Category Archives: Tip Motivasi

tanda orang berjaya

10 tanda-tanda ANDA akan menjadi seorang yang BERJAYA…

Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?

10tanda

Berikut adalah senarai tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya InsyaAllah!

  1. Anda fleksibel untuk berubah

    Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.

  2. Anda tidak suka  merungut dan mengeluh

    Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling

  3. Anda sering produktif

    Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda

  4. Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri

    Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa

  5. Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan

    Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain

  6. Anda bersedia membantu orang lain

    Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.

  7. Anda seorang yang pemaaf

    Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

  8. Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya

    Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya

  9. Anda suka melihat kejayaan orang lain

    Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati

  10. Anda suka mendampingi orang yang berjaya

    Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!

*** Teringin menjadi usahawan yang berjaya? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

ubah kegagalan

Bagaimana saya ubah kegagalan menjadi kejayaan dalam Perniagaan Internet

Tahun 2000 adalah tahun pertama saya memulakan perniagaan Internet saya. Wah… sudah 15 tahun kini! Namun, perjalanan saya bukan terus mudah dan mencapai kejayaan dalam perniagaan Internet. Selama satu tahun pertama, saya hanya berjaya  mendapat 3 pelanggan berbayar sahaja- Pelanggan berbayar… pelanggan buat kerja secara percuma memang ada! 😉

Ketika itu, perniagaan Internet saya adalah perniagaan reka cipta (graphic design) oleh kerana sememangnya itu latar belakang pendidikan saya di University.

Tahun 2000 adalah tahun agak penting untuk Internet oleh kerana ketika itu begitu banyak perniagaan-perniagaan online bermula. Mungkin ada yang kata, ketika itu tidak ramai pesaingan maka, mudah untuk memulakan perniagaan dan mencapai keuntungan.

Namun, perlu diingatkan pada tahun 2000, pengguna Internet hanyalah seramai 360juta pengguna sahaja! Jika di bandingkan dengan hari ini, lebih 3bilion pengguna Internet, iaitu 10x ganda dibandingkan 15 tahun dulu.

ubahgagal

Seperti yang disebutkan pada tahun pertama saya hanya berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja. Soalannya bagaimana saya berjaya mengubahkan kegagalan tersebut menjadi kejayaan sehingga mencapai keuntungan RM1,000,000 dalam masa 3 tahun kemudian? Jawapannya…

1. Lakukan apa yang anda minat

Minat saya pada reka grafik adalah sejak kecil lagi. Alhamdulillah diberi bakat Allah SWT dalam bidang seni grafik/lukis. Di sekolah agama, sekiranya pertandingan tulisan khat, selalunya InsyaAllah saya menjadi juara. Di sekolah menengah pula, menjadi presiden kelab seni lukis. Menambung pendidikan di University di United Kingdom juga dalam bidan Multimedia Graphic Design.

Pendek kata, memang minat saya dalam bidang grafik sejak kecil hingga kini.

Mengapa ini penting adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu yang kita tidak minat, pastinya amat mudah dan pantas kita berputus asa. Walaupun saya mendapat 3 pelanggan untuk hasil kerja grafik saya dalam masa setahun, bagi saya ianya memadai oleh kerana saya lakukannya kerana minat.

Sekiranya melakukan kerja atau usaha tanpa minat dan kesungguhan, pastinya pada tahun pertama, saya sudah putus asa dan tidak menjalankan perniagaan Internet grafik yang dilakukan. Oleh itu… JANGAN PUTUS ASA!

2. Ketahui ada sebab kita gagal

Buang rasa ego atau terasa diri sudah pandai. Ada sebab mengapa kita gagal. Sekiranya kita fikirkan kita sudah pandai dan tahu segalanya (ego yang tinggi), maka, tiada ruang untuk memperbaiki diri kita. Kesilapan saya yang mengakibatkan kegagalan dalam perniagaan adalah kelemahan saya dalam ilmu perniagaan.

Dalam erti kata lain, pada tahun 2000 apabila saya memulakan perniagaan Internet, saya “main redah” sahaja. Tanpa ilmu yang betul, tanpa cara yang terbaik dan tanpa strategi yang sebenar. Akibatnya, pastinya perniagaan akan gagal.

