan mengharapkan sesuatu yang ajaib dari atas sana. Bagi yang beragama Islam, Tuhan kita adalah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Sejahat-jahat penganut agama Islam, pasti akan tertutur jua nama-nama Allah yang suci. Ini membuktikan dalam diri manusia ada sifat fitrah, iaitu adanya Allah walaupun diri cuba menafikan.

Sebagai usahawan, kita boleh gunakan sifat fitrah ini dalam segenap segi usaha perniagaan kita. Contohnya apabila kita dilanda sesuatu masalah, kita terus berdoa dan berkomunikasi denganNya untuk meminta bantuan. Sentiasalah berkomunikasi dengan Allah dengan memujiNya, berdoa kepadaNya dan memohon ampun daripadaNya. Sesungguhnya, jiwa kita akan ‘kehausan’ apabila kita melupai Allah dan dari situ bermulalah detik hitam dalam hidup kita seperti gagal dalam perniagaan dan mudah hilang perhitungan. Jangan biarkan jiwa kita yang mahu ‘bersambung terus’ dengan Allah dibiarkan begitu saja.

[Bersambung di “Menjadi Usahawan Internet Berjaya dengan  Kuasa Fitrah (Bahagian 2)”]

 

Klik-Klik Perniagaan Internet: HalalGelatine.com

Hari ini di ruang Klik Klik perniagaan Internet, saya ingin kongsikan, salah satu perniagaan Internet daripada peserta saya yang awal- sejak tahun 2006 lagi! Ya, cepat rasanya masa berlalu. Saya mula menjalankan seminar perniagaan Internet sejak 2006 sehingga kini.

Sejak 2006 saya menjalankan seminar perniagaan Internet, bukan sekadar ramai peserta sahaja, tetapi juga dapat ramai kenalan-kenalan rapat, termasuk bro Razzi Rahman yang sehingga kini became my good buddy.

Razzi Rahman berpengalaman dalam menjalankan perniagaan secara offline bertahun-tahun di KB Mall menjual produk kesihatan dan pemakanan halal dikedainya. Bila mendengar tentang kehebatan Internet boleh menjangkau pelanggan sehingga serata dunia, Razzi terus mengambil kesempatan untuk mengembangkan perniagaannya melalui online untuk menambahkan keuntungan mendapat pelanggan seluruh dunia!

Sekiranya anda sedia menjalankan perniagaan, apa kata ambil kesempatan perniagaan Internet untuk menggandakan lagi pendapatan anda dan mencapai pelanggan luar negara seperti kisah kejayaan HalalGelatine.com!

Dan sekiranya anda memerlukan produk gelatine HALAL untuk bahan masakan anda, kini anda tahu bagaimana hendak mendapatkannya!


HalalGelatine.com

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Saya menganggap, laman web perniagaan saya HalalGelatine.com adalah seperti satu kedai runcit online yang halal dan paling berjaya sekali!

Saya panggil ia Runcit kerana gelatin ini selalunya dijual dikedai-kedai runcit, mini market atau di bahagian barangan dapur jika di pasaraya besar. Tetapi saya menjualnya secara online ke seluruh dunia.

Halal kerana, serbuk gelatin yang digunakan untuk membuat puding, jeli, kek, coklat dan berbagai agen pengikat ini asalnya dari bahan yang halal, iaitu dari tulang lembu, kerbau dan kambing BUKAN khinzir! Dan disembelih oleh orang Islam di kilang yang tidak bercampur dengan binatang-binatang lain yang haram dimakan oleh orang Islam. Serta diiktiraf oleh Majlis agama Islam Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Seingat saya, pada akhir 2006! setelah saya menghadiri Workshop Rahsia Internet yang dikelolakan oleh Irfan khairi, saya tidak dapat tidur lena semenjak hari itu hahaha! Semuanya kerana berbagai-bagai idea yang terpancul dalam kepala saya ni.

Well, nasib baiklah saya mendapat bimbingan lanjutan dari IK sehingga saya begitu fokus kepada satu idea sahaja, iaitu halalgelatine.com

It takes me about 2 months tanpa jualan, namun selepas itu saya mendapat banyak pesanan dari seluruh Amerika dan United Kingdom!paling mengejutkan saya, apabila mendapat order dari Jepun, German, Switzerland, Denmark dan berkali-kali dari Paris.

