Category Archives: Tip Motivasi

Senarai jangan buat (Stop Doing List!)

todo.jpgSeringkali dalam pengurusan masa, kita sering tekankan untuk menyediakan senarai apa yang kita perlu buat. kata mat salleh, “To Do List!”. Iaitu senarai segala kerja-kerja kita yang perlu kita buat- dan apabila kita selesai tugasan tersebut, kita akan pangkahkannya dari senarai kita.

Satu konsep yang baru dan juga memberi kesan yang amat mendalam adalah lawan kepada “To Do List!”. Pernah kah anda mencuba “Stop Doing List!”?

Stop Doing List adalah senarai apa yang anda perlu berhenti melakukan. Mungkin anda mempunyai tabiat buang masa seperti menonton TV rancangan yang tidak penting, melepak, merempit (harapnya tidak!), atau apa sahaja rutin yang membuang masa, bina satu senarai baru iaitu “Stop Doing List!”

Senaraikan segala tabiat membuang masa anda. Apabila anda menyenaraikannya, ia akan memberi kesan psikologi kepada anda dan kesedaran untuk anda hindarkan tabiat-tabiat membuang masa ini.

Cuba lah! Ianya adalah lebih penting menyedari apa yang membuangkan masa anda untuk mengoptimakan masa anda yang sedia terhad! 🙂

5 cara untuk jadi jutawan

Berikut adalah penemuan research yang dilakukan di USA. Sayang, kita di Malaysia jarang sekali menjalankan research sebegini. Tapi tak mengapa, saya rasa angka penemuan ini dapat memberi gambaran untuk kita di Malaysia juga…

5 cara untuk jadi jutawan…

  • 74% Jutawan datangnya daripada pemilik perniagaan
  • 10% Jutawan datangnya daripada golongan senior eksekutif (memanjat tangga koprat)
  • 10% Jutawan datangnya daripada golongan profesional (doktor, peguam, dan lain-lain)
  • 5% Jutawan datangnya daripada jurujual (berkomisyen) atau konsultan jualan

*Sumber: Brian Tracy International 

Kini anda dalam gologan yang mana? 🙂 Selamat berfikir!

Risau membawa stress

stress.gifPernah tak anda merasa stress atau tension? Punca utama stress datangnya daripada kita “risau” sesuatu. Bila kita selalu risau, itu yang menyebabkan stress. Dan stress pula banyak mengakibatkan penyakit 🙁

Ada research mengenai “risau” mengatakan:

  • 40% orang risau pada sesuatu, tetapi sesuatu yang dirisaukan itu tidak terjadi pun
  • 30% orang risau pada perkara-perkara yang sudah lepas dan tidak boleh diubahkan pun
  • 12% orang risau tentang kesihatan
  • 10% orang risau tentang perkara-perkara yang amat kecil
  • 4% pula risau tentang perkara yang akan datang dan tidak boleh kita ubah pun
  • Manakala 4% lagi adalah risau yang boleh kita lakukan sesuatu!

Jadi, next time anda risau dan terasa stress, lihat kembali statistik ini. Risau anda dalam % yang mana? Mudah-mudahan ianya akan mengurangkan stress anda!

Bila kita gembira dan senang hati selalu, lebih mudah untuk kita mencapai apa sahaja cita-cita kita. 

Senyum selalu & selamat bercuti 🙂

Kongsi idea dan bebaskannya

Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.

Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.

Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?

Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.

Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah “reserve” terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

ps: Tip 1 minit adalah contoh saya berkongsi idea-idea dan memaksa diri saya untuk menjadi lebih kreatif dan hasilkan lebih banyak tip-tip baru & pencapaian baru 🙂 psst… Ahad ni ada lagi pencapaian terbaru saya. Nampak gayanya dapat lagi la ucapan “tahniah” dari anda 🙂

Nescafe Kick-Start Finale LIVE

kslogo.gif

Jemputan ke Nescafe Kick-Start final pada hari esok di Menara PGRM di Cheras. Jemputan beramai-ramai untuk memeriahkan majlis.