Kekurangan ilmu ini membuatkan saya tekad mencari ilmu perniagaan Internet sebenar dan belajar dari mereka yang berjaya dalam perniagaan Internet. Ketika itu, saya melaburkan beribu-ribu ringgit juga untuk mencari ilmu perniagaan Internet yang sebenar. Mujur ketika itu saya bekerja fulltime sebagai Multi Media Designer di sebuah syarikat dan mempunyai gaji untuk dilaburkan mencari ilmu. Perniagaan Internet ketika itu adalah secara part-time. Oleh itu… CARI ILMU TANPA HENTI!

3. Aplikasikan ilmu serta merta

Sering saya dengar dan lihat orang ramai yang rajin membaca, menghadiri seminar, mencari ilmu, tetapi tidak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari. Memang bagus mencari ilmu, tetapi, sedihnya bila ramai yang mempunyai ilmu, tidak cuba mengaplikasikan ilmu yang di cari. Tidak henti-henti mencari ilmu, namun tidak TAKE ACTION!

Mungkin anda pernah kenali orang sebegini?

Ketika remaja lagi, saya suka membaca buku-buku motivasi. Dan dalam semua buku motivasi menyebut pentingnya menetapkan matlamat. Namun dalam semua buku motivasi juga mengatakan pentingnya untuk mengambil tindakan (take action), barulah matlamat akan tercapai!

Begitu juga dengan ilmu yang kita pelajari. Sekiranya ilmu yang dipelajari hanyalah untuk mengembangkan ilmu di dada, sememangnya tidak salah. Tetapi, sekiranya ilmu yang dipelajari adalah untuk mengembangkan pendapatan, ekonomi, kekayaan dan kejayaan perniagaan, maka segalanya perlu diaplikasikan.

Aplikasikan ilmu dan take action tanpa putus asa. Ada juga yang mengaplikasikan ilmu, kemudian, lihat masih sukar, mereka akan putus asa. Action perlu disertakan dengan konsisten, bukan hangat-hangat tahi ayam. Oleh itu… TAKE ACTION SEKARANG!

3 tip di atas adalah 3 perkara penting yang saya lakukan sejak 2000 hingga kini. Sememangnya bunyi mudah, tetapi tidak dinafikan, adakalanya ianya susah untuk dibuat. Perlu ingat, sekiranya mudah, pastinya semua orang sudah berjaya kini. Tetapi, oleh kerana ianya sukar, maka mereka yang melalukan sesuatu ekrana minat, mereka yang sering mencari ilmu dan mereka yang terus mengaplikasikan ilmu di dada… mereka lah yang akan berjaya!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

motivasi pantas

Perniagaan dan motivasi yang pantas

Dalam perniagaan DAN motivasi diri, “kepantasan” adalah kunci. Dalam buku The Secret, ia menyebutkan tentang…

The universe likes speed (Alam sukakan pada kepantasan)

Kalau melihat mereka yang berjaya, ramai melakukan kerja dengan pantas. Pantas bukan sahaja maksudnya melakukan perkara dengan cepat, tetapi, juga yang penting, memulakan sesuatu itu dengan cepat!

motivasiterpantas

Kepantasan akan memberi seseorang itu:

  • Momentum yang sukar untuk dihentikan. Bayangkan sebuah kereta yang laju… kalau tekan break, mesti masih sukar untuk berhenti.
  • Berganda-ganda pengalaman. Bila pantas, kita dapat melakukan banyak kerja dalam masa yang singkat. Teringat saya kisah Anthony Robbins ketika masih muda (dan bekerja sebagai trainer sebuah syarikat), beliau memberi 4 training sebulan berbanding rakan2 pejabatnya yang menjalakan 1 training sebulan. Katanya, dengan menjalankan 4 training sebulan, dirinya mendapat 4 kali ganda pengalaman berbanding rakan-rakannya.
  • Kepantasan memberi kita fokus yang hebat. Apabila kita mempunyai matlamat perniagaan dan hidup dan memberi komitmen untuk mencapainya dengan pantas, minda kita akan memeberi fokus yang amat tinggi untuk mencapainya.

