Category Archives: Tip Motivasi

ekonomi jatuh

3 kelebihan ekonomi down untuk usahawan

Bila ekonomi down, ramai usahawan yang akan mengeluh. Tetapi tahukah anda banyak juga perniagaan yang hebat bermula ketika ekonomi down? IBM, HP, FedEx, Microsoft, Disney dan banyak lagi.

Saya juga memulakan perniagaan saya ketika krisis economy lebih 15 tahun lalu!

Dalam keadaan ekonomi down, sebenarnya ada beberapa kelebihan untuk usahawan-usahawan yang bijak mengambil peluang. Sebenarnya, anda yang membaca ini boleh mengambil peluang dalam berniaga ketika ekonomi down- tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan…

3lebih

Ketika ekonomi down…

1. Banyak perniagaan berada di fasa “surviving” dan ada juga yang terpaksa tutup.

Ini memberi peluang kepada usahawan lain oleh kerana pesaingan menjadi kurang. Ketika ekonomi sedang OK, ramai mengeluh dan takut memulakan perniagaan kerana pesaing ramai. Tetapi, kini apabila pesaing kurang, tidak pula mahu memulakan perniagaan.

Usahawan yang bijak boleh mengambil peluang penurunan pesaingan ini untuk menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mendapat pasaran yang lebih besar kini.

Walaupun keadaan ekonomi down, dengan menggunakan teknik dan strategi yang efektif, anda dapat mengubah kelemahan down economy menjadi kebaikan untuk perniagaan anda.

2. “Survival of the fittest”- konsep yang mengatakan bahawa mereka yang tahu teknik dan strategi perniagaan dan pemasaran yang efektif akan terus berjaya.

Siapa hebat, dia dapat. Waktu ekonomi tidak menentu adalah waktu untuk kita menjadi lebih baik. Perniagaan yang lemah akan mengalami kegagalan. Perniagaan yang bijak, akan dapat meraih keuntungan. Keadaan ekonomi yang tidak menentu boleh menjadi satu cabaran dan dugaan untuk memperbaiki diri kita sendiri sebagai usahawan untuk menjadi lebih baik.

Waktu ini adalah waktu untuk menguji ketangkasan kita sebagai seorang usahawan. Sememangya kelihatan sukar sekiranya kita hanya memandang perkara yang negatif sahaja, tetapi mindset usahawan yang berjaya adalah untuk sentiasa fikir positif.

Dengan berfikir positif, kita akan dapat lihat peluang-peluang yang ada dan menjadikan perniagaan kita lebih hebat.

3. Kuasa pembeli yang berkurangan akan membuatkan pembeli lebih memilih

Dan ini adalah berita baik oleh kerana pembeli juga akan memilih yang terbaik untuk mereka. Sebagai usahawan bijak, pastinya anda mementingkan kualiti dan keuntungan jangka panjang.

Dalam keadaan ekonomi down, perniagaan sebegini yang akan mendapat perhatian pelanggan oleh kerana pembeli akan beli dengan lebih bijak. Mereka akan lebih berjimat cermat, namun, belian akan tetap dilakukan.

Usahawan yang memberi fokus kepada kualiti produk dan perkhidmatan tetap akan dipilih oleh pembeli, manakala usahawan yang hanya memikirkan keuntungan jangka pendek akan diabaikan oleh pelanggan yang lebih bijak ketika ini.

Ketika ekonomi tidak menentu, pastinya ada keluhan dari usahawan-usahawan. Ada juga perniagaan yang perlu gulung tikar- mudahan jauhkan dari kita. Namun, lihat sahaja keliling, perniagaan yang lain tetap berfungsi dan menjana pendapatan seperti biasa.

Apa yang penting adalah ilmu perniagaan. Ketika ekonomi down, pikul tanggungjawab untuk memperbaiki diri kita sendiri sebagai usahawan. Menyalahkan pihak lain atau menudingkan jari pada masalah-masalah yang berlaku disekeliling kita tidak akan memperbaiki diri.

Apa yang akan memperbaiki diri adalah apabila kita mengambil tanggungjawab untuk menjadi usahawan yang lebih hebat… walaupun ketika ekonomi tidak menentu!

Saya akan mengendalikan “Seminar Perniagaan Popular” yang akan kongsikan bagaimana anda boleh popularkan perniagaan anda ketika ekonomy down menggunakan kaedah-kaedah yang efektif dan percuma.

