Category Archives: Lipat Ganda MLM

Minggu MLM: Dapatkan maklumat prospek

Sampai kita ke tip terakhir minggu MLM sempena Seminar Lipat Ganda MLM pada 29hb nanti… alhamdulillah, sambutan adalah amat baik! Ramai usahawan-usahawan MLM dari pelbagai perniagaan sudah mendaftar untuk mengetahui lebih banyak dan mendalam strategi yang paling efektif untuk bersaing dalam perniagaan MLM.

Tip hari ini adalah untuk mengumpul maklumat pelawat laman web anda! Sekurang-kurangnya dapatkan nama dan alamat email pelawat anda. Anda juga boleh mendapatkan nombor telefon. Caranya adalah dengan menyediakan borang untuk pelawat memasukkan nama, email dan nombor telefon.

Kita perlu ingat bahawa, seseorang pelawat yang tiba di laman web kita bermaksud mereka sudah mempunyai minat. Hanya memerlukan sedikit lagi anjakan untuk mengubah mereka menjadi pembeli atau downline.

Dengan mendapatkan nama dan email pelawat anda, anda boleh melakukan follow up dengan mereka. Follow up juga boleh dilakukan dengan menggunakan autoresponder- iaitu email yang di hantar secara automatik kepada prospek. Lebih menjimatkan masa anda!

Dalam perniagaan Internet, perniagaan yang berjaya mengumpul banyak nama dan email prospek sering kali adalah perniagaan yang dapat menjaminkan kejayaan. Sebagai usahawan MLM online juga, lebih banyak nama dan email yang dapat dikumpulkan melalui laman web anda, lebih berjaya perniagaan MLM anda- dijamin!

**Penting untuk tahu bahawa, nama dan email pastikan datang daripada PELAWAT ANDA. Dan bukannya dibeli dari sumber-sumber yang menjual 50,000… atau sejuta email. Kerana, menghantar maklumat anda ke senarai email yang dibeli hanya mengakibatkan SPAMMING dan akan menjatuhkan kredibiliti anda dan pastinya akan merugikan perniagaan anda! (rujuk tip hari pertama di sini)**

Di Seminar Lipat Ganda MLM saya akan dedahkan bagaimana anda boleh menambahkan lagi prospek anda menggunakan Internet dan mengautomasikan 80% daripada kerja jualan anda! Tidak perlu lagi melakukan follow up secara manual, dan smeuanya dilakukan secara automatik untuk menambahkan jualan, prospek dan downline anda.

Sertai saya pada 29hb May ini, di Cititel Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari (boleh bawa keluarga sekali sambil-sambil mereka shopping di Mid Valley) πŸ˜‰ Ikuti klip YouTube saya di bawah…


http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4

Minggu MLM: Hard sell vs Soft sell

Dalam MLM secara offline, sering kali teknik Hard Sell digunakan. Hard Sell merupakan teknik yang lebih agresif untuk mendapatkan jualan. Sering teknik ini dilihat seperti “memaksa-maksa” prospek untuk sertai sesuatu program MLM.

Masalahnya, teknik Hard Selling ni la juga yang sering kali mencemarkan industri MLM oleh kerana agen-agen MLM yang memaksa kenalan, saudara masa, rakan pejabat untuk join.

Mungkin kita sendiri pun ada pengalaman dengan usahawan MLM yang terlalu direct dan aggresif untuk kita join program mereka. Adakah kita join, ataupun kita ambil langkah ke belakang kerana rasa tak selesa?

Soft selling pula bermaksud membina kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terlebih dahulu dengan berkongsi maklumat dan informasi. Apabila dapat membina kepercayaan dan kredibiliti, usahawan MLM juga dapat membina perniagaan yang lebih baik.

Research ada menunjukkan bahawa teknik Soft Selling adalah lebih efektif dari Hard Selling. Bukan dari segi menambahkan jualan sahaja, tetapi juga dengan cara Soft Selling, prospek lebih terbuka menyampaikan mesej anda kepada kenalan mereka melalui word of mouth. Dan ini amatlah penting terutamanya dalam Industri seperti MLM.


Di Internet, Hard Selling dan Soft Selling juga digunakan.
Dan seperti offline, Hard Selling kurang mendapat sambutan dari prospek. Minda mereka akan tertutup, dan mereka juga akan menutup laman web perniagaan MLM kita.

Ramai usahawan MLM tidak sedar mereka menggunakan teknik “Hard Selling” di Internet, dan akibatnya, tidak mendapat prospek dan downline- melakukan promosi yang banyak, tetapi, keputusan mendapat downline tidak memuaskan.

Sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk pelajari kaedah dan strategi soft selling di Internet yang paling efektif untuk perniagaan MLM anda, tak kira perniagaan MLM apa sekali pun.

Atas permintaan ramai, untuk Seminar Lipat Ganda MLM, bagi mereka yang hendak sertai secara berkumpulan akan mendapat diskaun berkumpulan. So, boleh sertai dengan kawan-kawan kalau nak save.

Minggu MLM: Sebab #1 perniagaan MLM kita gagal

Apakah sebab utama perniagaan MLM kita gagal apabila kita mempromosikannya di Internet?

Jawapannya adalah- kurangnya KEPERCAYAAN

Internet merupakan medium perniagaan di mana kita tidak berjumpa bersemuka dengan prospek kita. Oleh itu, “kepercayaan” memainkan faktor yang penting sama ada anda akan berjaya ataupun tidak mempromosikan perniagaan MLM anda di Internet.

Dengan hanya memiliki laman web sahaja, ia masih tidak mencukupi untuk membina kepercayaan. Apa yang anda perlukan adalah laman web yang boleh membina kepercayaan prospek anda. Apabila anda telah berjaya membina kepercayaan, barulah prospek tidak ragu-ragu menyertai perniagaan anda.

So, misi utama anda adalah untuk BINA KEPERCAYAAN atau BUILD TRUST!

Bagaimana hendak melakukannya?

Salah satu cara membina kepercayaan adalah dengan menggunakan gambar.

Manusia secara psikologinya akan tertarik dengan manusia yang lain. Dengan adanya gambar orang di laman web, kepercayaan akan meningkat. Ia akan mengurangkan jurang tidak percaya terutamanya apabila di Internet prospek tidak berjumpa dengan penjual. Gambar sedikit sebanyak akan melegakan lagi prospek untuk melakukan urusan bersama usahawan MLM. Malah, dengan hanya mempunyai gambar di laman web, ia akan menambahkan kepercayaan 3-4 kali ganda!

Ada lagi kaedah-kaedah yang LEBIH efektif untuk membina kepercayaan prospek kita– topik yang amat penting bukan sahaja untuk perniagaan MLM tetapi perniagaan di Internet juga. Semuanya akan dikongsikan pada 29hb May ini di Seminar Lipat Ganda MLM. Sekiranya anda tidak berjaya meningkatkan kepercayaan prospek anda, maka, ianya akan menjadi amat sukar untuk prospek menjadi pelanggan dan downline anda. Klik di sini untuk maklumat lanjut Seminar Lipat Ganda MLM…

ps: Kami juga menyediakan diskaun untuk pendaftaran berkumpulan. Kalau datang bertiga atau lebih, jimat RM150

pps: Bagi anda yang TIDAK menjalankan perniagaan MLM dan ingin menjalankan perniagaan Internet menjual produk atau perkhidmatan, boleh sertai Workshop Jutawan InternetΒ πŸ˜‰ Klik di sini untuk keterangan lanjut.

Minggu MLM: Persaingan MLM yang tinggi

Bersambung kita untuk minggu tip-tip perniagaan MLM. Kalau semalam saya berikan beberapa tip apa yang kita tidak SEPATUTNYA buat dalam mempromosikan perniagaan MLM kita, iaitu SPAMMING. Hari ni pula, saya nak kongsikan tip apa yang PERLU kita buat untuk menambahkan lagi keuntungan perniagaan MLM kita.

Perniagaan berbentuk MLM mempunyai persaingan yang tinggi- Amat tinggi berbandingkan dengan perniagaan cara konvensional.

Sebabnya, bukan sekadar persaingan dengan perniagaan MLM yang lain seperti Stormreaders, Vemma, Score A, Uptrend, Amway, HPA, Cosway, Revell, CNI, Luxor, Zhulian, Avon dan BANYAK LAGI… semua ini pesaingan yang direct. Tetapi, juga, dalam sesuatu syarikat juga mempunyai pesaingan sesama ahli-ahlinya. Contoh, di bawah syarikat XYZ, pesaingan adalah dikalangan ahli. Mungkin bukan pesaingan dengan downline-downline kita, tetapi juga terdapat pesaingan dengan upline kita serta, ahli-ahli dibawah “kaki” yang lain.

Oleh kerana pesaingan yang tinggi antara syarikat dan ahli ini juga, menjadikannya sukar untuk mendapat keuntungan yang baik dalam perniagaan ini.

Oleh yang demikian, apa yang penting untuk bersaing dalam perniagaan MLM adalah sama dengan perniagaan bukan MLM. Iaitu, dengan mencari perbezaan!

