Category Archives: Tip Motivasi

A day at a time…

cal.gifSejak kebelakangan ini, makin banyak aktiviti saya dan semakin sibuk jadinya… dari mengendalikan segmen “Wanita & Wang” di Astro Awani, mengendalikan rancangan radio “JUTAWAN!” di Radio24 dan kini pula diberi peluang menjadi duta ________.

Teringat saya kepada satu pesanan motivasi yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Take it a day at a time!

Saya menempuh hari, seperti ianya satu hari yang baru setiap hari. Apabila bangun tidur, jangan pula mengeluh dan mengatakan hari ini akan jadi sama seperti hari semalam dan sebelumnya!

Tetapi, percaya dalam hati bahawa hari ini adalah hari yang baru, dan anda adalah orang yang baru yang lebih produktif dan lebih optimistik untuk mencapai apa sahaja kejayaan daripada semalam!

It’s a brand new day! take it a day at a time… 😉

Bersama Jutawan yang GAGAL! Billi Lim

Hari ini “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemuramah seorang jutawan yang telah gagal berkali-kali- Billi Lim!

Tak sabar ke studio Radio24 hari ini untuk menemuramahnya!

Ramai antara kita sering gagal… hari ini, saya akan cungkilkan RAHSIA KEGAGALAN dari Billi Lim. Bagaimana hendak menukarkan KEGAGALAN menjadi KEJAYAAN.

Jadi, jangan lupa, temujanji kita di Radio24 93.9FM dari 3pm-5pm atau secara streaming di www.radio24.com.my.

Kalau hendak telefon ketika temubual tersebut, dial: 03-26927939

Jangan lupa temu janji kita di JUTAWAN! dan juga WW bersama Irfan Khairi di Astro Awani 11.30pagi ini. Saya akan sampaikan tip mengenai INSURANS 😉

Tycoon pengiklanan & penjenamaan: Spencer Wing

Hari ini di “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” saya akan menemubual seorang tycoon pengiklanan & penjenamaan, jutawan jenama, Spencer Wing. Bagi anda yang tidak mengenalinya, inilah orangnya yang dibayar BERJUTA RINGGIT oleh Petronas, Tourism Malaysia, Tenaga Nasional, Multimedia Development Corp (MDC) tujuan membina jenama yang hebat!

Topik hari ini yang akan dibincangkan adalah topik yang AMAT penting dalam perniagaan- tidak kira untuk perniagaan besar ataupun perniagaan kecil! Buktinya, sebut sahaja NAMA mana-mana jutawan, sudah pasti anda akan dapat mengingati JENAMA jutawan tersebut- betul kan?

Anda patut harapkan, pesaing-pesaing anda TIDAK mendengar program hari ini oleh kerana program hari ini akan dapat melonjakkan jenama perniagaan anda ke aras yang baru! 

Jadi jangan lupa, hari ini pukul 3.00pm – 5.00pm bersama saya di Radio24 93.9FM atau secara streaming di www.radio24.com.my “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi”! Cayalah!

Jangan lupa juga, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan berkenaan membina jenama yang hebat! Kali ini saya sendiri & Spencer Wing akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

ps: Bagi yang masih ingat, tahun lepas saya ada membuat dokumentari di UK & France bertajuk “Strategy X”… ingat tak? Khas untuk anda hari ini, “Strategy X” sebenarnya adalah Strategy MEMBINA JENAMA YANG HEBAT! dan itulah yang saya akan cungkilkan dari Jutawan jenama, Spencer Wing!

“JUTAWAN!” bersama ikon jutawan: Azizi Ali

Semalam berlangsungnya “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” kali ini saya dapat bersama Azizi Ali. Dan di sini gambar kenangan bersamanya di studio Radio24.

azizi_irfan_poster_small1.jpg

Bagi yang terlepas, jangan lupa dapatkan rakaman apabila siap nanti! Rugi siapa tak dengar- terlalu banyak info yang di kongsikan! Gambar di atas untuk print juga akan disediakan!

