Category Archives: Tip Motivasi

Minat & Wang

Semalam ada soalan yang agak menarik yang di tanya oleh salah seorang pengunjung setia Tip Satu Minit:

Dulu I selalu masuk TV and mencari-cari peluang untuk keluar TV sebab saya nak berjaya dan more income!YANG PELIK di sini, you dah BERJAYA, you dah MILLIONAIRE!is there any particular reason you nak masuk TV???!REALLY CURIOUS!!!:) – Razzi Rahman

Good question sebab mungkin ada tertanya, dan saya kira ada a good messege juga yang boleh saya kongsikan. Jadi, ini jawapan saya…

1. Buat apa yang kita tahu
Not a secret, saya memang minat dalam bidang media. Latar belakang pendidikan saya adalah dalam Multimedia ketika di University (Staffordshire, UK)- multimedia bukan IT tau!. Multimedia yang saya belajar adalah dari media percetakan, media bunyi serta media visual, media internet dan juga media penyiaran. Jadi, saya sudah familiar dengan peralatan dan proses sesuatu media.

Juga, pengalaman saya sebagai tetamu di media sejak 2 tahun yang lepas telah menambahkan lagi pengetahuan saya dalam bidang ini.

2. Buat apa yang kita minat
Beberapa bulan lepas ketika penggambaran TemuBual di Astro di mana saya menjadi tetamu jemputan, saya di tanya oleh Amir Mahmood Razak. Sekiranya saya tidak menjadi jutawan, apa yang saya jadi? Susah juga nak jawab, sebab saya tidak pernah fikir.

Sebab tak mahu audience tunggu, saya pun jawab apa yang pertama kali terlintas di fikiran. “Menjadi host seperti Amir lah kut!”. Amir pun jawab, eh… orang semua nak jadi macam dia, dia nak jadi macam kita pula! 🙂

Mungkin juga, daripada temuramah itu pihak Astro mengambil saya untuk sertai Awani!

3. Buat apa yang menggembirakan anda
Apa yang mengembirakan saya? Berkongsi maklumat dengan seberapa ramai yang mungkin. Sebab itu sejak tahun lepas, hampir setiap hari saya menulis di Tip Satu Minit walaupun saya amat sibuk- tetapi, saya masih mencari masa untuk menulis kerana ia menggembirakan saya.

Media penyiaran adalah mass media di mana saya diberi peluang untuk menyampaikan maklumat kepada lebih ramai penonton dengan lebih mudah- hanya didepan camera sahaja boleh mencapai beratus ribu penonton di rumah. Oleh itu, semestinya ia menggembirakan saya!

Tidak kira di dalam blog, atau workshop kecil, ataupun di seminar besar-besaran dengan lebih 800 peserta, menyampaikan ilmu saya yang sedikit ini kepada sesiapa yang sudi mendengar amat mengembirakan saya.

4. Anda akan menjadi seperti idola anda
Juga bukan lagi rahsia beberapa kali akhbar, majalah dan juga TV pernah bertanya saya, siapakah idola saya yang membuatkan saya berusaha ke arah kejayaan ketika-muda-muda dulu? Jawapan saya adalah penghibur & pelakon popular. Saya sering teruja melihat mereka di TV & layar perak melakukan sesuatu yang mereka minat, di samping mendapat pendapatan yang lumayan. They are living a dream!

Di sini ada posting rujukan: “Menjadi Bintang”

5. Menambahkan pendapatan
Sudah tentunya, saya sering menyarankan untuk anda fikir “multiple source of income”. Itulah caranya untuk menambahkan lagi pendapatan dengan cepat. Selain daripada pendapatan secara langsung, ia juga menjadi satu cara promosi perniagaan-perniagaan saya yang lain.

Di sini ada posting rujukan: “Rahsia Aliran Pendapatan Berganda”

Point ini saya letakkan di akhir oleh kerana, secara aturan, di situlah patutnya anda meletakkan “WANG”. Dahulukan dengan MINAT, kemudian, WANG akan menyusuli.