Dan kini saya amat bersyukur, Alhamdulillah, even orang bukan Islam pun sudah membuat pesanan dengan saya kerana mementingkan “Halalan Toyibun” yang bermaksud hygine food! 😉

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Kebaikan perniagaan Internet yang paling saya suka ialah apabila produk halal gelatin saya dapat dijual ke seluruh dunia, walau saya hanya berada di kampung saya Kota Bharu, Kelantan. Kadang-kadang saya menggeleng kepala sorang-sorang dan tersengih dengan keajaiban ini!whatever it is Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH swt.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Dalam masa yang sama, saya juga adalah seorang penulis dan saya sangat minat menulis, jadi salah satu cara yang saya lakukan untuk mempromosi laman web saya adalah saya banyak menulis artikel dan submit artikel itu ke EZINE.COM

Hasilnya, artikel-artikel saya serta resipi-resipi menggunakan halal gelatin telah tersebar keseluruh dunia. Teknik ini dan banyak lagi saya pelajari dari Workshop Jutawan Internet kelolaan sifu saya, Irfan Khairi!

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Paling penting, buat keputusan hari ini juga untuk bertindak memilih produk apa yang anda mahu jual. Atau apa sahaja minat anda, sesuatu yang anda paling suka, yang boleh dijadikan perniagaan.

JANGAN sesekali mahu melakukan kesemuanya, sure takkan jadi. Pilih satu dan focus on it! Kemudian jangan menoleh ke belakang lagi.

Dan yang penting juga adalah dalami perniagaan Internet sebaiknya daripada mereka yang sudah berpengalaman dan telah melahirkan ramai usahawan Internet di Malaysia seperti sifu IK!

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Menambahkan lagi produk-produk yang menggunakan halal gelatine.

Dan yang paling penting, mengekalkan info-info tentang pemakanan halal dan terus menulis artikel tentangnya seterusnya mempromosi ke seluruh dunia agar syarikat saya Nur Halalgelatine Resources terus dapat menjadi pengedar barangan halal kepada setiap rumah orang Islam mahupun bukan Islam, di seluruh dunia, InsyaAllah

**********

Ramai yang telah berjaya dalam perniagaan Internet. Untuk mengikuti kisah-kisah kejayaan usahawan Internet lain di ruang Klik-Klik perniagaan Internet, klik di sini! dan pelajari tips dan petua yang dikongsikan.

Bulan depan, saya juga akan turut mengendalikan beberapa seminar perniagaan Internet, dan sekiranya anda berminat mengikutinya dan pelajari kaedah-kaedah memulakan perniagaan Internet dan mencapai pelanggan seluruh dunia walaupun hanya dari rumah, klik di sini.

Klik-klik Perniagaan Internet: NoorizamSabran.com

Berbekalkan minat dan kesungguhan, sesiapa sahaja boleh memulakan perniagaan Internet mengikut minat dan kebolehan sendiri. “Klik-klik” kali ini memaparkan Noorizam Sabran @ Ijam di www.NoorizamSabran.com, yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang fotografi dan ingin kongsikan minatnya dengan orang ramai disamping menjalankan perniagaan Internet.

Bermula dengan minat dan kesungguhan, Ijam kini telah menghasilkan ebook asas fotografi (saya recommend anda download kerana ia akan membantu anda juga mengambil gambar keluarga!), T-shirt, serta mengendalikan workshop asas fotografinya sendiri- tahniah to Ijam!

Bermula dengan hobi dan minat sendiri, kini Ijam berjaya menjalankan perniagaan Internet yang berjaya.


Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Blog NoorizamSabran.com adalah tentang informasi, Tips Asas Fotografi Digital. Blog ini sesuai untuk yang baru menceburi bidang fotografi dan ingin mempelajari asas fotografi dengan cara yang amat mudah untuk difahami.