Ciptakan perbezaan antara anda dan pesaing-pesaing anda. Walaupun produk dan perkhidmatan yang dijual mungkin sama, tetapi, dengan menciptakan perbezaan melalui pendekatan mempromosikan perniagaan MLM anda. Perbezaan lebih mudah dilakukan melalui Internet oleh kerana medium Internet yang pelbagai kemudahan dan perisian.

Dengan menciptakan perbezaan approach kita, sama ada melalui promosi, pendedahan dan strategi kita di Internet, berbeza dengan pesaing-pesaing kita, maka di situ kita mempunyai advantage untuk mendapat lebih ramai pelanggan, prospek dan downline!

Di Seminar Lipat Ganda MLMΒ ini, saya akan kongsikan kaedah dan strategi melalui Internet bagaimana anda boleh membezakan diri anda dengan pesaing-pesaing anda dalam perniagaan MLM tak kira pesaing dalam syarikat yang sama, ataupun pesaingan dengan syarikat MLM yang lain. Strategi membezakan diri kita dengan pesaingan adalah amat penting dalam menambahkan pelanggan dan downline kita.

Sekiranya anda menyertai perniagaan MLM atau berminat untuk menyertai perniagaan MLM dan ingin tahu strategi membezakan antara anda dan pesaing-pesaing untuk mendapat keuntungan yang lebih tinggi, sertai Seminar Lipat Ganda MLM. Ikuti klip youtube di bawah untuk pesanan saya…

http://www.youtube.com/watch?v=t4pjdXnNrh4

Klik di sini untuk mendapatkan keterangan lanjut Seminar Lipat Ganda MLM. Jumpa di sana!

Minggu MLM: Cara salah promosikan perniagaan MLM di Internet

Sempena Seminar Lipat Ganda MLM ,saya akan menulis tip-tip yang berkaitan dengan menjalankan perniagaan MLM melalui Internet. Kita namakan Minggu MLM ok πŸ˜‰

Ramai yang menjalan perniagaan MLM sering terlepas pandang untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Sekiranya secara offline, mungkin kita boleh bertemu 2-3 prospek sehari. Tetapi dengan menggunakan strategi perniagaan di Internet, sesuatu perniagaan MLM tersebut boleh bertemu bukan setakat 2-3 prospek, malah 200-300 prospek sehari pun boleh.

Namun, ramai usahawan MLM pula melakukan kesilapan dan menggunakan strategi dan kaedah yang tidak berkesan dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka di Internet. Bukan itu sahaja, malah, antara kaedah yang dijalankan sebenarnya hanya menjauhkan lagi prospek dan menjatuhkan kredibiliti usahawan tersebut.

Berikut adalah antara kaedah yang SALAH dan tidak seharusnya dilakukan oleh usahawan MLM mempromosikan perniagaan mereka di Internet:

  • Menghantar email SPAM. Maksudnya, kita secara membuta main email sahaja sesiapapun tentang perniagaan yang kita jalankan. Mungkin email-email dicari secara online, melalui forum, blog dan sebagainya. Kesilapan yang dilakukan adalah mengumpul email-email ini tanpa kebenaran pemilik dan menghantar email promosi perniagaan MLM kita.
  • Promosi perniagaan MLM di ruang blog, forum dan facebook orang lain. Sering kali usahawan MLM sebegini tak lepaskan peluang mempromosikan perniagaan MLM mreka di ruang komen blog, ruang balasan forum, dan juga ruang “wall” FB seseorang. Ini juga antara salah satu cabang daripada SPAM.
  • Menggunakan perkataan-perkataan “hype” atau melebih-lebih dalam mempromosikan perniagaan MLM mereka. Zaman ini, pengguna Internet adalah bijak. Sebarang “hype” hanya akan disambut dengan tidak kepercayaan prospek.

Cara promosi di atas bukan sahaja tidak efektif, malah akan menjatihkan kredibiliti seseorang usahawan MLM. Di internet, ianya sukar untuk meningkatkan kembali kredibiliti sekiranya ia jatuh. Oleh itu, jangan-jangan-jangan lakukan promosi berbentuk SPAM di atas. Hanya merugikan anda πŸ˜‰

Klik video YouTube di bawah untuk pesanan saya kepada usahawan2 MLM…

Tak lama lagi, saya akan kendalikan sebuah Seminar khusus bagi usahawan-usahawan MLM (tak kira perniagaan MLM apa pun) bagaimana cara sebenar dan paling efektif untuk mendapatkan lebih ramai prospek, pembeli dan juga downline anda.

Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk MLM, sertai Seminar Lipat Ganda MLM untuk mendapat maklumat mempromosikan perniagaan MLM terkini dan paling efektif melalui Internet.