Melakukan apa yang kita tahu, apa yang kita suka dan apa yang kita minat adalah baik. tetapi, ianya adalah satu bonus yang amat besar sekiranya melakukan itu semua sambil mendapat pendapatan!

Nasihat saya adalah, sentiasa lakukan apa yang anda minat. Ia tidak akan menjadi suatu kerja sekiranya anda mempunyai minat yang amat mendalam dalam sesuatu itu. Sebagai tambahan, ia seperti mendapat pendapatan percuma sekiranya kita tidak menganggapnya sebagai kerja!

Cuba anda fikirkan, mengapa ikon multi-billionaire seperti Tan Sri Mokhtar Bukhari, Bill Gates, Donald Trump, Michael Dell, Warren Buffett dan semuanya masih lagi bekerja siang dan malam, walaupun mereka mempunyai wang yang amat banyak sehingga mereka sendiri tidak boleh habis membelanjakannya?

ps: Terima kasih kepada soalan Razzi Rahman. Saya juga berpeluang hendak tanya soalan kepada anda. Bagaimana perasaan anda mengendalikan blog http://www.razzirahman.com/ yang merupakan minat & passion anda? Adakah jawapan anda sama seperti jawapan saya di atas? Saya rasa YA! 🙂

Anda pula bagaimana?

Gementar kali pertama

awanilogo1.gifPagi semalam pertama kali saya mengendalikan segmen program TV saya di astro awani – WW bersama Dr Irfan Khairi (segmen secara langsung 11.30 pagi). bercakap mengenai Belanjawan 2008 (tetapi di permudahkan untuk semua- bukan seperti pakar kewangan mengulaskan belanjawan). Memang nervous / gementar dibuatnya 🙂 !

gsg.jpgBukan kali pertama saya menjadi host segmen TV, sebelum ini saya pernah menjadi host rancangan Get Set Go (gambar sebelah). Tetapi, di astro Awani kali pertama mengendalikan segmen secara langsung/live. Kalau Get Set Go (RTM), dirakamkan dan kalau tersasul boleh: “CUT!”. Begitu juga menjadi mentor Menjana Impian (TV9).

Pengalaman gelisah & gementar adalah perkara biasa dan normal. Ia sememangnya dimestikan untuk memperbaiki diri sendiri. Ramai yang tidak mahu melalui pengalaman gelisah dan gementar! Keadaan ini sebenarnya adalah sebahagian daripada punca utama kejayaan tidak tercapai iaitu- TAKUT KEPADA KEGAGALAN!

Teringat saya kepada pertama kali saya menjalankan Workshop Jutawan Internet pada pertengahan 2005. Ya, Workshop Jutawan Internet sudah dijalankan lebih dari 2 tahun.

Pada ketika itu, memang gementar. Nervous sejak berminggu-minggu sebelum hari Workshop. Malam sebelum workshop, saya tak boleh tidur memikirkan kegementaran. Memikirkan hari workshop perlu berdepan dengan lebih kurang 20 peserta. Namun begitu, semua itu perlu dilalui oleh kerana ia hanya memperbaiki diri kita sendiri keluar daripada zon selesa…

Fast forward 2 tahun kemudian kepada hari ini…

Workshop Jutawan Internet mendapat sambutan yang amat hebat di Kuala Lumpur, dan Singapura. Infact, hari ini saya akan bertolak ke Singapura untuk menjalankan Workshop Jutawan Internet, Singapore untuk kali ke-dua pada hari esok, dengan penyertaan lebih daripada 70 peserta!

Pengalaman sebegini juga memperbaiki diri saya apabila berhadapan dengan 700-800 hadirin untuk sesi talk seperti Gerak Usahawan serta Berita Harian Financial Conference di Singapura!