Gaya penyampaian bahasa yang saya gunakan juga mudah untuk difahami. Banyak tip-tip untuk merakam gambar menarik saya kongsikan di sini. Semuanya adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dan belajar dari yang pakar. Banyak juga permintaan kelas-kelas asas fotografi yang telah saya buat untuk individu, berkumpulan ataupun kelab-kelab fotografi di Malaysia . Selain itu,baju-baju t-shirt fotografi juga dijual melalui blog ini.

Di noorizamsabran.com , pembaca juga boleh memuat turun ebook fotografi secara percuma yang saya hasilkan untuk dijadikan rujukan. Yang minat nak belajar fotografi, boleh muat turun ebook ni di www.noorizamsabran.com. Bagi saya apa yang penting adalah cara penyampaian supaya pembaca mudah memahami.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mula berkongsi tips informasi asas fotografi ini melalui blog sejak tahun 2008 lagi. Masa tu agak sukar untuk mencari informasi tentang asas fotografi yang menggunakan Bahasa Malaysia di internet. Semuanya bermula dengan Workshop Rahsia Internet dari IK. IK menjadi “˜coach”™ saya. Dari situ pelbagai idea yang datang. Terlalu banyak yang saya belajar tentang ilmu perniagaan di internet daripada Irfan Khairi . Noorizamsabran.com adalah satu daripada hasilnya sampai hari ini.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Kenapa saya suka perniagaan internet? Sebabnya ia menjimatkan masa, cepat, tak perlu sesak dalam traffic jam dan yang paling best, boleh access di mana sahaja. Segala promosi sebahagian besarnya saya buat secara “˜online”™. Kuncinya, ilmu perlu ada ditambah dengan kesungguhan diri kita.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Salah satu cara paling efektif untuk mempromosikan laman web saya adalah menggunakan laman social “˜Facebook”™. Medium yang paling popular dan cepat dimasa ini. Selebihnya “˜word of mouth”™ dari peserta workshop saya.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Untuk memulakan perniagaan internet, paling penting sanggup belajar. Sebabnya bukan mudah untuk berjaya tanpa ilmu. Belajar perlu korbankan masa, wang dan paling penting belajar dengan yang pakar. Saya sendiri menjadikan IK sebagai “˜coach”™


Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Untuk jangka panjang, saya akan meluaskan lagi perniagaan ini dengan menghasilkan beberapa lagi cabang yang berkaitan dengan fotografi. Niche saya tetap untuk “˜beginner”™. Sebab niche amat penting dalam perniagaan internet. Saya juga akan membuat usaha sama dengan peniaga-peniaga internet yang sudah berjaya bagi manaikkan lagi jenama saya supaya lebih dikenali. GO!!!

**********

Tahniah kepada Ijam kerana kini sudha mula meraih pendapatan melalui Internet dengan hobi dan minat sendiri!

Salah satu kebaikan perniagaan Internet yang saya selalu tekankan adlaah kita boleh mengubahkan apa sahaja yang kita minat (mungkin hobi kita) seperti fotografi oleh Ijam, atau apa sahaja, hobi kereta, memasak, menjahit, bersukan, membaca, muzik, bermain game, memancing, bercucuk tanam atau apa sahaja menjadi perniagaan di Internet disamping mendapat pendapatan melalui perkara yang kita sedia tahu dan minat.

Berikut adalah klip YouTube temubual saya di MHI, TV3 berkenaan dengan mengubahkan hobi menjadi perniagaan Internet bersama Abby Fana & Ahmad Fedtri

Sekiranya tak dapat lihat klip di atas, klik di sini

Sekiranya anda berminat untuk pelajari kaedah memulakan perniagaan Internet, tak kira perniagaan apa pun mengikut minat dan kebolehan anda, boleh sertai Workshop Jutawan Internet, atau seminar2 separuh hari yang akan dikendalikan pada bulan oktober nanti. Ada beberapa seminar mengikut keperluan masing-masing, boleh lawati http://www.RahsiaInternet.com untuk keterangan lanjut. Have a great weekend!