Sebagai tambahan, berita Radio24 juga telah dikurangkan untuk membolehkan lagi banyak info dikongsikan selama 2 jam rancangan “JUTAWAN!” mulai Khamis baru ini. Yes 🙂

Tip hari ini, amati dan hayati pesanan Azizi Ali:

Life is too short to be ordinary!

Jangan lupa untuk terus menyokong “JUTAWAN!”. Selamat bercuti! 🙂

Bersama Azizi Ali hari ini!

“Jutawan! bersama Irfan Khairi” hari ini, saya akan berbual bicara dengan jutawan yang tidak perlu pengenalan lagi- Azizi Ali, mllionaire’s coach! Jadi, jangan lupa temujanji kita pukul 3pm-5pm di Radio24 (93.9FM) atau bagi yang diluar Selangor, ikuti di http://www.radio24.com.my (saya diberitahu, kalau guna browser Firefox tak dapat hubungi- saya tak pasti)

Hari ini saya akan banyak tanyakan tentang “Minda Jutawan” kepada Azizi Ali oleh kerana mindset jutawan adalah yang paling penting sebelum seseorang itu boleh mencapai kejayaan kewangan- lebih-lebih lagi yang mengimpikan jutawan. Juga, apakah rahsia sebenar JUTAWAN! akan dibongkarkan 🙂

Ini siri “Jutawan!” yang ke-2. Minggu lepas kita bersama Jutawan MLM Azman Chin berkongsikan strategi-strategi menjadi Jutawan terutama dalam MLM.

Pagi ini juga saya akan berada di Astro Awani (saluran 123) untuk “WW-bersama Irfan Khairi” pukul 11.30am. Hari ini saya saya berikan tip “Minda Usahawan Berjaya”. So, ikuti saya di TV & Radio!

Jangan lupa, nanti ketika “Jutawan”, anda boleh call-in dan bertanyakan apa sahaja soalan! Kali ini saya sendiri & Azizi Ali akan menjawabnya! So, bagi yang belum savekan nombor keramat ni, lakukan sekarang: 03-26927939

Bila lagi nak online bersama saya & Azizi! Pertama kali saya & Azizi digandingkan di media! Susah macam mana pun soalan anda, pasti kami akan jawab- so, call… jangan tak call!;)

“JUTAWAN!” siri #1 berjaya :)

Yes!!! Alhamdulillah program “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” berjalan dengan lancar. Saya yang nervous bercampur teruja bercampur gembira mengendalikan rancangan tersebut amat berpuas hati! Azman Chin was a great guest and I’m sure I will be calling him again!

Soalan-soalan yang saya sediakan adalah untuk mencungkil jawapan-jawapan yang bernas dari Dr Azman Chin untuk membantu pendengar memahami strategi-strategi bagaimana untuk menjadi jutawan!

Sebagai ole-ole, ini gambar kenang-kenangan saya & Dr Azman Chin bersama kata-kata semangatnya.

Tip hari ini, selami kata-kata semangat Azman Chin. 🙂

azman_irfan_poster_small.jpg

Tiga bantuan daripada anda saya perlukan!

  1. Oleh kerana matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” sebagai antara program radio paling popular di Malaysia, semestinya saya perlukan bantuan dan sokongan anda! Sekiranya anda mempunyai blog, moga dapat umumkan mengenai program baru ini… boleh guna gambar diatas untuk blog anda.
  2. Mungkin ada antara anda yang inginkan gambar diatas ni sebagai poster motivasi/inspirasi, nanti krew saya akan uploadkan hi-resolution punya so, boleh print cantik. Gambar2 dan kata-kata semangat dari jutawan-jutawan yang lain juga akan dibuat sebagai poster untuk di print- percuma sahaja (gambar-gambar ini juga adalah gambar hiasan di pejabat Irfan Khairi Sdn Bhd!)
  3. Bagi mereka yang dengar program “JUTAWAN!” semalam, saya minta anda tuliskan testimonial boleh tak? Apa pendapat anda tentang rancangan ini? Apa pendapat anda mengenai soalan-soalan yang saya tanya? Apa pendapat anda tentang saya sebagai peneraju? (considering ini first time saya jadi penyampai radio!) Testimonial anda akan digunakan untuk promosi program “JUTAWAN!” semoga ia menjadi sukses! Tinggalkan testimonial di ruang comments!