Sekiranya anda terasa diri anda dalam keadaan yang tidak bermotivasi. Atau belum lagi mencapai matlamat-matlamat anda, tanya pada diri sendiri… adakah anda melakukan perkara2 untuk mencapainya dengan pantas? Ataupun anda berlengah-lengah dan melakukan segalanya perlahan-lahan… kata mat salleh:

Taking your own sweet time 🙂

So, crank up the volume, dan lakukan segala-galanya dengan pantas!

Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan internet, Intake akan datang akan bermula tidak lama sahaja lagi. Sekiranya anda berminat, pastikan anda daftar awal oleh kerana sesi program OpenEducation adalah terhad kepada jumlah peserta yang kecil dan sering penuh DENGAN PANTAS– seperti artikel saya hari ini! 😉 Klik di sini untuk maklumat lanjut!

nampak kaya

Bertali leher dan kot tidak semestinya kaya!

Adakalanya ketika di pusat membeli belah, saya perasan keadaan di mana seorang makcik berpakaian serba sederhana sedang meninjau-ninjau barangan, tidak dilayan. Tetapi, seorang lelaki yang berpakaian serba segak berkot dan tali leher, amat pantas dilayani 2 orang jurujual.

Memang menjadi lumrah, yang cantik dan bergaya akan diberi perhatian. Kata orang putih Don’t judge a book by it’s cover, yang bermaksud jangan sesekali melihat pada luaran sahaja kerana dalaman tiada siapa yang tahu.

nampakkaya

[BARU: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bermula tidak lama sahaja lagi. Daftar sekarang untuk mempelajari perniagaan Internet bersama Irfan Khairi selama 6 bulan!]

  • Siapa tahu, mungkin makcik yang sedang meninjau-ninjau barangan berpakaian serba sederhana itu adalah seorang usahawan jutawan?
  • Tidak siapa tahu juga, lelaki segak yang berpakaian hebat mungkin hutang keliling pinggang dan terkejar-kejar membayar bayaran kereta setiap bulan.

Selalunya, apabila memilikki wang, ia memberi keyakinan diri yang tinggi pada seseorang, berbanding dengan seseorang yang tidak mempunyai wang.

Wang seolah-olah mempunyai kaitan dengan keyakinan diri kita sendiri.

Adakalanya juga wang akan membuat kita rasa gembira apabila sedang bersedihan bila kita keluar melakukan terapi membeli belah. Tetapi, ada kalanya juga, boleh membuatkan kita marah dan sedih bila kekurangan wang untuk belanja pada isi rumah dan keluarga.

Menurut penyelidikan Yale University, perkataan “wang” merupakan antara sepuluh teratas perkataan yang paling memainkan emosi seseorang manusia. Namun sebenarnya, wang pada zahirnya adalah sekeping kertas.

Berbalik kita kepada persoalan seseorang yang memakai pakaian yang kemas, berkot dan bertali leher dibandingkan dengan seseorang yang berpakaian agak ringkas mungkin hanya baju T dan berseluar jeans. Pastinya juga, seseorang yang memakai pakaian kemas akan dapat merasakan keyakinan diri pada diri sendiri meningkat. Sebagai tambahan, orang sekeliling juga mungkin melayan mereka dengan lebih baik juga akan menambahkan lagi keyakinan.

Namun tidak bermakna juga seseorang yang memakai baju T dan jeans tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya teringat beberapa ikon keusahawanan yang saya minati seperti Richard Branson dan Steve Jobs yang merupakan bilionair, sering mengenakan pakaian ringkas walaupun di majlis rasmi. Ini kerana, bagi mereka, keyakinan diri tidak datang daripada cara pemakaian.

Apa yang perlu diingat adalah, seperti pepatah don’t judge a book by it’s cover. Orang yang pakai simple, jangan disangka tidak berduit. Orang pakai kot, kemeja, tali leher dan slack, tak semestinya kaya. Apa yang penting adalah, untuk melayan semua insan dengan baik tidak kira gaya dan penampilan. Tidak kira kaya ataupun miskin.