Semuanya bermula dengan kali pertama di mana kita perlu memaksakan diri kita menghadapi apa sahaja kegementaran atau nervousness!

suik.jpg
Saya & Suhaimi Sulaiman ketika majlis pelancaran astro Awani 

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Suhaimi Sulaiman & Rozi yang merupakan orang kuat astro yang bertanggungjawab mengambil saya menjadi part-time di Awani. If I don’t do well, blame it on them. Ha ha 🙂 Juga kepada personaliti berpengalaman Amir Mahmood, Kamarul (Kam) dan semestinya Dang Suria yang mengajar saya untuk menjadi host (bukan web hosting!) di astro awani. Dikelilingi host yang hebat sebegini, kalau saya sendiri tak jadi hebat, tak tau lah nak kata apa 🙂 Kira saya ni Learn-as-you-go!

awanibh.jpg
Keratan Berita Harian semalam 

So, tip hari ini. Jangan takut kegagalan. Takutkan kegagalan mengakibatkan kita nervous & gementar- iaitu perkara yang biasa dan normal! Lalui segala kegementaran itu dan secara automatik, ia akan menjadi kebiasaan dan gementar pun hilang! 🙂

Anggap gementar & nervous sebagai suatu yang kita MESTI LALUI tidak kira apa!

Artikel sempena Merdeka

ind50.gifTerfikir saya untuk menulis sedikit mengenai kemerdekaan, tetapi, tidak datang idea pula. Kemudian, teringat saya pada satu artikel saya yang baru-baru ini keluar dalam majalah Maskulin.

Bagi yang tidak tahu, saya merupakan penulis tetap untuk majalah Maskulin (Motivasi Dr.Irfan) dan juga NUR terbitan Karangkraf (Ruang Bisnes). Artikel ini teringat saya mengenai kemerdekaan- walaupun tidak secara langsung. Terfikir tentang pemimpin-pemimpin yang memeperjuangkan kemerdekaan 50 tahun lalu sudah pasti menerima pelbagai tentangan pihak penjajah! 

Artikel mengenai kejayaan dan apa yang datang bersama kejayaan bertajuk “Tidak semuanya indah apabila berjaya”.

Dalam artikel ini saya menyebut tentang konsep “Inverse Paranoid”. Iaitu tip terakhir saya ingin kongsikan dengan anda yang saya kongsikan juga di Gerak Usahawan 2007!

Klik di sini untuk artikel sepenuhnya 

Selamat bercuti & menyambut hari kemerdekaan ke-50 🙂

Continue reading Artikel sempena Merdeka

Alang-alang jadi usahawan…

Masih lagi tip Gerak Usahawan…

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang jadi usahawan, biar jadi USAHAWAN JUTAWAN!

  • 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Itu semua tahu 🙂
  • 74% jutawan di dunia adalah daripada bidang perniagaan!
  • Kebanyakan perniagaan yang berjaya kini, bermula sebagai perniagaan sambilan atau perniagaan kecil-kecilan, termasuk, Micorsoft, Dell, Body Shop, Selangor Pewter, Irfan Khairi Sdn Bhd dan banyak lagi!

Menjadi usahawan adalah matlamat yang agak mudah. Tetapkan matlamat anda untuk menjadi usahawan jutawan.

Tuliskan matlamat tersebut atas kertas supaya ia memasuki minda-separu sedar anda dan minda anda akan berusaha mencari peluang-peluang menjdai usahawan jutawan!

Keusahawanan adalah kerjaya pilihan. Dan alang-alang menjadi usahawan, biar jadi usahawan jutawan!