Sekiranya anda berminat untuk ketahui lanjut seminar ini bersama saya untuk mempopularkan perniagaan anda, klik di sini atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Seminar yang pasti akan membantu perniagaan anda ketika economy down- dijamin!

putus asa

6 perkara bila rasa hendak putus asa…

Tidak kira di mana kedudukan kita dalam hidup, mencapai kejayaan bukanlah sesuatu yang terlalu mudah. Adakalanya dalam melalui turun naik hidup, kita terasa ingin putus asa, sama ada dalam kerjaya, perniagaan, hubungan dan lain lain lagi.

putusasa

[PENGUMUMAN: Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini dibuka dan hanya beberapa sahaja tempat tinggal. Klik di sini]

Bila terasa diri tiada lagi pilihan, maka perasaan putus asa ini makin melanda. Apa yang perlu anda lakukan sekiranya dilanda perasaan ini?

1. Mengapa anda mulakan?

Fikir dan ingatkan semula mengapa/sebab anda mulakan sesuatu itu. Mungkin usaha tersebut telah dimulakan berbulan dulu atau bertahun dulu sehingga anda sendiri terlupa dengan sebab anda mulakannya dan perasaan gembira/puas hati/positif yang datang pada anda ketika awal permulaan usaha itu dulu.

Fikirkan semula dengan jelas semangat, inspirasi, kebahagiaan dan nilai-nilai positif yang menyebabkan anda memulakan perjalanan anda dalam sesuatu itu.

2. Perjalanan pasti ada turun naik

Fahami perjalanan untuk mencapai sesuatu kejayaan perniagaan, kerier atau hubungan bukan hanya merasai yang manis sahaja. Adakalanya perlu juga menelan yang pahit dan melalui yang susah juga. Kesemua ini adalah dabaran dan dugaan Allah swt untuk menguatkan lagi kita dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang lebih besar.

Apa yang perlu dilakukan mungkin hanya sedikit perubahan dan bukan perkara yang sama sahaja. Sedikit perubahan boleh mengubah semula perjalanan untuk mencapai matlamat kita.

3. Berhenti sebentar

Berhenti sebentar dan lakukan sesuatu yang menggembirakan anda. Mungkin tiba masanya anda perlu mencari ketenangan dan ‘take a break’! Berfikir ketika minda sedang buntu tidak akan membantu mendapat idea-idea yang baik. Malah mungkin lebih banyak negatif akan difikirkan.

Berhenti dan cuba gembirakan diri anda sendiri melakukan apa yang anda suka.

Apabila diri gembira, fikiran akan menjadi lebih kreatif dalam mencari penyelesaian kepada sebarang masalah anda.

5. Kongsikan dengan seseorang

Menghadapi kegagalan pastinya lebih sukar sekiranya kita seorang diri yang memikirkan bebannya. Tiba masa untuk berkongsi masalah dengan mereka yang lebih berpengalaman. Tidak semestinya anda akan dibantu 100% apabila berkongsi masalah anda, namun, sekurang-kurangnya akan mendapat nasihat dan sokongan yang boleh menaikkan semula semangat anda untuk tidak putus asa.

Bulatan kenalan yang memahami adalah amat penting ketika ini. Jangan pula mendapat input-input yang lebih negatif.

6. Kongsikan dan minta petunjuk Allah swt!

Apabila terjumpa jalan buntu, lakukan solat sunat Istikharah. Hadusan hidup. is Rasulullah SAW menggalakkan solat sunat Istikharah apabila ingin membuat pilihan dalam urusan hidup. Sebaik-baikya dilakukan sebelum tidur.

Rasulullah SAW bersabda: “Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya.”

Terasa putus asa dalam kewangan atau perniagaan? Tiba masanya untuk anda pelajari lebih banyak lagi teknik dan strategi menjana pendapatan melalui perniagaan. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial memberi bantuan dan bimbingan selama 9 bulan dalam memulakan perniagaan anda di Internet.

Pengambilan baru kini dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan menyertai atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk pertanyaan lanjut. Program ini boleh diikuti secara bersemuka atau secara online tidak kira di mana sahaja anda berada.

girls

kurang rezeki

10 Perkara yang akan KURANGKAN REZEKI!

Selalu kita berusaha untuk meningkatkan rezeki kita. Jangan pula kita melakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan rezeki. Moga dijauhkan dari melakukan 10 perkara ini…

kurangrezeki

  1. Tidak menghormati ibu bapa dan memanggil mereka menggunakan nama.
  2. Memutuskan silaturahim bersama keluarga dan saudara mara
  3. Mempunyai tabiat berdusta dan menipu
  4. Tidak membantu mereka yang memerlukan
  5. Terlalu banyak tidur
  6. Sentiasa kedekut dengan milikan sendiri
  7. Tidak mengambil endah kebersihan diri dan keliling
  8. Terlalu banyak berhibur
  9. Terlalu berkira-kira sesama suami dan isteri
  10. Tidak mendokan ibu dan bapa sama ada mereka masih hidup atau telah tiada

Untuk mengelakkan perkara-perkara di atas, bukannya susah pun. Hanya sedikit usaha yang boleh mengelakkannya supaya dijauhkan dari kita. Dalam kita mencari-cari cara mendapat rezeki, awas pada perkara-perkara yang mengurangkan rezeki kita!