*** Tiba masanya anda mereliasasikan impian anda memulakan perniagaan anda sendiri dalam membantu ekonomi diri dan keluarga. Walaupun belum memiliki perniagaan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi akan membantu anda dalam memulakan perniagaan online anda yang pertama! Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

ontable

wang

3 perkara yang diabaikan dalam kekayaan…

Bila terdengar perkataan “kekayaan” apa yang dibayangkan adalah kekayaan wang. Gambaran rumah besar, kereta mewah, melancong serata dunia, membeli belah di kedai berjenama, hotel lima bintang dan  bermacam-macam lagi.

Satu impian yang ramai antara kita idam-idamkan.

Namun, kekayaan, bukan sekadar itu sahaja, malah lebiih daripada itu. Kekayaan juga bermaksud apabila kita kaya dengan ilmu, kaya dengan kasih sayang, kaya dengan amalan, kaya dengan kesihatan, kaya dengan nilai-nilai murni dan banyak lagi. Dengan hanya meletakkan skop kekayaan pada barangan material sahaja, pastinya tidak dapat melihat kekayaan yang sebenar.

wangbukan

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah berjaya membantu ramai surirumah, mereka yang bekerja dan juga usahawan dalam memulakan perniagaan di Internet! Klik di sini]

1. Pernahkah anda dengar kisah seseorang usahawan yang berjaya dan kaya, tetapi hidupnya bersama keluarga terumbang-ambing? Pada zahirnya kelihatan mewah berkereta hebat sana sini, tetapi apabila pulang ke rumah, rumahnya sekadar bangunan yang berbumbung tanpa kasih sayang keluarga. Hidup juga porak peranda bila bergaduh sesama suami isteri. Jiwa pula tidak tenang oleh kerana masalah-masalah yang melibatkan anak-anak yang tidak terjaga dan dididik dengan cara yang betul.

Apa yang terjadi jelaslah kekayaan yang dicari hanyalah pada kekayaan wang, harta dan benda dan bukan pada kekayaan kekeluargaan yang perlu lebih diutamakan.

2. Ada juga kisah mengejar kekayaan sehingga melupakan etika, amalan dan undang-undang. Di mana seseorang itu melakukan perkara-perkara yang dilarang agama dan undang-undang demi mengejar kekayaan. Melibatkan diri dalam rasuah untuk mempermudahkan jalan menerima sesuatu projek, menjalankan aktiviti haram jual beli dadah, memperdaggangkan manusia, dan banyak lagi. Lihat sahaja dada-dada akhbar yang banyak memaparkan kes-kes sebegini.

Pastinya ini bukanlah kekayaan yang dikejar dan diimpikan oleh kerana ia hanya memudaratkan diri sahaja, kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

3. Kekayaan juga perlu selari dengan kesihatan. Bekerja siang dan malam mencari rezeki tanpa menjaga kesihatan pastinya akan mmeberi impak negatif  terhadap kesihatan badan. Pelbagai penyakit akan datang sekiranya mengabaikan kesihatan dalam terlalu mengejar kekayaan. Antaranya adalah penyakit stress yang menyerang psikologi dan kemudiannya tubuh badan seseornag itu.

Tiada erti kekayaan sekiranya tidak datang bersama kesihatan.

Matlamat kekayaan tidak seharusnya hanya tertumpu pada harta benda. Sekiranya selama ini fokus kita adalah pada harta benda sahaja, maka kita tidak akan mencapai kekayaan yang sebenar yang merangkumi lebih banyak aspek keseluruhan hidup.

Fahami diri sendiri, minda dan juga aksi yang perlu dilakukan untuk mencapai keakayaan yang sebenar.

*** Pengambilan baru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula pada bulan ini. Pelajari cara memulakan perniagaan di Internet bersama pakar Perniagaan Internet Malaysia selama 6 bulan! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 hari ini!

black_ik

fikir besar

Berfikir besar pun ada silapnya…

Seringkali apabila menyertai seminar motivasi atau membaca buku motivasi, sentiasa di ajar kita untuk berfikir besar. Mat salleh kata, Think BIG! Dalam erti kata lain, apa sahaja cita-cita dan impian, letakkan matlamat yang besar untuk dicapai. Bak kata orang, kalau mengsasarkan bintang, tapi tak mencapai, kita mungkin masih sampai ke bulan.