Tidak semua menjadi

Tak kira betapa hebat kita merancang atau bersedia dgn ilmu yang ada, ada kalanya perancangan kita tidak menjadi. Diri saya sendiri juga begitu 🙂 Tahun ini, 2 perancangan perniagaan saya yang pernah sebut di Tip Satu Minit tidak menjadi. Iaitu…

  1. Strategy X (klik di sini)
    Dokumentari perniagaan di mana 40% di rakam di UK. Strategy X adalah sesuatu yang penting, tetapi, sehingga kini, timing untuk keluarkannya masih belum tepat. Pasaran masih belum bersedia 🙁
  2. E-commerce Academy (klik di sini)
    Perancangan yang agak besar juga ni antara salah satu azam saya tahun ini. Tetapi, makin banyak yang dilakukan untuk memulakan academy ini, makin sukar dan banyak halangan. Tidak seperti yang saya sangka- panjang cerita! 🙁

Kedua projek ini saya batalkan buat masa ini… modal dan usaha yang dikeluarkan pun burn. 🙂

Seperti kita semua ketahui, gagal sekali dua, bukan bermakna selamanya… walaupun 2 perancangan besar saya tidak menjadi untuk tahun ini, bermacam-macam lagi peracangan yang menjadi pada tahun ini 🙂

Pengajaran? Lakukan banyak perkara! Mat salleh kata, don’t put all eggs in one basket. Cuba bina aliran pendapatan berganda dari berbagai-bagai arah.

Sekiranya satu idea tidak menjadi, anda mempunyai 10 lagi idea lain. Sekiranya 1 perniagaan gagal, anda mempunyai 5 lagi perniagaan yang berjaya.

Bila sesuatu tidak menjadi, usah risau, gundah atau frust. Ia hanya menunjukkan kita ni manusia biasa dan kita hanya merancang & berusaha. Apa yang membezakan dengan mereka yang terus berjaya & mereka yang terus gagalan adalah…

Lebih banyak perancangan & lebih banyak usaha! 😉

Dua cara mengejar cita-cita

Terdapat dua cara sahaja dalam mengejar cita-cita. Cara berjalan & cara berlari…

1) Berjalan…

Sekiranya anda taking your own sweet time. Anda berusaha pada kadar yang perlahan, sedikit demi sedikit. Hari ini mungkin bersemangat… esok lusa kurang semangat. Setiap pagi bangun tidur, anda rasa it will be the same day as yesterday. Untuk menyiap kan sesuatu kerja, ia mengambil masa yang lama. Semangat anda adalah rendah walaupun sememangnya mempunyai matlamat dan cita-cita. Dalam mencapai sesuatu yang membanggakan, ia mengambil anda berminggu-minggu atau berbulan-bulan walaupun anda merasa diri anda cukup bermotivasi. Anda sering rasakan kejayaan adalah jauh lagi…

Berjalan mengejar cita-cita mengurangkan momentum anda. Ia juga mengambil masa yang amat lama dan kadangkala, ia membosankan apabila tiada apa yang tercapai dalam masa terdekat…

2) BERLARI!

Sekiranya anda bersemangat setiap hari. Bangun pagi dan rasa teruja bahawa hari ini anda akan mencapai matlamat anda tetapkan pada hari ini! Setiap masa adalah amat berharga dan anda menyiapkan segala kerja anda dengan pantas dan cekap! Anda mempunyai semangat dan momentum yang tinggi. Selang beberapa hari, anda mencapai sesuatu yang membanggakan diri anda sendiri… Anda rasa puas dan ketagih dengan kejayaan dan setiap jam sentiasa membuat anda lakukan sesuatu kearah mencapai cita-cita anda!

Berlari mengejar cita-cita akan meninggalkan orang lain jauh ke belakang!

Berjalan adalah mudah dan dilakukan oleh semua orang. Berlari adalah lebih sukar dan memenatkan- oleh itu, ramai tidak melakukannya cuma apabila terpaksa! 🙂

Pilihannya adalah pilihan anda!

Apa yang memotivasikan anda? bhg 2

Susulan daripada pendapat anda semalam- terima kasih kerana berkongsi suara, apa kata kita rujuk kembali “asas” motivasi melalui Hirerarki Keperluan Maslow

Hirerarki ini menunjukkan mengapa setiap orang mempunyai motivasi yang berbeza berdasarkan keadaan semasa.

 

maslow1.gif

 

Menurut Maslow, keperluan motivasi kita perlu dipenuhi (atau hampir dipenuhi) daripada ruang paling bawah sekali sebelum naik ke ruang atas.