* Ingin usaha meningkatkan rezeki melalui perniagaan untuk keluarga?. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah banyak melahirkan usahawan dalam membantu menjana pendapatan dan ekonomi sekeluarga dari rumah.

Pengambilan terbaru kini dibuka dan tempat semakin terhad. Dapatkan maklumat lanjut di sini sekiranya anda ingin memulakan aliran pendapatan tambahan baru melalui berniaga dari rumah. Atau, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk maklumat lanjut.

istiqamah

3 Cara Istiqamah dalam berniaga

Biasanya lepas menghadiri seminar, atau lepas baca buku, atau lepas bersembang bisnes dengan kawan-kawan, berbagai-bagai idea datang. Bukannya apa, sebagai usahawan yang mempunyai mindset usahawan, macam-macam idea datang dalam kepala. Tetapi, masalahnya, bila banyak sangat idea, sampai satu pun tak buat!

Bukan saya nak mengata anda. Tetapi, saya pun sama juga. Adakalanya hangat-hangat tahi ayam orang kata. Mula-mula bersemangat habis, tapi, selang beberapa hari, minggu, adakalanya cecah berbulan, hilang semangat tu entah ke mana.

Silap-silap, idea lain pulak yang datang dan idea baru tu pula yang cuba diusahakan dan sekali lagi berulang kisah diatas, satu pun tak menjadi sebab berhenti ditengah jalan.

istiqamah

Bagaimana hendak mendapat motivasi? bagaimana hendak dapat momentum? Bagaimana tidak mahu hilang semangat?

1. Amalkan ilmu yang anda dapat setiap hari selama sebulan…

dan jangan tinggalkan sehari pun tanpa melakukannya. Apa yang anda akan capai adalah, dengan memaksa diri melakukan sesuatu itu setiap hari, anda sedang menanam tabiat untuk berubah kearah itu.

Sebagai contoh, sekiranya ingin memulakan perniagaan, jangan biarkan satu hari berlepas tanpa melakukan sesuatu yang berkenaan dengan perniagaan anda, walaupun sikit. Dalam masa sebulan, anda akan mendapat tabiat baru, iaitu tabiat menjalankan perniagaan.

2. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan ringan terlebih dahulu…

Jangan mulakan dengan sesuatu yang sukar dan complex sehingga diri sendiri terasa beban untuk meneruskan. Bak kata orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Antara sebab kita putus asa dan hilang momentum adalah tidak mampu melakukan sesuatu yang sukar, besar atau yang belum diri kita bersedia lagi. Dengan bermula sedikit, kecil dan perlahan, apa yang dilakukan adalah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan yang ingin dilakukan- tidak lah terkejut beruk!

Proses bermula dengan sesuatu yang mudah dan ringan akan memberi kita motivasi apabila mencapai matlamat yang lebih kecil, di samping mengajar kita ilmu-ilmu baru secara perlahan-lahan untuk melakukan yang lebih sukar.

3. Jangan henti mencari ilmu dan berbincang mengenai perniagaan…

dengan mereka yang berpengalaman. Ini kerana dengan terus menerus mencari ilmu dan berbincang perihal niaga, ia sentiasa akan memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan momentum anda.

Dalam waktu yang sama, cuba juga jauhkan diri dari perkara-perkara negatif berkaitan dengan perniagaan, seperti berbual dengan mereka yang berfikiran negatif, membaca berita-berita negatif, tak lupa juga berfikir negatif mengenai usaha yang ingin dilakukan oleh kerana fikiran negatif adalah musuh utama dalam menghentikan usaha kita.

Memang lumrah bila kita berusaha, kita terasa untuk berhenti ditengah jalan. Untuk mencapai kejayaan perniagaan, pastinya istiqamah itu penting supaya usaha yang dilakukan berpanjangan dan sentiasa diberkati selamanya.

Pengambilan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula dalam masa terdekat sahaja lagi. Sekiranya anda belum daftar, sertai pengambilan terbaru ini yang akan bermula tidak lama lagi.

