Hi, kini saya berada di Birmingham UK. Waktu tempatan 7.00 pagi. Semalam alhamdulillah selamat tiba London Heathrow Airport. Perjalanan 13 jam flight dari KLIA to London dan dari London ke Birmingham drive selama 2 jam. Memenatkan 🙂
Di Birmingham bertujuan untuk pengambaran pertama dokumentari. Ada yang tanya apakah “strategi” yang nak diceritakan sampai jauh ke UK? Buat masa ni, kita panggil dia Strategy X sahaja dulu :). Startegy ini digunakan oleh perniagaan Internet dan juga bukan Internet.
Semalam juga ada meeting dengan pihak yang terlibat dan insyaallah saya akan berpeluang menemuramah seorang Professor beberapa hari lagi yang merupakan pakar dalam strategy ini.
Ada juga kemungkinan saya dapat melakukan interview dengan seorang pakar Strategy X Malaysia yang namanya sudah tidak asing lagi. Tetapi, yang ni perlu futher confirmation hari Isnin nanti 😉
Strategy perniagaan ini telah digunakan oleh perniagaan-perniagaan yang berjaya di dunia. Saya sendiri pun menggunakannya dalam semua perniagaan termasuk perniagaan Internet. Cuma masalahnya, strategy ini kurang diceritakan dan di jelaskan untuk perniagaan Internet. Serta, strategy ini amat kurang digunakan di Malaysia.
Pengambaran akan dilakukan di beberapa lokasi di UK & France (pendek2 sahaja), dan interview juga akan dilakukan. Saya pula akan mengolahkan bagaimana strategy ini dapat digunakan untuk perniagaan Internet dengan berjaya.
Saya amat teruja dengan projek ini… harapnya cuaca baik untuk pengambaran! Pengambaran dilakukan oleh team “semi-professional” (bukan professional) untuk mengurangkan kos. Jadi, tip kali ini adalah…
*tip* dalam menjalankan perniagaan, cari ruang-ruang dimana anda dapat mengurangkan kos. Caranya adalah mengurangkan kos pada perkara-perkara yang tidak berapa penting (bukan matlamat utama).
Dalam keadaan ini, kami menggunakan perkhidmatan semi-pro untuk mengurangkan kos oleh kerana project ini, yang penting dan matlamatnya adalah maklumat & info yang ingin disampaikan dan bukannya pengambaran yang cantik-cantik ala-ala National Georgraphics 🙂