Category Archives: Tip Motivasi

Menjadi Mentor Jutawan

Saya baru pulang daripada Fraser’s Hill untuk mengendalikan program Millionaires MBA (Massive Bank Account) sebagai Millionaire’s Mentor bersama beberapa international speakers yang lain.

Walaupun saya sering diundang sebagai speaker jemputan untuk topik kekayaan, kali ini agak luar biasa sedikit oleh kerana…

…ramai antara peserta (tertutup kepada 15 penyertaan sahaja- a very elite group) sudah sedia jutawan, namun masih menuntut ilmu lagi untuk menjadi lebih berjaya! Yuran kursus ini adalah >RM15,000… sebab tu yang hadir pun dah kaya raya πŸ™‚

Pengajaran yang amat penting boleh di ambil di sini. Orang berjaya yang bergelar jutawan pun masih melabur mendalami ilmu kekayaan untuk menjadi lebih berjaya. Mereka yang sedia berjaya masih menuntut untuk menambahkan kejayaan.

Ada orang sanggup melabur >RM15,000 untuk ilmu. Ada juga orang yang tak sanggup melabur sedikit pun untuk ilmu.

Anda bagaimana?

Cuba sesuatu yang baru- explore!

Manusia adalah insan yang mempunyai “habit”– sering mengulangi perkara-perkara yang sama.

Sebagai contoh, apabila pergi makan di restoran, sering kita memesan makanan yang sama, lauk yang sama dan minuman yang sama. Apabila pergi bersiar-siar, sering pergi ke shopping complex yang sama.

Dari masa ke semasa, pecahkan habit anda oleh kerana ia akan memberi momentum kepada diri anda mencuba sesuatu yang baru. Walaupun habit simple seperti memesan makanan lain, ia akan memberi a sense of “exploration” kepada diri anda.

Dan sekiranya anda sudah amat selesa dengan kerja makan gaji, apa kata pecahkan habit itu dengan membuat perancangan sebuah perniagaan. Buat perancangan sahaja… jangan pula berhenti kerja dan mulakan perniagaan terus πŸ™‚

Latihan-latihan kecil ini akan membuka minda kita untuk explore sesuatu di luar zon selesa kita. Keluar dari zon selesa adalah langkah-langkah awal untuk mencapai kejayaan.

Wealth, Success & Love

A woman came out of her house and saw 3 old men with long white beards sitting in her front yard. She did not recognize them. She said “I don’t think I know you, but you must be hungry. Please come in and have something to eat.”

“Is the man of the house home?”, they asked.

“No”, she replied. “He’s out.”

“Then we cannot come in”, they replied. In the evening when her husband came home, she told him what had happened.

“Go tell them I am home and invite them in!” The woman went out and invited the men in.

“We do not go into a House together,” they replied.

“Why is that?” she asked.

One of the old men explained: “His name is Wealth,” he said pointing to one of his friends, and said pointing to another one, “He is Success, and I am Love.” Then he added, “Now go in and discuss with your husband which one of us you want in your home.”

The woman went in and told her husband what was said. Her husband was overjoyed. “How nice!”, he said. “Since that is the case, let us invite Wealth. Let him come and fill our home with wealth!”

His wife disagreed. “My dear, why don’t we invite Success?”

Their daughter was listening from the other corner of the house. She jumped in with her own suggestion: “Would it not be better to invite Love? Our home will then be filled with love!”

“Let us heed our daughter’s advice,” said the husband to his wife. “Go out and invite Love to be our guest.”

The woman went out and asked the 3 old men, “Which one of you is Love? Please come in and be our guest.”

Love got up and started walking toward the house. The other 2 also got up and followed him. Surprised, the lady asked Wealth and Success: “I only invited Love, Why are you coming in?”

The old men replied together:

“If you had invited Wealth or Success, the other two of us would’ve stayed out, but since you invited Love, wherever He goes, we go with him. Wherever there is Love, there is also Wealth and Success!

Moral of the story:

Penuhi hidup anda dengan penuh kasih & sayang. Kekayaan & kejayaan akan menyusuli kemudian…

Meja kemas, semua pantas!

Sini ada satu tip pengurusan masa. Bunyinya simple, tetapi agak efektif oleh kerana ramai yang telah memanfaat dalam bab pengurusan masa.

Tipnya adalah…

kemaskan meja dan sekeliling tempat anda kerja. Dengan meja yang kemas dan tidak serabut, fikiran juga menjadi kemas dan tidak serabut.