Hanya beberapa tempat sahaja tinggal. Klik di sini untuk maklumat lanjut, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan. Program keusahawanan Internet pilihan #1!

ontable

motivasi berniaga

5 Cara Memotivasikan Diri Untuk Mulakan PERNIAGAAN

Ramai yang ingin memulakan perniagaan. Namun ramai juga yang menunda-nundakan impian ini. Berikut adalah 5 motivasi dalam memulakan perniagaan anda sendiri! Jangan tunda lagi!

motivasiberniaga

1. Mencapai KEBEBASAN

Antara sebab utama ramai memulakan perniagaan adalah inginkan kebebasan. Kebebasan yang dimaksudkan adalah dari segi ingin mencapai kebebasan kewangan dan juga kebebasan dalam mengawal hala tuju kerja yang dilakukan tanpa boss- anda adalah boss anda sendiri.

Memulakan perniagaan sendiri akan menjadikan anda boss, menetapkan peraturan anda sendiri, dan melakukan apa yang anda inginkan- kebebasan dalam membuat pilihan!

2. Melakukan PERUBAHAN

Mungkin telah lama kita kerja makan gaji dan ingin merasa perubahan, maka berniaga adalah satu perubahan positif yangboleh dilakukan. Bukan maksud saya untuk terus berhenti kerja dan mulakan perniagaan. Mungkin itu tindakan yang kurang tepat. Nasihat saya adalah, mulakan perniagaan secara separuh masa terlebih dahulu untuk mempelajari selok belok perniagaan.

Seperti saya sendiri juga, saya bekerja makan gaji sambil menjalankan perniagaan separuh masa selama 2 tahun sebelum mempunyai keyakinan untuk berhenti kerja dan fokus kepada perniagaan secara fulltime!

3. Menjana KEUNTUNGAN

Keputusan memulakan perniagaan sememangnya tidak lari dari ingin menjana keuntungan yang berlipat kali ganda. Sekiranya bekerja makan gaji, mungkin akan dapat kenaikan gaji 10%-30% setiap tahun. Begitu juga pelaburan yang bagus boleh memberi pulangan 10%-30% setiap tahun. Tetapi, sekiranya menjalankan perniagaan dengan bagus, keuntungan boleh menjangkau 100%-300% atau lebih lagi!

Inilah yang dikatakan 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.

4. MEMBANTU orang ramai

Menjalankan perniagaan bukan sahaja membantu diri sendiri dan keluarga. Tetapi ia juga membantu orang lain. Ini kerana, berniaga adalah untuk menyelesaikan masalah orang lain. Menjual produk kesihatan adalah untuk membantu mereka yang perlu memperbaiki kesihatan. Menjual produk kecantikan adakah membantu mereka ingin kelihatan cantik. Mengajar ilmu adalah untuk membantu orang ramai memerolehi ilmu.

Apa sahaja perniagaan merupakan penyelesaian kepada masalah dan keperluan. Fikirkan perniagaan sebagai platform untuk anda membantu lebih ramai orang dan bukan sahaja platform untuk mendapat keuntungan semata-mata. Berniaga secara halal dan mengikut syariah adalah perkara yang mulia.

5. Mencapai HASRAT dan PENGHARGAAN DIRI

Dalam hierarki keperluan Maslow, puncak keperluan manusia adalah untuk mencapai hasrat dan penghargaan diri. Mungkin matlamat kita sebelum ini adalah ingin memulakan perniagaan tetapi masih menunda-nundakan waktu. Hasrat di hati inginkan penghargaan diri, tetapi masih belum dicapai.

Dengan memulakan langkah pertama dalam menjinakkan diri dalam perniagaan, sekurang-kurangnya langkah utama telah dilakukan. Tidak mengapa sekiranya langkah-langkah seterusnya belum jelas, kerana perniagaan adalah satu proses pembelajaran melalui pengalaman yang dilalui.

Namun, pengalaman tidak akan bermula tanpa mengambil langkah pertama itu.

*Sekiranya anda bermotivasi dan berhasrat untuk memulakan perniagaan, tetapi masih belum lakukan, apa kata ambil peluang ini untuk bersama saya, Irfan Khairi selama 6 bulan secara separuh masa di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. (Pengambilan BARU kini dibuka)!

Program pilihan #1 yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia. Bantuan dan bimbingan diberikan pada setiap langkah terutamanya bagi mereka yang masih lagi baru dalam dunia perniagaan. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Program ini juga boleh diikuti secara online 100%. Lawati laman web Open Education atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 hari ini untuk berbincang.

mindset berjaya

3 cara pemikiran dan mindset orang yang berjaya seperti anda!

Ada orang yang berjaya. Ada juga yang gagal. Ada juga orang yang berjaya pun tidak, dan gagal pun tidak. Tidak kiralah dimana pun kita, sebaiknya kita perlu mempunyai mindset seorang yang berjaya. Mindset ini akan membantu kita dalam mencapai matlamat yang kita inginkan.