Berfikir besar sememangnya ada kelebihannya. Dalam waktu yang sama juga terdapat kelemahan. Antara kelebihan berfikir besar adalah kita akan lebih fokus untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi yang mungkin sukar untuk dicapai. Adakalanya berfikir besar akan meningkatkan usaha dan semangat kita untuk mencapainya.

Namun kelemahan juga wujud. Antaranya adalah, apabila terlalu fikir besar, maka, takut apa yang diimpikan tersebut dilihat terlalu jauh seakan mustahil untuk dicapai. Dan sekiranya tidak mencapai pula, pastinya akan terasa kecundang dan hilang semangat oleh kerana apa yang dihajati tidak kesampaian.

fikirbesar

[PENGUMUMAN: Sudahkah anda daftar untuk menyertai program perniagaan Interenet paling laris di Malaysia? Pelajari teknik dan kaedah memulakan dan menjalankan perniagaan Internet di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Klik di sini sekarang]

Sebenarnya, berfikir besar perlu diletakkan had. Tidak salah berfikir besar oleh kerana kebaikan yang disebutkan di atas. Tetapi, perlu fikir juga, perlu berfikir besar yang masuk dek akal untuk mengelakkan kelemahan yang disebutkan juga.

Sebagai contoh, sebagai usahawan, mungkin mencapai keuntungan RM1 juta adalah sesuatu yang boleh dicapai. Ini kerana, dilihat sekeliling sudah ramai usahawan yang mencapai tahap jutawan dalam pelbagai industri perniagaan.

Namun, sekiranya bercita-cita ingin mencapai keuntungan RM10 juta dengan hanya menjual burger di satu lokasi kedai burger sahaja, ia mungkin mustahil. Itu lah yang dimaksudkan berfikir besar juga perlu ada hadnya.

Terbaik, adalah untuk meletakkan sasaran yang besar, tetapi masih lagi dalam capaian realiti. Mungkin daripada pantauan kisah-kisah kejayaan usahawan lain, dapat mengambarkan sama ada ianya boleh dilakukan ataupun tidak. Tidak kira, usahawan dalam negara atau luar negara. Asaskan matlamat besar berdasarkan pengalaman mereka yang pernah mencapainya.

Sekiranya menjual burger, bagaimana Ramli burger boleh menjadi jutawan? Pastinya bukan dengan hanya satu gerai burger sahaja, tetapi sebagai pembekal kepada beratus atau beribu gerai burger dan pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia.

Matlamat yang terlalu besar mungkin akan mengurangkan motivasi diri apabila dilihat ianya terlalu jauh untuk dicapai. Caranya pula adalah kecilkan matlamat tersebut supaya ianya lebih mudah untuk dilihat dan dicapai.

Sasaran mencapai keuntungan RM1 juta setahun, tidaklah mustahil bagi perniagaan yang sudah berpengalaman. Namun, bagi perniagaan baru, mungkin perlu kecilkan matlamat tersebut untuk mencapai keuntungan RM100,000 setahun. Sekiranya kecilkan lagi, ianya adalah keuntungan RM8,333 sebulan. Satu matlamat yang lebih mudah untuk dilihat dan dicapai. Gandakan usaha tersebut 10 kali, maka keuntungan RM1juta adalah dalam capaian.

Mencapai matlamat yang besar bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran, disiplin, semangat, kekuatan, dan juga ilmu yang tinggi. Ia akan mengambil masa bukan setahun atau dua, tetapi mungkin bertahun-tahun lamanya untuk kebanyakan antara kita.

Dan semestinya juga perlu bersedia untuk matlamat yang disasarkan tersebut pula tidak tercapai. Sesuatu matlamat yang tidak kesampaian hanya berpunca daripada dua sebab. Iaitu, matlamat tersebut terlalu besar untuk dicapai, atau mungkin juga jangkamasa matlamat tersebut terlalu pendek dengan keadaan, ilmu, kewangan, pengetahuan dan juga pengalaman semasa.