Klik-Klik: Chocolat Wrapper

Hari ini di ruang “Klik-Klik”, saya nak kongsikan salah seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang telah berjaya memulakan perniagaan melalui Internet dan meraih pendapatan bukan setakat dari Malaysia sahaja, malah dari luar negara termasuk Hong Kong dan Dubai dengan perkhidmatan yang unik – Chocolat Wrapper, oleh Pn Yafidah Yahaya (Fida).

Ianya dikatakan, secara purata, manusia memperolehi 4 idea yang baik setiap hari. Tetapi, tak kira berapa banyak pun idea yang kita dapat sehari, dan kita tidak mengusahakan idea tersebut, tak kemana juga idea kita tak kira betapa bernasnya idea kita.

Pn Fida telah menunjukkan satu contoh yang amat baik dalam mereliasasikan idea yang simple yang dimilikinya, iaitu menjual personalize chocolate wrapper ke serata dunia! Saya masih teringat ketika mengendalikan Workshop Jutawan Internet di mana Pn Fida sebagai peserta, berulang-ulang kali saya mengatakan ideanya adalah sesuatu yang boleh menjana pendapatan yang baik di Internet. Alhamdulillah, kini ia telah menjadi kenyataan.

Mudahan tips dan petua yang dikongsikan oleh Pn Fida dapat memberikan inspirasi serta idea kepada anda juga untuk memulakan perniagaan Internet dari rumah- tak kira perniagaan apa pun.

Sambil-sambil itu, sekiranya anda akan menjalankan sebarang majlis keramaian… apa kata order Choclate Wrapper dari Pn Fida!

chocwrap.gif
www.chocolatwrapper.com

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Chocolat Wrapper ““ menyediakan perkhidmatan “˜pesonalized”™ pembalut  coklat untuk majlis harijadi, perkahwinan, pertunangan, perayaan & juga majlis ““ majlis korporat. Chocolat Wrapper menjual Wrapper/Pembalut beserta dgn Coklat Handmade. Pelanggan boleh memilih koleksi pembalut coklat/ chocolate wrapper di laman web rasmi Chocolat Wrapper ““ www.chocolatwrapper.com

Pelanggan hanya perlu memilih code design dan pihak kami mengubah warna dan informasi mengikut keperluan pelanggan secara PERCUMA. Produk utama Chocolat Wrapper ialah Coklat bar. Terdapat beberapa saiz coklat yang ditawarkan mengikut budget pelanggan.

Produk terlaris ialah Coklat Bar RM 2.00, Coklat Puzzle Gift Pack & juga Coklat Raya Aidilfitri (mini bar). Perkhidmatan courier dalam negara dan juga luar negara turut disediakan.
Chocolat Wrapper telah berjaya membuat penghantaran coklat ke beberapa negara seperti Dubai,Hong Kong, Singapore dan juga Brunei.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mendapat dorongan untuk memulakan perniagaan melalui internet dr suami.

Suami amat memahami hasrat saya yg amat meminati bidang perniagaan & perniagaan melalui internet adalah yg terbaik kerana saya suka pada konsep perniagaan yang fleksible.

Selepas menghadiri Workshop Jutawan Internet, kelolaan Irfan Khairi tentang kepentingan Product Niche,ia telah lebih meyakinkan saya untuk terus fokus mengusahakan perniagaan Chocolate & Wrapper.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah dipelajari dari Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Chocolat Wrapper di bawah program bisnes dari rumah. Lawat laman web saya di www.chocolatwrapper.com untuk keterangan lanjut atau di facebook Chocolat Wrapper.

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka panjang saya dalam perniagaan internet ialah untuk memilik Chocolate Cafe bagi memudahkan sesi bertemu pelanggan. Selain itu saya berhasrat untuk memasarkan coklat dibawah jenama Chocolat Wrapper sehingga setanding dengan pasaran antarabangsa. Malaysia Boleh!

**********

Sekiranya anda ingin pelajari kaedah menjalankan perniagaan Internet dari A-Z, sertai Workshop Jutawan Internet. Ramai usahawan Internet telah dilahirkan daripada workshop ini dan menjalankan perniagaan dari keselesaan rumah.