3mindset

Berikut adalah 3 mindset orang berjaya yang kita semua boleh amalkan.

Orang berjaya suka melihat kejayaan orang lain, dan bukan iri hati

Orang yang mempunyai minda berjaya akan suka melihat dan membaca mengenai kejayaan orang lain. Sering kali kisah-kisah kejayaan akan dikongsikan di Internet, dan media tentang kejayaan orang-orang yang biasa dan melalui usaha yang baik dan cara yang baik, berjaya mencapai hidup yang luar biasa.

Kisah-kisah positif sebegini dapat menjadikan inspirasi dan contoh untuk diikuti dan membakarkan semangat kita bahawa kalau orang lain boleh lakukan, mengapa tidak kita juga?

Mencapai kejayaan bukanlah perkara yang baru. Lihat kejayaan orang lain dan gunakan langkah-langkah, teknik dan strategi positif yang dilakukan bagaimana anda juga boleh berjaya. Pastinya ambil yang positif sahaja dan bukan negatif kerana ada juga yang kaya tetapi terlibat dalam aktiviti yang kurang sihat- ini bukan istilah sebenar kejayaan.

Orang berjaya suka membantu orang lain turut berjaya, bukan ingin menjatuhkan

Mindset berjaya adalah mereka yang ingin melihat orang lain juga turut berjaya sama-sama. Sekiranya melihat orang lain yang gagal atau dalam kesedihan, merekalah yang akan pergi dan memberi kata-kata semangat.

Orang berjaya tahu bahawa lebih ramai yang mereka bantu, satu hari nanti ramai juga akan datang membantu mereka sekiranya memerlukan. Membantu juga perlu dengan perasaan ikhlas tanpa mengharapkan balasan, oleh kerana kita akan rasa bahawa rezeki kejayaan sebenarnya adalah milik semua orang dan bukan tersimpan untuk kita sahaja.

Perasaan ini akan membuatkan kita lebih bersyukur pada pemberian rezeki dan melihat bahawa rezeki itu banyak di luar sana untuk mereka yang berusaha secara istiqamah.

Orang berjaya terima kegagalan dan tidak menyalahkan orang lain

Orang mindset berjaya sering menetapkan matlamat. Sama ada matlamat jangka pendek serta jangka panjang. Dan dalam menetapkan matlamat, pastinya juga tahu rintangan dan kesukaran yang perlu dilalui.

Rintangan dan kesukaran perlu ditempuhi dnegan tabah dan rasa penuh bertanggungjawab oleh kerana adakalanya kegagalan yang akan terjumpa. Dan ketika inilah mindset kejayaan untuk muhasabah diri dan melihat kekurangan dan kesilapan diri.

Mindset orang yang berjaya tidak akan menyalahi pihak lain atau orang lain dan menerima tanggungjawab kejayaan diri sendiri. Mereka yang sering menyalahkan orang lain dan pihak lain, akan sentiasa tidak dapat memperbaiki diri oleh kerana tidak melihat kesilapan diri sendiri.

Adakalanya memang orang lain dan pihak lain yang mengakibatkan kegagalan dan kesukaran kita, namun, tetap tanggungjawab kita untuk berubah juga supaya tercapai juga kejayaan dan jangan dijadikannya alasan.

*Ingin berjaya dalam bidang perniagaan? Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Ramai peserta kami telah berjaya dalam bidang perniagaan Internet dan telah dipaparkan kejayaan mereka di media akhbar, TV, dan majalah di Malaysia. 

Program-program Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia, telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia sejak 2005 lagi. Klik di sini untuk melihat bagaimana kami dapat membantu anda atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk keterangan lanjut.

3batchMereka yang menyertai semua mempunyai mindset orang yang berjaya! Anda bukan sahaja mendapat ilmu dan bantuan dari kami, tetapi juga mendapat kenalan-kenalan baru!

cara untuk bangun

3 Cara untuk bangun SELEPAS GAGAL!

Kegagalan adalah sesuatu yang biasa terjadi. Yang membaca blog ini pun pastinya pernah merasai kegagalan. Bila gagal, berbagai-bagai nasihat yang kita dengar dari orang keliling, ada yang positif, ada juga yang negatif. Yang positif tu, bagus lah, kerana lagi menguatkan semangat kita.

Tapi ada juga yang negatif “Haaaa… kan aku dah kata, sure gagal punya. Nampak sekarang apa dah jadi” Gitu la lebih kurang suara-suara negatif yang tak membantu langsung.

bangungagal

Tetapi, lebih berat diri kita sendiri yang menanggung kegagalan adakalanya sehingga tak terkata terduduk diam membisu. Sememangnya semangat telah hilang dan tiada tenaga lagi untuk meneruskan kerana kita telah melakukan sebaiknya tetapi tetap gagal juga.