Terima kasih daun keladi! 🙂

Matlamat “Jutawan!”

Mempunyai matlamat adalah penting. tetapi, apa yang lagi penting adalah usaha anda untuk memastikan matlamat anda tercapai. Esok, insyaallah saya akan tanyakan pada tetamu ikon jutawan, Dr Azman Chin, pendapatnya mengenai matlamat.

Sebelum itu, saya hendak membawa anda time-travel sediit lebih kurang 2 tahun yang lalu. Ketika, orang ramai masih belum mengenali saya… “siapa lah Irfan Khairi ni… tak kenal pun!” 🙂

Pada July 2005, ketika ditemubual oleh majalah Maskulin, ketika itu tak ramai yang mengenali saya (kesian!)…

Maskulin:
Apakah matlamat jangka panjang anda?

Irfan Khairi:
Untuk menjadi ikon kepada kejayaan perniagaan berasaskan internet di negara ini.

Rujukan: http://www.rahsiainternet.com/media/maskulin.htm

Sejak menetapkan matlamat itu, saya terus berusaha untuk mencapaikannya sehingga kini, alhamdulillah, ramai yang setuju matlamat saya tercapai.

Jadi, hari ini, saya ingin umumkan matlamat saya untuk program “Jutawan! bersama Irfan Khairi”…

Matlamat saya untuk jadikan program “Jutawan!” sebagai salah satu program bual bicara radio yang paling popular di Malaysia! 🙂

Sudah tentu, seperti matlamat saya 2 tahun lalu, saya akan berusaha keras untuk mencapaikannya! 🙂

Tip Satu Minit hari ini… 

Adakah anda mempunyai matlamat yang anda sanggup berusaha mencapainya? Hari Isnin lepas ketika saya menemubual Azizi Ali di udara (pengenalan program “Jutawan!”), beliau berkata…

Ramai orang mempunyai matlamat dan impian. Tetapi, hanya sedikit sahaja yang sanggup berusaha keras untuk mereliasasikannya!

Berdebar-debar hendak mengemudikan program “Jutawan! bersama Irfan Khairi” esok! Tak sabar, dalam waktu yang sama, amat teruja! Pertama kali jadi penyampai radio 😉 Look out Halim Othman! 🙂

Jangan lupa pesanan saya semalam: CALL IN- 03-26927939 (save dalam phone)! ketika program untuk memeriahkan lagi rancangan! Bila lagi berpeluang nak bersembang dengan saya & ikon jemputan esok!

Siapakah idola anda?

jutawansmall.gifSejak beberapa hari lepas, selepas saya di-confirmkan untuk mengendalikan rancangan “JUTAWAN! bersama Irfan Khairi” di Radio24 93.9FM, saya amat terkejut dan terharu juga apabila meneyenaraikan jutawan-jutawan yang bakal saya temuramah mulai minggu hadapan (hari Khamis… jangan lupa!)

Kebanyakan nama dalam senarai saya adalah individu yang saya sendiri jadikan idola dalam bidang kejayaan dan perniagaan. Kini, saya berpeluang pula untuk bertemu dan mencungkil rahsia-rahsia kejayaan mereka dan berkongsi dengan orang ramai.

Pernah saya terbaca (tak ingat di mana), bahawa kita akan menjadi seperti indivdu yang kita idolakan. Melihat perjalanan saya sehingga kini, memang saya setuju 100% dengan kenyataan ini! 😉

Fikirkan siapakah idola anda- ingat, tidak semestinya satu sahaja. Lagi banyak, lagi bagus! Ikuti langkah-langkah mereka dan strategi mereka. Kita tidak perlu mencipta kaedah kejayaan baru- hanya ikut strategi idola-idola kita sahaja dan kita juga dapat mencapai kejayaan.

