Selamat tahun baru! Sempena tahun baru, target saya adalah untuk melancarkan satu produk / perniagaan Internet dalam masa 7 hari. Kini sudah masuk hari-2.
Pada hari pertama, kita sudah mengenal pasti produk untuk dihasilkan & dijual online. Iaitu produk yang membantu usahawan Internet dalam isu PROMOSI. Oleh kerana isu PROMOSI adalah isu utama yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan perniagaan anda, maka, produk promosi yang akan dihasilkan sudah sedia mempunyai pasaran.
Dalam memulakan perniagaan, anda perlu memberi “selling point”. Iaitu sebab-sebab yang menarik mengapa pelanggan akan membeli produk anda. Tanpa sesuatu yang menarik, tiada sebab pelawat akan membeli produk anda. Selling point produk informasi ini adalah:
- Menunjukkan XX cara promosi laman web anda termasuk cara-cara promosi yang belum didedahkan oleh pakar-pakar perniagaan Internet (termasuk diri saya sendiri… mungkin ketika workshop saya ada sebut :))
- Menunjukkan cara-cara promosi yang percuma dan efektif serta cara-cara promosi yang berbayar dan efektif
- Menunjukkan cara mengurangkan kos promosi (so far sudah ada beberapa tip yang dapat menjimatkan beribu RM anda dalam pengiklanan)
- Menunjukkan real example cara-cara implementasi promosi yang ditunjukkan
- Menunjukkan tip-tip “Satu-Minit” untuk memaksimakan pulangan setiap cara promosi
- Menunjukkan cara-cara promosi Irfan Khairi Sdn Bhd / Rahsia Internet.com sehingga menjadi laman web perniagaan Internet yang dikenali satu Malaysia!
Menarik tak? Kalau tak menarik… saya perlu fikirkan lagi 🙂
Sementara membina produk promosi tersebut (ebook), kita namakan “XX cara Promosi Perniagaan Internet”, sambil itu, produk itu diberi strategy perniagaan yang membolehkannya mendapat 80% daripada pasaran persaingan. Strategy ini, ada diceritakan di Workshop jutawan Internet (antara topik paling penting- peserta ingat kan?).
Ok, langkah seterusnya, walaupun produk tak siap lagi, kita perlu melakukan pendaftaran domain name (nama perniagaan) dan juga web hosting (tapak untuk meletak perniagaan internet).
Memilih domain name
Tip dalam memilih domain name terbaik adalah dengan menamakan perniagaan anda dengan nama yang berkaitan dengan apa yang dijual. Tip satu minit lepas…
Dalam menamakan perniagaan anda, pastikan nama perniagaan anda mempunyai kaitan dengan fungsi perniagaan anda.
Satu kesilapan dalam menamakan perniagaan adalah memberi nama yang tiada kaitan dengan perniagaan yang di jalankan. Nama perniagaan anda juga bertindak sebagai strategi promosi perniagaan anda. Nama yang efektif adalah apabila nama perniagaan anda disebut, fungsi atau industri perniagaan anda turut diketahui!
Untuk tujuan laman web ini, saya mengambil keputusan menggunakan domain name CARAPROMOSI.COM (Cara Promosi)
Web Hosting
Ada beribu-ribu syarikat web hosting menawarkan perkhidmatan yang pelbagai. Sampai naik pening kepala nak pilih yang mana… di sini, terpulang kepada pemilik perniagaan. Bagi saya, saya menggunakan nomonthlyfees.com oleh kerana sudah 8 tahun saya bersama mereka dengan perniagaan-perniagaan Internet yang lain. Oleh itu, sudah serasi!
Jadi, hari ini…
- Terus pembinaan produk
- Daftar Domain Name: CaraPromosi.com
- Daftar Web hosting
Kita jumpa esok untuk langkah seterusnya… membina laman web!