Perkongsian saya kali ini, saya ingin kongsikan 3 langkah apa yang perlu dilakukan sekiranya gagal. Kerana, diri saya sendiri juga pernah gagal… berkali-kali juga.

1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit

Apabila kita berusaha, dan gagal juga, mungkin yang gagalnya adalah matlamat yang besar, ataupun keputusan yang akhir. Tetapi, fikirkan dan ingat semula pencapaian-pencapaian yang kecil dalam usaha yang telah dilakukan. Tentunya terdapat capaian yang kecil.

Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM5,000. Tetapi, berjaya hanya dapat RM500 sahaja. Gagal dalam mencapai sasaran, tetapi tidak gagal dalam berusaha. Bersyukur dengan pencapaian yang diperolehi oleh kerana rasa bersyukur itu adalah nikmat yang akan menjadikan kita lebih berusaha dengan baik dan bukan berputus asa.

2. Tetap berfikir positif tetapi lebih realistik

Bila gagal, berbagai-bagai perasaan negatif akan datang. Dikala inilah agak sukar untuk bangun semula. Penuhi minda dengan fikiran-fikiran yang positif sentiasa. Ia amat sukar, oleh kerana berfikir negatif adalah jauh lebih mudah.

Namun, perlu berusaha dan cuba juga. Berfikir positif adalah satu tabiat yang boleh diamalkan. Pernah tak anda kenali orang berfikir positif selalu? Dan juga pastinya anda pernah terjumpa orang yang berfikir negatif bukan?

Ini kerana, mereka yang berfikir positif sudah mempunyai tabiat berfikir positif selalu. Bagi mereka ianya tidak sukar oleh kerana telah sering berfikir positif. Ianya umpama bersenam. Lebih banyak kita lakukan, lebih sihat tubuh badan kita. Sama juga seperti berfikir positif, lebih banyak kita berfikir positif, lebih mudah untuk kita mengamalkan tabiat positif.

Berfikir positif juga pastikan ianya realistik. Adakah realistik untuk menjadi jutawan dalam masa setahun dua? Pastinya tidak dan amat-amat sukar. Tetapi menjadi jutawan dalam masa 6-8 tahun adalah lebih realistik dan ramai yang berjaya melakukannya.

3. Belajar sentiasa

Selalu fikirkan bahawa apa yang penting adalah proses dan usaha dalam mencapai kejayaan, tidak semestinya keputusan akhir atau matlamat. Ini kerana, kita akan belajar lebih banyak melalui usaha dan proses tersebut walaupun gagal.

Sering saya dengar kisah seorang jutawan yang gagal dalam sesuatu perniagaan. Tetapi, selepas gagal, beliau mulakan perniagaan lain dan terus berjaya pula. Apa yang terjadi di sini adalah dua perkara- gagal boleh terjadi pada sesiapa sahaja, walaupun sudah mempunyai pengalaman.

Tetapi, yang lebih penting adalah, walaupun gagal, beliau tidak putus asa dan menggunakan ilmu dan pengalaman yang dilalui sama ada yang berjaya dan gagal untuk mencapai matlamat yang seterusnya.

Tidak kira di mana kedudukan kita kini, kegagalan adalah pasti. Apa yang penting adalah bagaimana kita menanganinya dan bangun semula untuk berjaya.

*Sekiranya anda pernha gagal dalam perniagaan dan ingin bangun semula, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Melalui modul, dan sokongan serta bimbingan kami, beribu usahawan telah berjaya memulakan perniagaan Internet mereka sendiri dan menjana pendapatan.

Pengambilan terbaru telah pun dibuka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera sebelum tempat dipenuhi.

girls

berjaya usaha

Usaha dan ikhtiar tak mahu… habis tu camne?

  • Colonel Sanders, pengasas KFC pernah di reject lebih dari 1,000 gerai/restoran kerana tidak mahu menjual ayam ciptaannya
  • JK Rowling, penulis siri Harry Potter telah di reject 12 syarikat penerbitan sebelum sebuah syarikat menerima hasil tulisannya. seorang bilionaire.
  • Buku best seller novelis Stephen King “Carrie” yang telah menjadi movie 2 kali kini, telah di reject 30 kali di syarikat penerbitan.
  • Walt Disney, pengasas “Disney” pernah dipecat dari syarikat akhbar kerana dikatakan tidak kreatif dan tidak punyai idea yang bagus

Tiada siapa akan berikan kejayaan kepada kita tanpa usaha. Tak guna kita meminta-minta di bantu, atau minta-minta diberi kemudahan jalan dari orang lain, sedangkan diri kita sendiri tidak memberi usaha dan ikhtiar secukupnya.