Kebanyakan dari kita berada di ruang Orange & Kuning (Safety & Love/Belonging). Mereka yang sudah berjaya berada di ruang Hijau & Biru (Esteem & Self Actualization) oleh kerana ruang yang lain telah dipenuhi.

Dengan memahami hirerarki Maslow ini, kita dapat mengetahui situasi motivasi kita. Dimana kita kini, di mana kita sebelum ini dan juga ke arah mana motivasi kita menghala. Juga, dengan memahami setiap ruang, kita akan mengetahui dimanakah kita akan meletakkan kepentingan motivasi kita.

Jawapan “apa yang memotivasikan anda” terdapat di dalam hirerarki ini.

Semalam, ada yang tanya apa yang memotivasi saya? Jawapannya adalah di ruang biru! Alhamdulillah, oleh kerana bagi saya, ruangan hijau, kuning, orange dan merah telah dipenuhi.

Bagi anda yang ingin membaca lebih lanjut mengenai ini bagi yang dah lupa subjek sekolah menengah dulu la ni :), boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Maslow’s_hierarchy_of_needs

ps: Selain dari  itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana orang-orang yang berjaya berfikir dengan melihat keperluan mereka!

Apa yang memotivasikan anda?

Sedikit survey…

Beberapa minggu lepas, saya ada menulis “Lain orang, lain cara motivasi”

…Bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivasi… 

Soalan: “Apa yang memotivasikan anda?”

Apakah yang memotivasikan anda? Apa yang memberi anda semangat untuk mencapai cita-cita? Bagaimanakah cara terbaik untuk memotivasikan diri anda sendiri? Apa yang membuat anda bermotivasi?

Jawab, jangan tak jawab 😉 Dengan menjawab persoalanan ini, anda dapat lihat sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri. Boleh jawab? 🙂

Angin yang sama kita layari

Pernah dengar tak istilah ini:

The same wind blows on all of us… it’s how we set our sail (Angin yang sama meniup kita semua… apa yang membezakan adalah bagaimana kita melayarinya)

Sekiranya anda memahami istilah ini, anda memahami istilah sebenar kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak berjaya? Kesemuanya adalah keputusan pada diri sendiri.

  • Anda bertanggungjawab atas hidup anda sendiri dan anda tidak boleh mengubahkan diri anda selagi anda menerima tanggungjawab itu.
  • Anda juga bertanggungjawab dengan siapa atau apa yang mendekati minda anda. Mendekati orang yang salah atau kumpulan yang salah boleh berjangkit! 🙂

Kadang kala ianya berat, tetapi ianya adalah tanggungjawab anda 😉

Lain orang, lain cara motivasi

Sering saya ditanya soalan, “Bagaimana hendak saya motivasikan rakan saya (atau sesiapa sahaja)?” 

Bagi mereka yang tidak berduit, mungkin wang dapat menjadi sebagai motivasi untuk bekerja. Bagi mereka yang sudah kaya-raya, wang bukan lagi motivasi untuk bekerja. Jumpa seseorang yang tidak makan 2-3 hari, makanan adalah satu motivasi. Sekiranya jumpa pasukan bola sepak yang tidak pernah menang, kemenangan adalah satu motivasi. Jumpa orang yang sudah berjaya, pengiktirafan mungkin menjadi motivasi. Jumpa orang yang sering gagal, kejayaan yang kecil sahaja pun adalah satu motivasi.

Untuk memotivasikan seseorang, ketahui terlebih dahulu apa yang boleh memotivasikannya. Kemudian, usaha daripada jawapan itu.

Ketahui bahawa, seseorang yang anda ingin motivsikan itu mungkin tidak mempunyai matlamat motivasi seperti anda. Oleh itu, tidak akan “trigger” motivasinya dengan cara yang anda sering menerima motivasi.

Lain orang, lain cara motivasi! 🙂