Ini memberi produktiviti kepada kita dan boleh mempercepatkan segala urusan kita di tempat kerja tersebut. Bila sekeliling kemas, kerja pun turut kemas. Satu tip pengurusan masa!

Bertemu Adi Putra- Genius Malaysia

adiputra.jpgHari ini agak istemewa sekali oleh kerana saya berpeluang bertemu salah seorang insan yang dari dulu lagi saya ingin berjumpa- Adik Adi Putra.

Lahir pada Januari 27hb 1999, Adi mempunyai anugerah kebijaksanaan yang amat luar biasa. Perjumpaan bersama Adi di Bandar Utama, di rumah Yayasan Ilham Budi.

Tip hari ini, bagi saya, setiap insan di dunia mempunyai keistemewaan tersendiri. Insan seperti Adi, dapat mencungkil keistemewaannya pada umur yang amat muda.

Dalami diri sendiri dan cuba cari dimanakah keistemewaan yang ada pada anda. Percaya bahawa anda mempunyai kekuatan yang istemewa yang hanya menunggu masa untuk anda menjumpainya!

Perjumpaan dengan Adi, terasa sedikit sebak oleh kerana dapat melihat anugerah kebijaksanaannya. Selepas solat Maghrib, Adi sendiri meminta Imam untuk menjalankan solat sunat syukur secara berjemaah.

Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia part II

Seronok juga membaca perbincangan semalam mengenai budak Mat Salleh vs budak Malaysia. Banyak response yang berguna dan boleh pelajari sama sama. Dari sistem pendidikan di salahkan… sampai la keyakinan, tak confiden πŸ™‚

Apa apa pun, kesemua komen amat dihargai dan ada betulnya.

Namun, satu angle yang agak interesting ketika saya bertanya pada Nizal soalan yang sama, jawapannya adalah…

Budak-budak Malaysia ketika kecil sering di tegur, di marah supaya “Jangan buat itu”, “jangan buat ini” “Jangan masuk campur hal-hal orang besar”, “Pergi main jauh-jauh” sehingga timbul rasa takut dan self-concious tentang diri sendiri.

Boleh dikatakan, takut “nanti apa orang kata”. Takut tercakap benda yang salah. Takut kawan-kawan gelak atau ejek. takut “nanti apa orang fikirkan kita”. Sebagai keseluruhan, self-concious!

Di negara barat cara membesarkan budak lebih banyak kepada approach “encouraging the young ones”. Beri confident dan self esteem. Yakin kepada diri sendiri dan sekiranya salah, tidak ditegur dengan cara negatif. Perkataan “Jangan” amat jarang digunakan.

Satu perkara yang boleh kita fikirkan sama-sama. Sekiranya anda lemah dalam komunikasi, adakah sebab anda self-concious takut “Nanti apa pula orang kata…”?

Satu contoh, bagi mereka yang tidak pernah berkaraoke… adakah anda tidak berkaraoke sebab takut apa orang lain fikirkan cara anda menyanyi? Itulah self-concius! πŸ™‚

Komunikasi budak Mat Salleh vs budak Malaysia

Malam tadi saya bertemu dengan Nizal Mohammad (TV3) untuk berbincang sedikit mengenai bakal seminar komunikasi efektif yang akan diadakan. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi efektif (amat penting dalam perniagaan).

Saya ada tanya satu soalan yang sering saya fikirkan!

Kenapa di TV, kalau kita tengok budak-budak mat salleh kalau di interview, mereka nampak natural. Tidak takut-takut dengan camera. Mereka amat sporting dan memberi response yang baik!

Tetapi, apabila melihat budak-budak Malaysia terutamanya apabila di interview di TV, bagaikan takut-takut! malu sedikit, dan adakalanya hendak menyorok dan tidak memberi response yang lancar?

Jawapan Nizal adalah!

Eh! sebelum dengar jawapan Nizal, apa pendapat anda? πŸ™‚ Mengapa situasi di atas berlaku dimana budak mat Salleh yang di interview selalunya sporting dan budak Malaysia selalunya takut-takut? (walaupun keduanya tidak berpengalaman dalam interview)

Dapatkan bantuan pakar

Kajian Dr Stanley dalam buku best-seller “The Millionaires Mind” menunjukkan bahawa cara terbaik untuk mengumpul harta adalah dengan mengumpul ilmu. Cara terpantas mengumpul ilmu pula adalah dengan mendapatkannya daripada pakar industri masing-masing.