Selalu saya lihat mereka yang inginkan sesuatu, seperti ingin memulakan perniagaan, tidak melakukan usaha apa-apa kemudian menyalahkan pihak lain kerana tidak memberi bantuan. Selalu juga melihat mereka yang inginkan kejayaan, tetapi ingin cara mudah tanpa ikhtiar, dengan harapan nasib akan menyebelahi nya mendapat durian runtuh. Ada juga yang usaha ala kadar tidak seberapa, kemudian mengeluh mengapa perniagaan yang dijalankan tidak menjadi dan tidak mendapat sambutan.

taknakusaha

  • Tanya pada diri sendiri, adakah usaha yang dilakukan sudah cukup?
  • Sudah kah kita melalui segala kesusahan dalam ikhtiar dan mencari segala-gala cara penyelesaian sebelum mula menuding jari kepada pihak lain kerana tidak membantu?
  • Ataupun mungkin kita hanya mengambil jalan mudah sahaja tidak mahu usaha dan inginkan cara senang?

Ada seorang kenalan saya yang ingin memulakan perniagaan tetapi, memerlukan modal beberapa ribu ringgit. Masalahnya, dia tidak mempunyai wang sebanyak itu. Perniagaan tidak dimulakan. Namun, tidak juga berusaha untuk mengumpul wang, contohnya, masih membazir wang pada rokok, selalu keluar rumah dan berbual kosong dengan kawan-kawan di kedai mamak, berbelanja dengan boros, dan tidak berusaha mencari pendapatan tambahan. Apa yang telah dilakukan adalah, memohon geran/bantuan kerajaan dan menunggu peluang mendapat bantuan dana memulakan perniagaan.

Ada juga kenalan yang lain, yang ingin memulakan perniagaan dan memerlukan modal beberapa ribu ringgit. Namun, kenalan ini pula berusaha berjimat wang gajinya setiap bulan, membuat perniagaan kecil-kecilan di pejabat. Pada hujung minggu mencari kerja-kerja freelance untuk mengumpul wang sendiri. Beliau juga memohon geran/bantuan kerajaan, tetapi tidak mengunggu dan mengharapkannya oleh kerana dalam masa 5-6 bulan, wang yang diikhtiarkan telah cukup untuk dirinya memulakan perniagaan. Kalau ada rezeki dapatlah bantuan itu. Kalau takde rezeki, perniagaan tetap berjalan.

Memberi alasan dan meminta serta mengharapkan bantuan sememangnya perkara yang mudah. Masalahnya ramai diantara kita inginkan sesuatu dengan mudah tanpa usaha secukupnya. Tanpa mahu melalui kesusahan dahulu.

Diri saya sendiri 15 tahun lalu tidak mempunyai modal memulakan perniagaan Internet saya. Tetapi selama 2 tahun bekerja sebagai tukang cuci pasaraya untuk mengumpul modal perniagaan dan wang untuk mempelajari ilmu perniagaan. Tanpa usaha dan ikhtiar bekerja sebagai tukang cuci, pastinya hari ini saya juga tidak akan menjalankan sebarang perniagaan… dan tidak menulis di sini untuk tatapan anda.

Usaha dan ikhtiar terlebih dahulu sebelum meminta bantuan dan menyalahkan sesiapa.

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, sertai saya bersama ramai lagi usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan Internet dan menjana pendapatan tambahan dari rumah. Sama ada anda usahwan baru tanpa idea dan produk, atau sudah menjalankan perniagaan, Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan dapat membantu memulakan dan mengembangkan perniagaan anda di Internet, InshaaAllah.

Klik di sini untuk maklumat lanjut oleh kerana pengambilan terbaru kini di buka. Pendaftaran boleh dilakukan secara online hari ini. 

ontable

rezeki suami isteri

10 Tip Murah Rezeki Untuk Suami Isteri

Tiada yang paling bernilai dalam hidup ini, selain memiliki sebuah keluarga bahagia. Tambah menggembirakan lagi, apabila keluarga kita dikurniakan Ilahi, rezeki yang melimpah ruah pula. Sesungguhnya, rezeki amat berkait rapat dengan cara kita menjalani hidup, dan menyayangi anugerah dariNya, iaitu, keluarga kita, Suami/Isteri dan anak-anak.