Namun perlu ingat bahawa, tak kira matlamat yang ditetapkan, kejayaan bukanlah dikira dengan wang ringgit, populariti ataupun material yang dimiliki. Tetapi kejayaan sebenar adalah apabila diri kita berpuas hati dan gembira bersama keluarga dan orang ramai atas matlamat yang telah tercapai, serta menjalankan kewajipan agama dengan lebih sempurna.

*** Pernah mempunyai matlamat memulakan perniagaan anda sendiri di Internet? Sertai program 6 bulan separuh masa dan secara online bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Program yang memberi bantuan dan bimbingan kepada anda selama 6 bulan dengan modul yang terbukti telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia! Klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 sekarang].

jangan buang masa

Tip untuk tidak melengahkan masa dan kerja

Beri tekanan kepada diri sendiri!

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin, ketua atau leader!

Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

taklengah


Pemimpin, ketua atau leader melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi.
Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi.

Satu tip untuk melakukan kerja dan tidak melengah-lengahkan masa adalah, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.

*** Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan di Internet, jangan lengahkan masa lagi. Perniagaan anda tidak akan bermula sekiranya anda terus menunggu! Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama pakar perniagaan Internet #1 Irfan Khairi, telah membantu ramai peserta memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama sepanjang kursus separuh masa selama 6 bulan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pengambilan terdekat! 

3batch

senaman minda

Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 2)

Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang  positif. Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu berbalik kepada minda. Berikut adalah senaman minda yang
perlu kita lakukan dalam mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

1. Orientasi keputusan

Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di manakah kekuatan anda yang  perlu  anda fokuskan?

Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir  dengan membuang masa.

Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk membuang masa!

senaman minda

[PENGUMUMAN: Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dan ingin berjaya bersama beribu-ribu usahawan online di bawah program-program Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi, klik di sini untuk maklumat lanjut]  

2. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan

Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.

3. Dedikasi dalam memperbaiki diri

Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja. Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet, mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang  sering membaca dan mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.

Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya, lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik ‘nasib’ yang akan dating  kepada kita!

4. Lakukan sesuatu sekarang!

Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih  iaitu ‘melengahkan masa’ sebagai satu tabiat.

Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai  masa 24jam sehari untuk diluangkan.

Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa. Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan sekadar “Tunggu dulu… nanti-nanti kita buat” sifat sebegitu, pastinya tidak akan membawa anda ke mana-mana.

Amalkan kesemua senaman minda ini, anda pasti akan dapat merasa perbezaannya.

*** Sememangnya ilmu adalah amat penting untuk berjaya dan minda  tanpa ilmu adalah hanya sia-sia. Pelajari ilmu perniagaan Internet A-Z di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, program separuh masa 6 bulan bersama Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk menempah tempat anda.

super ghairah

Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “10 Tip Jutawan Ghairah! (Bahagian 1)”]

Pernahkah anda rasainya?

  1. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
  2. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa terhibur dan cukup seronok melakukannya!
  3. Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
  4. Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
  5. Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
  6. Apabila kita ghairahkan perkara itu, sebelum tidur kita ingat, bangun tidur pun kita akan terus ingatkannya.
  7. Apabila kita pergi kemana sahaja, perkara yang kita ghairahkan itulah yang kita asyik nampak di mana-mana sahaja.
  8. Apabila bertemu dengan orang yang mempunyai minat keghairahan yang sama, kita akan menjadi amat teruja berbual dengannya!
  9. Apabila kita berada di dalam kesedihan, hanya dengan melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita boleh menjadi amat gembira serta merta dan hilang rasa sedih dan kecewa.
  10. Apabila kita berpeluang merealisasikan minat kita yang sekian lama kita ghairahkan, kita terasa bagaikan satu impian besar sudah tercapai.