Tak kira apa sahaja minat anda atau kebolehan anda, ubahkannya menjadi perniagaan di Internet! Untuk maklumat lanjut, layari http://www.rahsiainternet.com/workshop

wji.gif

Klik-Klik: Pinky Creative Design

Perniagaan Internet juga boleh dimulakan tanpa sebarang modal wang- dengan hanya modal skil atau kebolehan kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai kebolehan dan skil seperti design, mengalih bahasa, menyunting buku, ghostwriter, menulis, coaching, consulting, atau apa sahaja perkhidmatan, anda juga boleh menjalankan perniagaan melalui Internet.

Infact, perniagaan Internet saya yang pertama (11 tahun lalu) bermula dengan perkhidmatan saya sebagai designer. Modal saya, hanyalah skil atau kebolehan saya mereka cipta… dan tentunya masa yang diluangkan 😉

So, sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, anda boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan anda melalui Internet. Klik-klik kali ini memaparkan perkhidmatan rekacipta Ms Elia Juaini untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda untuk anda juga berjinak-jinak memasarkan perkhidmatan anda di Internet. Dan kalau nak anda nak mulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu nak menghasilkan laman web dan bahan2 promosi yang lain, boleh hubungi Pinky Creative Design!

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Laman web Pinky Creative adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan rekaan. Pelbagai rekaan yang saya tawarkan termasuklah business card, flyer, bunting, banner, logo, web banner , web design dan juga photo decoration. Untuk setiap perkhidmatan yang saya tawarkan, saya akan memenuhi kehendak pelanggan dan menepati citarasa yang diingini, berkomunikasi adalah satu medium untuk saya memahami kehendak pelanggan saya. Bagi saya, setiap rekaan melambangkan personaliti bagi setiap individu. Keunikan dan kreativiti juga memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan saya kerana bagi saya unik itu membuatkan seseorang mengenali kita.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mulakan perniagaan Internet saya pada tahun lepas,2009. Saya memang berkelulusan sebagai seorang pereka, tetapi saya tidak bekerja sebagai seorang pereka. Oleh itu, pada satu masa, saya tiba-tiba terfikir kenapa saya tidak memberikan perkhidmatan saya kepada orang lain dan sekaligus mengasah bakat saya. Disebabkan saya tidak mempunyai modal untuk membuka kedai, jadi saya mulakan melalui Internet dan membuat blog. Walaupun saya masih bekerja, tetapi saya tetap komited untuk memberikan perkhidmatan rekaan saya. Dulu, saya sering mereka untuk website kakak saya, Alhamdullillah sekarang saya juga sudah dapat menawarkan perkhidmatan saya pada orang lain juga.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Saya suka perniagaan Internet sebab saya boleh berada di mana-mana saya suka untuk menjalankan perniagaan saya. Tiada had. Juga kalau tiada modal pun tidak apa sebab ada juga website yang free (seperti Blogger.com).

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif bagi saya untuk mempromosikan laman web saya adalah melalui rakan-rakan atau bertukar link website. Saya sering bertukar link dengan rakan-rakan untuk mempromosikan laman web saya. Di samping itu, rakan-rakan yang telah menggunakan khidmat saya juga penting bagi saya untuk mempromosikan laman web saya kerana melalui testimonial merekalah, orang lain mule mempercayai saya.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Bagi saya, tip yang paling berkesan sekali adalah, “Terus mulakan apa yang anda fikirkan”. Jangan teragak-agak untuk melakukan sesuatu  dan jangan selalu meletakkan alas an dalam diri untuk tidak melakukan sesuatu yang anda sedang fikirkan. Jika anda tidak tahu langsung nak menjual apa-apa, anda boleh berkongsi ilmu dengan hanya kata-kata atau perjalanan hidup anda melalui blog. Jadikan saja Dr Irfan Khairi sebagai mentor anda, pasti anda berjaya macam saya. 😉

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka masa panjang saya dalam perniagaan Internet adalah mendapatkan seberapa banyak pelanggan sehingga perniagaan design saya dikenali ramai dan mendapat satu juta sebelum umur 30 tahun.

All the best to Pinky Creative Design semoga terus berjaya!