Berikut adalah 10 Tip Murah rezeki untuk suami dan isteri…

suamiisteri

1. Bermesra dan gembirakan sentiasa pasangan hidup

2. Murahnya rezeki suami bila belanja isteri

3. Ramaikan cahaya mata. cahaya mata adalah rezeki tidak ternilai

4. Makan bersama anak-anak dan isteri lagi banyak rezeki dikurniakan

5. Gunakan perkataan dan bahasa yang lembut bersama suami dan isteri serta berpanggilan manja

6. Menenangkan hati isteri ketika resah setiap masa

7. Cium dan peluk isteri sebelum keluar kerja

8. Salam dan cium tangan suami sebelum suami keluar rumah

9. Bermain-main dan berseloroh dengan anak-anak untuk menyeronokkan mereka

10. Bergurau senda bersama suami isteri sebelum tidur waktu malam

Mudahan rezeki anda bersama keluarga sentiasa dimurahkan! Kongsikan dengan pasangan anda! 😉

* Ada juga pasangan suami dan isteri ingin mula menjana pendapatan sampingan melalui perniagaan Internet dalam membantu ekonomi keluarga. Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah banyak melahirkan usahawan dikalangan suami dan isteri dalam membantu menjana pendapatan dan ekonomi sekeluarga dari rumah.

Pengambilan terbaru kini dibuka dan tempat semakin terhad. Dapatkan maklumat lanjut di sini sekiranya anda ingin memulakan aliran pendapatan tambahan baru melalui berniaga dari rumah. Atau, hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk maklumat lanjut.

girls

tanda orang berjaya

10 LAGI TANDA adakah ANDA akan berjaya?…

Semalam saya telah berikan 10 tanda-tanda seseorang yang berjaya. Hari ini, saya suka ingin berikan 10 lagi untuk melengkapkan senarai 20 tanda-tanda orang yang berjaya. Cuba lihat, adakah anda mempunyai ciri-ciri ini…

Sekiranya tiada, pastikan and amalkannya InsyaAllah!

10lagi

  1. Anda minat pada apa yang anda usahakan

    Seringkali, mereka yang berjaya minat dan suka sangat pada apa yang mereka lakukan. Kerja umpama hobi yang tidak terasa penat lelah berhadapan dengannya.

  2. Anda faham kekuatan dan terima kelemahan diri

    Mereka yang berjaya menggunakan kekuatan diri untuk kehadapan, namun tidak ego dan akui kelemahan yang ada pada diri sendiri dan sentiasa usaha memperbaiki kelemahan tersebut.

  3. Anda mengaku sekiranya anda tersilap

    Sekiranya anda melakukan kesilapan, anda akan mengakuinya dan tidak menuding jari pada orang lain atau memberi alasan. Menyalahkan orang lain dan memberi alasan tidak akan perbaiki diri sendiri.

  4. Anda seorang yang penyayang

    Anda mudah didekati orang lain dan anda saling menghormati dan sayang pada makhluk Allah swt. Anda akan rasa bahagia apabila melihat mereka di keliling anda bahagia. Itulah kunci kejayaan.

  5. Anda mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan orang lain

    Anda sanggup mengambil tanggungjawab walaupun yang besar dan sekiranya sesuatu terjadi anda menerima tanggungjawan tersebut adalah tanggungjawab anda dan bukan salah orang lain.

  6. Anda suka sangat belajar perkara-perkara baru

    Anda tahu pentingnya mendalami ilmu dan anda berasa seronok mencari ilmu-ilmu baru dan cuba mengaplikasikannya dengan pantas.

  7. Anda sentiasa mempunyai matlamat untuk menjadi lebih baik

    Anda sentiasa terbayang bahawa diri anda boleh mencapai lebih lagi dari keadaan sekarang. Anda sering menolak diri anda untuk kehadapan dan menjadi lebih baik

  8. Anda banyak bertanya perkara yang anda tidak tahu

    Anda suka bertanya dan belajar dari bertanya. Anda tidak malu untuk bertanya kerana kalau malu bertanya, maka nanti jalan pula yang sesat!

  9. Anda jarang putus asa

    Anda menjadikan usaha sebagai tabiat dan tidak putus asa. Apabila terjumpa kesukaran, anda mengubah cara anda namun tetap tidak putus asa.

  10. Anda yakin pada diri sendiri

    Dan yang paling penting, mereka yang berjaya mempunyai keyakinan diri. Anda yakin anda boleh capai sesuatu yang hebat, mungkin walaupun belum nampak jalannya lagi… tetapi anda tetap yakin dalam hati bahawa satu hari nanti, matlamat anda pasti akan tercapai!

*** Teringin menjadi usahawan? Mulakan perniagaan yang anda minat terus dari rumah anda dengan memulakan Perniagaan Internet. Program ini telah melahirkan paling ramai usahawan Internet Malaysia berjaya. Modul dan penyampaian oleh Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut sekarang.