Satu cara motivasi adalah mengikut jejak langkah idola anda.
Salah satu kisah menjejak idola yang paling hebat adalah Tiger Woods. Ketika muda, Tiger Woods mempunyai seorang idola iaitu Jack Nicklaus yang merupakan juara golf ketika itu.
Tiger meletakkan gambar Jack Nicklaus di dalam biliknya, dan di bawah gambar tersebut, Tiger meletakkan timeline kerjaya pencapaian Jack Nicklaus dalam pertandingan golf selama 20 tahun.
Tiger Woods merujuk kepada timeline tersebut supaya dirinya dapat menyaingi idolanya itu. Sehingga suatu hari, pencapaian Tiger Woods melebihi Jack Nicklaus.
Teknik menjejak idola yang dilakukan oleh Tiger Woods adalah amat efektif oleh kerana beliau merujuk pencapaiannya pada hanya seorang juara golf sebagai benchmark pada ketika itu. Jejak langkahnya adalah amat fokus!
Adakah anda mempunyai idola? Bagi saya sedikit sukar untuk mempunyai hanya satu idola seperti Tiger Woods. Tetapi saya mempunyai beberapa idola dalam bidang-bidang yang berbeza sebagai benchmark untuk motivasi dan mencapai kejayaan.

Akhirnya, Tiger bertemu idolanya, Jack Nicklaus!
Agak-agaknya berapa umur Tiger Woods ketika mula mengikut jejak langkah idolanya itu? Siapa boleh teka?