**********

Ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah melalui Workshop Perniagaan Internet #1 ini. Dengan menggunakan kebolehan,skill dan kekuatan anda, anda boleh ubahkannya menjadikan satu perniagaan di Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Di workshop satu hari ini, Irfan Khairi akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan- tidak kira sama ada anda ingin menjual produk, ataupun perkhidmatan. Irfan Khairi juga akan membantu anda mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda niagakan di Internet berdasarkan minat dan kebolehan anda! Klik di sini untuk membaca testimoni bekas-bekas peserta Workshop Jutawan Internet.

Klik-Klik: www.MuffinsMonster.com

Hari ini suka saya kongsikan salah satu perniagaan Internet hasi daripada salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet, Pn Ida Maslina yang menjalankan perniagaan Internet menjual Muffin di www.MuffinsMonster.com. Berikut adalah temubual bersama Ida, mengenai perniagaan Internetnya. Semoga dapat menyuntik inspirasi kepada anda juga untuk turut memulakan perniagaan Internet anda berdasarkan minat dan kebolehan anda 😉

Sambil-sambil tu, boleh pesan juga muffin daripada MuffinsMonster.com sebab saya sendiri pernah test muffin tersebut dan memang best!

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Laman web Muffins Monster menjual pelbagai jenis muffin dan cupcake utk apa jua majlis samaada majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan, kenduri-kendara atau pun untuk makan-makan sendiri bersama keluarga. Muffin Monster di anggap unik kerana kami menyediakan pelbagai pilihan perisa muffin kepada pelanggan yg dibahagikan kepada 3 kategori iaitu All-time Favourite Muffin, Exclusive Jumbo Muffin dan Gourmet Muffin. Setakat ini kami mempunyai 27 jenis muffin dan dari semasa ke semasa kami akan menambah lagi perisa-perisa yang lain mengikut citarasa pelanggan.Kesemua muffin yg dikeluarkan oleh kami adalah berdasarkan tempahan dari pelanggan. Oleh itu, anda hanya akan mendapat muffin yang baru sahaja dibakar dari kami. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan-pelanggan kami yang berada di Malaysia sahaja.Yang terkini, terdapat beberapa homebakers  yang bernaung di bawah Muffins Monster di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dan juga 2 buah negeri lain. Mereka telah mengeluarkan produk Muffins Monster di rumah mereka sendiri dan ini telah memberi pilihan kepada pelanggan-pelanggan Muffins Monster yg berada di sekitar kawasan homebakers tersebut untuk mendapatkan muffin yg mempunyai kualiti yang sama.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Kami telah memulakan perniagaan internet pada tahun 2007. Pada masa itu, saya masih bekerja dan tercari-cari perniagaan apa yang sesuai untuk saya jalankan supaya dalam masa yang sama saya dapat menjaga anak sendiri di rumah dan mencari rezeki. Kemudian, adik saya memberi idea kepada saya untuk memasarkan muffin yang biasa saya buat di rumah untuk keluarga ke dalam dunia internet. Pada masa itu, saya tidak mempercayai yang perniagaan begitu akan memberi pulangan. Tetapi setelah dicuba dgn menggunakan laman blog percuma pada mulanya, perniagaan internet ini mendapat sambutan di kalangan masyarakat dan alhamdulilah kini kami telah mempunyai laman web sendiri yang berdaftar dan jenama Muffins Monster telah dikenali ramai.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Tidak perlu bersusah-payah keluar dari rumah untuk mempromosikan produk kita dan melalui laman web tidak ada had pelanggan yang akan masuk ke dalam laman web kita. Oleh itu, masa kita lebih fleksibel dan tidak terikat kepada waktu perniagaan konvensional yang lain.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif yang mempunyai kesan jangka masa panjang adalah mengaplikasikan Searh Engine Optimization (SEO) yang telah dipelajari dari Dr Irfan Khairi dalam salah satu workshopnya. Setelah mengaplikasi tips-tips dari Dr Irfan, saya dapati jumlah pengunjung yang berkunjung ke website saya bertambah dengan mendadak.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Tips daripada saya ialah cari mentor dan belajar sebanyak yang boleh dari mentor yang sudah berjaya. Contoh yang paling dekat ialah mentor saya Dr Irfan Khairi. Kemudian, langkah pertama, bina jenama anda sendiri. Jika tak tahu bagaimana nak mulakan, sertai Muffins Monster di bawah program bisnes dari rumah. Lawat laman web saya di www.muffinsmonster.com untuk keterangan lanjut.