Maksud Ghairah = Minat yang teramat-amat sangat!

superghairah

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bukan sahaja telah melahirkan ramai usahawan Internet, tetapi juga membantu perniagaan offline (bukan Internet) dalam menggandakan keuntungan perniagaan mereka dikala keadaan pesaingan perniagaan semakin sengit kini. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran]

Sering saya nasihatkan pelajar-pelajar universiti dan lepasan universiti untuk memulakan karier dalam bidang yang mereka minat. Atau lebih baik lagi, menjadikan perniagaan yang mereka minat sebagai karier pilihan.

Ada juga yang melakukan kerja yang mereka tidak minat, tetapi terpaksa. Apa pula nasihat saya?

Tidak seperti kebanyakan nasihat di luar sana, yang menagatakan “Jangan memilih kerja”, nasihat saya pastinya berbunyi “Pilih kerja dengan tepat!” lakukan sesuatu yang didalam ruang minat kita sendiri.

Apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak memilih kerja dan “dipaksa” melakukan kerja yang kita tidak minat, kita sendiri akan terperangkap dalam keadaan tersebut untuk bertahun-tahun yang akan datang. Ini akan membuatkan kita berduka dan semangat kita akan mudah patah dan akhirnya berputus asa.

Terutamanya bagi muda-mudi, masih terdapat banyak ruang dan masa untuk memastikan karier yang dipilih adalah mengikut minat. Sekiranya terperangkap dalam karier yang kita tidak minat, bahangnya akan terasa bertahun-tahun yang akan datang.

Mungkin 3 tahun, mungkin 5 tahun… atau mungkin 10 tahun akan datang dan dalam keadaan itu, akan terasa pula perasaan ‘rugi’ kalau berhenti dan melakukan sesuatu yang lain.

Apa yang kita tidak mahu terjadi adalah apa yang bakal berlaku dalam tahun-tahun yang akan datang. Pastinya kita tidak mahu diri kita terperangkap dalam keadaan kita siang dan malam melakukan sesuatu yang kita tidak minat!

“Kita tidak mahu terperangkap melakukan sesuatu yang kita tidak minat seumur hidup!”

Ketika saya mengendalikan program radio saya menemubual usahawan-usahawan yang berjaya, saya pasti mendapat jawapan yang panjang lebar apabila saya bertanya satu soalan yang pendek. Adakalanya, satu soalan pendek yang ditanya seperti

“Mengapa anda memilih industri pengangkutan sebagai perniagaan?”, jawapan yang diberi tetamu sehingga memakan masa 10 minit! Menandakan betapa ghairahnya tetamu saya tersebut dalam bidang perniagaan pengangkutan.

Sememangnya tiada jalan lain, untuk mencapai kejayaan dalam kewangan dan juga kebahagiaan hidup, kita mesti melakukan apa yang kita minat dan ghairah. Ada juga yang melakukan apa yang mereka tidak minat, tapi masih lagi memperolehi pendapatan yang lumayan. Tetapi, persoalannya adalah, adakah mereka bahagia dan seronok kerana terpaksa melakukan perkara yang tidak minat? Maka, kewangan berjaya, tetapi, kebahagiaan gagal.

Semoga, kita tidak terperangkap dalam melakukan sesuatu yang kita tidak minat untuk seumur hidup kita. Lakukan keghairahan kita. Jadi usahawan yang ghairah. Jadilah jutawan ghairah!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.

miskin kaya

Minda Kaya vs Minda Miskin… anda yang mana?

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel di ruangan Arena kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin dijelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik daripada minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat di sekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

miskin kaya

 

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk menanggung perbelanjaan bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan yang akan datang!”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

 Minda kaya melihat “dua” pilihan, manakala minda miskin melihat hanya “satu” pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat satu sahaja pilihan seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagiaan. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai satu pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai satu pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang berjaya dengan perasaan “inspirasi” manakala minda miskin melihat orang berjaya dengan perasaan “benci”

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model” di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak Mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”

Mudahan kita dijauhkan dari memiliki minda miskin, dan miliki minda kaya!

*** Sertai peserta-peserta ‘minda kaya’ di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama Pakar Perniagaan Internet #1 Malaysia, Irfan Khairi. Irfan Khairi telah menjalankan program perniagaan Internet sejak 2005 lagi dan hingga kini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk informasi.