Tempat: Dewan Wawasan, Menara PGRM, Cheras
Waktu: 10.00 pagi (jemputan). Shooting bermula 11.00

Ada free gifts dari pihak penganjur (Nescafe)!

Bagi mereka yng ingin melihat bagaimana shooting live dijalankan di hadapan audience, jemput-jemputlah datang 🙂 . Setting ala-ala Akademi Fantasia- 3 judge duduk kat meja di depan.

Nescafe Kick-Start ditayang secara langsung di TV3 pada pukul 11.00 pagi.

Imagination & knowledge

Saya sering menekankan kepentingan ilmu dalam kejayaan. Tetapi, satu lagi elemen yang tidak boleh dilupakan adalah “imagination”. Einstein pernah menyebut:

Imagination is more important than knowledge. For knowledge is limited to all we now know and understand, while imagination embraces the entire world, and all there ever will be to know and understand.

Imagination juga boleh disebut sebagai gambaran dalam fikiran kita. Oleh kerana manusia adalah insan yang mereliasasikan cita-cita melalui gambaran, imaginasi adalah langkah pertama dalam mencapai kejayaan.

Tiga langkah untuk mengasah imaginasi kita:

  1. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan sekerap yang mungkin (pagi, petang, siang, malam)
  2. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dengan penuh teliti & detail (sekiranya mempunyai rumah idaman, bayangkan jenis rumah, berapa tingkat, halaman besar mana, apa ada di halaman, apa ada di dalam rumah)
  3. Bayangkan sesuatu yang kita inginkan dalam jangka masa yang lama (simpan bayangan tersebut didalam kepala untuk lebih daripada 30 saat. Lebih daripada 1 minit sebaiknya)

Siapa pesaing anda yang paling hebat?

Siapakah pesaing anda yang paling hebat?

Jawapan: Diri anda sendiri!

Satu strategy kejayaan yang saya sering gunakan adalah bersaing dengan diri sendiri. Saya juga dapati cara ini digunakan oleh mereka yang berjaya termasuk Donald Trump, Lance Armstrong, Bill Gates dan ramai lagi.

Sebab itu, selepas mencapai sesuatu, saya akan terus fikirkan, bagaimana hendak bersaing dengan diri saya sendiri dan hasilkan sesuatu kejayaan yang lebih?

Dengan berfikir diri anda adalah pesaing anda paling hebat, anda dapat maintain momentum setiap hari untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Setiap apa yang dilakukan adalah untuk bersaing dengan kebolehan dan pencapaian anda sendiri. Dengan melakukan ini, anda akan improve standard pencapaian anda sendiri setiap hari! 

Pernah terfikir, apa yang memandu saya untuk terus mengejar kejayaan? Inilah jawapannya. Saya sedang bersaing dengan diri sendiri 🙂 Anda juga patut cuba lakukan ini juga!

The Pursuit of Happyness

will.jpgTip kali ini adalah untuk menonton filem “The Pursuit of Happyness”. Kisah benar bagaimana Chris Gardner (di lakonkan oleh Will Smith) daripada seorang yang homeless & broke bersama anaknya mengejar kebahagiaan hingga menjadi jutawan multi-millionaire!

Seronok dapat menonton filem sebegini kerana memberi pelbagai kesan motivasi dan inspirasi. Kalau belum tengok, cepat-cepat tengok 🙂 Banyak yang boleh dipelajari terutama ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang jutawan. Tak rugi kalau menonton. Boleh memberi inspirasi!

Siapa yang pernah tengok, cuba senaraikan apa ciri-ciri yang ditunjukkan dalam kisah tersebut… antaranya:

  • mempunyai sebab dan motivasi yang kukuh untuk berjaya (inginkan anak hidup bahagia)
  • tidak putus asa (walaupun terpaksa bermalam dalam tandas)
  • skill komunikasi (bagaimana kebolehan komunikasi Chris membawanya disenangi oleh orang-orang penting)

ps: di akhir filem ini, ada babak terakhir di mana Will Smith bersama anaknya melintasi jalan. Di situ, berselisih dengan seorang berkulit hitam. Orang tersebut adalah Chris Gardner yang sebenar, membuat penampilan khas 🙂