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka panjang saya dalam perniagaan internet ialah untuk melahirkan lebih ramai Muffins Monster homebakers di seluruh Malaysia bagi memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memulakan perniagaan internet dari rumah. Di samping itu dapat berkongsi rezeki bersama homebakers yang lain dan memperkembangkan jenama Muffins Monster ke seluruh Malaysia .

**********

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet anda sendiri seperti Pn Ida Maslina di atas, tetapi tidak tahu bagaimana dan di mana hendak bermula, sertai Workshop Jutawan Internet. Untuk maklumat lanjut, boleh klik di sini.

Klik-klik: Phone Solution2u

Kali ini kita klik-klik laman web seorang lagi peserta Workshop Jutawan Internet yang berjaya, Che Mohd Raif @ Bro Phone yang menjual informasi di Internet. Bukan lagi rahsia bahawa informasi adalah produk yang amat lumayan pendapatannya sekiranya dilakukan dengan betul. Seperti mana keuntungan yang diraih oleh Bro Phone kita, mengajar kaedah memperbaiki handphone, melebihi RM20,000 sebulan! Tahniah diucapkan…

Tujuan ruangan klik-klik adalah untuk…

  • Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
  • Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
  • Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri :)

Berikut adalah temubual klik-klik bersama Che Mohd Arif… mudahan dapat memberi inspirasi dan juga ilmu bagi anda yang berminat untuk menjalankan perniagaan Internet.

brophone.jpg

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

phonesolution2u adalah laman web yang menawarkan maklumat tentang teknik-teknik membaikpulih telefon bimbit melalui Video CD yang memudahkan sesiapa sahaja mempelajarinya.Pada masa sekarang kami mengeluarkan VCD asas membaiki telefon bimbit yang mana 70% kerosakan lazimnya dibaiki dengan cara yang kami kongsikan ini.

Tahukan anda semua kos untuk membaiki telefon bimbit yang kerosakan berpunca dari ‘ribbon (kabel)’ boleh mencecah ratusan ringgit padahal kos alat gantinya sekitar RM15 sahaja dan perkara ini bukan sukar untuk dilakukan sendiri.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya melakukannya pada pertengahan tahun 2008. Tetapi saya rasa perlu mempealajarinya dari pakar yang tepat. Setelah mengetahui workshop IK diadakan di KB pada bulan mac 2009 saya terus mendaftar. Dari workshop tersebut banyak perkara baru yang saya pelajari dari perkongsian IK dan saya meneruskan bisnes on line ini dengan lebih serius lagi.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Kalau bisnes off line pelanggan saya cuma dari kawasan sekitar sahaja tapi bisnes online tanpa had sempadan dan beroperasi 24jam.

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?

Saya mengiklankan bisnes ini dalam akhabar-akhbar tempatan serta meletakan banner di web-web yang popular serta melantik agen pemasaran diseluruh negara bagi memudahkan sesiapa sahaja mendapatkan produk Vcd ini.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Yang paling penting kita menguasai ilmu dalam bisnes yang kita ceburi kemudian lakukan dengan bersungguh-sungguh dan perlu ada kesabaran kerana pelbagai rintangan dan dugaan akan kita tempuhi untuk mencapai sesuatu kejayaan. Semua insan yang berjaya akan melalui perkara ini. Just do it!!

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Saya akan menerbitkan Vcd membaiki telefon bimbit secara berperingkat dari pengatahuan asas hingga ke tahap  kemahiran yang tinggi. Kerana dari pengalaman saya selama 7 tahun dalam bisnes ini pontesinya begitu besar. Insyallah saya akan menyediakan segala perkara yang berkaitan bisnes telekomukasi dalam laman web saya di masa kan datang.

ps:  Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, jangan melengahkan masa lagi, lawati http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk maklumat lanjut 🙂 Hanya beberapa tempat sahaja kosong.