Semalam saya ada menyebut tentang Secret Weapon saya iaitu – “Pakar Komunikasi” yang membantu saya dalam salah satu kelemahan utama saya (tidak confident untuk bercakap, malu, segan dan sewaktu dengannya). Ramai juga dapat teka dengan tepat, pakar tersebut adalah tidak lain tak bukan, Saudara Nizal Mohammad, personaliti TV3. Selain dari saya, beliau juga turut membantu ramai personaliti TV dalam bidang komunikasi.

Ilmu komunikasi adalah kunci dalam apa sahaja perniagaan. Dengan teknik komunikasi yang efektif, ia akan membawa perniagaan anda ke peringkat yang lebih tinggi seperti mana anda sendiri tidak terduga- seperti yang terjadi kepada saya!

Bagi saya, saya mempunyai beberapa pakar yang saya ambil sebagai “personal coach” untuk memperbaiki bahagian-bahagian yang saya lemah. Salah satunya adalah Saudara Nizal (Abang Nizal to me). Namun, mendapatkan personal coach memang mahal.

Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!

Tetapi, disitulah asal usulnya wujudnya konsep seminar. Dimana, seorang pakar itu dapat berkongsikan kepakarannya kepada satu kumpulan pada harga yang jauh lebih rendah.

Sekiranya anda hendak tahu apakah rate/harga seorang personal coach, kebiasaannya ia adalah 7-10 kali ganda harga seminar untuk jangkamasa yang sama seperti seminar.

Contoh, sekiranya saya diambil sebagai konsultan kepada sebuah syarikat sehari, bayaran saya adalah 7-10 kali ganda harga Workshop Jutawan Internet πŸ™‚

Adakah ianya berbaloi? Sudah tentu!

nizalme.jpgBerita baiknya, sekiranya anda ingin memperbaiki aspek komunikasi anda, Saudara Nizal, yang merupakan personal coach saya (dan ramai lagi) bersetuju untuk menjalankan satu seminar/workshop bagaimana anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi untuk perniagaan. Bagi mereka yang mempunyai masalah seperti saya, memang digalakkan untuk turut serta. Juga, bagi mereka yang fikirkan mereka sudah efektif dalam berkomunikasi, ia juga dapat membantu anda dalam perkara-perkara yang anda tidak ketahui!

Anda kini tahu bagaimana “komunikasi efektif” dapat memberi pulangan kepada saya. Bayangkan bagaimana anda pula dapat manfaat daripadanya?

Seminar satu hari ini (9am-6pm) akan dijalankan pada bulan hadapan pada 24hb Disember di KL– belum confirm tempat. Oh ya, terdapat special discount untuk pembaca Tip Satu Minit sekiranyamenjadi 10 pendaftar awal. Harga yang dicadangkan adalah RM297. Saya juga akan ada disitu untuk memberi support kepada Abang Nizal saya!

Bagi yang berminat, sila email info@rahsiainternet.com dengan subjek line “Nizal Seminar” (tak perlu bayar apa2 dahulu, just cakap berminat untuk mengetahui lanjut)

*Sebahagian daripada keuntungan seminar akan disalurkan kepada Yayasan Ilham Budi iaitu sebuah Program Bina-Remaja dimana Saudara Nizal sendiri terlibat.

Be a giver… Jadi seorang pemberi!

“Be a giver and not a taker” kata pepatah Mat Salleh.
Maksudnya untuk anda memberi sebelum anda fikirkan untuk menerima. Ianya hukum alam, apa yang anda beri dan taburkan, anda akan menerima.

Salah satu cara anda pasti akan dapat ramaiΒ  orang menolong anda untuk berjaya, adalah dengan anda membantu orang lain untuk berjaya.

Sebagai contoh, sekiranya anda menemui seorang kenalan baru. Dan kenalan tersebut mengenalkan dirinya kepada anda sebagai seorang businessman/women dan memberi kad bisnesnya kepada anda, anda boleh tanya,

“Bagaimana saya boleh membantu anda untuk mendapat pelanggan?”

Selepas anda mendapat jawapannya, cuba fikirkan dalam contact list anda, ada tak sesiapa yang memenuhi ciri-ciri sebagai prospek untuk kenalan baru anda tadi. Dan anda boleh perkenalkan contact anda kepada kenalan baru anda ini.

Satu teknik ini sahaja akan dapat impress kenalan baru anda tadi dan mendapatkan anda lebih ramai pelanggan (dan kenalan-kenalan lain) melalui referal kenalan baru anda!