Ikut jejak langkah idola < --- lihat posting ini. Kisah Tiger Woods kini terjadi pada saya pula 😉 Tak sabar berjumpa dan menemuramah jutawan usahawan mulai minggu hadapan! Malam tadi saya dapat bertemu dengan salah seorang daripadanya dan beliau bersetuju untuk turut berkongsi kisah kejayaannya di udara bersama saya! Siapa dalam senarai saya? insyaallah nanti saya akan update di sini bersama highlight setiap temuramah tersebut. Dengan ini juga saya mulakan kategori baru di Tip Satu Minit iaitu: Mentor Jutawan! Moga ia dapat memanfaatkan anda. Latihan untuk anda: Senaraikan idola-idola anda, sekurang-kurangnya 3 individu! dan fikirkan strategi kejayaan mereka. Bayangkan anda juga boleh mencapai kejayaan seperti mereka!

Nampak apa yang kita mahu nampak

Kita sebagai manusia yang punyai akal fikiran akan nampak apa sahaja yang kita mahu nampak. Maksud saya kali ini adalah, kita akan menggunakan fikiran kita untuk “mengiyakan” sesuatu itu sekiranya itu yang kita mahu dalam fikiran kita.

Sebagai contoh, dahulu kala ketika kisah Skim Cepat Kaya Pak Man Telo, ramai yang telah mengatakan bahawa skim tersebut adalah “skim cepat kaya” dan akan “rugi sekiranya masuk”, “Risiko yang amat tinggi dan tidak mempunyai lesen yang sah”, “Skim yang pasti akan musnah oleh kerana konsep piramidnya… haram!”, “Mereka di peringkat awal sahaja yang akan mendapat keuntungan”… dan sebagainya.

Namun begitu, yang memasuki skim cepat kaya sebegini berpuluh ribu peserta! Kesemuanya tidak mahu nampak kata-kata yang negatif itu (bagi mereka ianya negatif), oleh kerana mahu nampak bahawa skim sebegini boleh membawa keuntungan dengan cepat. Kata-kata negatif semuanya di sambut dengan, “Hari tu jiran aku labur, dapat balik RM1,000!”, “Aku labur RM5,000 sahaja, kalau rugi pun, RM5,000 sahaja”, “Hari tu aku labur RM5,000 dapat balik RM10,000… baik aku cuba labur RM50,000 pula” dan sebagainya…

kita akan nampak

Bukan sekadar skim cepat kaya sahaja, malah, apa sahaja isu akan mengundang “nampak apa yang kita mahu nampak”.

Sekiranya seseorang itu telah dituduh melakukan sesuatu yang kurang baik. Bagi mereka yang membenci orang tersebut, sudah pasti akan mengatakan “Ah… memang pun dia macam tu. Aku tak terkejut dia lakukan perkara itu!” Namun, bagi mereka yang menyukai seseorang itu akan mengatakan “Aku tak percaya dia lakukan itu… ini mesti orang nak cuba jatuhkannya yang melakukan fitnah”.

There are always two sides of a coin. Ada yang melihat sesuatu dengan pandangan positif, dan ada yang melihat pada pandangan negatif. Anda akan nampak apa sahaja yang anda mahu nampak- sama ada melihat positif sesuatu perkara, ataupun melihat negatif sesuatu perkara. Adakalanya juga, yang positif anda lihat, adalah negatif di mata orang (seperti contoh skim cepat kaya diatas)

Berbagai-bagai sokongan dan hujah akan bermain di fikiran anda sendiri untuk mengiyakan apa sahaja yang anda mahu nampak.

Fahami konsep ini, dan anda akan fahami kelakuan manusia. Gunakan konsep ini untuk memajukan dan membina diri anda sendiri. Pilih untuk nampak perkara-perkara yang boleh memanfaatkan anda dan bukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri anda sendiri! 🙂

Pilihan di mata anda sendiri!

Selamat menyambut Ramadhan!

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengucapkan…

…selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca Tip-Satu-Minit yang beragama Islam.

Hayati fadhilat Ramadhan dan cari keberkatan-Nya. Moga kita dianugerahkan kekuatan menjalani tuntutan puasa & melipat kali gandakan amal.

Sama-sama doakan kejayaan bersama yang berlipat kali ganda! 🙂

ps: Cuti tip hari ini! 😉